|
Mario Dedivanovic Sukakan Wajah Wanita Asia
KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2013: Persandingan mewah pengasas butik fesyen Bianco Mimosa, Dato' Ida Suraya yang diadakan pada hujung minggu lalu bukanlah pertama kali buat jurusolek selebriti popular Hollywood, Mario Dedivanovic.
Sebaliknya dia kerap menjelajah ke serata Asia bagi mencantikkan wajah wanita dari benua ini sama ada untuk majlis perkahwinan mahupun acara istimewa.
Ditemui portal murai.com.my sebelum majlis persandingan Dato' Ida Suraya, jurusolek kesayangan bintang reality Hollywood, Kim Kadsahian itu berkata dia memamg sangat mengagumi wajah wanita Asia yang sememangnya unik.
"Saya memamg suka bekerja dengan wanita Asia dan sudah bertahun lamanya saya kerap menyentuh raut wajah wanita Asia.
"Apa yang lebih menarik, wanita Asia bersikap terbuka apabila bercakap soal kecantikan. Mata mereka yang cantik membuatkan saya teruja dan setiap kali menyiapkan mereka, saya akan lahirkan mereka dengan sentuhan glamor wanita Amerika," katanya yang agak pemalu orangnya.
Sudah lebih 16 tahun berkhidmat sebagai jurusolek profesional, Mario yang kini menetap di New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat itu berkata dia cuba melahirkan penampilan yang semulajadi untuk raut wajah Dato' Ida Suraya di hari bahagia berkenaan.
Masih tidak mahu lari daripada tema Hollywood glamor, Mario berkata pengantin VIP itu memiliki sepasang mata dan bibir yang sangat menawan.
"Untuk majlis persandingannya malam ini, saya melahirkan Dato' Ida sebagai seorang permaisuri yang mendapat sentuhan gaya Hollywood.
"Saya memberikan penekanan terhadap bentuk wajahnya serta mata dan juga bibirnya yang cantik. Tidak ketinggalan juga tulang pipi yang menjadi aset utama wanita Asia," katanya teliti ketika berbicara.
Meskipun lebih dikenali sebagai jurusolek kesayangan Kim Kardashian, Mario juga sering menghias raut wajah ramai bintang ternama Hollywood seperti Natasha Bedingfield, Eliza Dushku, Michelle Williams, Christina Aguilera dan Gina Gershon.
Katanya, meskipun sering berurusan dengan ramai selebriti dan model hebat dunia, dia sering berbangga kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan mereka sekaligus menjadikannya dirinya lebih dihargai.
Bakat dan kebolehan dirinya menjadikan seseorang wanita itu tampak mempersona, menjadikan Mario antara jurusolek paling berpengaruh di dunia kerana sering tampil di majalah Seventeen, People, Glamour , OK!, US Weekly dan InStyle.
Tambahan lagi, blog miliknya blog.makeupbymario.com dan laman sosial Twitternya merupakan paling ramai diiukuti di dunia.
"Nasihat saya kepada jurusolek di luar yang ingin berjinak-jinak dalam dunia solekan supaya mulakan dengan cara berkhidmat dengan mereka yang lebih berpengalaman kerana dengan cara itu saja akan membolehkan kita belajar banyak perkara.
"Meskipun saya sudah lama dalam industri ini, tetapi saya masih bekerja dengan mereka yang lebih besar untuk belajar sesuatu yang baru," katanya yang memulakan kerjaya dalam bidang runcit sejak berusia 17 tahun dan enam tahun berkhidmat dengan jurusolek profesion |
|