CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dhiyaya

Suami tp mcm tak suami. Mohon bg pandangan

[Copy link]
Post time 7-2-2015 02:29 PM | Show all posts
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak.

Misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.

Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya.
Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dh kena tanggung laki baik x yah!run while u stil can.x yah risau psl anak2 x de bapak..kalau ada pun tp x brguna buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian yaya.akak dapat bayangkan mcm ne penatnya yaya nk urus 3 org ank2 yg sedang mbesar.dh la kekurangan duit.

Yaya mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah.Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
salam......aku cerita kau.....aku dah pening. If hubby kau tipu but untuk buat saving ok la.....ni entah hutang apa dia buat. Kau kena tegas........tu pendapat aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya TT... harap tabah ya. Tapi satu je nak pesan... apa2 pun, kena fikir anak2 dan kaitkan dgn keadaan skg. Klu teruskan cam skg, agak2 apa effect pd anak? Klu mak bapa xsehaluan, selalu dimarah2 bapanya etc... lambat laung tentu akan effect pd emosi diorg. So fikir kat cna jer... nnt TT akan nampak apa yg harus TT pilih.

Klu betul2 nak cerai... cuba bwa dia bincang utk lepaskan cara baik. Coz klu dia taknak, kosnya lebih besar. Klu dia nak ceraikan cara baik, itu lebih mudah dan kos sikit jer. Boleh gak minta khidmat kaunseling, kut2 la suami tu leh terima nasihat diorg dan berubah.

Apa2 pun... jgn lupa sembahyang dan berdoa... minta ditunjukkan jln & dipermudahkan urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam yaya

Bab duit --> minta tolong org tengah yg boleh nasihatkan dia @ p la kaunseling @ bawak berbincang

Aku pon ada masalah mcm hg gak , dulu hari2 aku minta cerai weh.sebab tak tahan. Tp bila aku pk balik..kesan cerai tu pada anak anak,aku telan ja. Biasanya anak anak yg mak bapak berpisah (tak semua) jiwa depa memberontak. Mulala depa keluar cari seseorang yg konon boleh lindungi depa ,sebab tu mcm2 kes zina, tak kawen dok serumah. Anak anak berhak dpt kasih syg walaupon sekarang bapak diaorg takdak fungsi pon..tp cuba la hg muhasabah diri,pk hikmah semua ni..mungkin ujian allah nak hg jadi wanita syurga.
Babe,syurga tu mahai..modalnya pengorbanan.. Selalula buat tahajjud, solat wajib jangan tinggai k. Allah dah kata, minta tolong dengan dia melalui jaoan sabar dan solat. Aku percaya hg kuat. Kalau x tahan sgt,buatla istikharah...minta petunjuk allah.. Kalau penceraian jugak solusinya,jgn sampai bermusuh. Apa p?n allah dulu k!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2015 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu g, hg pecayalah suami hg boleh berubah...sebab yg pegang hati manusia adalah allah. Kita ubah nasib dgn doa . solat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 02:41 AM | Show all posts
yaya, sedih betul bile fikir masalah u.. i mohon u pegi la pej agama.. mintak la fasakh kalo yaya dah x syg die.. takde guna teruskan kalau xde kasih syg dlm rumahtangga.. ape die nak buat, biarlah.. x pyh dikorek2.. lagi banyak u korek, lg banyak terbuka, lg teruk u sakit yaya..

kalo u dah teruk sakit hati, i takut u trauma.. u deserve someone yg better.. pls yaya.. u kalau syg anak2, syg diri sndiri, cukup2 lah berkorban.. sekali die berani buat, akan dtg die akan buat lg.. sekali die tipu yaya, akan dtg die akan tipu lg..

kalo btol die nak berubah, selalunya org laki akan berubah bile tgk kesusahan isteri die pregnant n beranak.. sampai 3 plak tu.. biarlah ssh skit dlu membesarkan anak2 sndiri asalkan nanti besar u tau sekurang2 nya pengorbanan u x sia2 utk anak2.. dr u terus menanggung biawak yg akan hari2 menghakis u yaya..

stay strong yaya.. weols sume ade kat sini if u ade ape2 nak bincang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
nadea5717 replied at 8-2-2015 01:06 AM
Salam yaya

Bab duit --> minta tolong org tengah yg boleh nasihatkan dia @ p la kaunseling @ bawak ...

Bagusnya pandangan dan panduan yang awak bagi....insaf i baca....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yaya, selalunya kalau nak mintak cerai kat pej agama dorang aka nasihatkan utk kaunseling dulu. Apa2 pun better yaya pergi kaunseling dulu kat pej agama dan ceritakan masalah. Tnya dorang apa option yg ada. Selalunya dorang takkan suruh cerai, mesti suruh sabar. Tapi kalau dah nak cerai jgk, dorang pun takleh halang.

Kalau nak kena turun naik mahkamah tu, cuba yaya dapatkan nasihat peguam percuma tu.. Biro peguam negara ke apa sy lupa.. Mungkin forumer sini tau. mertua sy turun naik mahkamah pakai peguam ni free je. Kena bayar rm2 je tak silap sy. Tgk dia boleh amik kes ni ke tak.

Cuba dulu ye. Kalau berubah fikiran lepas ni tiba2 tak jadi nak cerai pun terpulang. Asalkan yaya cuba dulu tanya pendapat orang2 luar terutamanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku geram betui baca kes gini. Sbb aku sgt simpati dgn org yg kena gini. Geram aku mcm geram nak pecah dada.

Aku kalau kes gini, aku tgu komen dan pendpt lelaki je. Mmg aku tgu2 point diorg. Byk weh kes gini kat luar sana. Aku tak paham kenapa ada suami yg masih dgn sikap begini. Ye betul..tak semua begitu, tp yg "tak semua" tu boleh bilang dgn jari, bertuah sapa yg dpt.

Pandai suami. masa budak2 kecik dok merangkak lagi...buat sepah, bukan main marah. Nnt engkau dah kerepot nak mampus, baru menggagau cari anak tu balik. Maaf #akuemo kes2 gini. Moga tabah TT.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:18 PM | Show all posts
rasa macam u jaga 4 org anak pulak
termasuk laki u yg perangai kebudak2an tu nk seronok je
mcm kata forumer lain pergi lah buat report dulu, kaunseling
wife cakap dia dah x nak dengar
this time biar org pej agama pulak cakap
manusia bodoh sombong ni ubatnya hantuk je kepala tu
biar terjaga sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan. Yaya jadi silent reader je nak tgk majoriti pendapat hala ke mana. Maybe this week yaya g pejabat agama. Harap dapat sokongan dr bos utk luluskan cuti untuk beberapa hari ni. Dalam keadaan takde duit skang ni. Yaya pun pening, mana nak cari duit nak smpai the next gaji. Bonus pula dapat ujung bulan 3. Sesaknya...  Ai. Gaji pun tak tau nak potong mana dah. Harap boleh minta gaji advance ngn bos or..  Tak taulah.  Serabut la pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 10:17 AM | Show all posts
Ya Allah...moga yaya tabah dengan dugaan ni..
sakit hati dgn perangai suami begitu...
pm me yaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:49 AM | Show all posts
Oh My...
siannyer..  sampai biler nak menderita macam ni?

ni maklumat yang pernah saya letak kat forum ni sebelum ni..
dapat pun daripada internet gak..

Perceraian, Nafkah dan Harta
(Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 1985 (Pindaan Tahun 1993*)

Syarat-syarat Perceraian
(a) Perkahwinan anda didaftarkan di Malaysia.
(b) Perkahwinan anda mengikut Hukum Syarak.
(c) Permohonan perceraian harus dibuat di negeri tempat anda atau suami anda tinggal.

Jenis Perceraian
Terdapat 4 jenis perceraian yang sering digunakan:
(i) Taliq
(ii) Fasakh
(iii)Khulu
(iv) Lafaz Talaq

Taliq (Perceraian kerana melanggar perjanjian)  (S.50)
Taliq adalah perjanjian perkahwinan yang dilafazkan oleh suami semasa akad nikah. Jika  suami anda melanggar taliq, anda boleh melaporkan hal ini kepada mahkamah, dan  sekiranya mahkamah mendapati suami telah engkar  taliq maka perkahwinan boleh  terbubar dengan satu talaq. Taliq mempunyai syarat-syarat seperti berikut:
(a) meninggalkan anda selama 4 bulan atau lebih tanpa nafkah; dan
(b) melakukan penganiayaan terhadap anda.

Biasanya perkahwinan yang didaftarkan selepas tahun 1980 mempunyai taliq yang  tertulis di sijil perkahwinan. Semua negeri mempunyai taliq berkaitan nafkah dan  peninggalan langsung. Hanya beberapa negeri membenarkan perceraian taliq atas alasan penganiayaan.

Fasakh (Pembubaran Perkahwinan)
(S.52)
Anda boleh memohon fasakh jika suami anda melakukan kesalahan tertentu. Di  antaranya ialah jika suami anda:
(a) hilang selama lebih daripada 1 tahun;
(b) tidak memberi nafkah selama 3 bulan;
(c) dipenjarakan selama 3 tahun atau lebih;
(d) gagal memberi nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama 1 tahun;
(e) berterusan mati pucuk sejak mula berkahwin tanpa pengetahuan anda;
(f) menghidap kusta atau vitilago atau penyakit kelamin yang berjangkit atau gila selama   2 tahun;
(g) berkahwin tanpa rela anda pada usia anda 18 tahun atau kurang, walaupun diwalikan   oleh wali mujbir dan suami belum menyetubuhi anda hingga sekarang;
(h) menganiaya anda seperti melakukan penderaan fizikal dan mental, memaksa anda  menjalani hidup yang tidak bermoral, menggunakan harta anda tanpa kerelaan anda,   tidak adil dalam berpoligami, menghalang anda daripada beribadat dan suami anda  berkawan dengan perempuan jahat;  
(i) belum menyetubuhi anda setelah berkahwin selama 4 bulan kerana suami enggan  berbuat demikian;
(j) berkahwin tanpa persetejuan anda atau persetujuan anda berdasarkan paksaan,   kesilapan, ketidaksempurnaan akal dan keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k) berkahwin dengan anda dengan persetujuan sah, tetapi pada masa perkahwinan ada  mengalami ketidakstabilan mental (sakit otak), samada berterusan atau berselang  (mengikut tafsiran Ordinan Sakit Otak 1952) dan penyakit itu menyebabkan anda  tidak berupaya memasuki perkahwinan;
(l) anda mempunyai kecacatan yang meghalang persetubuhan;
(m)atau alasan-alasan lain yang sah di sisi Hukum Syarak yang mugkin berbeza  mengikut negeri tempat perceraian dipohon.

Khul
(S.49)
Anda boleh menawarkan pampasan kepada suami sebagai balasan melafazkan talaq.
Jumlah pampasan tertakluk kepada persetujuan anda dan suami anda, dengan diadili oleh
mahkamah. Di zaman Rasulullah S.A.W pampasan ialah maskahwin (mahar).

Lafaz Talaq
(S.47)
Perceraian diperolehi apabila suami hadir ke mahkamah dan melafazkan talaq. Sekiranya  suami melafazkan talaq di luar mahkamah maka anda haruslah merujuk kepada  Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut.

Ruju’
(S.51)
Suami hanya boleh ruju’ dengan anda dalam tempoh ‘iddah (3 kali haid atau 3 bulan  selepas perceraian). Ruju’ mesti dilafazkan oleh suami dan didaftarkan di Mahkamah  Syariah. Mahkamah akan siasat samada anda bersetuju terhadap ruju’ tersebut. Jika anda tidak bersetuju, mahkamah akan melantik satu jawantankuasa pendamai untuk cuba mendamaikan anda dan suami. Sekiranya anda masih tidak bersetuju, anda tidak akan dipaksa untuk ruju’. Ruju’ tidak boleh dilakukan dalam perceraian khul’, fasakh atau
talaq tiga.

Nafkah dan Harta

Nafkah
Selepas proses perceraian, anda berhak menuntut:

1. Nafkah Iddah (S.59)

2. Nafkah tertunggak isteri (jika pada masa perkahwinan suami gagal memberi anda
nafkah).(S.69)

3. Nafkah anak dan nafkah tertunggak anak (jika anda diberi hak penjagaan anak secara
kekal atau sementara) (S.72 & S.77)  
Mutah (Bayaran saguhati)
(S.56)
Anda berhak memohon mutah daripada suami anda selepas perceraian. Jumlah mutah
akan ditetapkan oleh mahkamah mengikut Hukum Syarak. Diantara perkiraan mutah
ialah:
Nafkah Harian x Tempoh Perkahwinan

Harta Sepencarian
(S.58)
Anda berhak memohon harta yang terkumpul semasa perkahwinan anda dan suami.
Mahkamah akan membuat keputusan mengenai kadar pembahagian harta tersebut dengan
mengambil kira sumbangan anda seperti :
(a) kewangan, harta benda atau tenaga;
(b) hutang untuk kepentingan bersama semasa perkahwinan;dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa.

Anda berhak menuntut harta sepencarian walaupun harta yang diperolehi semasa
perkahwinan hanya daripada usaha suami sahaja. Mahkamah akan membahagikan harta
tersebut dengan mengambil kira:
(a) sumbangan tenaga anda terhadap kebajikan keluarga;
(b) sumbangan tenaga anda yang membolehkan suami mengumpul harta; dan
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan anda.

Hak Tempat Tinggal
(S.71)
Anda berhak tinggal di rumah yang didiami semasa perkahwinan selagi suami anda tidak
menyediakan tempat tinggal lain yang bersesuaian. Hak tempat tinggal akan terbatal
apabila:
(a) tamat tempoh ‘iddah
(b) tamat tempoh penjagaan anak
(hingga umur 18 tahun atau lebih)
(c) anda berkahwin lain
(d) anda berlaku keji

Hadanah dan Penjagaan Anak
(S.81)
Anda mempunyai keutamaan ke atas hadanah (custody) anak dan suami pula ke atas
penjagaan (guardianship) hak dan harta anak. Hak-hak tersebut boleh dicabar di
mahkamah jika salah satu pihak dianggap tidak sesuai diberi hak tersebut. Mahkamah
akan mengambil kira kepentingan anak.

Kesalahan Perkahwinan
Anda boleh membuat aduan di mahkamah tentang perbuatan suami anda dan mahkamah
boleh mendakwanya atas kesalahan-kesalahan seperti berikut. Diantaranya ialah jika
suami anda:
1. Menggangu anda (S.107)
Anda boleh mendapatkan perintah tegahan daripada mahkamah untuk
menghentikan gangguan tersebut mengikut Undang-undang Keluarga Islam atau
Akta Keganasan Rumatangga.

2. Menganiaya dan berlaku tidak adil terhadap anda (S.127 & S.128)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.

3. Berpoligami tanpa kebenaran mahkamah (S.123)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.

4. Melafazkan cerai diluar/tanpa kebenaran mahkamah(S.124)
Jika tersabit kesalahan suami anda boleh didenda atau/dan dipenjara.

5. Meninggalkan langsung anda setelah diperintah oleh mahkamah untuk
kembali kepada anda dia enggan berbuat demikian (S.120&S.126)
Perbuatan ini melanggar perintah mahkamah dan suami boleh didenda dan/atau
penjara.

* Seksyen mungkin berbeza negeri masing-masing. Sila rujuk Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam negeri anda.(S= Seksyen)


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 12:15 PM | Show all posts
Salam tt,
saya taknak tulis panjang2. kita ringkaskan saja.

setiap orang ada dugaan masing2. kita kena cari jalan penyelesaian.
pada saya, bercerai pun bukan satu2nya jalan penyelesaian.

saya setuju Yaya pergi report dulu pejabat agama. Memang Yaya perlukan bantuan. Saya pun tak faham dgn majoriti suami yg declare diri beragama Islam. Bab nafkah tu basic. itu pun GAGAL. GAGAL Teruk pulak tu. Haishhh. Memang pening.

Yaya dekatkan diri dgn Allah. lps solat mintak Allah bagi petunjuk. Mintak Dia mudahkan urusan Yaya utk cari jalan penyelesaian. Mintak sggh2. Insyaallah bila hati Yaya tenang, urusan Yaya berjalan lancar.

Jaga diri baik2. Awak isteri & ibu yang baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 12:30 PM | Show all posts
missdara replied at 7-2-2015 08:49 AM
Kesiannya TT.

Apa yg saya tahu, suami lah yg perlu bertanggungjawab utk makan minum dan househo ...

Sangat betul ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 12:41 PM | Show all posts
dhiyaya replied at 8-2-2015 07:53 PM
Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan. Yaya jadi silent reader je nak tgk majoriti pendapat ...

Buat permulaan, suruh dia tanggung susu dan pampers ... benda2 nih mmg jelas kewajipan suami ... jgn beli stok sebulan sekaligus ... semoga boleh bagi ruang sikit yaya bernafas drp segi kewangan ... jika perlu, buat2 sakit dan suruh dia pergi beli bila dah habis ...

Kalau yaya stress sangat, ambil sedikit masa untuk diri sendiri, balik rumah mak ayah dan berehat ... beri alasan nak buat kerja part time untuk cari duit ... minta dia jagakan anak2 sehari ...

kalau dapat suami kedekut mcm ni ... yaya pun kena la bijak ... simpan sebahagian duit gaji sebagai tabungan ... jika tiada beras, jangan masak ... tebalkan muka bawa anak2 makan di rumah mak bapak atau rumah mertua ... jika mereka tanya kenapa selalu dtg mkn di sini, bgtau suami tak beli beras dan lauk ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 12:49 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 9-2-2015 12:41 PM
Buat permulaan, suruh dia tanggung susu dan pampers ... benda2 nih mmg jelas kewajipan suami ... j ...

thank you abg KJ for the insight

board ni dah semakin kurang forumer lelaki yg boleh set things right, dulu2 ramai juga, so advise yg dapat more balance, takda lar sikit2 nak suruh bercerai and menambahkan lagi anak2 yg kurang perhatian/kasih sayang from both parents

thread mcm ni semakin berlambak kat FD, bila isteri mula menanggung beban ekonomi rumahtangga, suami jadi dayus and lupa kenapa mereka di berikan title sebagai KETUA keluarga

yaya ni penat, mana nak kerja, layan anak2..tu yg mula merungut pasal suami yg bersikap lepas tangan

tak faham juga kenapa senang jer ramai forumers kat sini kata pergi CERAI jer. you cannot just give up on a marriage that started on the wrong foot in the first place

think about all you went thru to be married to such useless guy, kenapa dah tahu dia takda duit pun go ahead? fikir tentang anak2 tu, how old is your hubby btw?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 01:14 PM | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 9-2-2015 12:49 PM
thank you abg KJ for the insight

board ni dah semakin kurang forumer lelaki yg boleh set things ...

betul tu Oshin. saya pun pening bila baca cadangan "cerai jer laaa". aduishhhh.
kalau cerai tu setakat pergi kat toilet, buang apa yg patut pastu flush. senang laaa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055914 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list