CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CARI-MRO

Pelajar Tingkatan Empat Di Kemaman Sawan Dan Kini Kritikal Akibat Hisap Vape ‘Magic Mushroom’

[Copy link]
Post time 30-7-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak ade vape ni
Makin ramai smoking
Gisau tgk....dah la ntah ape2 bahan dlm tu...ntah2 ade dadah ker....

Syukura circle fmly sendiri dan FIL takde yg smoking
Harap2 anak2 pun gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 30-7-2024 05:39 AM
Abg aiol raya aidilfitri ke 5 kot kena warded..sesak nafas tiba2..bila dah diagnose rupanya paru2  ...

Banyak gila ke nanah dr paru2 tu? Seram dgr nya. Mujur panjang nyawa nya lagi. Mesti anak2 pon kecik lagi kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 08:16 AM | Show all posts
Berani buat berani tanggung. bertabah lah ibu bapa nak hadap pulak kes2 macam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganu problem negeri walaun
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:12 AM | Show all posts
pelik pelik nama vape sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 30-7-2024 08:14 AM
Banyak gila ke nanah dr paru2 tu? Seram dgr nya. Mujur panjang nyawa nya lagi. Mesti anak2 pon kec ...

Banyak kot.. Mcm x percaya tgk penuh beg plastik yang depa gantung mcm air kencing tue..meloya gak la tgk..doktor kata kalau lambat sikit aritu nanah tue pecah kat dalam mmg jangkitan kuman la dalam darah..kira wasalam terus la..mujuq dia sesak napas tercungap2..sejenis ketegaq xmau pie hospital..kalau x boleh la merasa sikit duit epf dia..hehehe..:bujang terlajak chuollsss.. lol:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 12:34 PM | Show all posts
Esok2 klu mati muda salahkan vaksin jelah...apedehal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 30-7-2024 05:39 AM
Abg aiol raya aidilfitri ke 5 kot kena warded..sesak nafas tiba2..bila dah diagnose rupanya paru2  ...

...insof juga...akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 01:08 PM | Show all posts
Paru-paru individu bawah 18 tahun belum boleh terima asap vape - Pakar

Oleh Ilah Hafiz Aziz - Julai 30, 2024 @ 12:49pm
[email protected]


Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Unsur toksik termasuk nikotin dan kafein daripada penggunaan rokok elektronik seperti vape sangat berbahaya khususnya kepada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, kata pakar.

Ia disebabkan paru-paru golongan berkenaan belum kuat dan masih dalam proses pertumbuhan.

Lebih membimbangkan, sel paru-paru juga akan terjejas teruk sekiranya vape dengan perasa berbahaya seperti bahan kimia dadah, diacetyl, vitamin E acetate (VEA), VOC dan irritant meresap ke dalam organ penting itu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata vape mudah merosakkan sistem pernafasan kanak-kanak dan remaja.


Beliau berkata pada asalnya vape khususnya di negara maju dijadikan bahan ganti rokok dan ia melalui peraturan yang ketat. Namun hari ini, vape disalah guna remaja di negara ini dan ia sangat membimbangkan.

"Vape sangat tidak sesuai digunakan kanak-kanak atau remaja kerana ia mampu merosakkan sistem pernafasan disebabkan kapasiti paru-paru mereka yang kecil.

"Ia mengandungi bahan kimia yang boleh mengundang masalah pernafasan kepada mereka yang tidak pernah merokok dan risiko ini bertambah sekiranya vape haram dijual. Ini kerana vape haram tidak melalui apa apa kawalan kualiti, tiada pemeriksaan keselamatan dan boleh diubahsuai.

"Ia boleh turut mengandungi cecair yang mempunyai bahan kimia merbahaya seperti dadah, perasa termasuk kafein, perasa lain, diacetyl, vitamin E acetate (VEA), VOC dan irritant yang merosakkan sel sel paru paru dan badan," katanya kepada BH, di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pelajar Tingkatan Empat yang ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap vape di sebuah sekolah di Chukai, Terengganu pada 22 Julai lalu.

Pelajar lain yang menyedari keadaan mangsa memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan sekolah jam 10.30 pagi.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat berkata, penggunaan perasa vape yang dicampur bahan kimia atau dadah sangat berbahaya kepada tubuh manusia.

"Dalam kes itu, kemungkinan vape dicampur dengan dadah atau bahan kimia lain yang berbahaya. Ada kemungkinan vape ini tidak melalui sebarang kawalan kualiti dan ia dijual dalam kalangan rakan sebaya.

"Pemantauan tegas perlu dilakukan di kawasan sekolah atau berhampiran sekolah kerana di situ adalah kawasan di mana ramai remaja banyak berlegar," katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Dr Suhazeli Abdullah turut mengakui, kanak-kanak berusia bawah 18 tahun sangat tidak sesuai untuk menggunakan vape dan mengundang penyakit paru-paru iaitu E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) dengan mudah.

"EVALI adalah akibat kesan serius dan berpanjangan dalam pengambilan vape. Ini kerana vape berbentuk wap yang memberi kesan langsung kepada sel paru-paru.

"Dalam kes di Chukai, pelajar itu dipercayai mengambil 'magic mushroom' yang juga dadah terlarang. Ia sangat berbahaya kerana bahan terlarang ini mungkin masuk ke dalam darah, berbanding perasa vape lain.

"Kanak-kanak atau remaja di bawah 18 tahun masih melalui perkembangan sistem badan dan mereka didedahkan dengan vape sejak dari awal, sistem itu boleh jadi rosak. Jika dewasa boleh mengalami kerosakan paru-paru, apatah lagi kanak-kanak," katanya.

Dr Suhazeli berkata, sekiranya kanak-kanak dan remaja mendapat pendedahan vape sejak awal, akan berlaku kesan jangka panjang terhadap tahap kesihatan mereka.

Oleh demikian, beliau berkata, kerajaan hari ini perlu bertindak tegas dalam penguatkuasaan vape di kalangan kanak-kanak memandangkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sudah ada.

"Tetapi apa yang kita lihat, akta itu sudah ada tetapi peraturan tidak nampak seolah tangan kanan dan kiri tidak sehaluan dalam memainkan peranan dalam isu ini.

"Pemantauan lebih keras juga perlu dilakukan di media sosial kerana budak-budak sangat terdedah dengan kempen vape sama ada yang terpampang di situ atau disebarkan oleh individu bergelar pempengaruh," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan biskut racun jelah dik
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
putriTS replied at 30-7-2024 04:49 AM
Ada similar case jadi kat skolah anak saudara haritu. Cuma budak tu pengsan/lalok ke mcmtu la. Kena  ...

Nampak lebih stylo katanya...tambah pulak xbau busuk..xpyh pakai perfume..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
DukunSentet replied at 30-7-2024 11:16 AM
Banyak kot.. Mcm x percaya tgk penuh beg plastik yang depa gantung mcm air kencing tue..meloya gak ...


Banyak betul nanah tu. Nanah bisul sikit2 tu nampak byk inikan dalam paru2 sampai se bag

Mujur dah benti ya.

Btw, elok dia pasang cctv kat rumah. Kawan SG dulu penah meninggal sensorang bulan ramadhan. Org surau pelik dah 2 hari x dtg terawih. Esok pegi rumah tgk dah meninggal sensorang atas katil. Sian sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bali dulu sepanjang jalan jual magic mushroom. Skrg takde dahh
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046045 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list