|
actually, apa sebenarnya fungsi collegen dan selok eloknya mula makan collegen umur brapa?
aina_shaira Post at 21-4-2012 10:37 
Bagi saya kolagen sesuai diambil ms usia 25 thn sbb ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun...tapi kalu amek awal lg pun xdk mslh..
ni sy paste kan khasiat2 kolagen..gigihnyerr daku..
Khasiat kolagen
Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.
Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.
Kesihatan kulit
Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.
Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda.
Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.
Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.
Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
Kuku dan rambut
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.
Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.
Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot.
Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.
Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.
Sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis.
Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis.
Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.
Kesimpulan
Kini, pakar dan saintis sedang menjalankan lebih kajian dan penyelidikan ke atas kolagen dari pelbagai sudut kerana khasiatnya kepada kesihatan kita.
Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.
Bagaimanapun, pastikan anda memilih rangkaian produk sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga. |
|
|
|
|
|
|
|
Buka gak thread nie..thread lama nak post dh kena lock..i nak tanya, kalau time berpantang leh x ambil collagen..i ingat nak ambil gogen collagen..tkt ada effect pulak..muka n badan kusam gler bak pnangan hormon..org dok kata akan hilang tp ambil masa yg lama la kan..dat y nak consume collagen utk cepat memulihkan kulit..anyone blh bg pendapat?..tq:-) |
|
|
|
|
|
|
|
vote for gogen...dah dua bulan bergogen....sgttt bestt...  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by midori888 at 23-4-2012 07:37
tumpang tanya....Peptan & Gogen nie camner rupanyer? ada jual kat farmasi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# midori888
Takde... gogen dan peptan dijual oleh individu2 @ syarikat yg membawa kolagen secara bulk dari manufacturer... meh makan kolagen beramai2... |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh saya suda vote... my vote goes to... GOGEN!  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# Glass
oic...takde erk....thanks erk |
|
|
|
|
|
|
|
kt mne nk bli gogen ni?????..cm besh jek..coz rmi tOl vote gogen  |
|
|
|
|
|
|
|
Baya424.. glass ade sent kat pm. cek ye  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# putri22
Putri22, cuba tanya doktor boleh ambik ke tak... masa preggy dengan pantang ni apa yg boleh dan apa yg tak boleh. Your doc knows better.. . Klau NH Colla ada tulis org pantang boleh consume... but untuk kepastian elok tanya doktor. |
|
|
|
|
|
|
|
Collagen yg saya pernah try :
Cocoa Collagen (CCPP)
Total Image
NH Colla
Peptan
Paling best ? Total Image....saya minum NH COlla mcm takde effect sangat kat kulitku padahal reviews forummer semua mantop2 pasal NH Colla ni. Sedih woo..bangun pagi rasa takde le lembut pon padahal sebelum tu masa minum Total Image , bangun pagi kulit rasa lembut sangat tauu...beza sangat. Pas tu minum Colla ni naik lak jerawat kat dahi....
Dari segi rasa , Total Image lagi sedap dari Colla.Tapi beli Colla lagik jimat 
Peptan memang standy by ajer kat umah sebab nanti bila bancuh Nescafe leh letak 1 scoop peptan. |
|
|
|
|
|
|
|
sy makan total image colagen plus.. ..saya punya badan la xleh amik kolagen jenis minum2 sbb slera makan menjadi jadi. tp untuk bdan saya la.
makan ni kulit rasa lembut, lembab.. best .bru 2 bulan mkn. |
|
|
|
|
|
|
|
sy makan total image colagen plus.. ..saya punya badan la xleh amik kolagen jenis minum2 sbb slera m ...
wsn_1984 Post at 23-4-2012 15:42 
yg awak amik ni dlm bentuk tablet tuke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# sara2511
thank u sara....u amik yg mana? kat mana leh beli nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Gogen memang superb! yang lagi bestnyer, ia boleh dicampur dengan apa sahaja minuman kegemaran anda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sara2511
thank u sara....u amik yg mana? kat mana leh beli nie?
midori888 Post at 23-4-2012 16:24 
i amek peptan..u leh beli kat gojezhouz..nnt i PM no.. |
|
|
|
|
|
|
|
glass,
pls pm
peptan brp?
gogen brp?
sy penah try kino dan total image.. dua2 minom.. tp total image rasa xbrp nk sedap
Kino yg paling best tp mahal sgt la
kino yg utk cerahkn kulit pon penah try tp xboleh tahan masam sb sy ada gastrik
effect cerah pon xnmpak la sgt pon |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# cmf_marshmallow
yup..saya xleh mkn yg jenis cecair.. slera makan saya bertambah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|