CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: primemova

[Tempatan] Issue dresscode : JPJ terlalu berlembut?

[Copy link]
Post time 10-6-2015 05:57 PM | Show all posts
kat kompleks KDN sini, mmg ramai je orang awam yang berurusan tak patuhi dress code bagai ne..

yang pakai seluar pendek nampak alur montot kat belakang pun ramai je..

selamber je bagi masuk..

seb baik tak berurusan ngan weols..

iols dulu kat pejabat lama, pernah je ai suruh minah2 ne balik tukar baju.. dah lah hari jumaat.. pakai baju bukan main lagi kurang seinci leh nampak suar dalam..

tak puas hati gi lah komplen.. malas nak dulik..

yang dalam ne pun, kalau nak hencap ai kenon kolot, lantak lah.. ada aku kesah mak kau hijau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 06:00 PM | Show all posts
Hapus peraturan berpakaian, tumpu pada perkhidmatan, kata Rafidah Aziz -

OLEH YASMIN RAMLAN

Published: 10 June 2015 5:06 PM


Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengkritik peraturan pemakaian yang ditetapkan di jabatan kerajaan, dan menegaskan mereka harus lebih memberi perhatian kepada perkhidmatan dan layanan kepada pengunjung daripada perkara seperti itu.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dipercayai merujuk kepada insiden seorang wanita yang diberikan kain sarung di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pakaiannya dianggap tidak mematuhi peraturan baru-baru ini.

Mengesahkan kepada The Malaysian Insider berhubung kenyataannya di status Facebook miliknya, bekas ketua Wanita Umno itu turut menggesa supaya pihak kerajaan menghapuskan peraturan tersebut dengan segera.

"Fokus dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dan melayan masalah mereka. Saya tidak percaya ia merupakan 'polisi atau peraturan kerajaan'.

"Ia semestinya tindakan mereka yang berfikiran sempit di sesetengah jabatan. Kerajaan perlu menghapuskan peraturan sedemikian secepat mungkin dan mengarahkan semua bahagian untuk tidak melampaui batas bidang kuasa dan piagam pelanggan mereka," katanya di Facebook milik beliau.

Rafidah berkata, mereka yang bekerja di bahagian penguatkuasaan tidak sewajarnya memaksa pandangan dan tindakan peribadi mereka terhadap orang lain.

"Kita hidup dengan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Kita mesti belajar untuk menerima kepelbagaian sesama kita.

"Jangan membuat larangan yang tidak berasas dengan mengenakan sesuatu yang bukan urusan anda," katanya.

Beliau juga mengingatkan, terdapat beberapa perkara yang secara umumnya tidak boleh diarahkan terhadap orang lain, seperti perihal agama, kepercayaan dan pentafsiran mereka terhadap sesuatu perkara.

"Ini termasuk juga persepsi anda tentang apa yang 'baik' atau 'betul' atau 'wajar'," katanya.

JPJ mencetuskan kemarahan pengguna media sosial selepas didakwa bertegas agar seorang wanita memakai kain sarung kerana beliau dianggap berpakaian tidak senonoh dengan memakai blaus dan skirt di atas paras lutut.

Menurut Suzanna GL Tan, beliau sedang menunggu untuk mendapatkan nombor giliran ketika disuruh memakai kain sarung itu "jika tidak, mereka tidak akan melayan saya".

"Saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau menangis," kata Tan, yang tidak menyatakan tarikh atau lokasi pejabat JPJ tersebut.

Posting beliau membawa pelbagai kritikan daripada pengguna Facebook.

Bagaimanapun, selepas dihentam teruk, JPJ melalui akaun Twitternya mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada perempuan itu semalam.

Jabatan itu melahirkan rasa kesal atas kejadian tersebut dan berkata ia bukan sebahagian daripada polisi mereka untuk menyediakan pakaian kepada pelanggannya jika pakaian tersebut dianggap tidak sesuai. – 10 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.JACWgPkI.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2015 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri menteri umno mmg bodoh lah!!

Salahkah buat dresscode utk urusan di pejabat?

Perkhidmatan mmg dijaga kualitinya... Tp dresscode pun perlu dijaga...  Kan elok kalau semua bangsa berpakaian sopan dan kemas.... Kita ada adat budaya... Tak perlu nak mengikut singapura dlm semua hal...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 06:16 PM | Show all posts
d'zeck replied at 10-6-2015 03:31 PM
chinese 1 - 0 gomen

hoyeah

patut bagi guni ke nyonya bingai tu. Nak kuangajaq sgt seksi bagai.  Dah lah tua nak.mampus. busuk pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sgt ke setiap kaum untuk berpakaian sopan demi menghormati satu sama lain?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 06:42 PM | Show all posts


Macam ini tak sopan ke? Guru pun pakai macam tu.



mungkin satu hari kena pakai macam ini.

3GP bertudung melambak kat internet, tutup habis ada apa guna?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2015 06:48 PM | Show all posts
v(T.T)v replied at 10-6-2015 06:42 PM
Macam ini tak sopan ke? Guru pun pakai macam tu.

hey forumer tunjuk peace sambil menangis, orang bukannya suh aunty tu pakai tutup selubung macam tu, cuma pakai la seluar yang bersesuaian sikit

takde kaitan dengan agama pon, ko pergi mana2 pon ada dress code
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 07:21 PM | Show all posts
Kalau di syarikat swasta, biasa aje kalau perempuan berpakaian sebegitu. Memandangkan ini jabatan kerajaan yang ramai orang melayu islam, jadi aku faham kenapa peraturan ini wujud. Masa aku bekerja sebelah dengan vendor pun staff mereka pakai skirt atas paras lutut. Masalah adalah dress code berbeza di sektor kerajaan dan swasta. Malah antara syarikat swasta pun mungkin berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
So far kat few mnc yg aku keja mmg ada dresscode. Kalau yg pakai short skirt kita panggil utk tegur & remind x ulang lagik. Btw company2 yg aku keja ni majority chinese & luckily bkn kategori cina bukit @ pprt...
Nak bogel @ pakai spender kat luar lantak hangpa la, tp kat office smart & casual.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:33 PM | Show all posts
baguslah ada dresscode...i salute pd pihak yg tegas pertahankn peraturan...lg senang tgk orang pakai ikut dresscode dari yg pakai semborono mcm hot pants,skirt paras seluar dalam,singlet nampak bulu ketiak,suar katok nampak daki peha,bau kepam...eeeeeee.....peduli apa iols apek pakai singlet n suar katok bawak ribu riban tapi ketiak hangit,mulut bau air liur basi....yucks!!!...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:02 PM | Show all posts
adat budaya kita.. lalala
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahcyber replied at 10-6-2015 03:38 PM
Semua agensi sepatutnya tegas dalam melaksanakan undang2 mengikut garis panduan. Budi bicara hanya d ...

Well said
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:24 PM | Show all posts
kemaruk replied at 10-6-2015 06:48 PM
hey forumer tunjuk peace sambil menangis, orang bukannya suh aunty tu pakai tutup selubung macam t ...

kalau singapura juga larang pakaian macam wanita itu baru kira tak ada unsur agama.  Ini belum buat hudud sudah macam ini.

Saya rasa pakaian wanita tersebut sopan aje, mana mana ofis swasta pun boleh nampak pakaian macam itu, kalau ikut standard JPJ, banyak pakaian formal pun dilarang masuk JPJ.

JPJ adalah penjawat awam yg dapat gaji dr pencarum cukai, tidak patut menyusahkan pencarum cukai.



tapi bagi puak perasan suchi, mungkin mmg menjolok matalah.

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai selipar jamban pun boleh. Kalau dihalau pengawal cepat2 upload kat fb. Well, rakyat dah educated katanya. Rakyat didahulukan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
naik gunung tahu pulsk terpekik terlolong...suruh pakai baju....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 09:07 AM | Show all posts
v(T.T)v replied at 10-6-2015 09:24 PM
kalau singapura juga larang pakaian macam wanita itu baru kira tak ada unsur agama.  Ini belum bua ...

kalo dah nampak lutut
then lagi atas lutut 4, 5 inci
tu maknanya singkat sangat la
skirt tu leng long oii

lu defend sangat itu
ah so apa hat?

lu miya nenek ka siapa
ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 09:33 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 10-6-2015 04:45 PM
apa salahnya berpakaian mcm tu? aku ok je org pakai seksi semua. yg ahso tu pakai mmg stail ahso2  ...

x kata salah pun.......tapi kat tempat yang ada etika berpakaian kena la ikut.....bila kuar je isu ahso pakai kain sarung ni baru la segelintir terketaq2 tgk gambo etika berpakaian.....
dan ade jugak yang x tahu mcm mana berpakaian dgn betul ke tempat2 tertentu...


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 09:49 AM | Show all posts
HANIMUSLIMAH replied at 10-6-2015 03:41 PM
semua jabatan ada , selalunya dipaparkan di pintu masuk.

tapi tak adalah sampai kena pakai kain batik kan???

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 09:57 AM | Show all posts
puteri_impian replied at 10-6-2015 02:59 PM
kalau gitu nape tak haramkan je pakaian yang menjolok mata..... kan dah masalah bila ade org gi pejb ...

Skirt labuh ada, pant ada apsal dia tak pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 10:06 AM | Show all posts
la... dresscode simple camtu pon takleh nak follow. bukan suruh bertudung ke berbaju kurung... pkai sopan skeeeet je.. takkan la ko nak gi berurusan kat kaunter jpj... pkai hot pants ngan singlet... gile apa. takat pkai seluar panjang n t shirt pon ok apa..ah so tu aritu... skirt tu masa berdiri pon dah atas lutut. klau duduk memang sah2 le pangkal peha jawabnye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.324561 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list