Kata-kata (atau tulisan) yang panjang-panjang ditambah
dengan perkataan/istilah yang canggih, dan susunan ayat
yang mengelirukan, disampaikan pula oleh sorang yang
petah dan berkharisma macam UAI ..
Tapi UAI menghiburkan dan kekadang membuka mata juga
dan aku suka slang ganu dierrr...
(my seposen) Last edited by dinsmann on 11-1-2013 03:36 AM
Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Sesungguhnya orang mukmin yang berjihad dengan pedang dan lidahnya.
Demi Allah, sesungguhnya serangan kamu terhadap mereka (golongan kafir)
dengan sajak-sajakmu laksana lemparan panah yang tajam.’’
Riwayat Ahmad
Bila byk nya gejala salah guna senjata api di Amireka
juga kekerapan massacre yg dasyat/tinggi di sana
Maka, ketua negara yg berhutang Trillionan US Dollar tu dgn tekanan katanya
"Semua jenis senjata api milikan individu wajib diserahkan (jualan balik) kpd pihak berkuasa,
termasuk yg tidak mempunyai lesen/milikan haram bg mengelakkan
keganasan bersenjata api berleluasa lebih teruk lagi
juga mengurangkan korban atas sbbnya"
Insan tiada kuasa untuk berkuasa, oleh itu
semua pergerakan insan adalah dengan kuasa Allah.
Insan hanya berkehendak dan merasa, ITU SAHAJA ...
Semua keburukan/kemalangan/sakit adalah semata-mata kehendak insan. Maksudnya, yang buruk BUKAN KEHENDAK ALLAH.
Allah hanya beri kebaikan, itu sahaja.
Anda obesiti, anda kencing manis adalah kehendak anda bukan
kehendak Allah, Allah hanya jalankan melalui ehsan-Nya...
Anda perolehi apa dikehendaki jika melampaui batas, makan terlebih-
lebih, marah terlampau-lampau sehingga perasan pun terlampau-lampu..
hujungnya yang menunggu ialah kebinasaan, tidak dapat lari ke mana-mana,
hanya kebinasaan dan mati.
Oleh itu kata-kata adalah juga doa untuk jiwa yang berkehendak supaya
jasad dapat menikmati. Yang baik doa dan yang buruk akan kedapatan buruknya
ia bukanlah sihir dalam arti kata sebenar, tetapi ehsan Allah dalam
pentadbiran-Nya...
(my seposen) Last edited by dinsmann on 18-1-2013 06:02 PM
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ
18. Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ
berdiri dengan keadilan ..
orangbesi posted on 26-1-2013 12:24 PM
ok leee
tapi kalau camtu dah kira MUNAFIK kott
atau lebih tepat - KUFUR PADA KETETAPANNYA
Munafik tu lbh kpd individu dgn Tuhan kn?
Tp kalau ia berbentuk 'fatwa' alim-ulamak-umara kpd rakyat jelata?
Firman Allah:
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
(At-Taubah 9:31)
Kn ahli sihir Firaun diberi ganjaran upah lumayan
yg melihat sihir tu punye le bersorak, ternganga masuk lalat.
Kalau xde upah, manakan sampai...
Dzulqarnain posted on 26-1-2013 04:42 PM
Munafik tu lbh kpd individu dgn Tuhan kn?
Tp kalau ia berbentuk 'fatwa' alim-ulamak-umara kpd rak ...
Munafik tu kalau ramai2 -munafik gak kan
kalau kufur ramai2 - masih kufur kan
tak kira siapa atau dimana
berkata-kata untuk mengajak beriman kepada TUHAN dan RASULNYA -benar
disamping nak dapat nama sikittt, habuan sikitttt.............
kan sebarang kata2
utk mempertahankan bicaranya atau perbuatannya yg salah sikittttt
sihir gak kannn
kan SEBENAR-BENAR KETERANGAN ADALAH KITABULLAH
SEBAIK-BAIK IKUTAN SUNNAH NABIMU.......
takde kot yg ketiganya kannnn
orangbesi posted on 26-1-2013 05:58 PM
Munafik tu kalau ramai2 -munafik gak kan
kalau kufur ramai2 - masih kufur kan
tak kira siapa ata ...
Tp kemunafikan dan kekufuran tu x semua yg tahu
dlm kelompok umat yg tunduk ada yg munafik
dlm kelompok umat yg patuh ada yg kufur
Bkn le nk kata satu jemaah satu rumah mcm 1Malaysia...
Tp, realitinya setiap ahli jemaah ada rumah masing2
dan Allah Maha Mengetahui apa yg di dlm rumah...
Bila mulanya asing kembali asing
beruntunglah yg asing...
Yg menambah2 dlm KalamNya dan hadis nabi s.a.w.
hanya utk melanggar hukum secara berperingkat2...
- sihir le kn? Sgt halus tuuu...
Firman Allah:
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang; yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Az-Zumar 39:23)