CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: asteruk

Housemate aku hilang?

 Close [Copy link]
Post time 20-2-2012 02:02 PM | Show all posts
housemate dah blik blum yer?pe ending die yer?sad ending or epy ending?dah nak setaun dah nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 02:25 PM | Show all posts
hehe..tak perasan bod ni dah lama
mana TT pegi???

hapdate laaa...

TT kene ubah diri, kena campur jugak dengan orang tp bukan terlebih sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:54 PM | Show all posts
Klu dia x balik dah.. TT rembat je TV dia..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:09 PM | Show all posts
dah nak dekat setahun cite ni.

macam mane la agaknye housemate TT tu yek
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:13 PM | Show all posts
asteruk
  • (UID: 1598905)
Cornflake:  

User Group: Honour
  • Reg. Date: 10-4-2010
  • Last Visit: 17-2-2012




ader je tt masuk forum ni haaa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:30 PM | Show all posts
sape yg misteri sbnrnyer ni??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2012 04:35 PM | Show all posts
TT dah jupe ke lum, ataupun TT sesama2 menghilangkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 05:56 PM | Show all posts
Mana Asteruk menghilang? Korang tak nak buat laporan polis ke Asteruk dah hilang ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 07:06 PM | Show all posts
adoi..thread lama naik balik. TT dah pandai sosial , tu yang tak update sini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 10:23 PM | Show all posts
Ujan kot, tu yg siaran asteruk tergendala..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 10:55 PM | Show all posts
Reply 7# whadda


   hahaha..jgn harsh sgt..TT tgh cuak tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:26 PM | Show all posts
perghhh lame giler tunggu citer ni nk abis. ingatkan thread ni naik td adalah ending die. rupe2 still cmni lg. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 11:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by asteruk at 21-2-2012 00:04

Salam. Hi asteruk disini. Salam penuh kerinduan Asteruk yg kini masih berada di rumah yg sama. Genap setahun usia thread penuh kontroversi ni. Sepanjang tempoh setahun thread TT buat, terlalu banyak cemuhan serta tomahan yang TT dapat. Dari mereka yang hanya tahu menghukum tetapi tidak pula mencuba untuk mengenali siapa TT terlebih dahulu. Ya, memang TT menghilangkan diri. Namun tidak pula kerana merajuk tetapi sibuk dengan kerjaya sebagai pelajar. Terasa hati tu adalah namun tidaklah pula sampai merajuk. Malah TT sebenarnya memang dah berniat untuk mengurangkan kerjaya TT sebagai seorang forumer di Board CARI. Malah, TT lebih bersifat selektif dalam membuka topik. Bukan kerana hendak menjadi eksklusif tetapi lebih kepada secara tidak sengaja. Memang sekitar tahun lepas selepas thread "Housemate aku hilang?" TT dah lama tak berforum sebab terlalu sibuk dengan urusan pelajaran. Bayangkan TT menghabiskan masa di kampus dan balik ke rumah hanya untuk tidur dan terpaksa bangun esok pagi seawal jam 8 pagi untuk singgah di perpustakaan atas urusan pelajaran. Namun, TT kembali bergiat aktif penghujung tahun lepas sekaligus menepis dakwaan kononnya dah pun bersara dari dunia forum. Niat utk slow down tu mungkin ada, tapi untuk bersara sama sekali tidak kerana rencana kerjaya TT sebagai seorang forumer masih jauh lagi. Alhamdulillah TT dah pun hampir menamatkan pengajian TT tidak lama lagi sekitar awal bulan hadapan. Selepas itu, TT akan mula bekerja dan secara peribadi TT memang tidak sabar untuk memasuki alam pekerjaan dan mula mempunyai pendapatan sendiri.

Berkenaan perkembangan housemate TT yang dikatakan hilang, rasanya TT dah update di thread asal. Thread yang ini rasanya merupakan thread dari bod lain dan dipindahkan disini. Namun, biarlah TT jelaskan disini. Biar TT kembalikan fikiran TT ke peristiwa itu yang dah berlaku hampir setahun lepas. Pada ketika itu, housemate TT memang tidak pulang ke rumah hampir 2 minggu. Pada masa itu, TT sangat bersyukur kerana mendapat sokongan dari kalian yang menyuruh TT membuat laporan polis. Malah ada juga ketika TT cuba bau bilik tersebut, manatahu busuk sekaligus mengiakan apa yang bermain di fikiran TT. Memang busuk! Namun ianya sekadar bau busuk biasa-biasa sahaja. Dan beberapa hari selepas itu, housemate TT pulang ke rumah dalam  keadaan yang................ sempurna dan seperti sediakala. Dia baru pulang dari mana entah agaknya. Sangkaan TT atas urusan kerja. Biarkan ia terus menjadi tanda tanya dan suatu misteri. Biarlah, cerita ni dah lama pun. Sekarang ni dia sudah tidak lagi duduk di rumah ni. Dia sudah berkahwin. Apa yang TT mahu sekarang ialah kehidupan yang baru. Kerana selepas ini TT akan menyewa apartmen di Kuala Lumpur. Hidup mesti sentiasa pandang ke hadapan. Apa yang TT harapkan sekarang ialah sokongan anda yang tidak henti-henti serta cadangan bagaimana kehidupan TT kelak yang bercadang untuk menyewa apartmen/kondo di Kuala Lumpur. Mungkin anda mahu beri kata-kata semangat untuk TT yang bakal memasuki alam pekerjaan kelak. Ada pengalaman menyewa bilik apartmen/kondo di Kuala Lumpur?

Yang merindui anda semua,
Asteruk
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:57 PM | Show all posts
hahaha!! ade jugak manusia bodoh camni!! tak ku sangke ujan pun leh dpt channel..upanya asteruk dah tukau bey0nd..mhuahuahuau!
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060260 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list