|
[Tempatan]
Azmin izinkan bangunan itu diSALIBkan
[Copy link]
|
|
Pintu design mcm bawah ni amat popular, selalu nampak kat pejabat kerajaan
cuba korang perhatikan kat rumah uols ada tak..
|
|
|
|
|
|
|
|
SALIB, PENJAJAHAN DAN PERLUASAN WILAYAH PENGARUH
oleh Wan Fayhsal
1. Saya masih rasa panas dengan komen tohor Melayu apologetik, juga terhadap media liberal-sekularisasi yang memperleceh penduduk Taman Medan berhubung tanda salib.
2. "Bodoh betul penduduk Taman Medan! Yang takut salib hanya Vampire!" Itulah yang dilagu-lagukan dalam laman media sosial dan media massa liberal-sekularisasi.
3. Mari sini saya nak ajar sejarah. Salib (cross) bukan kayu tunggu berbentuk "t" semata-mata. Ianya simbol kepada pensaliban (crucifixion atau kata almarhum Ahmad Deedat - "cruxifiction") Nabi Isa alayhissalam (peace be upon him). Kita umat Islam wajib beriman bahawa hal itu tidak berlaku dan beri'tiqad terhadapnya boleh jatuh kufur.
4. Jadi kalau orang kampung, orang awam dikalangan umat Islam rasa tidak selesa kerana cetek ilmu, kerana tidak kosmopolitan macam Wardina, mereka bercakap beralaskan sentimen ini. Maafkanlah mereka kalau mereka itu rendah tahap toleransi dan kefahaman budaya tapi janganlah sampai menghina kata mereka itu persis Vampire.
5. Tapi itu hal kecil saja. Ada hal lagi besar. Tahukah kalian bagaimana sesuatu penjajahan diabsahkan (legitimized) oleh penjajah Barat khusus dari Eropah lama? Apa yang dilakukan oleh Christopher Columbus, Cortes, Albuquerque ketika mereka "discover" (menjumpai) so-called "the New World" (Dunia Baru) yang dihuni oleh "wild men, savages, and heathens" (orang liar yang tak ada agama dan tamadun, yang rendah dan bakal masuk neraka) di Carribean, di West Indies, Latin Amerika, di India, di Australia dan Tanah Melayu?
Para "Conquistadores" ini akan membawa dan memasakkan:
(1) Bendera Imperial diraja
(2) Tanda Salib
6. Bendera itu kita faham tapi kenapa Salib??!! Ada apa dengan SALIB dan PENJAJAHAN??!
7. Jawapannya ialah, untuk penjajah Barat ini merampas tanah dan wilayah penduduk asal sesebuah wilayah yang kononnya baru dijumpa/diteroka (discovered) dan untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh kaum peribumi sehingga hampir pupus seperti kaum Mayan, kaum Cherokee, mereka perlu dapatkan "sijil" atau "warta" daripada Pope yang dinamakan "papal bull".
8. Maknanya tindakan mereka di kawasan itu walaupun kejam adalah SAH dan HALAL di sisi undang-undang imperial juga GEREJA (The Church) yang berpusat di Vatican. Bacalah sejarah yang ditulis sejarawan terkenal seperi Howard Zinn dalam "A People's History of the United States of America" akan kalian tahu betapa kejam dan jahatnya para Conquistadores ini menggunakan Agama Kristian sebagai asas pengabsahan (legitimacy) untuk EXTERMINATE kaum asal, peribumi khusus di Latin Amerika, Carribean, dan Amerika Utara. Wanita yang dirogol, bayi yang dibunuh dan dicucuk menggunakan bayonet seperti sate, dan segala macam kekejaman demi kekayaan dunia untuk Empire dan Vatican.
9. Tanda salib bukan sebarang tanda. Ianya ada konotasi perluasan kuasa yang telah membunuh jutaan manusia yang mereka anggap sebagai "savages' (tidak bertamadun) dan menghalalkan segala rampasan kekayaan hasil bumi "the New World" yang setelah dicucuk tanda salib pada tanahnya, seperti dibaptiskan (baptized) maka ianya sudah menjadi milik Gereja dan boleh diperlakukan apa saja.
Ini sejarah ringkas. Ada banyak lagi yang boleh saya cungkil dan bongkar tapi cukup sekadar ini.
Sekarang mari kita fikir, apakah pembukaan gereja-gereja haram yang diceritakan Helen Ang di seantero Asia ini satu tindakan "innocent" atau mereka golongan Evangelikal sedang meniru modus operandi lama para Conquistadores yang bersekongkol dengan raja-raja dan Pope dahulu?
Symbolism is not only graphical, from it emanates influence to claim intellectual and spiritual space of certain geographical location.
Kita tidak pernah memusuhi golongan dan penganut Kristian yang tahu tempat mereka dalam sesebuah masyarakat khusus dalam masyarakat Islam dan Tanah Melayu. Malah kita raikan akhlaq mereka yang kadang kala jauh lebih baik daripada Melayu dan Muslim yang tak sedar diri.
Tapi ingatlah wahai Melayu Liberal celup, bukan semua Melayu dan Muslim bodoh. Kamu sudah melampaui batas dalam menghina bangsa dan umat kamu sendiri yang punya rasa diri yang tinggi terhadap kedaulatan agamanya. Mereka mungkin salah dalam bertindak tapi janganlah kamu wahai Melayu Liberal yang dangkal untuk merendah-rendahkan dan menjadi alat perkakas golongan Liberal-Sekular yang terang-terang memusuhi Islam dan mahu mencorak semula negara ini menjadi negara yang Islam hanyalah "milik peribadi".
Hendak rosakkan tanaman, racunilah akarnya; Hendak rosakkan bangsa, racunkanlah SEJARAHNYA.
(gambar menunjukkan Christopher Columbus membawa dan memasakkan tanda Salib di tanah yang baru mereka sampai di mana ianya digunakan sebagai alasan untuk tindakan mereka menekan dan menindas penduduk asal yang pada awalnya menyambut mereka dengan penuh hormat - macam cerita propaganda Pocahontas Disney)
sumber : https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=1&theater |
|
|
|
|
|
|
|
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka
Why Churches Should Reproduce Churches
http://bcpm.org/reproduce-churches/
CONCLUSION Should churches help reproduce new churches? The answer is obvious. This is the best way to get new churches established and reach the world with the precious gospel of Jesus Christ. Churches should not only help financially but actively participate in reproducing new churches. It is biblical and practical. The objective of Baptist Church Planting Ministry is to help churches reproduce churches.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul sesangat. Harap2 tak tenang hidup macit2 yg tak sedar diri tuh. Pakai tudung tp baju lengan sampai pangkal je. HUH!
"Ya, tak menjadi masalah. Sebaliknya persoalan kita adalah, kenapa paksa mereka turunkan salib?
"Ini kerana salib adalah lambang suci kepada penganut Kristian dan masyarakat perlu hormat," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan soal tak hormat agama lain kan. tapi sebab penduduk rasa pelik why buat gereja di kawasan majoriti islam. Sedangkan kawasan pj tu pun dah banyak gereja di kawasan yg ada penduduk kristian. Perlu ke buat.
Jgn ckp kat dioranglah. Contoh kan gi buat gereja ngan lambang salib besar besar kat kawasan kuala ibai kawasan haji hadi tuh or kawasan mana mana yg penduduk kristian terlalu minima. memanglah menimbulkan rasa kurang senang kan.
Ni soal cubaan provokasi jugak. Kita ni hidup sekali pelbagai agama. respeklah each other. Hormati sensitiviti masyarakat. Both sidelah. Tak sesuai buat, tak yah buat, buat tempat yg sesuai. Kawasan rumah kedai majoriti bukan melayu ke. Orang pun takde nak kacau pun kan. ni Saja nak tunjukkan kebebasan tak bertempat. Last2 timbul tekanan kedua belah pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
So, bangunan tu dah masuk kristian ke sis? |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
eh lu ni....kita kena hormat hak mereka sebagai minoriti..
walau pun mereka ada seorang sahaja kristia disitu..itu adalah hak dia untuk buat lambang salib sebesar gajah di deretan kedai..sebelah kedai makan wak senik...
lu apa tau...?
HAK maaaa..HAK....
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri pun skrg tgh berusaha menyebarkan kebodohan..Inshaallah sasaran semakin hampir pada tahun 2020
|
|
|
|
|
|
|
|
Abg john masih teringat akak yang berbaju oren si penjual kuih masa protes hari tu..Org Kampung Medan mesti angkat di sebagai wirawati kg medan..hidup ummah melayu..hidup tanah besar cina |
|
|
|
|
|
|
|
gemparr!!!
geng anti-salib terlepas pandang sebuah lagi bangunan
yg menaikkan salib di depan premis
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tulis ni mabuk ketum ke apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jemin ni x sedar..kalau bukan kerana bilangan kerusi adun PAS x mungkin dia dpt jadi mb...bangsa tk tahu berterima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
NIXAReturn replied at 24-4-2015 03:27 PM
Jemin ni x sedar..kalau bukan kerana bilangan kerusi adun PAS x mungkin dia dpt jadi mb...bangsa tk ...
Aku rase baik kau check balik fact ni...segelintir pas yg membantu kerana 2 khianat parti sokong wan azizah jdkn dun tergantung... Pas tak wat apa2 sokongan pun melainkan hanya hantar nama mb baru saje...klu pas khianat kerajaan pr pun, mb masih kekal milik jemin ni gak sbb dia masih ade majoriti dun ringkas... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya boleh tukar agama pun kalau dah melayu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nk ikut majority minority,surau atau masjid kat negara kokusen tu tak boleh buat langsung la kan sbb umat islam sgat minority di sana. asalkan ada penganut agamanya di satu2 kawasan,kenapa perlu dibantah pembinaan rumah ibadah orang lain.ada dia kacau ketenteraman orang lain ke?tgok salib boleh murtad? so nipis iman2 pendemo ni semua
|
|
|
|
|
|
|
|
bijan pon kena sedar masyarakt kristen yg mengundinya dulu lagi2 orang sabah srwak yg sentiasa jadi fix deposit bijan. berani la bijan nk buat perangai isis ekstremis mau jatuh terus dua2 negeri tu
|
|
|
|
|
|
|
|
azmin mana ada sokongan mana2 adun masa tu.nama pun tak tercalon.dia dipilih sultan.titik.
even sultan pun tak sudi nak pilih set2 lobai jadi mb
|
|
|
|
|
|
|
|
memang kafirun tuan lu tengah berusaha taknak bagi buat masjid lagi kat sana la dol...samdol..badigol.
‘Stop building mosques in UK’NO more mosques should be built in Britain, a member of the Church of England’s governing body said yesterday.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak masjid kat negara kokusen tuh. Sama banyak ke ngan gereja kat kawsan pj nih. Banyak dah kan. Nak wujudkan provokasi kenapa? Dah tahu kawasan tuh majoriti melayu islam. Sebelah menyebelah kedai orang melayu. perlu ke selit kat situ sesaja atas alasan kebebasan. Sensitiviti n keharmonian sama sama jagalah.
Sama sama hidup baik baik. Apakah selama ni orang kampumg medan tu memusuhi orang kristian . Tidak rasanya. Mestia ada yg bekerja sekali, duk ofis berborak, kawan satu tempat, kwan satu sekolah satu uni. Jgn buat provokasi. Elakkkan yg sewaktu dengannnya jugak. Tak suka agama jadi medium pergaduhan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|