CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MakLum

Sihir Menggunakan Quran Syirik Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 4-1-2012 02:31 PM | Show all posts
belajar dari buku ni lain cte jadinya nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 05:04 PM | Show all posts
buku apa tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:28 AM | Show all posts
Reply 1# MakLum


    Salam TT..
Perkukuhkn ilmu agama yg asas terlebih dahulu..Baru kita melangkah lebih jauh..
Yg terbaik carilah guru2 utk belajar,setakat membaca buku belum mencukupi..


p/s:Semua yg diperkatakan TT tu tidak mustahil mmg berlaku dgn izin allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:30 AM | Show all posts
Natijah daripada ilmu khadam ayat memang menarik. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya khadam ayat untuk dijadikan pedoman dan mengelakkan kekeliruan.

Keterangan ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan dan makluman daripada mereka yang mempelajari ilmu khadam ayat, menggunakannya sebagai ilmu kebatinan, berdasarkan ayat-ayat al-Quran juga ulasan yang diberi berdasarkan penemuan tadi.

Amalan ini juga adalah boleh dituntut tanpa melibatkan ayat-ayat al-Quran, surah-surah pendek al-Quran seperti al-Fatihah, al-Mu’awwizat dan sebagainya, tetapi akhirnya amalan kebatinan yang dituntut itu akan berakhir dengan kehadiran makhluk iaitu jin yang dipanggil sebagai “khadam ayat”.

Mereka yang mempelajari ilmu ini kebanyakannya tidak pasti siapakah yang dinamakan “khadam ayat” yang datang tadi, yang akhirnya terlibat dengan pelbagai kegiatan amalan kebatinan, ketika melakukan rawatan, tilikan untuk mengatasi masalah rumah tangga, cinta dan sebagainya.

Menurut seorang responden, khadam ayat bukan terdiri daripada golongan manusia, jin ataupun malaikat. Ia merupakan “khadam” kepada ayat yang dibaca dan diamalkan menurut kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti menurut apa yang telah diajar oleh guru yang berkenaan.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis tentang kelebihan ayat al-Kursi. Menurut sebuah hadis riwayat daripada Qatadah r.a katanya, Rasulullah bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi dan akhir surah al-Baqarah ketika kesusahan nescaya Allah menolongnya.

Terdapat banyak hadis menerangkan tentang kelebihan ayat ini dalam tujuan mengelakkan diri, keluarga, rumah tangga, harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia, terutamanya pencuri.

Di antara hadis-hadis yang menyebutkan hal demikian ialah, hadis daripada Abu Hurairah: Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya ialah ayat al-Kursi.

Atas pemahaman tentang fidilat ayat al-Kursi inilah maka ada golongan tertentu, terdiri daripada mereka yang mengamalkan amalan kebatinan. Mengamalkan apa yang difahami sebagai “khadam ayat Kursi” dalam amalan kebatinannya.

Setelah membaca ayat al-Kursi dalam kekerapan dan tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain, ia akan didatangi makhluk yang dipercayai sebagai “khadam ayat al-Kursi”. Ia datang dengan jubah hijau, menghulurkan tangan, bertanyakan apa yang dihajati oleh pengamal. Dipesan oleh guru yang mengajar amalan tersebut, agar makhluk itu taat menurut perintahnya.

Menurut responden lagi, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga boleh digunakan untuk tujuan mengubati penyakit. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain.

Ketika pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah di mana dalam keadaan tertentu ia akan menjelmakan diri menyerupai pengamal ilmu berkenaan.

Khadam itu dikatakan hanya digunakan untuk menangani saka yang teruk ataupun masalah-masalah besar, memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau yang tajam, yang hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar lagi berat.

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan jahat, kerana khadam ayat begitu taat menurut kata pengamalnya, kerana itulah maka orang yang mengamalkan kaedah ini mesti terdiri daripada mereka yang ikhlas lagi berilmu, ditakuti ilmu yang dimiliki itu disalahgunakan, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Seorang responden lain, yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional lebih daripada 25 tahun, menyatakan khadam ayat kadang-kadang datang kepadanya dalam keadaan berkain pelekat dan berbaju selengkapnya. Selain memberitahu perkara-perkara ghaib kepadanya, ia kadang-kadang memberitahu maklumat-maklumat tertentu melalui anaknya, yang ketika itu berumur 10 tahun, ketika sedang tidur.

Seorang pengamal rawatan tradisional yang tinggal di Perlis menegaskan orang yang menurun diresapi oleh jin-jin, termasuk iblis dan syaitan, tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia.

Ketika menurun, jin-jin datang bersatu dengan roh yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.

Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih menguasai angin badan dalam tubuh, maka ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri iaitu menurun. Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasukan.

Menurut pemahaman Melayu, khadam bererti hamba, ataupun orang suruhan yang sentiasa taat kepada tuannya. Menurut responden yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan orang suruhan, seperti yang difahami umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan orang suruhannya.

Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin Islam. Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada makhluk halus belaan atau sahabat, kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka dalam keadaan apa sekalipun, sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau sebagainya.

Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.

Khadam bukan jin Islam, terdiri daripada wali Allah, makhluk yang tidak berdosa yang asalnya adalah manusia yang ghaib begitu sahaja apabila mati dan tidak mempunyai kubur. Responden mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah yang tidak boleh dikaji.

Dijelaskan juga bahawa makhluk yang dinamakan khadam itu kononnya telah wujud sejak zaman Rasulullah, begitu juga lelaki yang tersebut dalam surah al-Kahf, termasuk anjing Qitmir yang termasuk dalam golongan rijalul ghaib.

Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu, yang dibaca selepas setiap kali sembahyang fardu selama 40 hari. Doa-doa tersebut dikenali sebagai kepala doa akasyah, doa akasyah, pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.

Tidak lama setelah mengamalkan ayat-ayat di atas, ia bermimpi melihat bulan pada malam berikutnya, ia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah. Mimpi ini diikuti oleh mimpi-mimpi lain yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bermula daripada hari itu ia sering didampingi oleh khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan lain-lainnya.

Ketika melakukan rawatan, ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang datang memerlukan pertolongannya, responden berkenaan akan memanggil khadam yang mendampingi tadi. Perkataan tok syeikh digunakan untuk merujuk kepadanya. Untuk tujuan rawatan, mula-mula responden akan bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian ia memanggil tok syeikh untuk meminta pertolongan.

Khadam berkenaan dikatakan dapat mengetahui sama ada sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat saka, santau, akibat gangguan makhluk-makhluk halus tidak bertuan ataupun sakit kecederaan fizikal yang berpunca daripada kemalangan, akibat keracunan pemakanan dan sebagainya.

Demikianlah beberapa keterangan mengenai khadam ayat seperti yang saudara tanya. Sebenarnya banyak lagi keterangan yang berlainan yang berkaitan dengan apa yang difahami sebagai khadam ayat dalam kehidupan orang Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:53 AM | Show all posts
Sebaiknya jangan mengamalkan surah untuk mendapat ganjaran tak kiralah apapun ganjarannya yg guna khadam atau tidak, bacalah hanya kerana Allah. ikhlas untuk membaca AlQuran kerana Allah


yang paling penting dan yang sebetulnya ayat tok hantukiller di atas tu ..

nak hebat sangat, capailah dulu tahap ikhlas kan tok?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:12 AM | Show all posts
Natijah daripada ilmu khadam ayat memang menarik. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya khadam ayat ...
anah87 Post at 5-1-2012 08:30


aku baca pun agak pening skit..panjang sgt..
   so kesimpualan di sini adalah khadam ayat tu ialah  "wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib" ???
ada komen lain??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 09:23 AM | Show all posts
Reply 25# Login_ID

ikhlaskanlah diri utk berdamping dgn jin,sbb jin-jin mmg species jujur lurus bendul

kalau kafir dia ngaku kafir,kalau ISLAM dulu kini dan selamanya jin akan mengaku hal yg Haq

betulkan Tok
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:26 AM | Show all posts
Reply  Login_ID

ikhlaskanlah diri utk berdamping dgn jin,sbb jin-jin mmg species jujur lurus ben ...
mr_evergreen Post at 5-1-2012 09:23



   aku tak de kaitan dengan state ikhlaskan diri berdamping dgn jin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 09:27 AM | Show all posts
Reply 28# Login_ID


    tolong referkan dgn Tok yang mulia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:50 AM | Show all posts
Natijah daripada ilmu khadam ayat memang menarik. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya khadam ayat ...
anah87 Post at 5-1-2012 08:30



    Pahaman aku dari cerite engko tuh, khadam tuh adelah jin semate2..hehehe...
cume kiter jer tertipu.... ade bantahan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:35 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Tengok si pengamal le...

Kalau jenis mengamal nak jumpa khadam ayat, jumpa le..tapi kalau tak cukup ilmu di dada kena kelentong basah dgn jin mengaku khadam ayat.

Kita pun seronok la dapat jmpe khadam ayat, kononnya orang tua janggut smpai ke dada, muka putih bercahaya, pakaian jubah putih berbau harum serta mulut tidak terlepas dari terkumat kamit seolah2 sibuk berzikir.

Sekali rupanya jin menyamar daa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:37 AM | Show all posts
Pahaman aku dari cerite engko tuh, khadam tuh adelah jin semate2..hehehe...
cume kiter je ...
gammbir33 Post at 5-1-2012 09:50



   aku nk bantah gok..  tp amat setuju gak ngan ko gamm...
tp  tu la penerangan panjang lebar mula2 ckp jin...alih2 kat bawah cakap rajibul ghaib lak...

conpius aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:39 AM | Show all posts
Salam.

Kalau dah namanya SIHIR, ianya HARAM disisi ISLAM!

Tak kiralah dengan apa cara sekalipun.

Sesetengah masyarakat mempergunakan ayat Quran dan macam-macam ayat lain, sebagai 'lesen' untuk melakukan amalan yang ditegah.

Tiada satu pun amalan SIHIR yang diHALALkan dalam ISLAM.

Ingatlah, pelbagai cara dilakukan untuk mengaburi mata manusia.

Berwaspadalah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:42 AM | Show all posts
aku tak de kaitan dengan state ikhlaskan diri berdamping dgn jin
Login_ID Post at 5-1-2012 09:26


Hahaha..betul tu. Xde maknanya mengikhlaskan diri dengan makhluk jin. Orang yang kurang arif je rapat jin sebagai teman dan meminggirkan manusia dari kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:46 AM | Show all posts
Salam.

Kalau dah namanya SIHIR, ianya HARAM disisi ISLAM!

Tak kiralah dengan apa cara sekalipu ...
kivio Post at 5-1-2012 10:39



Salam..
Hehehe..straight to the point eh? Tapi camne pulak jika amalan tu sihir tapi diberi gelaran lain sehingga bukan di panggil sihir.

How do you differentiate that? Merely through words of mouth, or getting inside knowledge to substantiate whether it is sorcery / black magic / mambo jumbo / hocus pocus ??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:03 AM | Show all posts
Memang setiap hutuf dari al-quran ade penjaganyer/ade kebaikannyer. tapi soalannyer adekah kiter nih layak mengkhadamkan nyerkah?. tambahan pulak mengamalkan sebahagian ayat alquran untuk kepentingan diri atau untuk perkara2 mencarik adat dah terang2 menghina ayat2 alquran/wahyu2 allah. sedangkan alquran diturunkan bukan untuk itu. alquran diturunkan sebagai petunjuk,penawar,pematah hujah mushrikin dll. tak ade satu pon diturunkan untuk berjalan atas air,terbang diudara,kebal, hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 11:57 AM | Show all posts
Hahaha..betul tu. Xde maknanya mengikhlaskan diri dengan makhluk jin. Orang yang kurang arif je rapat jin sebagai teman dan meminggirkan manusia dari kehidupan.evilcooler Post at 5-1-2012 10:42

tgk manusia yg mcm mana jugakan...ada yg batu api...yg paling bahaya api dlm sekam...hahah

lebih baik lari drpd terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:01 PM | Show all posts
Reply 37# mr_evergreen

Matlamat tak menghalalkan cara. Kalau manusia jenis batu api, boleh lagi dilihat dan dijauhkan diri. Jenis jin yang kononnya kawan tapi rupanya batu api, apa mahu buat? Kena pikir sendiri le.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by mr_evergreen at 5-1-2012 12:09
Reply  mr_evergreen

Matlamat tak menghalalkan cara. Kalau manusia jenis batu api, boleh lagi dilihat dan dijauhkan diri. Jenis jin yang kononnya kawan tapi rupanya batu api, apa mahu buat? Kena pikir sendiri le.. hehe evilcooler Post at 5-1-2012 12:01


susah nak kenal,kalau jenis byk bela khadam blh la kenal dari jauh mengikut firasat beliyaw{:4_185:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:12 PM | Show all posts
Reply 39# mr_evergreen

Hahahaha..hai khadam, khadam...

X pepasal nama khadam jadi femes dalam tajuk ni. Yang aku tahu khadam dalam citer P. Ramlee je.


Yang lain, aku x peduli. X payah nak pergi cari. Cukup kita jadi khadam Allah s.w.t . Itu pun saya 90% pasti ramai yang fail dalam bab ni, termasuklah saya juga.


Soalan bonus, apa beza pendamping dgn khadam? Ejaan sajakah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.551153 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list