CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

Siti Nurhaliza & Sami Yusuf - "You Came To Me" [Akan masuk carta I

[Copy link]
 Author| Post time 22-4-2012 03:07 PM | Show all posts
you come to me
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2012 03:24 PM | Show all posts
xsabor gak nak dgr lagu duet dorang ni..harap2 best dan menepati citarasaku
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:34 AM | Show all posts
harap2 meletop la....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 12:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 12:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by khyree at 23-4-2012 12:10


SAMI dan Siti merakamkan lagu You Came To Me dalam tiga bahasa.

SABTU lalu, Studio Harem milik penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman meriah dengan kehadiran rombongan penyanyi terkenal lagu ketuhanan dari United Kingdom, Sami Yusuf, yang memilih merakamkan dendangan terbarunya di situ.

Lebih istimewa, penghibur yang mendapat gelaran Rockstar Muzik Islam itu tidak keseorangan, sebaliknya berpadu suara dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bagi lagu berjudul You Came To Me untuk dimuatkan dalam album keempatnya.

Seperti dikongsi pada sidang media pengumuman bersempena Konsert Salaam Sami Yusuf di Stadium Malawati, Shah Alam, yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, beberapa hari lalu, sejak mendengar lagu Siti tatkala kunjungan sulung ke Kuala Lumpur sekitar 2005 membuatkannya menanam hasrat berpadu suara bersama wanita itu.
Walaupun terpaksa menunggu lama untuk merealisasikan hasratnya, kehadiran kali ini dirasakan cukup bererti apabila berpeluang mendekati peminat dalam skala persembahan mega kelolaan Offshore Entertainment Productions, malah lebih manis dapat berduet dengan Siti dalam album dan di pentas.

“Bagi saya, beliau seorang yang cukup berbakat besar. Vokalnya cukup unik selain mempunyai peribadi yang begitu merendah diri. Tidak hairan namanya tetap mengharum hingga kini. Saya gembira apabila Siti menerima pelawaan ini,” katanya ketika ditemui selepas rakaman.

Walaupun diserang demam lima hari sebelum itu, Siti yang mengambil suntikan semata-mata untuk sembuh dalam kadar segera mengakui berdebar untuk masuk studio bersama Sami, namun mengakui sudah melakukan persediaan mental dan fizikal.

“Pihak Sami mempelawa saya berduet untuk lagu ciptaannya sendiri itu kira-kira dua bulan lalu.
Saya sendiri mengagumi dendangannya yang berunsur kerohanian dan kemanusiaan sejak dulu. Jadi saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya.

“Cuma dalam tempoh seminggu lalu, saya demam. Bimbang juga jika masalah kesihatan ini boleh mengganggu proses rakaman, apatah lagi Sami datang dari jauh.

Setahu saya, Sami juga seorang yang teliti. Syukurlah kesihatan saya bertambah bagus hari ini,” katanya.

Membawakan lagu berkenaan dalam tiga versi iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab, penerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, memaklumkan ia bukan masalah.

“Saya menyukai melodi dan lirik You Came To Me yang cukup indah. Mesej ini dapat disampaikan lebih meluas dengan penyampaian tiga bahasa. Malah untuk lenggok Arab, saya rasa tiada masalah kerana mempunyai guru yang bagus,” ulas Siti lagi melirik ke arah Sami sambil tersenyum.

Sememangnya kedua-dua penyanyi tersohor ini cukup mementingkan kesempurnaan. Sebelum rakaman bermula, masingmasing saling berbincang, malah Siti turut meminta tunjuk ajar bintang berusia 31 tahun itu membawakan lagu terbabit dalam lenggok Arab.

Bukan hanya wakil media tempatan, difahamkan beberapa wartawan dan jurugambar dari Singapura juga didatangkan khas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis pengumuman konsert serta rakaman lagu duet Sami dan Siti.

Sementara itu, bagi Sami yang lebih dulu menghiburkan peminat Kota Singa di Stadium Tertutup Singapura, 8 Julai nanti, harapannya hanya satu iaitu menyatukan seluruh masyarakat tanpa sebarang jurang yang berkongsi udara serta langit yang sama.

Terdahulu, komposer dan penerbit kelahiran Tehran yang dibesarkan di London ini mula mencipta nama menerusi album sulung Al-Mu'allim pada 2003, malah jualan setiap albumnya mencecah jutaan keping. Selain anugerah, konsertnya di seluruh pelosok dunia meraih kehadiran luar biasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2012 12:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 02:42 PM | Show all posts
kalo berita yg sahih camni kan bes...ni xder apa2 laie dh plan cam2 smpi peminat tertunggu apa janji2 tokti..

cam kes duet ni kt xtau lgsg pn brita ni smpi la tokti dh rakam n bgtau kt smua...kalo camni tokti punya cara buat dulu br announce laie org respect..

tp kebanyyakn janji tokti bgtau beriya2 sebelum ms nya tp last2 peminat yg cam kempunan menunggu..

so hope tokti dh wat or 50% siap bru la announce kt public..xder la org ckp tokti xserupa bikin...

just my cent..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 09:12 PM | Show all posts
tapi rasanya pihak ctpot konci molot, cuma peminat2 tegar ni je yang gigih korek rahsia2 diorang sampai tersebar kat porem etc, betul x? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 09:14 PM | Show all posts
Reply 27# khyree

kakak khyreek mesti pegi 8 julai nanti, kan? Sila rekod in HD yeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 09:44 PM | Show all posts
tapi rasanya pihak ctpot konci molot, cuma peminat2 tegar ni je yang gigih korek rahsia2 diorang sam ...
hyie Post at 23-4-2012 09:12 PM



    tk de sapa yang korek rahsia tuh... berita kat singapore yang tunjukkan lporan.. hhahaah

suka lah kita semua kans!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 09:44 PM | Show all posts
Reply  khyree

kakak khyreek mesti pegi 8 julai nanti, kan? Sila rekod in HD yeee
hyie Post at 23-4-2012 09:14 PM



    nak kene tau si hyie nih!!!!... baiklah adik hyie!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 09:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 12:14 AM | Show all posts
dah keluar ke???? mana siti?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 12:17 AM | Show all posts
ini vewrsi asall.... ingatkan versi +DCT... hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 01:23 AM | Show all posts
ini vewrsi asall.... ingatkan versi +DCT... hahahaha
adie82 Post at 24-4-2012 12:17 AM



    haha gigih adie menekan PELAYYYY!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 10:02 PM | Show all posts
wow meletop ada versi arab gitu...i like
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 11:06 PM | Show all posts
nk tanya.. ni maksudnya ada 3 lagu dalam 3 versi berbeza atau
1 lagu dalam tu ketiga-tiga bahasa tu ada?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by eddysheddy at 25-4-2012 01:45

off topic sat

siti pun minat maher zain uols.. ni sape tah suruh dia buat dedikasi masa dia kat alamanda ari tu.. most probably maher zain malaysian fan club

boleh lah kot nyanyi lagu number one for me kat show hari ibu nanti hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 09:06 AM | Show all posts
eddy pergi ek hari ibu tuh???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061820 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list