CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kluwong

Pembelian Rumah Lelong

[Copy link]
Post time 10-12-2012 08:47 AM | Show all posts
salam nak kongsi experience sikit.

Setakat ni dah  beli 4 rumah lelong. Nak kata tau banyak tu tak..sikit jer kongsi pengalaman.


Rumah lelong ni mmg untung kalau beli kalau dah tau taktiknya.

Panduan :
Kena baca proclamation of sale (POS) dulu. Sangat-sangat penting. Sebab penting dalam POS ni dinyatakan:


1) Berapa % deposit
Biasanya dari 5%-10% bergantung kepada bank. Sediakan bank draf atas nama bank yang melelong. Deposit ni boleh di refund kita kalah bid.


2) Tanggungjawab bayaran.
Siapa yang akan tanggung : Cukai pintu, maintenance (jika rumah flat, apartment, condo), maitenance interest, utilities dll. Ada rumah yang maintenance dia tertunggak sehingga RM7k dan interest RM3k. Kebanyakkan kes auction, maintenance ditanggung oleh bank TETAPI maintenance interest yg tertunggak kita sendiri yg kena bayar. Jadi kalau reserve price rumah tu bermula RM60k, kenalah kita tambah sendiri RM3k tadi jadi RM63k.

Api air, kita bayar sendiri. Indah water biasanya boleh dapat waiver dari Indah water sendiri bawak kontrak ke Indah water jika kita menang bid.

3) Tempoh penyelesaian loan. (jika bukan beli cash)
Biasanya 120 hari. Jika kita sudah bayar 10% tadi, hendaklah lah kita selesaikan dalam tempoh berkenaan. Jika tidak deposit 10% tadi boleh hangus. Oleh itu tuan-puan JANGAN sesekali lupa utk check status kita dengan CTOS dan CCRIS. (Malang sekali bank kat Malaysia masih guna CTOS). CTOS boleh walk-in pergi sendiri ke pejabat mereka di Megan Phileo Jalan Tun Razak. Kalau mereka minta I.C kita nak simpan data guna CTOSID tu jgn dibagi. Mereka akan mintak kita update detail spt h/p no.., alamat, tempat kerja dll. Kata kat mereka saya cuma nak print report sahaja. Saya tak mau u punya sistem...

CCRIS cuma pergi ke lobi bank negara, masuk kan IC anda dalam kiosk. 1 minit dah dapat printout.

Bukan apa sekarang ni Telco mcm P1 Wimax pun dah masukkan nama customer mereka yang tak bayar ke dalam CTOS. Syabas wimax, anda ni telco pertama kat malaysia buat mcm ni. Ada ke patut. Kalau SINGER, AEON, Court Mamoth tu takpe lagi. ni amount kecik pun nak masuk.

Saya sambung lagi kemudian... banyak lagi ni ..baru 10%. Ada lagi penting, spt kesalahan yang biasa kita buat.
Last edited by miss_bunga007 on 10-12-2012 08:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2012 07:00 PM | Show all posts
Menarik...lagi...?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.330382 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list