|
Perjalanan Hidupku ~Latest:Kuarters Johor Bahru~
[Copy link]
|
|
Best la cara Nocturna bercerita
sempoi dan senang nak faham |
|
|
|
|
|
|
|
Addamnor,
Aku terima pandangan ko..
Aku tak berani nak judge orang islamik atau tidak.. It ...
Nocturna Post at 8-11-2011 22:07
kau rasa macam mana? aku rasa itu tidak islamik dan dari segi butir penceritaan engkau tuh, ada unsur possession jugak...
hmmm tapi itu sudah lepas, kau sambung shajalah cerita engkau bro.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dusun ayah dan Sekeping Tanah Di Tepi Pantai Part I
Sebelum aku nak bercerita tentang dua kisah ni.. Aku teringat aku pernah berubat dengan Wak M ni.. Waktu tu aku kecil dan nakal.. suka bermain pasir.. budak kecil.. apa yang kita nampak semuanya kita jadikan mainan.. Badan aku mula keluar kudis2.. Ayah bawa aku pergi ke klinik dan hospital.. Kudis2 tidak juga kurang.. hampir satu badan aku kena kudis kecuali bahagian muka.. Setelah rawatan moden tak berhasil, ayah mencuba rawatan tradisional.. Berubat dengan Wak M.. Wak M hanya minta limau perut dan dibacakan doa.. Lalu disuruh potong limau itu dan digosokkan keseluruh badan sambil berselawat.. Mum la yang menggosokkan limau tu ke badan aku.. Keperitan akibat limau digosokkan tidak terkata.. Seminggu lepas itu, hilang semua kudis2 tanpa meninggalkan parut..
Dusun ayah mempunyai keluasan kira2 9 ekar, ditanam dengan pelbagai pokok buah-buahan tempat oleh ayah dan mum sendiri.. Dari pokok durian. rambutan. duku hinggalah koko.. Aku masih ingat waktu kecil ayah dan mum akan bawak aku ke dusun dan aku akan meratah buah koko.. Dusun ayah ini dijaga oleh seorang lelaki indonesia yang aku panggil abang mawi..
Dusun ayah ni terletak di kawasan bukit.. dan bukanlah kawasan yang rata.. bayangkan terpaksa berjalan seluas 9 ekar.. tapi disebabkan sifat ingin tahu dan suka mengekori ayah ke mana.. aku tak pernah letih mahupun bosan.. Dalam seluas kawasan 9 ekar itu, terdapat satu kawasan kecil, kalau berdiri disitu pasti boleh melihat seluruh kawasan sekeliling.. Di ceritakan oleh Wak M kepada ayah aku, disitu terdapat sebuah keluarga makhluk halus yang mendiami dan menumpang di tanah ayah aku.. Digambarkan oleh Wak M, makhluk tersebut sangat lah tua berusia beribu tahun.. Muka nya berkedut2.. Tapi mereka ni sekadar menumpang sahaja dan tiada niat apa2.. Aku pernah terdengar ayah bercerita abang mawi tidur tidak sedar waktu subuh hampir habis.. tiba2 ada seorang lelaki berjubah mengejut dan memarahinya kerana belum menunaikan solat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kau rasa macam mana? aku rasa itu tidak islamik dan dari segi butir penceritaan engkau tuh, ada ...
addamnor Post at 8-11-2011 22:16
Baik lah.. aku akan teruskan penceritaan aku..
Terima kasih atas pendapat bro.. |
|
|
|
|
|
|
|
Best la cara Nocturna bercerita
sempoi dan senang nak faham
krukx Post at 8-11-2011 22:10
Krukx,
Thanks krukx |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham. Wak M tu manusia ke makhluk halus? Heh, slow poke. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham. Wak M tu manusia ke makhluk halus? Heh, slow poke.
evlinne Post at 8-11-2011 22:54
Evlinne,
Wak M ni manusia cam kita, cuma dia menuntut ilmu yang membolehkan dia berhubung dengan alam ghaib.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# Nocturna
Oh, macam tu ya pakcik. Dah faham dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dusun ayah dan Sekeping Tanah Di Tepi Pantai Part II
Awal tahun 90an, ayah menjual tanah dusun kepada sebuah syarikat.. dan terakhir aku pergi melihat tanah itu 3 tahun lepas.. kawasan persekitaran sudah berubah.. dan malangnya bekas tanah ayah tidak diusahakan.. terbiar begitu..
Kisah sekeping tanah di tepi pantai pula berlaku ketika aku kecil.. Tanah ayah berdekatan dengan pantai.. cantik dan nyaman.. Pernah suatu ketika kawasan tepi pantai ni menjadi tumpuan orang ramai terutama pemburu emas.. Mesti korang dapat mengagak di mana letak kawasan yang aku ceritakan ni..
Tanah ayah ni tidak lah luas, terdapat laluan air dari punca mata air dan terus ke laut.. Sedikit berbukit.. dan bertanah pasir.. Suatu hari ayah melawat tanah nya itu.. Dia ternampak beberapa orang luar sedang mendulang sesuatu di tanahnya.. Ayah datang lalu bertanya kepada orang luar apakah yang sedang mereka lakukan dalam masa yang sama ayah tidak memperkenalkan diri sebagai empunya tanah.. Ayah sekadar ingin tahu.. Orang luar ini memberitahu ayah yang mereka sedang mendulang emas.. mereka menunjukkan kepada ayah emas yang berjaya diambil... lebih kurang sebesar saiz straw dan panjang 1 1/2 inci penuh dengan emas halus.. Ayah bertanyakan mereka siapakah empunya tanah.. mereka memberitahu ayah, tuan empunya tanah tinggal jauh dan jarang sekali datang ke sini.. Ayah mendiamkan diri lalu pergi..
Bermulalah aktiviti baru keluarga aku.. Ayah, mum, kakak, aku serta beberapa rakan ayah pergi mendulang emas.. Aku dan kakak takdelah mendulang sama.. Kami banyak bermain..
Tujuan ayah adalah ingin melihat sendiri emas dan mencuba untuk mendulang... Suatu proses yang agak menyeksakan badan.. tak berbaloi dengan hasil nya.. itu kata2 ayah yang aku ingat..
Ayah pernah membawa Wak M melawat dan meninjau kawasan tanah ayah di tepi pantai ini.. Dan ayah pernah juga membawa 2 orang selain dari Wak M dalam sessi masa yang berbeza.. Seorang Wak dari Batu Pahat dan seorang lagi dari mana aku pon tak berapa ingat.. ketiga2 mereka ini tidak kenal antara satu sama lain mahupon pernah berjumpa.. Tujuan ayah adalah nak mendengar sendiri penceritaan mereka bertiga.. Maka ketiga2 mereka menceritakan kepada ayah perkara yang sama.. Tanah ayah didiami oleh seorang penjaga perempuan.. Perempuan itu digambarkan memakai mahkota diperbuat dari emas.. dan dirinya dilengkapi dengan perhiasan emas yang berkilau.. Perempuan itu memberitahu perkara yang sama kepada ketiga2 Wak ni.. Emas yang didulang tu hanya habuk2 emas.. Perempuan itu sanggup mengeluarkan kesemua emas2 yang besar yang tertanam tanpa boleh dilihat dengan mata kasar tapi dengan syarat.. Hehe.. syaratnya perempuan hendak berkahwin dengan Wak.. Di antara ketiga Wak tiada seorang pun yang sanggup menerima syarat perempuan itu.. Secara berseleroh Wak M bertanya pada perempuan itu.. tidak mahu kah dia berkahwin dengan tuan tanah.. Perempuan tu berkata tuan tanah ini nakal, dia tidak mahu.. Tersenyum ayah mendengar cerita Wak M..
Tiga orang yang berbeza dan tidak kenal antara satu sama lain.. Memberikan gambaran yang sama tentang apa yang mereka lihat kepada ayah.. Wallahualam.. Segala yang tersurat dan tersirat hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply Nocturna
Oh, macam tu ya pakcik. Dah faham dah.
evlinne Post at 8-11-2011 22:59
Evlinne,
Haha..selamba je mempakcik kan aku.. Aku muda lagi laa.. ermm atau terasa diri ni muda lagi.. Hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukup setakat ni cerita untuk hari ni.. Ada kelapangan aku akan bercerita lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mod Med,
Terima kasih beri tacang.. Lame aku tak lepak kat sini.. Baru hari ni terbuka hati nak berkongsi cerita dengan bod MPS ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
nape citer ko xde jawapn. yg ado soklan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok baca..ada lagi tak cerita menarik..Aku tak pernah expose pada cite2 mistik ni kecuali melalui pembacaan dan filem je. Ayah aku tak percaya sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
pengalaman yg menarik sila hupdate{:4_182:} |
|
|
|
|
|
|
|
Dusun ayah dan Sekeping Tanah Di Tepi Pantai Part II
Awal tahun 90an, ayah menjual tanah dusun ke ...
Nocturna Post at 8-11-2011 23:28
salam nocturna..
emas yg disimpan dialam sana lain sedikit...dan kalau diambil keluar masuk ke alam kita ..tidak boleh dijual...errmm kalau nak dijual ada caranya....ilah tak pasti macamana....
BTW nice thread |
|
|
|
|
|
|
|
memang best.. ada lagi cerita?
sila sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yer2 TT, rajin2 updatelah.....suka baca3 citer sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
best cerita tt..
tumpang baca je.. |
|
|
|
|
|
|
|
nape citer ko xde jawapn. yg ado soklan???
shanshero Post at 8-11-2011 23:52
Shanshero,
Sbb aku pon tatau jawapan nye bro.. aku bukannya orang yang ade kebolehan untuk tengok sesuatu.. Apa berlaku ni cuma pengalaman aku je yang aku nak share.. Sesetengah tak terjawap.. Jadi kalau ade sesiapa kat sini bole merungkaikan persoalan itu.. aku mengalu2kan..
Sori bro kalau cerita aku ni banyak persoalan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|