CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jebat05

Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham?

[Copy link]
Post time 27-5-2014 03:09 PM | Show all posts
nak share cerita sket lah, boleh ye tuan tanah

sepupu lelaki dlu tetibe jer dpt keris ghaib
xde angin xde ribut
pastu ade sorang perawat, taktau la perawat putih ke hitam
rasenye mcam dh bercampur2 yg hak ngan yg batil
dtg umah atuk kiteorg
so, dieorg berkomunikasi 2 hala
katenye kiteorg ni ade darah keturunan hape tah
siap bagi name kt sepupu2 aku, termasuklah adik lelaki aku
name di zaman silam, putera puteri la kekdahnye
padehal setakat yg aku tau kiteorg xde lgsung darah diraja
cumenye moyang mak aku, pandai mengubat org la dlu
sampaikan kubur die pun org gelar kubur keramat

mase dieorg berkomunikasi tuh, aku menyibuk le menengok
kekdahnye sikap ingin tahu tu terlalu tinggi dlm diri aku nih
tak tahulah ape interaksi batin dieorg
tapi aku nmpak la tetibe sepupu aku tadah tangan
umpamanye macam menerima sesuatu
di belek2 nye tangan die tuh
ropenye tgh menengok barang tuh, katenye keris/pedang di zaman silam
orang 'sana' nk bagi sepupu aku tengok jer bukan bagi terus
yg tukang bwak keris/pedang tu pulak, adelah segerombolan hulubalang berpakaian ala2 istana di zaman silam

bagi mata kasar macam aku nih, macam susah nk digest peristiwa tu
keris ghaib yg spupu aku dapat tu pulak
katenye dapat dr moyang mak aku tuh
entahlah....mistik sgguh la







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 03:37 PM | Show all posts
slalu tdo bila nk start rasa nyenyak akan dtg mcm direntap seluruh badan..

kadang2 juga tgh nk nyenyak tu rasa seperti nk terjatuh ke bawah..

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:13 PM | Show all posts
selalu juga dapat mimpi pelik dan antara yang terpelik:

1) mimpi menyelamatkan seorang bayi dari gereja. saya bawa lari bayi tu sambil baca 3 Qul. lepas tu saya tinggalkan bayi tu di sebuah kedai kot.

2) mimpi macam badan terangkat atau terapung ke atas ke satu ruang yang sangat gelap. lepas tu saya berlari ke satu lorong yang banyak pintu dan tiada penghujungnya

3) selalu mimpi berada di kawasan laut / pesisir pantai dan yang peliknya lokasinya sama. air berwarna kebiru-biruan + hijau

4) mimpi tsunami masa tu di sebuah pulau ada bukit. yang di darat sibuk naik ke bukit, yang di atas bukit bertempiaran turun dari bukit.

5) mimpi tgh berenang kat laut. tetiba bintang2 kecil jatuh dari atas. masa tu siang. terus saya mengutip bintang2 tu sampai saya lemas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 10:57 PM | Show all posts
sham-xv1986 posted on 27-5-2014 01:54 PM
Yang saye paham:

Hantu2, pocong, pontianak, langsuir dan lelain tu sumer adelah jin. Hantu basica ...

saya amat bersetuju dgn kata2 saudara... Jin yg terkenal dgn kejahatannya adalah Jin Ifrit... Jin ini umurnya boleh jangkau ribuan tahun... Pengalamannya lebih luas dan bijak memperdayakan manusia. Pernah saya berhadapan dengan kes seorang budak muda berumur belasan tahun yang dirasuk dengan pelbagai jenis jin yg dipuja oleh seseorang.... biar pun saya berjaya mengeluarkan beberapa ekor jin dgn izin Allah... tetapi yang menjadi ketua jin2 yang lain itu tidak dapat saya keluarkan... setelah berbicara beberapa ketika dgn ketua jin itu, Ia mengaku bahawa umurnya sezaman dgn Nabi Nuh. Sejauh mana kebenarannya percakapan jin itu, Wallahu'alam... Tetapi dgn izin Allah jua gelagat remaja itu berjalan kaki di jalan raya dgn berbogel, minum kopi pekat dgn serbuk2nya sekali 1 jug, alhamdulillah tiada lg.... cuma ketua jin itu masih mengawal percakapan dan perlakuan lain remaja tersebut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 11:04 PM | Show all posts
myakayina posted on 27-5-2014 02:30 PM
dulu tak percaya dgn benda2 mistik..paranormal ni..tapi bila dah terkena batang hidung sendiri baru  ...

Begitulah adanya.... bila dah terhantuk baru tergadah... di dalam Alquran telah menceritakan bagaimana Nabi Musa menghadapi ahli2 sihir Firaun. Bukankah itu bukti bahawa perkara ghaib ini wujud? dan bagaimana pula Nabi Kita Rasullah S.A.W disihir oleh seorg yahudi.. Bukankah itu membuktikan bahawa sihir itu wujud.. dan sihir hanya akan berfungsi dgn bantuan jin2 kafir atau jin yg jahat, syaitan dan juga iblis.... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 11:08 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 27-5-2014 02:26 PM
oo so teruk jugak la masalah sy ni eh..igtkan masalah biasa2 je..

xderlah berat mane saudara... tp tidak juga biasa2... seperti yg saya katakan sebelum ini, tanda2 yg saudara hadapi adalah titik permulaan utk saudara menyelungsuri dunia ghaib dan mistik ini.... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2014 11:21 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 27-5-2014 02:12 PM
Saya pernah bermimpi diberi bayi... saya amik baby tu... dan kemudian saya bawak baby tu pada seoran ...

Wallahu'alam maksud mimpi yg dialami, tetapi jika mengikut pendapat saya, anda berkemungkinan menerima sesuatu yg telah diwariskan kepada anda tetapi kerana belum lg masanya, sesuatu itu dijaga terlebih dahulu oleh seseorg, sehinggalah tiba waktunya yang anda telah bersedia, anda akan menerimanya.... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 11:21 PM | Show all posts
yang aku dengarlah ...alam ghaib ni ghaibi was syahadah lah ...xdela dekat...xdela jauh ...ada jugak pengaruh sisi gelap dunia....yg hitam putih xtaulah plak...xde plak dioeg bgtau putih hitam...main toron je agaknyelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2014 11:38 PM | Show all posts
edoraixora posted on 27-5-2014 03:09 PM
nak share cerita sket lah, boleh ye tuan tanah

sepupu lelaki dlu tetibe jer dpt keris ghaib

xder masalah tuan,

dari apa yg diceritakan oleh tuan, saya merasakan bahawa sepupu tuan itu telah diangkat menjadi waris meneruskan apa yg telah di lakukan oleh keturunan tuan... berkenaan bahawa tuan berketurunan darah diraja itu wallahu'alam... dan berkenaan dgn perawat yg diceritakan oleh tuan, berhati2 dgn tipu daya manusia... kerana byknya unsur sihir dan silap mata dalam kita cuba mengenali dunia ghaib ini....

seperti yg diperkatakan sebelum ini, jin(jahat), syaitan dan iblis boleh menyerupa sesiapa sahaja kecuali Nabi... Ia boleh mengaku dirinya sesiapa sahaj kecuali Nabi... nak berpakaian seperti org dulu2? Lglah tiada masalah... Nak mengaku hang tuah, hang jebat, harimau berantai, panglima hitam dll semudah ABC...

Saya hanya boleh nasihatkan disini jika benar sepupu tuan itu mahu mewarisi warisan keturunan tuan, berjumpalah dgn betul2 pakar dan bijak dalam hal2 seperti ini... takutnya sepupu tuan bertambah disesatkan.... bukan hanya jin, iblis dan syaitan tetapi juga manusia.... Berdoa, minta dgn allah moga diberikan petunjuk yg mana Haq yg mana Batil..... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 11:54 PM | Show all posts
Suehaiza posted on 27-5-2014 11:17 PM
salam tuan jebat

sedara sy ni mengalami masalah pelik skit

wslm...

memang pelik... x mkn badan jd gatal2... saya sarankn tuan berjumpa dgn mereka yg pakar dlm bidang mistik ini... atau tuan hubungi saya di email [email protected]... kerana ini pada saya lebih bersifat peribadi... itu yg terbaik.. saya buka thread ini bukan utk buat show, nak tunjuk kepandaian.. tp sekadar membantu kepada yg memerlukan...

Pernah ada seorg pesakit meminta saya menyembuhkan penyakit yg dialaminya, seperti kena jangkitan kuman disebabkan kencing manis... kakinya menjadi buruk dan berlubang2... tengok memang mengelikanlah... tapi saya teruskan jugaklah kerana dia berhajat... setelah dibelek2, ditengok2, difikir2, minta Allah berikan petunjuk, saya katakan kepada dia bahawa ini memang kesan dari kencing manis tetapi sukar diubati dgn ubat2 moden kerana ada terkena buatan orang itu, tempat laluan rumahnya ditaburkan dgn abu mayat...

jadi gunalah ubat moden jenis ape pun tidak akan memberikan kesan yg optimum.. asbabnya... hakikatnya itu semua Allah yg tentukan...

Alhamdulillah, setelah berubat dgn sirih,kapur dan gambir, disapukan kepada kudis2 tersebut, bengkaknya semakin menyusut tetapi selepas itu dia perlu meneruskan rawatan dihospital utk sembuh sepenuhnya... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:01 AM | Show all posts
setankober posted on 27-5-2014 11:21 PM
yang aku dengarlah ...alam ghaib ni ghaibi was syahadah lah ...xdela dekat...xdela jauh ...ada jugak ...

Firman Allah dalam surah Al Israa' 85. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

Roh itu adalah mewakili sesuatu yg ghaib.. yg kita x nampak dgn mata kasar... jika Allah ingin memberikan seseorg itu ilmu berkenaan dgn hal2 ghaib ini, itu hak Allah... Jika ada dikalangan anda yg mendapat ilmu yg sedemikian anda kiranya beruntunglahkan? tak gitu? ke mcm mane? pada saya tidak kira apa pun nama Ilmu itu, ianya adalah sekadar ujian bukannya suatu kelebihan..... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:16 AM | Show all posts
Al-kisah seorg sahabat yg kurang percaya akan perkara2 berkaitan sihir ini... Nak dijadikan cerita dia meminta bantuan dari saya, katanya perniagaan dia jatuh teruk, jatuh merudum hinggakan pendapatnya pernah RM0... sayakan kepada dia, sahabat ini permainan sihir manusia ni sahabat... org melayu yg x suke tgk org melayu berjaya...

Jadi saya sarankan supaya vannya, peralatan memasakannya disamak... kerana sy syaki bahawa najis babi telah dijadikan bahan utama...

Tengah saya lepak2 minum kopi O kat kedai tiba sahabat ini telefon, bang masalah ni bang, van saya bau kapur barus, sebelum tu bau hanyir bau bangkai.... nak x nak sya pergi jugaklah kerumahnya utk melihat apalah masalah sebenarnya....

Saya pun ikhtiarkan apa yg mampu sy ikhtiarkan, hilang segala bau2an yg tidak enak itu....

Skrg yakinlah dia yg dia selama ini telah disihir, perniagaannya telah disihir oleh seseorg...

Bertanya sahabat itu kepada saya, "bang, saper yg buat benda ni semua kat saya? patutlah 2,3 bulan lepas ada kata kat saya yg van saya ni mcm van jenazah, tp sy ckp pulak, ko ni mcm2lah, ada pulak van aku mcm van jenazah"

Saya katakan kepada dia, 'sahabat, nanti kau akan tau sendiri, minta dgn Allah jika btl2 kau nak tau siapa orgnya. Kerana kau ni dah kategori org2 yg teraniaya dah ni.... dan org2 yg teraniya doanya makbul....

Sedikit pengajaran disini... Percaya kepada perkara ghaib dan sihir. Yakin dengan kekuasaan Allah dan juga manusia yg bersifat khianat lg dasyat dari iblis syaitan... Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:34 AM | Show all posts
addicted posted on 27-5-2014 03:37 PM
slalu tdo bila nk start rasa nyenyak akan dtg mcm direntap seluruh badan..

kadang2 juga tgh nk ny ...

Assalam... berkaitan dgn permasalah tuan... saya bukanlah doktor untuk membicarakan perihal penyakit2 ni, tetapi saya berpendapat bahawa tuan ini mengalami kekurangan oksigen didalam darah mungkin kerana salah cara kita tidur, cuba tuan tidur dgn cara mengiringkan badan kekanan yg baiknya mengadap kiblat... baca Bismillah, Al fatihah...

Kekadang ada juga disbbkan oleh makhluk halus ini... saja nak bermain2 dgn tuan... dia bosan agaknya tiada kawan.... Ketahuilah sebenarnya manusia ini dilahirkan bersama 'Qarin', makhluk halus yg bertugas khas menyesatkan kita, yg mengajak kita ke arah kejahatan... ke arah neraka.. dan 'Qarin' Nabi Muhammad sahaja yang didapat diIslamkan...

Cuba tuan buat pemeriksaan darah dulu di klinik atau hospital, pastikan dahulu tahap kesihatan tuan dari segi moden...  Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:45 AM | Show all posts
txs7 posted on 27-5-2014 04:13 PM
selalu juga dapat mimpi pelik dan antara yang terpelik:

1) mimpi menyelamatkan seorang bayi dari  ...

Tuan ini sepertinya sedang mencari sesuatu yg hilang dalam diri tuan, tetapi tuan tidak tahu apa yg hilang, tidak tahu apa yg tidak lengkap, tuan perlukan bimbingan dari seseorg yg bergelar ustaz, pak kiyai, pak guru atau sesiapa sahaja yg bijak pandai dalam ISLAM secara totalnya, bukan yg jenis ustaz atau pak guru komersial... dengan saya ni lglah x layak nak membimbing org lain... cuma dalam mencari2 seseorg itu berhati2lah supay tidak disesatkan, andai tersesat kembali kepangkal jalan... andai terjatuh... jatuhlah ke hadapan, janganlah jatuh ke belakang.... jatuh kedepan senang kite nak nak bgn semula...

Org yg ingin berjalan ke jalan Allah ini banyak ujian, banyak rintangannya, yg boleh kita lakukan adalah berdoa, moga2 perjalanan kita ini dipermudahkan oleh Allah.... "Tidak Beriman Seseorg Itu Selagi Tidak Di Uji"...... Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 12:55 AM | Show all posts
Kepada yg betul2 mengalami masalah berkaitan dgn unsur2 ghaib ini, saya sarankan tuan/puan emailkan permasalahan tuan/puan ke [email protected] atau melalui laman blog saya... Yg saya duk minta tuan/puan hantar email atau masuk blog saya itu utk lebih menyenangkan kedua2 belah pihak.. sbb pada saya hal2 yg sebegini bukan utk dibuat main dan suke2 utk dibicarakan... Yg saya jawab dan sampaikan disini adalah sekadarnya sahaja...

Kerana setiap persoalan yg dijawab adalah mengikut apa yg disampaikan dan diceritakan... jika tuan/puan perlukan jawapan yg detail saya perlukan nama tuan/puan... tak perlu nama ibu atau bapa seperti yg sering dilakukan oleh sesetgh pihak.... saya tak perlu juga alamat tinggal tuan/puan.. dan yg lebih penting sy x perlukan maklumat perbankan tuan/puan hehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 01:50 AM | Show all posts
Susuk....

pada zaman2 nenek moyang kite dulu memang dah menjadi amalan mereka untuk memakai susuk... baik perempuan mahu pun lelaki.... yg perempuan biasanya memakai susuk untuk mendptkan jodoh... awet muda... untuk maaf cakap mengetatkn faraj, supaya suami x cari lain.... yg lelaki memakai susuk untuk menjadi jaguh... utuk kuat bekerja... Zaman moden seperti skrg ni pun masih ada yg mengamalkan pemakaian susuk.

Pengalaman saya dlm mengeluarkan susuk ini adalah sebanyak 2 kali sahaja.

1. Mengeluarkan susuk stainless steel, tujuan memakai susuk adalah untuk menguatkan sendi bg kerja2 berat.. Saya bersalam dgn pesakit tersebut seperti bersalam dengan ragum... dipendekkan cerita, setelah bersungguh pesakit hendak mengeluarkan semua susuknya (13 susuk), saya yakinkan dalam hati yg saya boleh mengeluarkan susuk tersebut wpun sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkannya. Saya berdoa minta petunjuk dgn Allah semoga ditunjukkan jalan bagaimana hendak mengeluarkan susuk tersebut. Di izinkan Allah saya berjaya mengeluarkan salah satu dr susuk yg 13... iaitu ibu susuk dibadan pesakit tersbut... sebaik tercabut keluar shj susuk tersebut, kelihatan seakan2 asap kuning kehitaman keluar dari tubuh pesakit. dan saya katakan kepada pesakit, InsyaAllah mlm nanti akan datang seseorg yg akan mengeluarkan 12 btg susuk lagi...

Ahamdulillah, keesokkan harinya, pesakit menceritakan semula kepada saya bahawa, mlm td semasa tidur dia merasakan seseorg telah datang dan mencabut 12 batang susuk yg masih tertinggal...

2. Mengeluarkan susuk emas dr seorng nenek yg berusia lebih 60 tahun... Tujuan memakainya adalah untuk mendapatkan jodoh.. Selama hampir 2 jam, baru saya berjaya mengeluarkan susuk tersebut. kerana susuk ia adalah lain dari yang lain... susuk ini tiada pantang langsung, pemakai tidak perlu risau susuk ini akan terkeluar sekiranya dia lalu dibawah ampaian, makan tebu hitam atau memakan labu.

Sebaik sahaja berjaya susuk itu dikeluarkan, jin yg menjaga susuk tersebut, meresap masuk ketubuh saya dan apa lagi dia memaki hamun semua yg ada di situ, dia mengatakan aku sudah 7 keturunan berada disini, siapa kamu semua untuk mengganggu aku... Saya hampir2 tewas... tetapi oleh kerana perlindungan dari Allah Ta'ala saya mengengam erat susuk itu, dicelah2 kepekatan malam yg tiada bercahaya, saya dan 2 org rakan menerjah masuk kedalam kebun sawit, dan akhirnya berjumpa parit, dan disitulah saya campakkan susuk tersebut dan saya katakan disinilah kau akan bersemadi hingga kiamat kelak, kau tiada lg urusan dgn si pesakit dan juga kaum keluarganya begitu juga dgn keturunannya....

Wallahu'alam..... mudahan2 boleh dijadikan panduan dan pedoman.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 02:16 PM | Show all posts
jebat05 posted on 27-5-2014 11:08 PM
xderlah berat mane saudara... tp tidak juga biasa2... seperti yg saya katakan sebelum ini, tanda2  ...

so far dia tak de la ganggu kerja harian lg..cuma kadang2 takut gak,adakah sbb benda ni, jodoh berat...


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 05:43 PM | Show all posts
jebat05 posted on 28-5-2014 12:01 AM
Firman Allah dalam surah Al Israa' 85. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh  ...

hehehe betul tu carry on lah dgn cerita TT

aku sekadar memberi pendapatlah pasal tajuk pn Alam Mistik & Dunia Ghaib .. Apakah yang anda faham? .tp kalo benang ni utk TT cerita pengalaman merawat pn ok jah bia pn sgt contradict dgn tajuk ...bg aku xubah teknik pishing jah...

so lets roll beb...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 03:48 AM | Show all posts
Adiya posted on 27-5-2014 02:12 PM
ok...saya tunggu cerita disini jer....

kami pun tunggu citer diya
bila nak update


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:47 AM | Show all posts
Salam TT

Yg saya faham...
Bila lama sangat bergelumang dgn alam mistik ni takut terputus tali je
kelak amanah di bumi nyata dilaksana dgn lalainya - atau lupa terus

Spt warisan i.e. harta pusaka
selama lima generasi pewaris² sibuk dgn pembahagian
- smpi kesudah tanahnya x diurus-tadbir drpd subur smpi jd zoo
- atau berakhir di gadaian krn kesempitan
- atau menyekat pemikiran sihat yg menggusarkan ketenangan jiwa

Sesuatu yg misteri tu perlu kpd penjelasan yg terang-nyata
dan jwp yg misteri akan menambahkan lg sakit zahir dan batin

Belajar drpd nabi Yusuf a.s. hikmahnya
yg tdk membiarkan umat leka hakikat sebenarnya
krn ujian mahupun dugaan tu dtg drpd Allah
dan bkn prasangka buruk buatan org lain
maka tanganinya dgn bijaksana
- tuntuni umat kpd kebenaran dgn nasihat dan penuh sabar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.530954 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list