CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24822|Reply: 45

[Tempatan] Ejen iklan tak mengaku cuba bunuh dua wanita di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah

[Copy link]
Post time 19-8-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 19-8-2024 12:39 PM

'Tak mengaku cuba bunuh dua wanita di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah'
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Ogos 19, 2024 @ 11:32am
[email protected]


Tertuduh, Mohamad Ferdaus Mashud, 46, ketika dibawa menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini


PETALING JAYA: Seorang ejen pengiklanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh dua wanita dalam kejadian di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Jalan SS 5A/10 di sini pada 9 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Ferdaus Mashud, 46, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Noor dan minta dibicarakan.

"Faham. Tidak mengaku bersalah," kata yang dilihat memakai baju kemeja polo berwarna jingga serta berseluar denim biru muda.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa cuba membunuh seorang jurujual wanita berusia 26 tahun serta guru sekolah agama wanita berusia 52 tahun dengan mencederakan kedua-dua mangsa dengan objek tajam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Surau AL-Ehsaniah Ahmadiah Jalan SS 5A/10 di di sini pukul 1.30 petang pada 9 Ogos lalu.

Oleh yang demikian, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya KS Rinisha Priyya tidak menawarkan jaminan dengan mengambil kira pertuduhan dikemukakan terhadap tertuduh adalah serius.

"Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan terhadap tertuduh, pihak pendakwaan memohon supaya jaminan ditetapkan RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

"Berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa serta perlu melaporkan diri di balai polis dan pasport (tertuduh) diserahkan kepada mahkamah," katanya.

Sementara itu, peguam, Kailash Sharma, yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan perlu menanggung lima anak dan keluarga, selain tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri.

"Dalam kes ini, kami membawa dua orang yang boleh menjadi penjamin iaitu bekas isteri serta adik kandung OKT (orang kena tuduh). Kami bersedia untuk memenuhi segala syarat tambahan dan jumlah jaminan.

"Namun jaminan RM50,000 ditawarkan pendakwaan terlampau tinggi untuk anak guam dan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh dan bukan bersifat menghukum," katanya.

"Tertuduh juga sedia patuh dengan syarat-syarat jaminan mahkamah termasuk pasport diserahkan. Dalam kes ini tertuduh belum lagi didapati bersalah sehingga dibuktikan mahkamah," kata peguam itu.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Hakim Noor Ruzilawati membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

"Tertuduh juga diperintah melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 September ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, suspek direman selama tujuh hari bermula 13 Ogos lalu selepas ditahan bersama kenalannya berusia 55 tahun di sebuah lokasi di Kajang.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang 9 Ogos lalu, mangsa seorang wanita berusia 20-an yang juga jurujual telefon bimbit cedera di bahagian perut selepas diserang suspek di dalam tandas wanita di surau berkenaan.

Seorang lagi wanita yang juga guru besar cedera di bahagian lengan selepas dilibas suspek ketika cuba membantu mangsa.

Suspek yang bersenjatakan pisau kemudian bertindak melarikan diri dengan memandu sebuah kenderaan mewah keluar dari lokasi kejadian.

Semakan polis mendapati dia mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau membabitkan kes samun dan curi kenderaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
RM15k jerrr???
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:42 PM | Show all posts
Edited by bbalik at 19-8-2024 01:43 PM

ramai rangileee skrg nih...15k senang2 je sbb mmg dia p surau ngn kete mewah kan



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif ? Tiba tiba mental pergi serang orang ke? Macam ni boleh jamin ke? Kang tiba dia mengamuk kat tempat lain pulak camne?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada 6 rekod kesalahan jenayah lampau + suspek kes bunuh tapi masih boleh jamin RM15k
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah kata @liyamarkissa sissy. Ramai mental sekarang ni sissy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh apa nama forumer tu chuols sis? Akak dok tag asyik tak appear je sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
@liyamarrkisa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 01:52 PM | Show all posts
Apa motif sbenarnya ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
anak 5
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:37 PM | Show all posts
masih tak tau ape motif die

serious tak paham kau ni bang
dgn ank 5 nye
hilang ingatan ke ape masa buat tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
serang secara rambang ke? menakutkn..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila ke sebab nak merompak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya?????
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 19-8-2024 01:51 PM
@liyamarrkisa

liyamariska rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 04:57 PM | Show all posts
Ape kes ni?? mental betul.. nak buat keje jahat jangan ah buat kat surau / masjid..
dah lah as it is orang susah nak pegi surau / masjid.. buat pulak ada jenayah random, lagi lah org taknak ke surau  / masjid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 19-8-2024 04:15 PM
liyamariska rasanya

@liyamariska
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 19-8-2024 04:15 PM
liyamariska rasanya

Eh betullah sissy. Thank you sissss…
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 06:44 PM | Show all posts

iya sis... ai nampak sejak kebelakangan ni makin aneh2 manusia yg bermasalah mental ni cuba mengugat keamanan manusia2 yg lain...

kekdg tu manusia2 yg tak bersalah menjadi mangsa dan ianya merisaukan kita mengenai perihal manusia2 yg lain...

sbb manusia2 bermasalah mental ni laa yg wat kita lebih berhati2 menjalani kehidupan seharian bagai...

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Org penjenayah ni target tempat mudah tangkap rogol rompak bunuh kat toilet surau masjid tempat x ramai org, senang datang dan pergi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071617 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list