CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: engkusewel

Apakah sebenarnya yang berlaku tatkala ini di negara para nabi ini

[Copy link]
 Author| Post time 25-2-2014 03:45 PM | Show all posts
robotech posted on 25-2-2014 03:30 PM
Macam ni jelah. Syiah adalah majoriti terbesar di Iraq, di zaman Saddam dan Kerajaan rejim parti Baa ...

Bukan soal siapa majority or menikmati apa yg berlaku skg, apakah peranan anda kalau adanya makhluk yg mengarahkan kiblat itu di tukar? Dan makhluk ini adalah mewakili majority yg anda nyatakan itu. Knapa adanya statement yg mengundang kemarahan seluruh umat islam seperti yg dilakukan oleh PM iraq itu. Salah satu sebab kerana kekaguman mereka terhadap perayaan Karbala itu sendiri yg saban tahun makin mendapat perhatian. Adakah ianya benar2 ajaran yg dibawa oleh rasullulah s.a.w sendiri? Dan kiranya ia merupakan rekaan semata2 sememangnya ia merupakan satu ancaman yg besar utk umat islam di hari kemudian kelak. Rakyat iraq sunni mungkin tidak menjadi masalah sekiranya hak2 beragama utk mereka di tarik balik sedikit demi sedikit, tapi utk melihat satu budaya baru yg akan mencemar nama islam itu sendiri sudah tentunya bukan boleh di terima oleh mereka...wallahuallam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2014 03:49 PM | Show all posts
Iraqi PM's call for making Karbala the new Muslim Qibla stirs controversy嬠/b]

Iraqi Prime Minister Nouri al-Maliki’s statements that the Shiite holy city of Karbala must be the Qibla - the direction to which Muslims pray - has stirred controversy among Islamic scholars.

“Karbala must be the Qibla of the Islamic world because Imam Hussein [the Prophet Mohammad’s second grandson, and an important figure in Shia Islam] is buried there,” Maliki said this week, Iraqi media reported on Friday.

Saudi religious scholars described his statements as incitement to strife and a call to divide Muslims.

“This issue is already agreed upon by all Muslim scholars, both Sunni and Shiite. They all agree that the Qibla is the Ka’bah [the shrine in Mecca towards which Muslims pray],” said Nasser al-Honeini, professor of religion and general supervisor at the Center of Contemporary Thought in Saudi Arabia.

Honeini added that Maliki’s statements distort Islam because the faith does not say that Muslims should pray in the direction of tombs.

Khaled al-Mosleh, professo of jJurisprudence at the University Qassim in Saudi Arabia, described Maliki’s statements as “nonsense” and incompatible with Islamic sharia law.

“The fact that such statements were made by someone as important as the Iraqi prime minister is a catastrophe considering he’s an educated person. If he made such statements, what should we expect from uneducated men?” Mosleh told Al Arabiya News.

Maliki, a Shiite Muslim with close ties to Iran, is often accused of promoting a sectarian agenda in Iraq.

When Maliki visited the United States in October several U.S. Senators sent a letter to President Barack Obama in which they accused Maliki of favouring Shiites over Sunnis in his country.

“By too often pursuing a sectarian and authoritarian agenda, Prime Minister Maliki and his allies are disenfranchising Sunni Iraqis, marginalizing Kurdish Iraqis, and alienating the many Shia Iraqis who have a democratic, inclusive and pluralistic vision for their country,” the senators wrote.

Maliki’s failures were pushing many Sunnis “into the arms of al-Qaeda in Iraq and fueling the rise of violence, which in turn is radicalizing Shia Iraqi communities and leading many Shia militant groups to remobilize,” the senators said.

They warned the situation threatened to pitch Iraq into an all-out civil war.

http://english.alarabiya.net/en/News...f-Muslims.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 04:08 PM | Show all posts
engkusewel posted on 25-2-2014 03:45 PM
Bukan soal siapa majority or menikmati apa yg berlaku skg, apakah peranan anda kalau adanya makhlu ...

Anda mestilah terasa sebab anda ASWJ. Tapi cuba fikir, sedang dok sibuk2 hal Syiah di Iraq, awak lupa Syiah di Malaysia. Apa tindakan kerajaan ASWJ anda? Apa tindakan Ulil Amri pelindung agama & bangsa ASWJ cap Melayu Nusantara ini? Keluarkan fatwa tapi penguatkuasaan lemah ... dari tak sampai 200 orang pada 1980an bercambah ke 200K orang pada 2010an?

Cer citer?

Anda lagilah tak mampu berbuat apa2 pasal Iraq, sebab ia dikuasai majoriti Arab Syiah. Sedangkan Arab ASWJ pun bersekongkol dengan rejim Baath membunuh ribuan saudara Kurdish yang sama kiblat ASWJ, sehinggakan kini Kurdish ASWJ lebih rela bersekutu dengan Arab Syiah daripada Arab ASWJ yang mengkhianati menyembelih saudara sesama ASWJ.

Itu realiti Iraq. Itu lah yang diwariskan arwah Saddam Hussein di atas dasar pecah dan perintah atas dasar suku dan kepercayaan mazhab. Memanglah kita marah, tapi boleh buat apa? Jika ada rakyat Malaysia yang Syiah pergi berkiblat ke Karbala pun kita tak mampu halang, inikan pula kubu kuat Syiah di daerah Pendang, Kedah. Sedangkan berduyun2 umat Syiah Malaysia berkunjung ke Hauzah Syiah di Selatan Thai pun kita lemah tak berdaya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 04:29 PM | Show all posts
robotech posted on 25-2-2014 04:08 PM
Anda mestilah terasa sebab anda ASWJ. Tapi cuba fikir, sedang dok sibuk2 hal Syiah di Iraq, awak l ...


Kita mmg perlu sibuk kan diri dgn hal yg berkaitan dgn agama, tak kira la di iraq atau di malaysia. Rasanya dlm konteks di Malaysia, peranan kerajaan untuk mengekang kemaraan syiah agak terbatas disebabkan penglibatan syarikat2 malaysia di Iraq. Kerajaan Malaysia boleh saja menyumbat semua penganut syiah di penjara atas berbagai dakwaan tanpa memikirkan natijah atas perlaksanaan tersebut.Namun begitu kerajaan perlu memikirkan cara yg terbaik utk mengatasi masalah syiah ini. Dalam konteks Iraq, kita perlu memainkan peranan sebagai pemberi maklumat setidak2 nya jgn sampai ajaran or budaya arbaeen ini dah sampai ke selatan Thailand baru kita nak melatah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 04:47 PM | Show all posts
engkusewel posted on 25-2-2014 04:29 PM
Kita mmg perlu sibuk kan diri dgn hal yg berkaitan dgn agama, tak kira la di iraq atau di malays ...

Tapi peranan awak sendiri apa? Dalam forum awak tak boleh buat apa2 ... apatah lagi dalam konsep negara berdaulat Iraq pasca Saddam & pendudukan Amerika.

Sekurang2nya, awak kena bertegas dengan penganut Syiah di Malaysia dulu, baru ada kredibiliti lawan Syiah di tempat lain. Sekurang2nya Arab Saudi tegas menangani ancaman Syiah yang tak sampai satu peratus di negaranya, malahan membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak Houthi bermazhab Syiah Zaidiyyah di persempadanan Arab Saudi & Yaman dengan bantuan ketenteraan & kewangan serta sokongan moral. Selain itu Arab Saudi menghantar pasukan tenteranya ke Bahrain bagi membantu Dinasti Diraja Al-Khalifa serta minoriti ASWJ menghenyak dan melanyak majoriti Arab Bahrain bermazhab Syiah Imamiyyah yang menggunakan alasan revolusi kuasa rakyat demokrasi bagi menjatuhkan kerajaan diraja Bahrain ASWJ.

Arab Saudi juga membiayai persenjataan pasukan2 gerila ASWJ di Iraq melawan kerajaan Syiah Imamiyyah Iraq, serta membekalkan wang kepada pasukan militia FSA yang bermazhab ASWJ melawan rejim Bashar Syiah Alawiyyah di Syria.

Di Pakistan pun, ramai je pejuang majoriti ASWJ sanggup berkorban nyawa melenyapkan minoriti Syiah Pakistan dari bumi mereka, hatta sanggup bom masjid Syiah, kuburan Syiah, kampung Syiah. Kerajaan Pakistan pun buat derk, bagi sokongan dalam diam. Dalam masa sama, kerajaan Pakistan ASWJ sanggup membunuh Taliban Pakistan se-ASWJ (lain drp Taliban Afghanistan) dengan bantuan sekutu Amerika, sambil kerajaan Pakistan pelan2 belakang tabir tolong beri bantuan pada Taliban Afghanistan menentang kerajaan Sunni Afghanistan & kabilah etnik Syiah di Afghanistan.

Nampak tak .... sampai tahap tu. Anda mampu tak mampu kekang minoriti Syiah hatta gunakan kekerasan & bermandi darah di Malaysia ini? Sanggup tak sanggup? Kalau bab undang2 pun fail nak kekang pengaruh Syiah di Malaysia, lagi nak bicara bab Syiah yang terang2an berkuasa mutlak majoriti di Iraq. Lantaklah diorang Syiah nak berkiblat ke Karbala, yang ASWJ toksah ikut. Lagipun tiap2 tahun ramai pejuang Iraq ASWJ yang sanggup jadi pengebom berani mati mengebom membunuh ratusan jemaah Syiah yang dok kat Karbala buat bidaah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 05:44 PM | Show all posts

Saya sbnarnya tak berminat utk berpolimik mengenai syiah dgn saudara. Saya juga tak berminat untuk menjawab semua persoalan yg saudara timbulkan kerana saya tahu saudara sendiri ada jawapannya. Perkara asas perbincangan adalah mengenai budaya baru di kalangan syiah sendiri yg harus kita sbg umat islam bersikap berwaspada dan hati2. Bagi saya, selama mana seseorang itu menyembah dan mengakui Allah swt yg satu dan rasullullah saw itu khatamunn anbia, Al quran & sunnah sebagai sumber rujukan, saya rasa saya tidak layak utk mengatakan dia sesat. Itu pandangan saya. Saudara boleh setuju dan tidak bersetuju.Kesalahan dlm mempraktikan ajaran islam itu isu yg lain, namun begitu kehadiran amalan2 baru perlu di bimbangi dan di sebarkan ke pengetahuan umum untuk kita menilai sendiri selain berhati2 agar tidak terjatuh ke dalam permaslahan yg lebih besar nnt.

Saya perlu katakan saya agak setuju dgn informasi yg saudara ketengahkan yg saya akui saya sendiri mungkin tak mampu untuk bahaskan dgn lebih detail. Namun begitu ia hanyalah sebagai info, yg mana sesiapa sahaja mungkin telah makmlum mengikut situasi yg kita lalui skg.

Cumanya jgn kita jadi 'ignorant' ppl, hanya disebabkan kita lebih banyak mengetahui perkara2 besar yg lain. Bagi saudara mungkin isu Karbala ini hanya perkara kecil, tak perlu bising2, ini hanya di iraq, lantak la apa nak jadi dgn syiah, namun saudara kena ingat syiah dulu pon mungkin tak bertapak di malaysia, dan mungkin juga masa dulu rakyat malaysia lupa syiah itu dah ada di pintu masuk malaysia tapi disebabkan sikap tak amik tahu hal luaran maka bila syiah dah berkembang baru lah semua nye melatah tak tentu pasal. Nah skg saudara masih ingin memperaktikan pendekatan yg sama iaitu " lantaklah, itu kat si nun...kita kat sinin".. begitu kan maksud saudara?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2014 06:34 PM | Show all posts
Maaf, jika awak berkecil hati dengan cara saya. Tapi inilah yang kita kena hadapi. Inikan forum Peristiwa Dunia. Apa sahaja berkaitan dalam sosio-ekonomi-politik memang kita kena ambil tahu. Cara saya mungkin memprovokasi, tapi itu cara saya untuk saudara memahami konteks politik & sosial antarabangsa, menerusi kacamata global berfikir akan kesan berkaitan konflik Timur Tengah tika ummah Sunnah vs Syiah masing2 berbunuhan antara satu sama lain di Syria, Iraq, Afghanistan, Pakistan, revolusi rakyat Syiah di Bahrain, pemberontakan Houthi Syiah di Yaman.

Kita kena faham, kegagalan kita mengekang pengaruh Syiah di bumi sendiri, akan mengundang pertumpahan darah sebagaimana berlaku di Pakistan (saya menyamakan konflik berdarah di Pakistan yang sebuah negara sekular kerana majoriti ASWJ berbunuhan dengan minoriti Syiah disebabkan kegagalan kerajaan Pakistan mengekang pengaruh Syiah) dan Yaman (satu lagi negara Islam sekular bermajoritikan Sunnah Mazhab Shafiie menghadapi ancaman pemberontak minoriti Syiah Houthi).

Ini tak mustahil. Bila kerajaan Sunnah nampak lemah, kaum Syiah yang kuat bermuka2 dengan taqiyyah-nya akan menggunakan platform sekularis seperti hak asasi manusia (hak samarata kepercayaan agama), isu hak kaum minoriti, isu demokrasi, macam2 lagi la. Masa bila dah bercambah jadi 2 juta kat Malaysia karang puak2 Syiah tu, menyesal air mata darah pun tak guna. Pakat ramai2 la berperang saudara macam kat Iraq hatta Syria.

Ingat, peristiwa dunia mencatatkan, selepas perang dunia kedua, antara korban perang paling dahsyat adalah perang Iraq-Iran yang mengorbankan lebih 1 juta orang Muslimin, dan menyaksikan pembersihan etnik dengan senjata kimia ke atas kaum Kurdish ASWJ oleh rejim Arab Baath Iraq yang rata2 ASWJ.

Perlu dinyatakan, korban kematian umat Islam kini di era zaman perang anti keganasan adalah kebanyakannya dari serangan berani mati pejuang Islam dan kini menyamai dan mula melebihi korban nyawa umat Islam yang mati dibawah penaklukan Amerika dan NATO di Iraq & Afghanistan.

Orang Islam sendiri jaguh berbunuh sesama sendiri. Bukan setakat terhenti antara ASWJ vs Syiah, tapi banyak ASWJ berbunuhan ASWJ.

Keganasan yang dihalalkan atas nama agama. Berjihadlah sangat, tapi umat Palestin yang memerlukan bantuan senjata, ekonomi, pejuang2 ASWJ lainnya hanya di pinggiran. Sibuk sangat orang Islam berbunuhan sana sini isytihar jihad lawan sesama Islam, tapi tak sedar perang jihad paling mulia kini di Palestin bagi membebaskan kota suci Baitul Muqaddis & Masjidil Al-Aqsa dari Bani Israel Laknatullah Alaih terhenti sebab pemimpin Mesir Muslim ASWJ berdamai dengan Israel.

Jadi sahabat dengan musuh para2 Nabi.

ASWJ pula tu.

Fikir2kan lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 08:00 PM | Show all posts
Saya setuju dengan perincian saudara mengenai isu syiah-sunni secara global. Malah sehingga kini, saya sendiri belum berupaya untuk berhujah dengan lebih adil kerananya antara syiah dan sunni itu masing2 melakukan kesalahan masing2 dan saling tunding menunding antara satu sama lain. Lihat sahaja di palastine bagaimana pejuang Hamas bertungkus lumus menentang rejim zionis. Siapakah Hamas itu? Bukan kah mereka dari kalangan syiah? Saya bukan nak promote Hamas jauh sekali syiah.

Mengenai luahan saudara tentang kegagalan kita mengekang syiah di malaysia, saya mungkin tidak mempunyai jawapanya. Namun saya rasa, yg paling penting pada waktu ini kita perlu kenali syiah itu sendiri. Maksud saya mengenali ajaran2 dan amalan2 mereka yg bertentangan dgn kaedah islam itu sendiri. Ramai yg antara kita kenali syiah pada nama, tapi mungkin hanya sbilangan kecil yg tahu dan kenali aktiviti2 syiah tersebut. Rasanya dalam konteks malaysia aktiviti syiah hanyalah melibatkan perkara yg terlalu asas contohnya cara bersolat yg berlainan. Kita belum di dedahkan lagi dengan laungan azan yg pelik2, solat jumaat yg ditinggalkan terus, persoalan puasa dan idulfitri, penyembelihan haiwan, perkahwinan mutaah dsb dengan lebih detail. Jadi, apabila saudara ajukan persoalan apakah yg saya mampu lakukan untuk kekang penyebaran syiah di Malaysia? Jawapan saya, kita ketengahkan aktiviti mereka, kita sebarkan apa yg mereka bawa. Kenali aktiviti mereka yang mana akan memudahkan rakyat seperti kita lebih peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin satu hari kita akan bertemu seseorg yg berjalan kaki sejauh 500km dikatakan kerana ibadah di malaysia. Dlm konteks sekarang, saya jamin takan ada org mempersoalkan amalan org itu. Tapi bagi saya, mungkin tidak. Kerana apa? Kerana saya telah didedahkan amalan seperti itu yg berlaku di iraq. Atau pun mungkin satu masa kita melihat seseorg menyembelih haiwan yg tidak seperti kita lakukan, tapi disebabkan tiada pendedahan mungkin kita katakan itu hanyalah cara dari kaedah islam mazhab yg lain. Atau pun apabila satu hari kita didedahkan dengan seseorg yg bernikah dan bercerai selepas dua jam dan bernikah kemudiannya di jam yg lain.

Bagi saya sudah tiba masanya, rakyat marhaen spt kita berani membincangkan isu2 syiah secara terperinci baik di malaysia mahupun di luar negara. Kita kenali syiah bukan setakat pada nama, kita kena tahu apa aktiviti mereka. Dari situ mungkin kita mampu melakukan sesuatu setidak2 nya untuk diri kita dan sebaiknya untuk rakyat malaysia...wallhuallam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hang org gasm ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 10:01 PM | Show all posts
JohnDeSouza posted on 25-2-2014 09:59 PM
hang org gasm ke


gasm tu ape kebende nye...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:18 AM | Show all posts
biar mereka sendiri tentukan.. itu negara mereka, syiah dan sunni di sini jangan gaduh-gaduh, gaduh kalu kasi tangkap...:-)
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
orgasm   
kat pesbuk lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 01:07 PM | Show all posts
Milagro posted on 26-2-2014 11:18 AM
biar mereka sendiri tentukan.. itu negara mereka, syiah dan sunni di sini jangan gaduh-gaduh, gaduh  ...


hang paham ke ape yg di bahaskan kat sini..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 01:07 PM | Show all posts
JohnDeSouza posted on 26-2-2014 12:50 PM
orgasm   
kat pesbuk lah


kira hang pernah orgasm kat pesbuk la sblum nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 02:37 PM | Show all posts
engkusewel posted on 26-2-2014 01:07 PM
hang paham ke ape yg di bahaskan kat sini..?

kenapa... apa masalahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 07:12 PM | Show all posts
engkusewel posted on 25-2-2014 08:00 PM
Saya setuju dengan perincian saudara mengenai isu syiah-sunni secara global. Malah sehingga kini, sa ...

Orang ramai ketip jari, bercambah maklumat Syiah ni. Saya tak kata kita kena abaikan isu Syiah, tapi Karbala tu dah beratus2 tahun jadi tempat suci orang Syiah berbidaah. Jika diorang nak jadikan kota suci buat haji kedua ka apa ka, itu isu Syiah. Lagi la terang2 kesesatan Syiah. Tau la orang ASWJ menilai takat mana taksub Syiah ni sampai tergelincir akidah boleh dibuatnya.

Persoalan utama, bagaimana Syiah kat negara ni, pejam mata ka? Dah 200K. Dari Sabah sampai Perlis. Bermukim kat Pendang kubu kuat Syiah. Sampai org Pendang bulih kata hat ni kampung Syiah, hat tu penghulu pun Syiah, tokey sawah ni Syiah, orang dok depan umah nu Syiah. Terang2 lagi wat aktiviti kat Hauzah Syiah tadak sapa mau amik peduli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2014 10:22 PM | Show all posts
robotech posted on 26-2-2014 07:12 PM
Orang ramai ketip jari, bercambah maklumat Syiah ni. Saya tak kata kita kena abaikan isu Syiah, ta ...


Beginilah saudara, saya berani katakan saudara memang banyak info mengenai syiah dan mungkin isu2 lain juga. Saya tak berapa pasti bagaimana saudara 'kongsikan' information tu semua atau mungkin telah saudara bahaskan sebelum ni samada secara berforum, usrah atau pon dalam mana2 platform ilmiah yg lain. Namun begitu mungkin masih adalagi mereka2 yg tidak ketahui kesemua maklumat2 tersebut disebabkan segala macam alasan.

Bagi saya, selama mana saya boleh sampaikan sesuatu maklumat/informasi saya akan lakukan dan sebarkan untuk pengetahuan umum. Tidak lebih dari itu. Soal samada nak terima atau tidak informasi yg saya berikan itu bukan soal utama, saya tak memaksa...saya rasa semua forumer di sini sudah matang lebih2 lagi ramai antara kita yg dah bertahun2 berforum tentu sekali lebih lah "kematangannya". Yang penting informasi/maklumat yg ada perlu di kongsikan bersama sebagai pengetahuan umum.Itu saja.

Saya ketengahkan isu2 syiah ini bukan lah menandakan saya berminat sangat jauh sekali untuk saya jatuh tertarik...nauzubillah. Cumanya seperti yg saya katakan sebelum ini, maklumat baru perlu lah di kongsikan bersama. Sama lah juga bila kita perdebat kan isu mutaah satu ketika dulu. Itu kan isu syiah juga kenapa kita membuang masa perdebatkan isu tersebut? Permulaan isu Mutaah mungkin tak memberi kesan kepada kita, tp apabila setelah 20 tahun di biarkan sudah menjadi satu isu yg berat . Dan masa ini lah masing2 tunding menunding antara satu sama lain. Begitu juga isu kota Karbala, memang lah dah beratus tahun menjadi kota suci syiah, tapi apakah yg kita tahu perkembangan terhadap kota tersebut? Atau mungkin kita kena tunggu 20 tahun lagi bila ia sudah menjadi isu di negara kita baru kita nak 'cungkil' informasi tersebut? Begitukah?

Saya suka ketengahkan isu penganut kristian yg saya berpendapat 'majority' umat islam di malaysia sgt peka. Bila saja ada isu baru tentang 'agama kristian' itu di ketengahkan ramai yg ambil tahu, yang mana ianya lebih untuk memahami,mengkaji dan bersiap sedia bagaimana untuk menangkis asakan2 dari 'agama kristian' itu sendiri kelak.

Bagi saya, siapa saja yg pegang pemerintahan di negara kita merekalah pemegang saham terbesar kerana kegagalan pasal isu syiah ini. Pandangan saya mudah...sikap suka senyapkan sesuatu isu adalah punca segala punca. Akibatnya rakyat yg teraba2 bila isu syiah ini dah semakin parah. 20 tahun dulu mungkin platform berforum masih baru, menyebabkan ramai yg agak ketinggalan dari segi maklumat. Tapi untuk sekarang ni saya berpendapat forum spt ini adalah landasan terbaik untuk maklumat2 di kongsikan bersama. Sebagaimana kita perbincangkan isu2 yg lain termasuk lah para artis dsbnya, bagi saya bukan lah satu kesalahan utk kita perbincangkan bersama isu2 yg agak kritis seperti syiah ini. Setidak tidaknya kita bertambah ilmu...Wallhuallam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:56 AM | Show all posts
dimana tamadun manusia bermula dahulu disitu akan rosak dulu...yg lain menyusul....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 10:50 AM | Show all posts
dunia akhir zaman
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 11:14 AM | Show all posts
Perpecahan islam ni bermula ngan wujudnya Ahli2 yg baru sprt Syiah dsb.
Syiah ni yg begitu menyokong Saidina Ali kan? dorang ni takleh nak terima sistem Khalifah ar-rasyidin. Dorang sentiasa berfikiran yg Saidina Ali sepatutnya jadi Khalifah yg pertama slpas kewafatan Nabi SAW,
Sbbnya, Saidina Ali ni menantu Rasulullah SAW. So, dorang fikir, Saidina Ali lebih layak..
Dan sampai sekarang la dorang blum menerima sistem 4 Khalifah itu..
Tp, agak banyak erk ajaran sesat yg dorang cipta. Haishh, dunia.. dunia..
Yg sy still terkejut tu, kubur syiah ngan sunni ni sangatlah beza..
Kalau sunni, mcm biasa laa.. Tp, syiah ni siap ada gambar lagi. Ish,ish,ish~

(ini berdasarkan apa yg sy belajar masa skolah menengah dulu, taktau la kalau ada kesalahan kat mana2, Wallahualambissawabb)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.084970 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list