|
Post Last Edit by dorby at 14-2-2012 08:37
Kepala Atas Kubur
Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.
Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...
Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".
Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?
Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.
"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.
Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.
"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.
Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.
Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!
Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.
Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.
Cerita Asal : Ahmad Kamal Fauzi ( Sg Merab )
link nye...http://jendrg.tripod.com/seram/story2.htm |
|
|
|
|
|
|
|
ok guys aku pulang dulu..jumpa lagi besok adiosss |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak ambik citer dari web lain kena tgk syarat web tu jika dia larang copy paste siar tempat lain...jika takde larangan pun seeloknya minta kebenaran dulu dari tuan empunya cerita dan beri kredit dari mana kita ambik...seeloknya letakkan link sekali untuk kredit |
|
|
|
|
|
|
|
<----- wohhh... banyak nye chegite... |
|
|
|
|
|
|
|
Story 5
HANTU RAYA MENJELMA DI MALAM AIDILFITRI
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah ...
dorby Post at 13-2-2012 16:05
story ni sedih |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak ambik citer dari web lain kena tgk syarat web tu jika dia larang copy paste siar tempat la ...
sepaileman Post at 13-2-2012 18:35
ok en mod...link akan diletakkan setelah cerita selesai |
|
|
|
|
|
|
|
sgt sedih & mngharukn...
...
six_points Post at 13-2-2012 22:59
aku sendiri pun sedeh bace yng ni huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kita sambung lagi bercerita yekkkk.........
KERETA BUSUK
Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,
"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.
"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.
"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.
"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."
"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.
"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.
"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.
"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.
"Takde pun?", Zues kehairanan.
"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.
Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.
Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.
Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.
Cerita Asal : Jend_RG
dari page : http://jendrg.tripod.com/seram/seram.htm |
|
|
|
|
|
|
|
POKOK KELAWAR
Pengalaman menyeramkan ini berlaku pada tahun 1991, di tingkat bawah rumah aku. Aku tidur di atas sofa panjang ruang tamu, dan memang sebenarnya itulah tempat tidur aku. Rumah aku ni ada empat bilik, tapi semuanya berpenghuni. Dengan rela hatinya aku tidur kat situ, bertemankan kucing yang hari-hari berebut sofa tu dengan aku. Dah dia pun tidur situ jugak.
Malam tu, macam biasa je, aku letak kepala sambil mulut terkumat-kamit baca doa tidur. Entah macam mana, mata aku tak rasa mengantuk sangat. Jadi, aku layan la lebih kurang. Tah sampai ke mana, tak tau la aku. Sedar tak sedar, aku rasa dah macam terawang-awang, antara tidur dan jaga, tapi aku masih sedar lagi masa tu. Kat sebelah sofa tempat aku tidur tu ada sepohon pokok plastik yang tingginya lebih kurang sama dengan aku. Pokok tu dibuat daripada akar pokok besar, dan dipasang daun plastik di sekelilingnya. Selalu aku tengok orang buat macam pokok bonsai tu. Ada banyak bunga berwarna merah di setiap hujung ranting pohon tu.
Mata aku yang semakin layu tegak memerhatikan pohon tu. Aku rasa macam tak boleh nak pejam sepenuhnya sebab bunga-bunga merah kat pohon tu mula bertukar warna kepada oren secara perlahan-lahan. Aku cuba bangun, tapi tak boleh! Cuba pulak pusing kepala, rasa macam boleh, tapi tak berpusing pun! Bunga-bunga tu pula dah berubah bentuk. Aku tak nampak bunga lagi, tapi aku nampak suatu benda kecil seperti kelawar sedang bergayut di situ. Kenal kelawar tak? Takkan tak kenal, kan. Kelawar biasa warnanya hitam, tapi kelawar ni berwarna oren. Siap dengan taringnya menyeringai ke arahku. Aku dah tak tau nak buat apa melainkan cuma terus memandang ke arah kelawar yang banyak tu. Aku cuba baca ayat kursi, tapi tak menjadi. Rasa macam dah betul, tapi tak betul. Kalau orang tengok aku masa tu, orang akan kata aku dah tidur, tapi sebenarnya aku sedar apa yang berlaku di sekeliling. Cuma aku tak boleh bertindak. Buktinya, tak lama lepas tu mak aku lalu situ. Spontan mata aku terbuka dan objek tadi bertukar menjadi bunga semula.
Aku tak tahu nak kategorikan apa cerita aku ni, tapi sebenarnya adalah kisah benar. Aku ada dengar jugak beberapa orang cerita mengatakan rumah aku tinggal tu memang agak keras. Entah, tak tahulah nak kata. Selain daripada cerita ni, ada jugak benda lain yang berlaku. Ada sekali tu aku dengar bunyi air melimpah dari bilik air atas. Aku naik, spontan bunyi tu hilang dan berpindah ke bilik air tingkat bawah pulak. Begitulah sebaliknya bila aku turun ke bawah. Aku malas cakap banyak, terus keluar naik motor. Waktu tu baru je lepas asar. Semua orang tak ada kat rumah. Adik aku pun pernah tengok pintu dapur yang berkunci terbuka sendiri. Pernah jugak aku dengar dari penghuni rumah sebelum ni ada menceritakan ada sekali dulu dia pernah ternampak hantu pocong bergolek-golek kat ruang tamu tu, lepas satu-satu macam main golek-golek pulak hantu tu. Tapi sekarang ni tak tau lah aku semenjak pindah ni macammana pulak ceritanya rumah tu sekarang. Wassalam.
Cerita Asal : Ahmad Kamal Fauzi (Sg Merab)
http://jendrg.tripod.com/seram/seram.htm |
|
|
|
|
|
|
|
PENUNGGU
HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.
Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim
http://jendrg.tripod.com/seram/story9.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Pontianak
Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi, lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah nampaknya!
Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang 'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya. Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.
Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar. Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.
Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai tersadai di sana sini. Apa boleh buat...
Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan, kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi. Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village, bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa. Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun, nak jalan lagi...
Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta. Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!
Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out. Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak singgah di rumah mak angkat aku kat sini.
Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami parking kereta tu memang agak suram.
Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.
Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni... hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah! Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...
Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba kalau pergi sorang, huh! Hehehee...
Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.
Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam, kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...
Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu. Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam suara orang menjerit kat dalam sana.
Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku nampak tu.
Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku, memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...
Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!
Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.
Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu. Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku, berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli, janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.
Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!
Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!
Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh... rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!
Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam aje, sepatah pun tak bersuara.
Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta, kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku. Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam seluar macam dia... hehehe.
Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing dalam seluar.
Aku gelak lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang baca cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je... kah kah kah kah kah kah kah kah...
Cerita Asal : Ahmad Kamal Fauzi (Sg Merab)
http://jendrg.tripod.com/seram/story4.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Aku respect la kat Mr Q. Aku pun ada jugak citer hasil dari pengalaman sendiri. Ini post pertama aku sebab nk share cite seram ni dgn kawan lain. Kisah ni berlaku kat sebuah Hotel Lama di Tanjung K..... Waktu tu ofis aku ada buat kursus. Jadi semua orang terlibat sama. Sebelum pegi kursus tu urusetia ada buat perjumpaan untuk bincangkan tentang keperluan kursus tu. Sambil cerita tu ada sorang kawan ni tnya hotel tu mcm dia penah dgr, dan kata dia hotel tu memang keras dan ada cite org kena kacau kat situ. Aku tk de lah kisah sgt sbb aku ni bukan penah pun kena kacau dgn makhluk ni. Jadi aku buat2 sengih dan gelak je bila dgr cite kawan ni.
Sampailah harinya semua org sampai kat hotel tu. Aku pulak dah ckp dgn member aku ni alim jgk la kalau aku duk sorang, teman la aku kat bilik tu. Bukan apa, walaupun aku tk penah kena kacau, cuak jugak mana lah tau kena pulak. Hari check in tu sah2 aku kena duk bilik sorang. Hotel tu pulak jenis bangunan lama yang dah direnovate la, dari bahan yang diorang guna tu tau la hotel tu renovate. Bilik aku tu duk betul-betul kat hujung hotel tu tingkat 1. Aku pegi bilik tu cuak jugak sbb rasa sunyi lak, lagipun tk nampak la ada orang lain kat bilik yang dekat2 tu. Tapi aku gagahkan jugak untuk masuk.
Masuk je dalam bilik tu, aku dah rasa tk sedap badan. Sebelum ni aku tk penah rasa apa2 pun kalau pegi mana2. Tapi memang hari tu aku rasa pelik betul la dgn bilik hotel ni. Bilik tu ada ruang tamu dan memanjang ke dalam ada 2 single bed. Nak sedapkan rasa aku sambung la katil tu sebab tk nk la malam2 tido rasa kosong je katil kat sebelah aku tu. Aku letak2 kemas barang pastu aku mandi la. Memang la org kata kalau hati tk sedap memang ada la tu. Masa mandi aku asyik rasa je ada org kat luar bathtub tempat aku mandi tu. Kadang2 aku selak tirai plastik nk tgk ada org ke tk sbb rasa semacam je macam ada org pandang aku pulak tengah mandi tu.
Alhamdulillah tkde kejadian berlaku hinggalah malam terakhir aku kat situ. Aku pulak bengang je sebab banyak kali aku dah ajak member aku ni tido sekali sebab aku rasa tk sedap duk kat bilik tu. Member aku tu pulak gelak je kata aku ni penakut la pa la. Tapi seberani mana pun aku memang aku rasa bilik tu ada something yg tk kena. Aku gagahkan juga untuk tidur malam ketiga tu maklumla dah nk balik esoknye kan. Katil aku ni kat hujung bilik dan ada almari tv yang memisahkan ruang tamu dgn katil. Sebelah hujung katil tu pulak adalah koridor untuk ke pintu depan yang lalu melalui ruang tamu bilik tu.
Malam terakhir tu, dalam pukul 2 pagi aku terbangun dari tido. Memang lampu bilik aku bukak semua sekali sebab aku cuak dgn bilik tu kan. Jadi memang terang benderang la. Aku terbangun tu aku cuba la tidur balik dan masa tu aku mengadap kanan aku cuba untuk tidur. Ceh meremang ni ingat balik, masa cuba nk tidur tu aku rasa ada lembaga yang melayang dari pintu depan slow2 datang ke katil aku tu. Bayangkan la aku kunci rapat bilik tu dan sah2 memang tkkan ada org lain kecuali aku je la dalam bilik tu. Kalau ada penyamun ke mesti bising nak masuk dan tau2 lah pintu bilik hotel tu bukannya nipis. Benda tu melayang terbang terus ke katil aku. Aku ape lagi hati dah cuak, aku harap dia layang tu pastu hilang la.
Yang aku tk tahan lepas dia melayang tu dia singgah kat katil lagi satu belakang aku. Jadi aku skrg ni pandang belah kanan tapi katil satu lagi tu kat belah kiri aku. Aku ingat ok la pasni hilang la benda tu, yang aku seram tu dia bleh berdiri belakang aku pastu dia lompat2 kat katil belakang tu. Pehh, dalam hati masa tu korang bayangkan la, gila wei. Aku dah ngantuk, bilik terang benderang, pastu ada plak yang main lompat2 kat atas katil belakang aku ni. Aku ape lagi, berbekalkan ayat kursi aku start baca la. Mesti korang terfikir nape aku tk pandang benda tu masa tu, untk confirmkan pe benda. Gila ke, aku je dalam bilik tu kul 3 pagi kalau aku pandang tiba2 muka hodoh ke mcm cite Jgn Pndg Belakang tu, tk ke naya aku malam tu. Alhamdulillah lepas habis je baca benda yang melompat tu terus hilang.
Sampai bila2 pun aku tkkan lupa la pengalman ni. Aku memang tk percaya sgt hantu ni tapi bila terkena batang hidung sendiri baru la padan muka. Aku memang tobat la tk nk pegi lagi hotel ni kalau pegi pun mesti kena ada 2 ke 3 org sekali dlm bilik tu.
http://gengcerita.activeboard.co ... ah-di-hotel-melaka/ |
|
|
|
|
|
|
|
Dimana Kebenaran Tidak Diketahui... .cuma sesapa yang pernah mengalami nyer
Assalamualaikum... Nama aku Amer Eddiey. Ni aku nak cerita lah jugak peristiwa yang terjadi pada diri aku. Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat. Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia.. Boleh lah tahan lawa, tapi lawa tempat aku lagi laaa.. hehehe
Nak dijadikan cerita tanpa disedari hari dah malam. Aku nak teruskan perjalanan rasa dah tak larat. Selalunya kalau aku jalan jauh, mesti ade sorang lagi member aku yg reti bawak kereta. Tapi kali ni aku sorang jer. Aku ambil keputusan untuk bermalam jer dekat hotel kat situ. Jarum jam dah 8.45 malam, aku terus gi kaunter hotel situ. Lepas dapat kunci aku terus laa ke Bilik 12, aku masih ingat lagi nombor bilik tu. Lepas mandi aku terus jer baring kat katil tu.
Punyalah lena aku tido sampai tak sedar dah pukul 12.30 mlm. Perut aku menangis mintak diisi. Aku pun bersiap untuk keluar makan.Bila jer aku nak buka pintu bilik hotel, tetiba pintu tu tak leh bukak. Ntah camanalah tak bole bukak. Aku ketuk ketuk pintu tu.. sampai sakit tangan aku. Dah sejam lebih aku cuba buka pintu tu namun sesia jer usaha aku tu. Aku cuba gak guna tel yg ade dlm hotel tuh.. tapi kenapa lah tak bole guna pulak.. dlm hati aku rasa nak tumbuk jer idung pemilik hotel ni. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku baring kat katil sambil dengar walkman. aku ingat lagi lagu yg aku dengar Nur Nilam Sari. Mata aku dah nak lelap balik.
Tetiba aku terdengar suara lembut manggil aku..
Amerrrr,, Ah.. Ilusi aku jer tuh... Lapas tuh aku dengar lagi. Amerrr
tolongg. Aku cabut earphone kat linge aku. Aku bukak mata.. bilik aku gelap.. serentak ngan tu aku dengar suara tak putus putus manggil aku. Suara tu datang dr katil sebelah aku jer.. ya rabbi.. tuhan jer yg tau betapa takutnya aku time tuh.
Aku selimut seluruh badan aku ngan kain selimut. Suara tadi tak
putus-putus panggil aku.. Aku gabra gile.. aku pun cuba jawab. Aku tanya dia, kau sapa.. Dia kata dia nama Marina..dia kata dia mati dalam bilik ni kerana dibunuh oleh kawan dia sendiri. Ya Allah.. aku tidur dalam bilik org mati rupanya.
Aku terus baca ayat quran yg aku ingat.. ntah ayat apa yg keluar masa tuh.. aku tutup kepala aku ngan bantal.. tapi masih dengar suara tuh. Aku menjerit mintak tolong. habis suara aku..tapi kenapa suara aku org tak dengar. Aku hanya dengar suara tadi mengilai ngilai. Aku dah tak tahu nak buat apa.. aku baring jer cam patung atas katil tu. Aku dengar sayu sayu suara tadi menangis, mengilai dan macam macam bunyi.
Dah sekian lama aku pun tak sedar bile aku tertidur.. Aku bukak mata.. hari dah siang jam 11.00 pagi.. Aku kemas barang barang aku, aku nak keluar dr hotel tuh. Aku bukak pintu bilik tuh.. ehh senang lak bukak pintu tu..
Bila aku gi kat kaunter nak bayar sewa.. aku marah marah kat staff situ sebab pintu susah nak bukak dan tel tak leh guna..diorang gak tak dengar aku ketuk pintu dan jeritan aku malam tadi. bila aku cakap no blik 12, dia kata dia dah hantar org untuk kemas dlm bilik 12 tapi tak de org tinggal dlm tu. Aku bertekak ngan diorang dan aku ajak ke blik yg aku tidur malam tadi.. tapi camanalah bilik yg aku tidur tuh nombornya 15, bilik tuh hujung sekali.. bilik nombor 12 padahal dekat ngan tangga.. Sah aku silap bilik.. tapi kenapa kunci bole bukak bilik tuh..Lepas tuh sorang staff dia tarik aku.. dia cakap.. bukan aku sorang
kena camni. Sebelum ni ade jugak yg terkena, dia pun ceritalah, bilik hujung tuh sememangnya berkunci sebab bilik tu keras. Aku heran,,, kenapalah mata aku kabur tak nampak no bilik. Aku pun terus beredar dr hotel tuh tanpa kena bayar sebab aku dikira bermalam dalam bilik yg sepatutnya.
Semuanya telah terjawab... Aku tak sangka aku bermalam dalam bilik org kena bunuh.. sekian..
Nama hotel tak bole aku sebut.. kerana nak jaga lah skit perniagaan diorang.. berhati-hati lah bile sewa hotel. * |
|
|
|
|
|
|
|
uit jln airport subang tu ade hantu ke..aku selalu ikut jln tu tgh2 mlm blk melepak kat putra heights..nek moto lak tu..alamak...tp kat situ mmg sunyi sket mlm2.. |
|
|
|
|
|
|
|
uit jln airport subang tu ade hantu ke..aku selalu ikut jln tu tgh2 mlm blk melepak kat putra height ...
sil-khannaz Post at 14-2-2012 17:10
huhu aku pun cam baru tahu gak..selalu dok ulang alik kelana jaya ke sungai buloh pegi n balik keje..tapi memang sunyi sepi tempat tu.
tapi sejarah lama tempat tu pun memang dah skeri huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii dorby |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang dah pernah baca. Hehe.. Tapi geram betul dengan cerita Pak Cik Baju Putih tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|