CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosewhite

Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza kini ahli UMNO

[Copy link]
Post time 29-5-2012 10:16 PM | Show all posts
ok lah tuh kan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 10:44 PM | Show all posts
tahniah.... bagus2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 12:52 AM | Show all posts
Sama je PAS dgn UMNO..klu ada je mana2 retis yg terlibat dgn diorang, mesti sibuk nak warwarkan...Mcm takjub sgt klu dpt sokongan dr retis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 02:28 AM | Show all posts

Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza kini ahli UMNO

Biar lerrr....tu hak dia. Join pas or umno xmelambangkan keimanan seseorg tu...org bodo je yg anggap mcm tu...sbb fanatik sgt dgn politaik...puiii...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 02:36 AM | Show all posts
Pasni leh dpt pangkat datuk....muehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 06:06 AM | Show all posts
hidup umno!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2012 06:36 AM | Show all posts
Amy (Search) Sanggup Dikecam Kerana Sertai Umno

Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])


Amy (Search) pada sidang media penyertaannya ke dalam Umno di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, petang Selasa. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada Selasa.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.

“Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.

“Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai Umno kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu.

“Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai Umno. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa.

“Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong Umno demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.

Selain Amy, dua lagi penyanyi yang mendaftarkan diri sebagai ahli adalah vokalis kumpulan rock May iaitu Mus (dua, kanan) dan penyanyi 80-an Ibnor Riza Ibrahim (paling kiri). Ketiga-tiga artis ini dipelawa oleh Jamal Abdillah yang sudah setahun menyertai parti itu.

Mus pula berkata hatinya tergerak untuk menyertai parti itu kerana kredibiliti Umno yang sudah terbukti dalam mentadbir dan memajukan negara berbanding janji-janji kosong pembangkang.

“Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik lain. Kalau ada pun, saya hanya terlibat dalam program dan acara anjuran Barisan Nasional dan Umno sebagai penghibur.

“Saya berasa yakin dengan kepimpinan parti ini. Bagi saya Malaysia semakin maju kerana usaha Umno. Tiada jaminan bersama parti-parti lain kerana tiada bukti pun pembangkang dapat melakukan perubahan dan membawa kemajuan kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf menyangkal dakwaan kononnya penyertaan golongan artis secara beramai-ramai ke dalam Umno adalah agenda parti untuk mengambil kesempatan bagi mempengaruhi masyarakat.

“Bukan dasar kita untuk mengambil kesempatan ke atas golongan artis. Kita tidak menggunakan artis tetapi penyertaan mereka adalah atas kesedaran masing-masing.

“Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya.

Sehingga Selasa, penyertaan ketiga-tiga penyanyi itu menjadikan jumlah artis yang mendaftarkan sebagai ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang sebanyak 43 orang.

Antara artis yang terlebih dahulu menyertai termasuklah Tan Sri Jins Shamsudin, Jamal Abdillah, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Radhi (OAG).

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 06:36 AM | Show all posts
Ibnor Riza Mengaku Tidak Pernah Mengundi

Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])


Ibnor (paling kanan) bersama rakan artis (dari kiri) Mus (May), Amy (Search) dan Jamal Abdillah pada sidang media penyertaannya dalam Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, petang Selasa. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim menjelaskan tidak pernah mengundi sepanjang hidupnya kerana tidak begitu tertarik dengan dunia politik tanah air.

Ibnor Riza, 50, berkata, selama ini dia lebih gemar menjadikan dirinya sebagai individu 'atas pagar' dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti politik di negara ini.

“Bukan saya tidak peka dengan perkembangan politik tanah air cuma saya tidak mahu ambil perhatian lebih atau jadi pengikut parti-parti tertentu.

“Apabila membabitkan soal politik, saya lebih selesa amalkan sikap 'atas pagar' dan jadi pemerhati saja. Bayangkan, selama ini saya tidak berminat melayan cerita-cerita politik sampai ke tahap saya tidak pernah keluar mengundi,” katanya.

Ibnor ditemui ketika menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Umno di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Selain itu, penyanyi Amy (Search) dan Mus (May) turut mengikut jejak yang serupa.

Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.

Ibnor yang berhasrat membuang undi buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ini berkata, penyanyi Jamal Abdillah telah menyedarkan dia tentang kepentingan berada di bawah parti politik yang stabil seperti Umno.

“Saya tergerak hati untuk menyertai Umno selepas berbual-bual dengan Jamal kerana kami kerap bermain badminton bersama. Jamal pernah berkata golongan artis perlu bersatu untuk terus berjaya dan Umno mampu memajukan dan melindungi artis.

“Saya sertai parti atas kesedaran sendiri dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau faedah,” jelasnya sambil menafikan penyertaannya dalam parti itu kerana kepentingan kerjaya.

Mengenai perkembangan lain, penyanyi lagu Mimpi Tak Sudah ini berkata hasratnya untuk mengeluarkan album baru masih tertangguh kerana senario industri muzik yang tidak menentu pada hari ini.

“Sebenarnya saya sudah merakamkan 10 lagu baru termasuk beberapa lagu lama yang dirakamkan semula.

“Kalau diikutkan album itu sudah siap sepenuhnya tetapi sampai ke hari ini masih belum dapat dipasarkan kerana kami masih mencari waktu yang sesuai memandangkan keadaan industri sedang nazak.

“Saya harap dapat pasarkan album itu pada tahun ini juga,” jelasnya yang masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 08:25 AM | Show all posts
welcome to d club!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 08:52 AM | Show all posts
tahniah.. pilihan yg bagus...
September14 Post at 29-5-2012 19:22


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 09:28 AM | Show all posts
Pasni leh dpt pangkat datuk....muehehehe
ladida Post at 30-5-2012 02:36


haruslah dpt
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 10:23 AM | Show all posts
bender gini pun nak kecoh ker??




“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja.” – Amy Search, dipetik dari mStar Online.
Itulah kenyataan yang diberikan oleh Amy Search kepada media. Petang semalam, Amy Search bersama Mus (May) dan juga Ibnor Riza telah menyerahkan borang keahlian parti UMNO kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh, di ibu pejabat UMNO.

Penyanyi yang sudah berusia 54 tahun ini turut menegaskan bahawa dia menyertai UMNO atas dasar yakin terhadap parti itu yang mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya.” – Amy Search.
Borang keahlian mereka bertiga telah diterima dan ketiga-tiga penyanyi veteran ini bakal menjadi ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Untuk pengetahuan, Tan Sri Jins Samsudin dan Jamal Abdillah juga adalah ahli UMNO dari cawangan yang sama dan sehingga kini sudah ada 43 orang ahli UMNO cawangan itu yang terdiri dari para selebriti.
Sumber : mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 10:41 AM | Show all posts
Reply 10# leon_mclaren78


   Biasalah sesetengah tu sentap kalu retis join Umno.. Join Pakatan jer la baik.. dia kan kata nak menyatukan sebab dia npk pakatan tu byk memecah belahkan.. salah ke... stu lg undi kan ke rahsia... Dia mmg baik ngn Nik Ajis sebab dia hormat beliau sebagai orang berilmu agama... tp x semestinya dia sokong fahaman politik ittew.. Siapa la kita nak pertikai urusan dia dengan Allah.. apa ingat semer org sokong UMNO tu x solat, puasa dsb nye ker? Orang PAS jer amal baik dikira? Plz la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 11:06 AM | Show all posts
takde ke artis istihar masuk dap?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 11:06 AM | Show all posts
motip kalau bertaubat je kena join pas..ntah hapa2 pemikiran ..
juju_amin84 Post at 29-5-2012 18:26


kekdahnya kalau masuk PAS confirm la boleh masuk syurga walaupun amalkan seks bebas.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 11:45 AM | Show all posts
hahah..amy nak menyumbang ape dalam umngok tu?org makin tak pecaye umngok dia plak nak menyumbang..: ...
UnaHusna Post at 29-5-2012 17:40



apa masalahnya jika mereka join umno?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 12:07 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR 29 Mei - Penyanyi rock terkenal, Amy Search bersamavokalis kumpulan May, Mus dan penyan ...
rosewhite Post at 29-5-2012 17:22



   geng2 set dadah semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 12:47 PM | Show all posts
Politik je tu..bila ngundi dia undi Pok Nik..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:08 AM | Show all posts
hahah..amy nak menyumbang ape dalam umngok tu?org makin tak pecaye umngok dia plak nak menyumbang..: ...
UnaHusna Post at 29-5-2012 17:40



    betul la tuh..nak MENYUMBANG
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:13 AM | Show all posts
bender gini pun nak kecoh ker??




“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya me ...
samshik Post at 30-5-2012 10:23



    erm..tapi rasanya dalam pas lagi ramai ULAMA...so kalau dah ramai ULAMA....apa maknanya?..orang yang imannya senipis bawang macam aku ni...nak sokong yg mana sebenarnya....Yang ramai ULAMA atau yang beberapa kerat jerk ULAMA.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list