|
Originally posted by Remy_3D at 16-1-2004 03:04 AM:
Kalau wujud, bila & mana?
Latar belakang tamadun Melayu
Masyarakat Melayu mempunyai sejarah ketamadunan yang tersendiri. Sejak zaman dahulu kala. Orang Melayu telah membina asas tradisi kebudayaan yang maju setanding dengan peradapan yang lahir di India, China, Mesir dan Mesopotamia.
Sejarah peradaban di Alam Melayu bermula sejak zaman prasejarah yakni dengan kewujudan manusia pada zaman Paleolitik. Bukti terpenting kewujudan manusia adalah penemuan fosil manusia di Jawa oleh Eugene Dubois pada tahun 1890 M.
Menjelang zaman Neolitik, berlaku perkembangan yang pesat dengan kemunculan kegiatan pertanian, menternak binatang dan membuat peralatan tembikar. Selain itu terdapat bukti2 penggunaan gangsa di Non Nok Tha. Kebudayaan yang lahir pada zaman Neolitik dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian.
Zaman Neolitik juga menyaksikan kedatangan kumpulan manusia dari Tanah Besar ke kepulauan Melayu. Penghijtahan pertama berlaku sekitar 2500-1500 SM. Kumpulan ini dikenali sebagai Proto-Malay dan mereka mendiami kawasan pendalaman di Kepulauan Melayu. Penghijrahan kumpulan ke dua yang membawa kebudayaan logam dikenali sebagai Deutro-Malay. Mereka mendiami kawasan persisiran pantai di kepulauan Melayu.
Pada akhir zaman prasejarah muncul Zaman Logam. Zaman logam ini dilambangkan dengan penemuan gendang gangsa di Dong Son, Vietnam Utara. Gendang jenis ini juga ditemui di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Sungai Lang (Selangor) dan Batu Buruk (Terengganu).
Selepas zaman prasejarah, muncul satu tahap baru dalam sejarah Nusantara yang dikenali sebagai zaman proto-sejarah. Zaman ini bermula dengan kedatangan mubaligh2 Buddha pada Zaman Maurya dan Kushan. Pengaruh agama Hindu-Buddha dapat dilihat dari segi politik, ekonomi, social dan agama.
Pada tahap ini juga muncul beberapa Kerajaan Hindu-Buddha seperti Kerajaan Funan, Chenla dan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara, manakala kerajaan2 seperti Langkasuka, Tambralinga, Tan-tan, Kedah Tua dan Gangga Nagara di Semenanjung Tanah Melayu.
Menjelang abad ke 7 Masihi, Srivijaya muncul sebagai empayar yang kuat di Asia Tenggara selepas Funan. Ia berjaya memonopoli kegiatan ekonomi dengan menguasai laluan perdagangan timur-barat. Di samping itu ia juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Buddha yang terulung di Nusantara.
Menjelang abad ke 10 Masihi, bermula zaman kegemilangan Jawa Timur. Di bawah pemerintah2 agung seperti Mpu Sindok, Darmawangsa dan Airlangga, Jawa Timur menyaksikan era kegemilangannya. Seterusnya ia mencapai kemuncak keagungannya pada Zaman Singhasari dan Majapahit.
Menjelang awal abad ke 15 M, Melaka muncul sebagai empayar yang kuat. Melaka telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit. Selain daripada sebuah pelabuhan entrepot yang maju. Melaka juga memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia tenggara. Selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511 M, peranannya telah diambil alih oleh Johor (1511-1700 M). |
|
|
|
|
|
|
|
Kemunculan tamadun
Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat2 mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Para sarjana berpendapat ciri2 tamadun adalah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, system pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.
Budaya dan Tamadun Peribumi Malaysia
Kewujudan kehidupan masyarakat prasejarah di Malaysia dapat dibuktikan menerusi penemuan beberapa buah tapak berkebudayaan Paleolitik di tiga lokasi utama, iaitu di Kota Tampan, Perak, Tingkayu di Sabah dan Gua Niah di Sarawak.
Kebudayaan manusia Paleolitik kemudiannya berubah kepada kebudayaan Hoabinhian yang menyaksikan manusia prasejarah di Malaysia tinggal di kawasan batu kapur, pesisir sungai atau tebing sungai, menghasilkan tembikar dan melakukan aktiviti pertanian yang mudah seperti tanaman ubi. Pada tahap Neolitik pula, manusia prasejarah di Malaysia telah berinteraksi secara aktif dengan masyarakat lain, terutamanya dengan masyarakat di kawasan Tanah Besar Asia Tenggara hasil penemuan gendang gangsa dan loceng gangsa, dan mengekploitasi sumber laut dengan lebih banyak hasil penemuan pelbagai jenis sisa tulang ikan, siput dan kerang.
Kebudayaan manusia prasejarah ini kemudian terus berkembang ke tahap proto sejarah dan peninggalan ‘material culture’ yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peninggalan nenek moyang orang Asli yang telah lama menetap di Semenanjung sebelum kedatangan orang Melayu, Cina dan India.
Istilah Peribumi di sini diertikan sebagai penduduk asal negara Malaysia sebelum kedatangan kuasa2 Barat. Oleh itu, peribumi merujuk kepada orang melayu dan orang Asli di Semenanjung.
Orang Melayu Proto
Kebanyakan petempatan mereka adalah tetap, terutamanya suku kaum Temuan yang banyak terdapat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
Mereka mempunyai system politik mereka sendiri yang diketuai oleh seorang Batin. Dalam suku kaum Temuan, orang lelaki merupakan golongan yang berpengaruh dalam hal ehwal politik dan kepimpinan.
Masyarakat orang asli memiliki kepelbagaian bentuk ekonomi dan bentuk perekonomian masyarakat orang Asli adalah mudah. Ekonomi yang berteraskan pertanian, aktiviti berburu, mengaplikasi teknologi yang mudah berdasarkan bahan2 hutan di sekitar mereka. Sama seperti orang Negrito, orang Melayu Proto juga banyak bergantung hidup kepada hutan dan melakukan aktiviti meramu, memungut dan mengumpul hasil hutan, terutamanya orang Jakun. |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
Originally posted by dumb_03 at 18-1-2004 07:41 PM:
Err..... nak tanya skit. Mase parameswara dtg ke Melaka....dah ade kerajaan melayu yg lain ke kat situ?
dah ada kot.. di terengganu..
kalau betul catatan di batu bersurat terengganu yang dijumpai di sg tersat tu..
ada kerajaan melayu yang amalkan sistem pemerintahan islam di terengganu
pada tahun 1303 masihi.. lebih kurang 100 tahun sebelum parameswara sendiri
masuk islam..
di luar semenanjung tanah melayu masa parameswara jadi pelarian tu,
dah ada kerajaan islam di pasai (1297) dan brunei.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dumb_03 at 18-1-2004 07:41 PM:
Err..... nak tanya skit. Mase parameswara dtg ke Melaka....dah ade kerajaan melayu yg lain ke kat situ?
Kedah adalah negeri yang tertua di Tanah Melayu. pelabuhan di Kedah adalah yang terbesar di Semenanjung sebelum kemunculan Melaka. berdasarkan kepada sumber2 arkeologi dan dokumen2 China, India dan Arab, petempatan di selatan Kedah bertarikh abad ke 5 atau ke 6 Masihi. sumber2 China menyatakan bahawa ia adalah tempat persinggahan yang penting antara China, India dan arab.
perkembangan negara kota entrepot di Kedah didorong oleh pertumbuhan pesat perdagangan antarabangsa. pedagang2 dari China, Arab dan India memainkan peranan yang aktif dalam perdagangan di Kedah. dari abad ke 7 hingga ke 11 M, Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot yang amat penting.
Walau bagaimana pun kegemilangan Kedah sebagai pusat perdagangan berakhir pada abad ke 11 M ekoran daripada serangan tentera Chola pada tahun 1025 M. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by fleurzsa at 23-1-2004 03:09:
Kedah adalah negeri yang tertua di Tanah Melayu. pelabuhan di Kedah adalah yang terbesar di Semenanjung sebelum kemunculan Melaka. berdasarkan kepada sumber2 arkeologi dan dokumen2 China, India d ...
Itu pasallah zaman dulu tu worang panggil kerajaan Kedah Tua yer...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AceHand at 24-1-2004 12:28 PM:
Itu pasallah zaman dulu tu worang panggil kerajaan Kedah Tua yer...
Jizzz... Klong! Klong!
Mungkinlah begitu halnya...
Nama Kuala Muda itu...
Bagaimana pula yerrr.... |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
Originally posted by AceHand at 24-1-2004 12:28 PM:
Itu pasallah zaman dulu tu worang panggil kerajaan Kedah Tua yer...
Jizzz... Klong! Klong!
panggilan Kedah Tua tu hanya merujuk pada nama kerajaan kedah lama..
ada laman bagus kat sini tentang kedah tua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by winzip at 26-1-2004 02:45:
panggilan Kedah Tua tu hanya merujuk pada nama kerajaan kedah lama..
ada laman bagus kat sini tentang kedah tua..
Yelah... Tu aku tahu tapi adakah ini mungkin ada jugak kaitannya dengan kerajaan dan negeri tertua yang wujud...? Sekadar terpikir...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
yg Kota Kuala MUda tu ada kampaung kan yg dulunya jadi tempat pentadbiran kerajaan Srivijaya - Kampung Sungai emas- dr anad ke ? 5 BC? or 10-14 ? AD? BC? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by mbhcsf at 26-1-2004 23:10:
yg Kota Kuala MUda tu ada kampaung kan yg dulunya jadi tempat pentadbiran kerajaan Srivijaya - Kampung Sungai emas- dr anad ke ? 5 BC? or 10-14 ? AD? BC?
Mana dapat tahu hal ni...? Ada link...?
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
KONSEP TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu yang berdasarkan;
i. rumpun bahasa bangsa
ii. kawasan-wilayah
Berdasarkan dimensi (i) rumpun bahasa bangsa, Melayu terangkum dalam kelompok Austronesia-Nusantara
Berdasarkan dimensi (ii) kawasan-wilayah, Tamadun Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain |
|
|
|
|
|
|
|
KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu pada masa ini kebanyakannya berasaskan dua ciri yang utama iaitu;
i. agraria (berasaskan ekonomi pertanian)
ii. maritim (berasaskan ekonomi kelautan)
Antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut ialah Sriwijaya, Funan, Angkor, Lembah Bujang dan Majapahit.
Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu yang kemudiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
SRIWIJAYA (650 - 1200 T.M)
Merupakan pusat kebudayaan Melayu yang tertua.Pusat pemerintahannya terletak di tepi Sungai Musi (Kota Palembang sekarang). Empayarnya merangkumi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka dan Tanah Segenting Kra.
Sumbangannya yang terpenting dapat dilihat melalui 2 aspek;
i) keintelektualan Melayu
ii) perkembangan Bahasa Melayu
Dari dimensi (i), Sriwijaya telah memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting di Kepulauan Melayu. Menurut catatan seorang pengembara dari China, I-Tsing, Sriwijaya pada abad ke-7 giat menjalankan kerja-kerja akademik seperti menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa tempatan yang lain.
Selain daripada menjalankan kerja-kerja penterjemahan, Sriwijaya juga merupakan pusat pembelajaran tata bahasa Sanskrit yang terpenting di Alam Melayu ketika itu.
Pada tahun 711, Sriwijaya muncul sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Terdapat lebih seribu pendita Buddha di ibu negerinya. Karya-karya agama dan pelbagai aliran kepercayaan Buddha, falsafah, logika, tatabahasa, kesusasteraan Sanskrit Klasik dan sebagainya berkembang dengan giatnya.
Perkembangan Sriwijaya melalui dimensi tersebut mencerminkan tahap pemikiran, keintelektualan dan ketamadunan yang tinggi bagi Tamadun Melayu.
Melalui dimensi (ii) pula, zaman Sriwijaya merupakan penyingkapan kegemilangan Bahasa Melayu (BM) memandangkan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan.
Memandangkan Sriwijaya menjadi pusat kegiatan ekonomi, sudah pasti ia menjadi tumpuan bagi segala bangsa menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh itu untuk tujuan berkomunikasi, pedagang-pedagang asing terpaksa menggunakan bahasa tempatan iaitu BM Kuno. Dengan secara tak langsung, BM telah berkembang dengan pesatnya.
Penemuan 4 batu bersurat pula membuktikan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran iaitu;
i. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M)
ii. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M)
iii. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M)
iv. Batu Bersurat Karang Brahi (690 M)
Kesimpulannya, Kerajaan Sriwijaya telah memberikan sumbangan yang besar kepada Tamadun Melayu khususnya kepada perkembangan intelektual bangsa Melayu serta perkembangan BM. |
|
|
|
|
|
|
|
KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA
(a) Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai
(b) Melaka dan Aceh
(c) Brunei, Sulu, Mindanao dan Pattani
(d) Kerajaan Islam lain : Demak, Pajam dan Mataram di Jawa,
: Banjar di Borneo dan
: Campa di Indo China |
|
|
|
|
|
|
|
PASAI (1250-1524 M)
Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik al-Salih).
Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu.
Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti;
i. Hikayat Nur Muhammad
ii. Hikayat Bulan Berbelah
iii. Hikayat Nabi Bercukur
iv. Hikayat Nabi Wafat dan sebagainya.
Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi iaitu;
i. Sistem Kepercayaan
Agama Islam telah menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu.
ii. Politik dan Pentadbiran
Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan Melayu tradisi.
iii. Sosial dan budaya
Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa.
Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya.
iv. Sumber Ekonomi
Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.
Kesimpulannya, Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah. |
|
|
|
|
|
|
|
MELAKA (1400-1511 M)
Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai;
i. pusat penyebaran agama Islam
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perkembangan Bahasa Melayu
Melalui dimensi (i), Melaka muncul sebagai pusat agama Islam terpenting di Aia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka.
Antara cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh/pendakwah.
Melalui dimensi (ii) pula, Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh keudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Empat orang Syahbandar telah ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai. Dengan erti kata lainnya, Melaka ketika itu telah mempunyai sistem ekonomi yang sistematik dan teratur.
Manakala melalui dimensi (iii), ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan Melaka menerusi dimensi (i) dan (ii) sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. BM telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam. BM juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan. BM telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka.
Kesimpulannya, BM telah mencapai martabat yang tinggi pada zaman Melaka ekoran daripada peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat kegiatan perdagangan. Melaka muncul sebagai pusat perkembangan BM yang terulung dan ini jelas mencerminkan ketinggian ketamadunan masyarakat Melayu pada ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pembentukan Negara Kota Dalam Tamadun Melayu
Di kawasan Alam Melayu telah memunculkan beberapa buah negara kota seperti Langkasuka, Chieh-Cha ( Kedah), Kalah ( dipercayai terletak di utara Kedah) dan lain-lain lagi. Langkasuka terletak di Patani, Thailand. Langkasuka dikatakan muncul sebagai negeri bebas pada awal abad ke-2M ( tahun 100 M). Langkasuka menjalankan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia Barat, India, China dan kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu. Kerajaan ini dipengaruhi oleh pengaruh Hindu Bagaimanapun, pada abad berikutnya,ia dilanggar oleh Funan. Sejak itu Langkasuka tidak putus-putus dijajah oleh kuasa luar dan maju mundurnya ditentukan oleh faktor ini. Meskipun kedudukannya yang terletak di jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China dan juga kekayaan hail buminya itu merupakan faktor dalaman yang membawa kemajuannya, namun faktor luarlah sebenarnya yang lebih dominan dalam menentukan semuanya itu. Bagaimanapun pada abad ke-5M, Langkasuka dapat memulihkan kemerdekaannya dan apabila Funan mengalami kemunduran pada abad ke-6M, Langkasuka mencapai zaman keagungannya. Pada ketika inilah dikatakan wilayah taklukannya meliputi Songkla, Kelantan dan Terengganu. Namun dengan kebangkitan Srivijaya pada abad ke-7M, Langkasuka tertakluk di bawahnya pula. Kemudian menjadi jajahan Majapahit dan apabila Melaka ditawan Portugis (1511) kerajaan Langkasuka turut lenyap dalam sejarah kerana diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 dari India Selatan.. Kerajaan Kedah ( Kedah Tua) wujud dari kurun ke-5M hingga kurun ke-14M di Lembah Bujang. Kerajaan ini muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang penting pada kurun ke-5M. Pelabuhannya disinggahi kapal dagang dari India, China dan Asia Barat. Pusat pentadbirannya terletak di Kampung Sungai Emas (kurun ke-5 hingga 10M) dan Pangkalan Bujang (kurun ke-10 hingga 14M). Penduduknya dipengaruhi agama Hindu dan Buddha. Menjelang tahun 695M kerajaan ini menjadi tanah jajahan kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini mula merosot pada abad ke-11 kerana diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 pada tahun 1025M |
|
|
|
|
|
|
|
Pembentukan Empayar Dalam Tamadun Melayu
Di Alam Melayu juga terdapat beberapa buah kerajaan yang membentuk empayar seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Cara empayar di Alam Melayu mewujudkan empayar ialah melalui beberapa cara seperti peperangan ( seperti yang dilakukan oleh empayar Srivijaya dan Funan), perkahwinan politik, penerimaan ufti 9 seperti yang dilakukan oleh beberapa kawasan sekitar Srivijaya kepada Srivijaya) dan menggunakan metos dan legenda (seperti yang dilakukan oleh kerajaan Srivijaya bagi menunjukkan kebesarannya dan menggerunkan negeri-negeri sekitar). Kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara membina empayar atas motif memperluaskan politik dan mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing. Kerajaan Srivijaya yang terletak di Sumatera berpusat di Palembang(Abad ke-7 - ke-14 M) muncul selepas kejatuhan empayar Funan. Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu awal yang sangat bergantung kepada perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang selama ini dipegang oleh Kerajaan Kantoli dan Melayu.
Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi, Srivijaya telah menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671-685)di Sumatera, Kedah (682-685M)hingga ke Ligor di Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di Sumatera, Tarumanaga di Jawa Barat. Penguasaan tersebut menjadikan Srivijaya amat berkuasa mengawal laluan perdagangan China-India selama 3 abad. Pada abad ke-8M, Mataram di Jawa Tengah di bawah Dinasti Sailendra telah mengancam Srivijaya hinggakan sejak tahun 775M kerajaan Srivijaya mula diperintah oleh keturunan Sailendra dari Jawa itu.. Pada abad ke-8 hingga ke-10 M empayar Srivijaya telah berpecah menjadi negeri-negeri kecil. Pada akhir abad ke-10M Srivijaya muncul kembali sebagai pusat perdagangan. Pada tahun992M inilah Srivijaya menyerang Jawa untuk menguasai Selat Sunda. Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Dengan itu Srivijaya dapat mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya. Kejayaan Srivijaya menguasai kerajaan-kerajaan lain memudahkannya menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Dasar perluasan kuasa telah memberi keuntungan kepada Srivijaya kerana ia telah dapat memungut hasil cukai daripada kapal-kapal yang belayar melalui Selat Melaka dan Selat Sunda. Srivijaya juga menerima ufti daripada tanah jajahannya serta mengawal/menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman Sumatera dan Tanah Melayu.Dengan barangan dagangan yang banyak, Srivijaya mampu menarik ramai pedagang singgah di pelabuhannya. Untuk memantapkan keselamatan negara dan kepentingan ekonominya, Srivijaya telah menjalin hubungan baik dengan China dan India Selatan (Kerajaan Chola). Satu aspek yang patut juga disentuh di sini yang menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan masyarakat Nusantara ialah kemunculannya sebagai pusat agama Buddha yang bertaraf antara bangsa dan pusat bahasa sanskrit di Nusantara.
Kerajaan Srivijaya nampaknya tidak dapat bertahan selama-lamanya apabila kerajaan ini tidak putus-putus dicabar dan digugat oleh kuasa-kuasa luar. Serangan dari Kerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025M telah melemahkan Srivijaya. Jajahan Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan Jambi telah dikuasai Raja Chola. Dengan kenaikan kerajaan Sukhotai , orang-orang Thai memperluaskan kuasanya dengan menawan jajahan Srivijaya di utara Semenanjung Tanah Melayu.
Kebangkitan empayar-empayar Singhasari dan Majapahit di Jawa Timur turut mengancam kegemilangan Srivijaya. Palembang yang menjadi pusat pemerintahan Srivijaya telah ditawan Majapahit pada tahun 1377M. Pukulan muktamad yang mempercepatkan kehancuran Srivijaya ialah dengan perkembangan Islam di Nusantara. Menjelang akhir abad ke-13 M kebesaran Srivijaya hanya tinggal sebagai tinggalan sejarah sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Majapahit (1292 -1528M) pada zaman kegemilangannya (1293 -1389) telah mewujudkan satu empayar yang penting, luas dan berpengaruh di Nusantara. Motif perluasan empayarnya adalah untuk menguasai perdagangan Nusantara. Gajah Mada adalah Perdana Menteri kepada pemerintah Hayam Wuruk (1350-1398M) yang berjasa dalam perluasan kuasa Majapahit. Kuasanya meliputi Bali, Makasar, sebahagian Borneo, Temasik, Pahang, Selatan Sumatera (termasuk Srivijaya) dan Sunda di Jawa Barat.
Kejatuhan Srivijaya ke tangan Majapahit membolehkan Majapahit menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka. Pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat bertumpu ke Majapahit. Kematian Gajah Mada menjadi titik tolak keruntuhan kerajaan Majapahit. Di samping faktor dalaman (ketiadaan pemimpin sehebat Gajah Mada, rebutan kuasa), kebangkitan Melaka dan perkembangan Islam di Nusantara khususnya kebangkitan Islam di Demak ( Jawa)turut membantu kemerosotan Majapahit. Kerajaan Melayu Melaka yang sedang berkembang mula menguasai jajahan Majapahit di Sumatera. Jajahan takluknya yang lain mula membebaskan diri daripada kuasa kerajaan Majapahit. Kerajaan islam Demak mula mengambilalih kekuasaan Majapahit di Jawa |
|
|
|
|
|
|
| |
|