Ah_Kwan posted on 19-8-2014 03:35 PM
keh keh keh
yang wa tahu la...lincah ni sebenarnya pecahan gayong malaysia..
lepas dato meor menin ...
oh so kira nya asal usul dari Dato Meor Gayong la?
pecah-pecah tu ada mcm2 gayong. pastu si omar bkk lincah ek. hmmm
Zaman Hang Tuah tu mana ada bnda yang ganjilkan? yang ganjil pun cuma la keris taming sari. So Hang Tuah and the gangs bukan la amalkan silat batin ni?
Oh ini dokumentari, baru aku tahu. Tapi tajuk dia agak menyeramkan. Selangkah ke alam batin!!!! tak dapat bayangkan macam mana detik-detik yang dorang lalui semasa belajar sampai tahap ini.
Atas permintaan pihak tertentu, Lincahtaiping berbesar hati untuk mempamerkan semula aksi dari video klip yang diberi jodol Silat Melayu di Youtube.
Untuk pengetahuan, VCD ini pernah beredar di pasaran dengan jodol Seni Ajaib. Agak terkejut apabila VCD ini bukan sahaja di tukar tajuknya [Selangkah Ke Alam Batin], malah bahasa yang digunakan juga adalah berlainan dengan video asal.
Agak mendukacitakan apabila komentatornya menggunakan perkataan seperti ‘Wah!!!”, “Wallauweh!!!”, “Haiya!!!!” dalam menggambarkan ‘kehebatan’ sesuatu teknik. Kadangkala bunyinya seperti seakan menghina walaupun mungkin komentatornya tidak bermaksud sedemikian.
Pihak Lincahtaiping pernah menyaksikan filem asal Selangkah Ke Alam Batin (dalam format VHS). Malangnya video yang dimaksudkan telahpun rosak dan dengan itu kami telah kehilangan satu ‘bahan’ sejarah PSSLM.
Filem yang memaparkan ‘aksi sebenar’ ini diilhamkan oleh Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah (pada masa itu Raja Muda) sekitar 1976. Baginda menyaksikan sendiri pertunjukan yang diadakan Oleh YM Mahaguru Dato’ Hj Omardin Mauju di Stadium Merdeka (ketika itu).
Kesan persembahan hebat dari Jurulatih dan anak-anak Lincah di bawah pimpinan Mahaguru, baginda telah mencadangkan agar kehebatan ‘Silat Melayu’ ini difilemkan dan dipertontonkan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dengan perkenan KDYMM Baginda Sultan, lahirlah filem (dokumentari) Selangkah Ke Alam Batin atau dalam versi Inggerisnya ‘One Step To The Beyond’.
Filem yang dibiayai oleh Cathay Organization ini mengambil masa selama 8 tahun untuk dihasilkan iaitu mulai tahun 1976 hingga 1984. Mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada tahun 1985. Sambutan dari masyarakat Malaysia sangat luar biasa, dimana ODEON menayangkan filem ini selama 2 minggu manakala Pawagam Colleseum menayangkan selama lebih kurang 1 bulan. Fenomena yang sama juga terjadi di pawagam seluruh Malaysia.
Kesan dari perkembangan tersebut, filem ini telah di bawa ke luar negara. Antara negara yang pernah menerima ‘kehadiran’ filem ini adalah United Kingdom, Jepun, Korea, Hong Kong dan beberapa negara lain. Sambutan yang diterima juga adalah sehebat sambutan di Malaysia.
Mengikut YM Mahaguru, hanya jurulatih dan ahli yang bertuah sahaja terpilih untuk ‘beraksi’ di dalam filem yang tidak langsung menggunakan sebarang ‘camera-trick’ ini. Jurulatih dan ahli tersebut akan dipersiapkan dengan kekuatan mental dan fizikal oleh YM Mahaguru sendiri.
“Tanpa latihan dan persiapan yang cukup, pasti tidak ada satu benda pun di dunia ini yang boleh membuahkan kejayaan,” katanya.
Antara aksi paling menarik di dalam filem ini adalah YM Mahaguru di tanam hidup-hidup. Aksi yang mengambil tempat di Pulau Besar Melaka memaparkan YM Mahaguru ditanam selama lebih kurang 4 jam. Aksi ini juga mengundang kejutan kepada krew pengambaran bilamana salah seorang jurugambar mengalami serangan jantung kesan dari dahsyatnya apabila melihat wajah YM Mahaguru sewaktu liang dibuka.
Filem ini juga memaparkan anakanda YM Mahaguru, Tn Hj. Megat Zulkarnain sendiri diuji. Beliau menerima 25 tumbukan dari YM Mahaguru.
Mengulas ‘cakap-cakap’ di dalam media internet tentang YM Mahaguru hanya ingin menunjukkan kehebatan, beliau memberi reaksi berikut.
“Kalau kita tak tunjukkan perkara-perkara sebegini, bagaimana kita nak dunia mengiktiraf kehebatan Silat Melayu. Saya lakukan ini (filem) bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk diagung-agungkan, tetapi atas niat ikhlas agar silat kita (Silat Melayu) dikenali seluruh dunia.”
Beliau juga menyatakan bahawa sekiranya kita hanya menunjukkan aksi-aksi biasa (buah, belebat dan tempur), beladiri kita adalah hampir sama tarafnya dengan beladiri-beladiri luar negara. Dalam ertikata mudah, tiada sebarang keistimewaan.
“Kenapa tidak dipersoalkan filem-filem Bruce Lee, atau filem-filem Hong Kong dan China, atau filem-filem Hollywood? Kenapa tidak persoalkan Amerika yang menyerang negara-negara tertentu sebagai cuba tunjuk hebat? Kenapa bila kita buat (filem) mereka kata kita nak menunjuk-nunjuk? Ini tak lain hanyalah cakap-cakap orang yang iri hati. Kita bersusah payah nak naikkan Silat Melayu tetapi nampaknya ‘kita’ sendiri yang memperlekehkannya” ujar beliau lagi.
Filem ini juga pada asasnya merupakan satu ‘pembuktian’ kehebatan silat asli Melayu. Ini kerana silat bukan hanya bertunjang kepada faktor fizikal semata, tetapi juga mesti disandarkan pada faktor ‘spiritual’.
“Orang kata pendekar zaman dahulu ditanam tapi hidup semula, kita buktikan. Orang kata pendekar zaman dulu digantung tetapi berjaya lepaskan diri, kita buktikan juga. Malah orang kata pendekar zaman dulu diikat dan dicampak ke dalam sungai, tapi masih berjaya bolos, juga kita buktikan. Cerita pendekar zaman dulu bukan hanya dongeng, malah benar-benar terjadi. Dan kita berjaya buktikan kebenaran sebahagian besar daripadanya,” tambah beliau.
Adalah menjadi harapan YM Mahaguru untuk melihat Silat Melayu diterima seluruh dunia dan menjadi cita-cita terbesar beliau agar Silat dapat dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
aku baru tgk video omar din mandikan minyak panas kat murid dia. seorang mengelupur. yg lain boleh tahan lagi. seram gila detik2 nk melangkah ke alam batin
takde manfaat lansung ilmu2 sebegini. Patutnya belajar ilmu tumbuk, tendang siku dan lutut dengan lebih mendalam. kalau tumbuk pokok pinang biar sampai patah dua. Setakat mandi minyak tu semua tipu. Siapa yang mandi kena turn last yang tinggal sisa minyak pasti akan mengulupur sebab minyak panas sebenar berada dibawah.
Ah_Kwan posted on 19-8-2014 03:35 PM
keh keh keh
yang wa tahu la...lincah ni sebenarnya pecahan gayong malaysia..
lepas dato meor menin ...
Bakhtiar Babjan ke? dia ni kaki blasah orang ..tapi bagus jugak ..kalau ada orang mengepau kita report kat dia .nanti dia pi cari orang tu. .tapi aku tengok banyak anak buah omardin termasuk yang adakat dalam video tu banyak yang dah sakit ..dulu badan tegap sasa sekarang dah kurus..nak gertak kita pun dah tak takut
Zaman dulu jahil agama mmg la hebat segala masuk alam persilatan guna batin jin pendamping asal nak kebal belaka. Zaman skrg kena pandai perang guna bom, peluru berpandu, artileri, senjatapi dan senjata berteknologi tinggi.
Sbb takdenye de org nak bersilat berkarate bagai masa perang melainkan kalo kena close urban combat tempur tanpa senjata. Kalau Polis mmg la, kalau tentera, senjatapi masih utama. Self defence tu last skali.
Apa merepek? Parang terbang xda kaitan kot dgn silat2 tersebut..Kiai salleh yg dikata pengasas selendang merah parang terbang pun turun ilmu utk silat sendeng muar pada Haji Hamid..apa pun kalo ilmu kebal ni, dah jauh dari ajaran Islam..Nabi pun xguna ilmu2 kebal ni..kalo tak dah lama nabi guna..Nabi Sulaiman ramai tentera jin pun xguna ilmu kebal..Nabi Muhammad yg apa mintak pada Allah boleh dapat pun xmintak ilmu kebal utk berlawan, badan ada parut2 perang..menyimpanglah ilmu2 ni..
Post time 13-11-2014 10:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
parang terbang ni katanya bukan la sebab dia terbang, musuh waktu tu terlampau ngeri dengan kehandalan org2 melayu bermain senjata dan seolah olah melihat parangnya shj yg melibas dan orgnya tiada... walhal ramai guru2 agama yg berjuang bersama kiai saleh...