CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: molan

Siapa Pernah Beli honda civic FD 2.0 daripada kedai kereta terpakai?

[Copy link]
Post time 29-1-2015 02:28 PM | Show all posts
shuksam replied at 29-1-2015 02:03 PM
mmng belum sign lg pon,,,
ade tempat len yg blh d rekemen x?

ada..jap nti aku wassup

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 01:25 PM | Show all posts
Kalau ikut pengalaman temankan member, saudara atau diri sendiri suka-suka tengok game kedai used car lebih-lebih lagi area kajang cheras yang ada macam2 company usedcar kat situ semua memang macam itu bro...

-Benda pertama yang paling tak boleh percaya miliage kalau bawah 100k KM confirm dah ubah mereka pakauuu semua alat updated hingga hampir semua kereta mereka boleh buat tiada kereta yang tak boleh. Aku pernah tanya kenapa kereta 110k KM pun nak ubah ok aper utk keta tak lebih 4 tahun. Mereka kata supaya nampak cantik pelanggan rasa lebih syok hehehe... sambil makan tomyam sama2 hahaha

-Perlu berhati-hati dengan tahun keluaran sebenar kereta yang anda minat tue. Masa bincang atau tengok iklan kata tahun lain tengok geran tahun lain pula. Mereka juga cuba kelirukan anda antara tahun register dan tahun keluaran dari kilang. Sebenarnya yang penting bank nak tengok untuk value dan tahun pinjaman yang diluluskan ialah tahun keluaran dari kilang. Jangan percaya kata salesman boleh lepas boleh lepas jangan risau laa semua settle tengok2 akhirnya pinjam credit contoh Aeon interest tinggi giler woooo tak berbaloi.....

-Sudah pastilah kalau kereta ada problem akan mereka sembunyikan sebaik mungkin macam2 helah, kereta dah kena banjir pun kita tak tahu kedai used car sekarang lebih pandai dan lebih advance.

-Kalau anda trade in anda akan ditekan dengan harga yang anda rasa tak berbaloi lebih baik cuba jual sendiri dulu. Kalau pun ada kedai used car ambil kereta anda dengan harga tinggi sikit dari kedai lain tapi kereta dia pulak yang mahal sikit atau kereta kat usedcar tue tak berapa best pulak conditionnya permainan sama sahaja lebih kurang. Kalau anda seperti desperate anda pasti terkena.

-Sediakan budget rm2-5k bergantung kepada jenis kereta. Harga kereta yg dipaparkan tak termasuk insuran roadtax dan caj tersembunyi itu. Processing fee memang rasa mahal almaklumlah kedai nak makan, sales man nak makan, runner nak makan ehem... ehem...pun nak makan hehehe tapi process tukar milik memang cepat anda tak perlu beratur dan akan diberi layanan VIP walau lambat sampai no pun tak dapat pun tak per. Tak perlu ambil nombor penat jee org lain datang ambil nombor q punya lah panjang. Yang best jadi runner ada kekosongan tak? Kenyang wooo.....

-Kalau boleh cari kereta yang standard mended semua barang asal kilang, tak da rim besar tak per, tak de ekzos besar pakai standard kilang jee tak per kalau boleh mcmana rupa masa kat kilang macam tue jugak waktu dah dijual sebagai kereta terpakai...lagi ok sebenarnya. Itu maknanya owner dulu skema. Kalau tukar itu ini sendiri mau ingat lah kaki mesti jenis berat nak pelesit jer kerja sana sini vroom zasss semua lenjan nak tunjuk kereta dah cantik power maaa. Tak akan dah habis beribu nak bawa kereta macam makan angin apa barang. Kasi lenjan dulu baru jual pada orang lee kan.

-Jangan percaya cakap salesman owner lama kereta simpanlah, banyak kereta jarang pakai, pemilik kereta perempuan laa, owner lama cikgu, jenis sayang kereta itu inilah semua tue mengarut sahaja. Lagi satu perangkap kedai used car nie bilangan owner, kita ingat satu owner bila tengok geran dah 3 - 4 owner seboleh-boleh salesman nak sembunyikan benda nie sampai dah sain agreement so anda mesti tengok geran dulu sampai puashati. Tengok kad pengenalan owner lama, katakan lah kereta Mazda 6  dan owner lama pula dah masuk line warga emas keta pun cantik semua ok insyaallah anda bertuah jadi tuan baru kereta idaman anda.

Sekian sekadar berkongsi
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044838 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list