CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marvelez

Susahnya nak cari madu asli..

[Copy link]
 Author| Post time 30-7-2013 01:25 PM | Show all posts
raihaneem posted on 30-7-2013 09:10 AM
better jgn la beli kat kiosk2 tu..
skrg tumpu beli madu dr Agromas...atau mudahnya cari brand swe ...

Sy duk setapak. Ok pasni nk try cari madu agromas n sweet meadow. Thanks kongsi info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2013 01:26 PM | Show all posts
kazai_lp posted on 30-7-2013 10:44 AM
Salam marvelez,

macam sekarang ni saya kat rumah ada dua botol madu.

Oh. Sy ada perasan madu tu kat organic farm kt jusco aeon. Around rm68 kan harganya. Sedap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:10 PM | Show all posts
marvelez posted on 30-7-2013 01:26 PM
Oh. Sy ada perasan madu tu kat organic farm kt jusco aeon. Around rm68 kan harganya. Sedap tak?

Yang Benalla tu sedap. Kalau tak silap RM68 yang 1kg. Kat dasar, dia ada mendak sikit. Kasar-kasar macam gula. Tak pasti samada normal atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:16 PM | Show all posts
raihaneem posted on 29-7-2013 02:08 PM
beli brand sweet meadow..insya-allah sudah di test, asli
selain tu beli yg Agromas punya madu tuala ...

Capilano pun asli...

itu la, wa baru nak cakap, tp wa takut fakta wa tak betul, tp so far wa rasa madu capilano ni asli


wa dulu pernah beli dgn 1 pakcik kat alam sentral , kedai dia betul kat bawah escalator G floor, skarg dah jd kedai buah, madu dia pun asli, dan madu dia pun botol kecik je, rm 30-rm 35..selalu madu dia stok tak byk 2-3 botol kadang2 1 botol je tinggal, wa tak tau mana pakcik tu pergi meniaga skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:18 PM | Show all posts
Odyman posted on 29-7-2013 02:59 PM
Aku kalau yang orang asli jual lagi tak percaya kecuali ikut depa sama-sama masuk hutan cari madu. I ...

kan? lagi la tak leh caya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 11:09 PM | Show all posts
salimrock posted on 30-7-2013 10:16 PM
Capilano pun asli...

itu la, wa baru nak cakap, tp wa takut fakta wa tak betul, tp so far wa ra ...

serius ke wei capilano tu asli? murah gila kot. dulu aku penah beli buat sapu roti. tak penah prasan brand dia masa guna. bila aku google korg ckap psal capilano bru teringat penah beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2013 11:46 PM | Show all posts
marvelez posted on 30-7-2013 11:09 PM
serius ke wei capilano tu asli? murah gila kot. dulu aku penah beli buat sapu roti. tak penah pras ...

aku pun rasa mcm asli, pasal selama ni tak penah semut urung capilano, pastu bila makan, ada lah rasa badan panas sikit,

kadang beli kat kaki lima , kedai ubat, kedai jamu, yg jual dlm botol tu, yg takde brand tu, kadang2 yg tu madu tiruan, ada yg lg aib, simpan beberapa bulan 1-2 bulan, nampak hablur2 mcm gula kat dasar dia....kalao makan yg bawah2 pun dpt rasa hablur2 dia, barangkali gula kot...

harga tak tau la, wa tak perasan, wife @ mak wa yg selalu beli, diorang yg shoping...

kalo murah, mgkn kat australia tu diorang ada ternak lebah secara besar-besaran kot..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 08:18 AM | Show all posts
pernah tgk rancangan agrotek..org mardi kalo tak silap la..dia ckp madu lebah yang diimport dari New Zealend atau Australia memang madu asli berdasarkan test yg diorg buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 09:13 AM | Show all posts
marvelez posted on 30-7-2013 01:25 PM
Sy duk setapak. Ok pasni nk try cari madu agromas n sweet meadow. Thanks kongsi info.

smlm tnya suami..kwn dok borong madu tualang tu kat FAMA di batu caves...
setakat ni madu dr australia dan new zealand asli...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 09:19 AM | Show all posts
salimrock posted on 30-7-2013 10:16 PM
Capilano pun asli...

itu la, wa baru nak cakap, tp wa takut fakta wa tak betul, tp so far wa ra ...

sayang la pakcik tu dah tak meniaga, menunjukkan pakcik tu bela lebah sndiri la kot..sbbtu hasil dia tak menentu..

selalu sya guna madu yg murah2 skit mcm capilano tu..utk buat air kopi atau teh, sapu kat muka..

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:59 PM | Show all posts








beli FAMA je...terjamin kualiti...cuma nasib tak baek kalo terbeli copy punya....





Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:30 PM | Show all posts
oh ye lupa..

sebelum ni pernah gak beli madu khaula..

pernah jumpa tak?

madu tu siap ada sarang lebah dalam dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 01:53 AM | Show all posts
aku dah usha mydin, tak jumpe pun madu agromas tu. mane nak dptkan ek?
madu khaula da penah beli dulu 2 botol besau tu taon 2008 mse tgah pemes.
x tahan pekat sgat. manis sesangat hingga menyengat kepala otak pun ye. tp kalo minum ngn susu mmg mabeles.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 04:10 PM | Show all posts
marvelez posted on 2-8-2013 01:53 AM
aku dah usha mydin, tak jumpe pun madu agromas tu. mane nak dptkan ek?
madu khaula da penah beli du ...

tak dapat la...nak nolong aku pun usha gak produk madu Agromas nie...tapi limited sangat...aku sekarang minum nie je














ZAMRI 013 3640161









Kiosk Di Giant Sek 13 Shah Alam,S'gor
Waktu Perniagaan 9.30pg - 10.30mlm.Kiosk No.PC22(kiosk berhadapan kedai jam "America".Dekat dengan POS MALAYSIA).



Kiosk N0 2,M Floor, Di Ampang Point, Ampang, Selangor
Waktu Perniagaan - 10.15pg - 9.30mlm.Kiosk dekat Reject Shop.



Kiosk Di R & R Ulu Bernam Selangor(menghala ke K.L)
Lokasi kiosk di dalam bangunan AgroBazaar FAMA(bukan deretan kedai PLUS). Dibuka 6 hari dalam seminggu.Call Kamarul 014-2360701. Buka 10pagi-10mlm.



Kiosk "KL Festival City", Danau Kota/Setapak KL
Dibuka setiap hari 10.00pg-10.00mlm. Lokasi G Floor, dekat EConcave



Berniaga di dlm kawasan Masjid Wilayah, K.L.(Anjung B)
Waktu bisnes : Setiap Jumaat 12.15p.m - 2.45p.m.Call dulu sblm dtg utk pastikan Jumaat itu saya berniaga atau cuti.


http://www.syairtimur.blogspot.com/

http://www.syairtimur.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

aku beli madu nie sebab dia ada certificate...produk madu nak beli kene rujuk dengan Mardi dulu..sebab madu sekarang 'under control' bawah Mardi sebab banyak orang jual madu tipu...


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 10:00 PM | Show all posts
Rasanya dekat speedmart ada jual madu agromas tu. ada few brands lain jugak. murah lak tu beli kat speedmart
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 01:27 AM | Show all posts
raihaneem posted on 29-7-2013 02:08 PM
beli brand sweet meadow..insya-allah sudah di test, asli
selain tu beli yg Agromas punya madu tuala ...

"madu tempatan agak cair sbb kandungan air agak tinggi berbanding madu import.."

madu kadang2 cair salah satu sebabnya adalah kerana bergantung kepada jenis2 debunga yang dia ambil,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 01:29 AM | Show all posts
marvelez posted on 29-7-2013 07:22 PM
Dlu aku ade prasan madu sweet meadow tu jual kt guardian. La ni td pegi tak da dah jenama tu. jena ...

mmm...nak kata tipu tak, nak kata asli pun tak...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 12:46 PM | Show all posts
MALAYSIA SASAR JADI PENGELUAR UTAMA MADU LEBAH DI ASEAN
July 1st, 2013 Mohd Noor

BATU PAHAT, 27 Jun (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat mempertingkatkan pengeluaran madu lebah di negara ini dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama madu di rantau Asean kelak.



Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata untuk itu kementeriannya akan berbincang dengan Tekun dan Agro Bank bagi menyediakan pakej rangsangan untuk menarik lebih ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penternakan lebah.


Pada masa ini penternakan lebah dijalankan secara integrasi dengan tanaman lain seperti kelapa sawit dan rambutan, bukan secara khusus, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ladang Lebah di Pusat Pertanian Parit Botak di sini Khamis, yang julung kali diadakan di negara ini.


Katanya pakej rangsangan itu meliputi latihan, input pertanian, bantuan peralatan serta kewangan bagi mereka yang mahu menceburi bidang itu, dan bantuan kewangan dan peralatan bagi pengusaha sedia ada.


Menurut Ismail pada masa sekarang negara terpaksa mengimport banyak madu mentah dari China, New Zealand dan Australia khususnya bagi menampung permintaan tempatan.


“Nilai import madu mentah telah meningkat daripada RM26.7 juta pada 2008 kepada RM40.8 juta pada 2011 dan nilai tersebut dijangka meningkat pada tahun ini sehingga RM50 juta.


“Itu hanya madu mentah dan belum termasuk keperluan madu untuk produk hiliran yang jika dikira semua akan melibatkan jumlah yang lebih besar,” katanya.

Ismail Sabri berkata kementeriannya akan menjalankan kempen untuk membuka minat usahawan menceburi bidang ternakan lebah dan pengeluaran madu itu kerana potensinya yang besar.


Selain itu, katanya kementerian juga bercadang untuk membuka Pusat Apiari Nasional di Batu Pahat bagi menjalankan rawatan berasaskan terapi lebah atau apiterapi.

Beliau berkata rawatan itu yang dijalankan menerusi sengatan lebah atau apipuntur dapat mengatasi pelbagai penyakit terutama gangguan saraf.



– BERNAMA



http://blog.moa.gov.my/?p=2166
Last edited by shamsadis on 2-9-2013 12:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 12:47 PM | Show all posts

Hari Ladang Lebah 2013



Hari Ladang Lebah 2013 bertempat di Jabatan Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor merupakan salah satu usaha Jabatan Pertanian untuk memperkenalkan Pusat Apiari Nasional dan peranan Jabatan Pertanian didalam memajukan Industri Perlebahan Negara.

Prospek industri perlebahan di Malaysia bermula pada tahun 1980'an. Penglibatan yang aktif daripada Jabatan Pertanian dan pihak swasta telah berjaya menaikkan industri ini.

Dalam Rancangan Malaysia ke-10, lebah madu telah dikenalpasti sebagai sumber baru produk Agro Makanan termasuk perkhidmatan pertanian. Industri ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada peningkatan bahan mentah dan produk proses berasaskan lebah tetapi juga dapat meningkatkan hasil lain-lain tanaman seperti buah-buahan, kelapa dan kelapa sawit melalui aktiviti pendebungaan yang dilakukan semasa mengambil nektar dan polen.

Selain daripada pengeluaran madu lebah, industri ini dijangka dapat merangsang pertumbuhan sektor pelancongan terutamanya berkaitan pendidikan dan kesihatan.

Adalah menjadi harapan agar Hari Ladang Lebah 2013 yang dilaksanakan ini akan dimanfaat oleh semua pihak demi mengangkat semula industri perlebahan negara sejajar dengan perkembangan pembangunan produk-produk berasaskan lebah di peringkat dunia.

http://pertanian.johordt.gov.my/hariladanglebah2013/pengenalan.html



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 12:48 PM | Show all posts
ARKIB : 28/06/2013


Rakyat disaran rebut peluang industri lebah - Ismail Sabri


ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kanan) dan Mustafa Kamal Baharuddin (tiga dari kanan) melihat kaedah mengeluarkan madu dari sarang lebah ketika melawat gerai jualan di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor, semalam. - BERNAMA

BATU PAHAT 27 Jun - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan masyarakat dan usahawan tani supaya menceburi industri lebah bagi mengurangkan jumlah import madu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat perlu merebut peluang untuk melabur dalam industri berkenaan kerana permintaannya semakin meningkat apabila setiap produk kesihatan, perubatan dan kosmetik menggunakan madu lebah.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan madu sebelum ini, negara perlu mengimportnya dari China, New Zealand dan Australia dengan nilai mencecah RM27 juta pada 2010 dan jumlah itu dijangka melonjakkan sehingga RM50 juta pada tahun ini.

"Sebab itu, kerajaan mahu rakyat menceburi industri lebah supaya mereka dapat menikmati hasilnya yang bukan sahaja daripada madu, sebaliknya produk hiliran yang turut mendapat permintaan tinggi.

"Untuk menarik minat rakyat, kementerian akan menyediakan satu pakej khas yang terdiri daripada latihan, pinjaman, sumbangan peralatan dan pemasaran produk di dalam dan luar nagara," katanya selepas merasmikan Hari Ladang Lebah di Pusat Pertanian Parit Botak, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed dan Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Mustafa Kamal Baharuddin.

Ismail Sabri berkata, pihaknya juga akan melakukan perbincangan dengan Agro Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk menyediakan pinjaman kepada usahawan lebah yang baharu.

Beliau memberitahu, bagi melahirkan usahawan baharu itu, Jabatan Pertanian ditugaskan untuk menyemai minat masyarakat terhadap bidang berkenaan.
"Jabatan Pertanian akan membuat kajian tentang minat usahawan baharu. Malah, mereka juga perlu membuat tinjauan bagi memperbesarkan lagi industri yang dijalankan usahawan sedia ada.

"Pada masa akan datang, kementerian akan menghantar pegawai Jabatan Pertanian untuk mengikuti kursus di negara pengeksport madu lebah supaya kita juga mahir dalam industri tersebut," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130628/dn_08/Rakyat-disaran-rebut-peluang-industri-lebah---Ismail-Sabri#ixzz2dhwDo0bu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by shamsadis on 2-9-2013 12:51 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.088316 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list