|
@Natsu_Dragneel @didabrooch
Interquel (selepas Putri Berkuda Putih dan sebelum Feri Dilanda Badai 5#)
PEMBEBASAN PUTRI RATNI
Ninda mengarahkan Arif ke istana Nyi Blirang. Sekelip mata bagaikan angin, Arif sampai ke perkarangan istana Nyi Blirang.
"Wah besar sekali pintu gerbangnya, terukir pula kepala ular besar di tengah-tengahnya" detik Arif dalam hati. Sedang Arif melilau memerhatikan sekeliling istana, tiba-tiba pintu di buka. "Oh terbelah dua ukiran kepala ular tadi" benak Arif semakin kagum .
Arif tidak berasa gentar lalu berdoa mempersiapkan diri agar dapat menceroboh istana tanpa dikesan pengawal bersenjata yang begitu ramai. Arif berjaya melepasi semua pengawal luar, lalu dia terus menyelinap tanpa dikesan pengawal di dalam.
Akhirnya Arif terus mencari sasaran utamanya Nyi Blirang dan nekad berhadapan dengan beliau. Kemunculan Arif secara tiba-tiba membuatkan Nyi begitu terkejut.
"Ampun Tengku..." Nyi kagum dengan ketinggian ilmu Arif lalu mengaku kalah.
"Tuan telah melepasi kawalan istana yang begini rapi, oleh itu Nyi akan menuruti apa sahaja permintaan Tengku"
"Baiklah, kalau begitu lepaskanlah Putri Ratni dari penjaramu" tegas Arif pada Nyi.
Putri Ratni terus dibawa menemui Arif dan diiring meninggalkan istana dan terus pulang menemui bondanya.
Arif bersyukur kerana dapat menyelamatkan putri tanpa pertumpahan darah. Giliran Arif pula beredar dari istana Blirang dengan rasa puas lalu balik ke alam nyata.
Selang beberapa hari kemudian, sedang Arif duduk santai bersama Salim, tiba -tiba muncul Putri Ratni bersama bondanya.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Jawab Arif dan Salim.
وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ
"Kedatangan kami membawa maksud murni, untuk menjodohkan Putri Ratni dengan Tengku yang telah menyelamat beliau" kata bonda sambil memandang Arif. Berkali- kali diulangi maksud tersebut oleh bonda.
Arif terdiam kaku membisu. Sehingga Putri Milofa isterinya tiba -tiba muncul di situ memberikan pandangannya.
"Silakan, abang telah selamatkan dia, mengikut adat alam sana, abang berhak berkahwin dengannya" Putri Milofa mencelah lembut.
"Abang telah bersusah payah untuk berkenalan dan menambat hati adik Milofa, masakan abang begitu mudah untuk menukarnya dengan Putri Ratni" Arif membisikkan jawapannya kepada Putri Milofa.
Salim mendengar dan memerhatikan semua percakapan yang berlaku.
Arif kelihatan resah lalu berdoa, agar mendapat petunjuk untuk meredakan permasalahan ini.
"Mulai hari ini, abang mengaku Putri Ratni sebagai adik, maka kita adalah beradik dunia akhirat" kata Arif kepada Putri Ratni sebagai penyelesaian.
Putri Ratni tunduk menerima saranan Arif. Mulai dari saat itulah hubungan persaudaraan semakin rapat. Setiap kali Arif belayar ke gunung, Putri Ratni akan sentiasa berenang mengiringinya di sebelah feri sambil melambai-lambaikan tangan nya.
Bersambung... 28# Last edited by saudagaralam on 16-6-2014 01:18 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makin seronok plak kisah ni..
mohon sambungan ye |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih, Encik Arif dan Salim pun seronok dapat kongsi pengalaman mereka. Selama ni cuma disampaikan secara lisan kepada anak-anak buahnya sahaja.
In Shaa Allah ada sambungan. Storyline ada episod sequel, interquel & maybe prequel.
Jika kami khilaf berikanlah teguran, jika ada kekeliruan kemukakanlah soalan |
|
|
|
|
|
|
|
bestlah cerita ni
ni cerita zaman sekarang atau zaman silam? |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang tapi pelbagai alam.
Selalu lunch asam pedas kepala ikan kerapu dgn Encik Salim yg low profile. Dia ucap terima kasih sebab sudi luangkan masa baca kisah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
saya tunggu sambungan tt..wpun sdikit sebanyak bahasa tu agak terlalu halus utk saya faham..ambik masa nak faham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf, warga emas mcm kami bahasanya begini.
Tapi sekiranya ada kemusykilan jangan malu bertanya. |
|
|
|
|
|
|
|
BERTEMU SETELAH BERTAHUN-TAHUN MENCARI
***PREQUEL***
Salim memang suka mengembara ke pelusuk Nusantara mencari pengalaman baru dalam hidupnya. Akhirnya Salim sampai di sebuah pulau yang masih belum diterokai sepenuhnya. Salim bertemu seorang tua yang tinggal di gunung bersama isterinya. Begitu erat hubungan mereka sehinggalah Salim menganggap kedua orang itu seperti ayahanda dan bondanya sendiri.
Salim seorang yang ringan tulang. Tempat permandian yang dulunya hanya berupa air mata air, kini telah bertukar menjadi sebuah kolam mandi yang luas. Lebih dari itu Salim telah membina sebuah rumah kayu dua tingkat yang dibuat dari kayu hutan
di gergaji dijadikan papan, tiang dan gelegar.
"Nak Salim, kau ayahanda tugaskan untuk mencari seseorang yang mempunyai kepentingan di gunung ini" jelas Ayahanda pada Salim.
"Siapa orang itu ayahanda?" Salim mohon penjelasan.
"Orangnya seorang yang jujur dan amanah" Ayahanda menambah.
"Di mana harus saya cari?" Salim bertanya lagi.
"Ya sudah jangan banyak tanya, tugas kau mencari orang ini dan bawalah ke sini" ayahanda menjawab dengan tegas.
Sejak hari itu Salim kerap kali turun naik ke gunung bersama orang yang dilihatnya mungkin sesuai seperti yang di minta oleh Ayahanda. Sudah bertahun-tahun lamanya, ramai orang yang dibawanya ke gunung, tetapi masih gagal kerana semuanya tidak memenuhi kriteria Ayahanda.
"Ayahanda ini adalah tahun terakhir saya mencari orang itu" rungut Salim kepada Ayahanda. "Lepas ini saya tidak mahu lagi, saya sudah letih Ayahanda"
"Baiklah ayah beri kau sedikit petunjuk" Ayahanda memujuk Salim.
Ayahanda mengambil semacam buku catatan rahsia, beliau melihat buku itu sambil bibirnya terkumat-kamit bibirnya seolah sedang meneliti dan mengira.
"Orang itu ada di nun di hujung pulau tempat nak Salim tinggal, dan pada penghujung tahun 2005 nak Salim akan berjumpa dia" tegas Ayahanda. Salim tak dapat menolak lalu meneruskan tugasnya mencari.
Salim selalu berulang alik ke kampung halamannya. Pada satu hari, dia singgah di sebuah warung untuk berjumpa kawan lamanya Din, lalu menceritakan tugasnya sedang mencari seorang yang jujur dan amanah yang berkepentingan di gunung. Din hanya mendengar lalu teringatkan seorang kawannya yang mungkin punya ciri-ciri itu.
"Salim, aku ada kawan lama yang pelik sikit" kata Din pada Salim.
"Pelik?" Salim mahu tahu lebih lagi.
"Semasa dia memandu kereta, tangan kiri pegang stereng sambil tangan kanannya sedang menerima salam pernikahan oleh juru nikah di alam lain" jelas Din.
"Dengan siapa dia menikah tu?" Salim terus mendesak
"Dia dijodohkan dengan seorang putri bernama Milofa, yang telah memberinya sekeping gambar siap berbingkai indah" jawab Din.
Salim merasakan kawan Din ini agak aneh, lalu memohon Din mengatur perjumpaan untuk bertemu dengannya. Kemudian mereka dapat berjumpa dengan Arif, bersembang sambil minum kopi dan set roti bakar.
"Inilah gambar kenalan saya" kata Arif pada Salim sambil menyerahkan bingkai gambar itu pada Salim.
"Ini bingkai bukan buatan orang di bumi, ini buatan orang alam lain." kata Salim setelah meneliti barang tersebut.
"Benarkah kau dinikahkan dengannya?" Salim ingin tahu lagi.
"Benar, ini terjadi semasa aku sedang memandu, aku pun macam tak percaya" jawab Arif
"Baiklah Arif, aku berhajat mengajak engkau naik ke gunung berjumpa Ayahanda bonda aku, nanti kau boleh tanya apakah pernikahan itu benar atau tidak" Salim meyakinkan Arif.
Tiba -tiba kedengaran suara seorang wanita berkata "Kalau ke gunung, abang berdua saja pergi, saya tak mahu" ujar wanita itu.
"Kenapa tak mahu ikut pula?" Salim menambah.
"Nanti nenek ngomel" jawab suara wanita itu.
Salim terus dapat meneka bahawa wanita itu tidak lain Putri Milofa, anak saudara bonda yang sekali sekala mengusik-usik kaki Salim dengan lidi penyapu semasa Salim hendak tidur di beranda rumah Ayahanda di gunung.
Salim bertambah yakin lagi, bahawa inilah kemungkinan besar orang yang dicarinya. Salim terus mengatur untuk membawa Arif ke gunung menemui Ayahanda bonda.
Setibanya di gunung, ketika sedang mandi di kolam air mata air yang dibina Salim, terdengar suara berkata.
"Nak ini siapa?" suara seorang lelaki gunung menyapa.
"Saya kawan Salim pak" jawab Arif.
"Oh kalau kawan nak Salim ya baik, selamat datang ke gunung" suara itu menambah.
Tiba -tiba bonda muncul bersama kuda putihnya lalu menambatnya tidak jauh dari sumur.
"Siapa punya kuda putih tu bang?" soal Arif ingin tahu.
"Itukan kuda bonda yang baru balik dari melakukan patrol kawasan" jawab Salim .
"Dengan siapa kamu ke sini?" bonda tujukan soalan itu pada Arif.
"Saya ikut Salim, bonda" jawab Arif ringkas.
Bonda terus beredar meninggalkan mereka tetapi tidak lama ibu keluar dari rumah dengan nada marah-marah.
"Apakah kamu yang mengaku telah dikahwinkan dengan putri jagaan ku?" gertak bonda yang tidak percaya. Berulang kali Arif menceritakan dia telah dinikahkan di alam ghaib dengan Putri Milofa, tetapi bonda masih meraguinya.
Akhirnya Arif nekad lalu berkata "Kalau bonda kurang percaya, tanya datuk dan juga guru saya Datuk Syeikh Norwawi" Tiba tiba sahaja Datuk Syeikh sampai di situ dan menyokong pengakuan pernikahan berkenaan. Malangnya bonda masih juga tidak percaya, walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh Datuk Syeikh.
Arif merasa terdesak lalu berkata "Kalau tak percaya juga, bonda tanyalah pada Datuk Syeikh Karim." Tiba-tiba sahaja Datuk Syeikh Karim muncul justeru bertanya "Ada apa cu?"
"Tok, tolong SETTLEKAN pada bonda , saya dah tak sanggup lagi" rayu Arif pada Tok Karim. Sebaik sahaja bonda terlihat Tok Karim, bonda terus membisu seolah-olah gentar kerana masih belum tahu taraf atau siapa Arif sebenarnya.
"Kejadian pernikahan di alam ghaib yang terjadi pada nak Arif sesungguhnya benar -benar terjadi" Tok Karim menjelaskan.
Mendengar penjelasan itu, bonda terus tunduk diam dan hormat menerima kejadian itu.
Dengan kehadiran Datuk Syeikh Karim, suasana menjadi sunyi, orang-orang gunung begitu syahdu; burung cengkerik dan semua yang berkicau terus bertukar sepi. Seolah-olah petanda kepada penduduk gunung, bahawa Arif yang dibawa Salim naik ke gunung merupakan orang yang tepat, seperti mana kehendak Ayahanda.
Salim merasa begitu lega, kerana pernikahan yang Arif alami telah disahkan berlaku. Maka satu ketika nanti, Arif akan dinikahkan pula sekali lagi di alam nyata.
Hubungan Salim dan Arif semakin rapat seperti abang adik. Semakin yakin pula Salim kepada kedudukan Arif. Lambat-laun Ayahanda pun maklum akan kedudukan Arif adalah orang yang dicarinya, dan menerimanya sebagai orang yang punya kepentingan di gunung tersebut.
Bersambung... 35# Last edited by saudagaralam on 16-6-2014 01:19 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baca kisah mistik ni bagaikan berada di zaman dahulu kala...
saya suka citer ni, tambah lagi ianya cerita benarkan?
Misteri sungguh..
|
|
|
|
|
|
|
|
jika mainstream public boleh menerima cerita fantasi mistik import seperti movie Twilight dan drama bersiri Supernatural, mengapa tidak kisah sebenar tempatan?
Saya berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan cerita pengalaman Salim & Arif dalam bentuk yang boleh dicerna akal kita manusia alam nyata dan tidak lupa juga diterima oleh makhluk di alam ghaib. Maklumbalas para pembaca amatlah dihargai untuk penambahbaikan di masa akan datang.
Last edited by saudagaralam on 10-6-2014 06:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik
datang kesini dari board mps
teruskan penceritaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak jumpa kisah yg cuba nk seimbangkan antara reality dan fantasi. Tapi saya sukakan genre kisah begini. Mungkin ada kebenarannya w/ p adakalanya logik akal mempersoalkan....teruskan tuan..saya akan menanti kisah selanjutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kerana sanggup follow dari board MPS, the more the merrier
kisah selanjutnya di alam nyata, baru sahaja terjadi. pending approval from Encik Salim dan Arif. |
|
|
|
|
|
|
|
Best3! Sila tag popo nanti kalau ada sambungan okayy |
|
|
|
|
|
|
|
GANGGUAN PEROSAK WALIMATULURUS
Awal pagi Khamis, sedang Salim berehat di rumah, kedengaran bunyi kereta berhenti di halaman. Rupa-rupa Arif bersama ayahnya sampai, lalu mereka dipersilakan masuk lalu duduk di ruang tamu.
"Dah seminggu saya cari abang" Arif memulakan perbualan.
"Ada yang penting ke dik?" Salim merasa hairan.
"Kita kena ke rumah Hj Maali bang, acara kendurinya Sabtu nanti akan diganggu secara ghaib, pengantin dan diri pak haji juga dalam bahaya" Arif menjelaskan kerisauannya.
"Saya dah diberi petunjuk sejak seminggu yang lalu" Arif menambah.
Salim terus bersiap untuk sama-sama ke rumah Hj Maali.
Setibanya di rumah Hj Maali, kelihatan ramai sedang sibuk membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak bongsunya. Setelah mengucapkan salam, mereka terus dipersilakan masuk ke bilik Hj Maali .
"Terima kasih kerana datang" Hj Maali memulakan bicara.
"Bagi saya hal ini berat kerana tanda-tanda dalam mimpi ada kami terima, sedang isteri saya dah sakit di kaki kanan, panas seperti di bakar" Hj Maali mengadu pada Arif. "Syukurlah, panasnya dah hilang setelah di ubat Salim"
"Calon pengantin perempuan, pula sakit perut, buang-buang air, saya sendiri sakit seluruh badan" tambah Hj Maali lagi.
Arif mendongak melihat ke atas agak lama, sambil bertutur dalam bahasa arab seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang.
"Yang datang ni ranking tinggi, yang satu ni Awang Hitam bertenggek di atas bumbung. Siti pula di dalam rumah. Sedang pengikutnya di sekeliling kawasan rumah" Arif menyampaikan hasil pengamatannya kepada Hj Maali.
Arif dengan kebolehannya berdialog dengan makhluk halus, memarahi dan mengarahkan makhluk jahat itu membersihkan semua bahan-bahan yang telah diletakkan di seluruh rumah untuk tujuan merosakan acara kenduri. Arif memanggil Awang Hitam dan Siti menghadapnya, setelah pengikutnya yang lain sudah dihumban ke penjara di alam sana.
"Kamu berdua aku tambat di tunggul kayu di luar tu, pastikan acara nanti berjalan lancar tanpa gangguan sehingga selesai" Arif memberi amaran kepada Awang Hitam dan Siti. Makhluk jahat itu ketakutan, kerana mereka akan bertanggung jawab sekiranya terjadi apa-apa gangguan lain pada majlis nanti.
Kemudian Arif meminta Salim membeli buah kundur dan bunga melur untuk digunakan nanti semasa hari persandingan.
Pagi Jumaat, Sakroni sahabat baik Salim menjemputnya di rumah dan terus ke masjid Senai. Selesai solat jumaat, mereka bergegas ke rumah Hj Maali untuk meletakkan buah kundur dibawah pelamin pengantin dan meletakkan bunga melur untuk mandi oleh pengantin perempuan di tempat khasnya. Kedua-dua barang mempunyai fungsi khas memerangkap makhluk jahat dan menjadi pemanis pengantin pada hari persandingan nanti.
Tibalah Sabtu, hari majlis berlangsung. Selepas Zohor, Salim dan Sakroni sampai di rumah Hj Maali untuk memeriksa semua peralatan penangkal perubatan samaada telah disiapkan dengan betul. Adakah buah kundur telah diletakkan ditempat yang diarahkan. Para tetamu enak menjamu selera sambil menyaksikan mempelai bersanding jam 2.00 petang.
"Tamu sangat ramai, ada pula yang saya tak berapa kenal" kata Hj Maali pada Salim.
"Yang penting isi salamnya" Salim bergurau dengan Hj Maali.
Syukur sehingga jam 5.00 petang suasana kenduri hampir selesai; segalanya berjalan lancar, terkawal dan tiada kejadian buruk berlaku. Hj Maali menerima salam ucapan tahniah dari tamu- tamu yang hadir .
"Tahniah Pak Haji, mohon balik dulu , petang ini saya kerja" kata Salim.
"Mana Sakroni?" tanya Hj Maali.
Salim menoleh ke belakang ke arah sahabatnya yang telah siap sedia untuk mengundur diri.
"Terima kasih banyak Salim, semua dah selamat, kirim salam terima kasih saya pada Arif ya" Haji Maali menutup cerita.
"Tahniah Pak Haji" kata Sakroni sambil bersalam dan mencium tangan Hj Maali.
Hj Maali senyum lega sambil memberikan bungkusan cendera hati buat mereka berdua.
"Jangan lupa buah kundur tu harus dibakar" Salim mengingatkan Hj Maali.
Hj Maali kelihatan begitu ceria, gembira dan terharu kerana Allah swt telah membantunya sehingga acara selesai dengan jayanya. Pasangan pengantin baru tersenyum, sambil menjeling ayah dan bonda.
Bersambung... #43 Last edited by saudagaralam on 16-6-2014 01:20 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pertama kali dengar buah kundur digunakan untuk halau makhluk halus ni..biasanya pakai garam kasar, lada hitam ..
buah kundur tu dibaca apa2 tak untuk menghalau makhluk halus tu?
maaf sekadar bertanya..jika ada penjelasan ok jugak.
Bunga melati tu sebagai pemanis pengantin? Teringat seorang mak andam, dia baca kumat kamit kat ubun2 pengantin perempuan dan selit bunga melati..mungkin itu pemanis seperti yang dimaksudkan tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
buah kundur untuk memerangkap makhluk halus
bunga melur sebagai pemanis pengantin
maaf, teknik terperinci tidak dapat dinyatakan takut disalahertikan/ disalahgunakan pihak2 tidak bertanggungjawab. Semua bentuk ikhtiar berjaya atas izin Allah swt yg Maha Kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap bunga, buah, dan bahan2 semulajadi ada khasiat dan kegunaannya. Lama-kelamaan ia akan menjadi lost knowledge kerana generasi sekarang tiada yang komited untuk membuat kajian mendalam.
Beberapa jenis pokok juga disukai oleh makhluk2 halus, tidak sesuai untuk ditanam sesuka hati di persekitaran rumah. But thats another episode altogether |
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 12-6-2014 08:27 PM
Setiap bunga, buah, dan bahan2 semulajadi ada khasiat dan kegunaannya. Lama-kelamaan ia akan menjadi ...
owh..saya juga ada dengar tentang itu. Elok juga saudagaralam buka thread untuk pokok2 ni. Saya juga banyak dengar tentang kegunaan pokok terutama pokok bunga dan pokok hiasan.
Pokok langsuyar, pokok buluh dan pokok ciku contohnya..ada yang kata ianya mistik atau ia sekadar mitos..wallahulam..
Buah pula saya tak berapa pasti.
Saya tunggu thread tentang tu dari saudagaralam..
Last edited by Ipo on 12-6-2014 08:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|