|
[Tempatan]
Penampakkan Bapa Mithali & 3 Anak Bonceng Motor Pra & Post Raya#122
[Copy link]
|
|
alhamdulillah selamat pergi n balik....tapi tak eloklah buat mcm ni..bahaya kot...awat tk naik bas jer...lebih selamat buat anak2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
klu tgk gambar awal2 tu dia ikat dgn tuala utk anak kat belakang tu
pastu otw balik penang ada mamat ni tumpangkan anak dia ke penang tp dia tolak sbb dia kata nak bg anak dia rasa pengalaman naik moto.
sbb apa x naik bas...x sure la..minyak naik moto brapa eh.
tol sah2 free..
tiket kl - penang dlm rm50++ sowang
tu p saja...balik x kira lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
budak pun tambangnya memang sama eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Risau juga..jauh gak penang ke salak tinggi..risau budak2 tu trtido atas moto..bahaya... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat lagi, kecik2 dulu, follow motor ni, tup2 tergolek jatuh budak pembonceng belakang, tertido,
nasib jalan kampung, xsibuk, ngeri...
naik motor berangin, xsedar terlelap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik bus tiket dah naik melambung..seorg dah bape nak naik berempat..lgpun bus pun x selamat gak selalu eksiden..agaknye mmg betul2 ssh...x kan la dia nak bahaya kan diri dia n anak kan..dah tu je yg mampu..anak2 lak mesti dah eksited nak beraya kat kg...ni namanya berkorban apa sahaja..jasad atau pun nyawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih je tgk rupa bapak tu dgn tshirt buruknya... Kesusahan masing2 siapa yg tau.. Tp kes brader ni nasib baik ramai yg prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
ada terbaca kat komen FB tu.. anak2 duk dgn ex-wife.. so dia datang dari penang, jemput anak2 balik raya.. lepas raya hantar anak2 balik kat ex-wife di sepang.. make sense jugak sbb brader ni mmg kerja area penang.. duk buat kerja on-call kalau tayar motor pancit seme... demi kasih sayang seorang ayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya....bapak aku dulu bawak akak aku yang sulung (baby lagi masa tu) ujung2 70- awal2 80an balik raya biasa je.......sekarang org dah mampu tak le bapak aku jadi viral...
|
|
|
|
|
|
|
|
lapas ni kong ki fakcai
cina naik sampan balik kg kat China
akan jadi viral pulak
termasuklah depavalii kerling naik basikal balik India
|
|
|
|
|
|
|
|
MsCinderella replied at 23-7-2015 05:13 PM
klu tgk gambar awal2 tu dia ikat dgn tuala utk anak kat belakang tu
pastu otw balik penang ada mama ...
Rasanya sama kot..dulu naik bas tak pasan lak harga utk budak2 sbb budak2 duk 1 seat..baby x kira la..
Skrg x sure la mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 23-7-2015 05:04 PM
betul betul betul! maunya anak yg blakang tu tertdo ke, terlepas pegang.. huhh ngeriiii
Yg blkg tu nmpk dalam gambar dia ikat dengan kain... |
|
|
|
|
|
|
|
Dzeko replied at 23-7-2015 06:14 PM
ada terbaca kat komen FB tu.. anak2 duk dgn ex-wife.. so dia datang dari penang, jemput anak2 balik ...
Ohh dia mng stay penang kan...patut la bc komen byk org penang yg cter pasal dia repair moto kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya.. Allahurabbi... Kasih seorg ayah...Walau xberduit dia usaha juga demi nk beraya bersama... Ada ayah yg lepas cerai xpeduli pon kt anak2.. Alasan hidup susah...yg senang pon ada yg xkisah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasih ayah sepanjang masa
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]
Kuala Lumpur: "Sesiapa sahaja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian."
Begitulah kata Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia antara lima dan tiga tahun menjadi viral di media sosial sejak kira-kira dua minggu lalu.
Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang menaiki Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang.
Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga duda, berkata dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan kira-kira 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah keluarganya di Salak Tinggi, Sepang, ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.
"Awal Ramadan lalu, saya dan anak kedua, Rafique, yang menetap bersama saya di Pulau Pinang, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut Ramadan bersama dua lagi anak bersama ibu bapa saya di sana (Sepang) selepas bercerai dua tahun lalu.
"Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang. Ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50," katanya.
Menurutnya, dalam keadaan terdesak, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segalanya-galanya kepada kuasa Allah SWT untuk melindungi perjalanannya empat beranak.
"Kami bertolak selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 kenderaan berhenti melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu.
“Namun, saya menolaknya dengan baik dengan mengatakan ini semua adalah ujian Allah SWT buat saya.
"Mereka akhirya memberikan duit raya kepada saya dan anak-anak. Alhamdulillah perjalanan kami dipelihara Allah SWT dan kami selamat tiba di Pulau Pinan, kira-kira 10 malam," katanya.
Menurutnya, dia tahu ramai begitu bersimpati sehinggakan ada yang bercadang kumpul duit untuk membeli kereta buat dia sekeluarga.
"Saya bukan tolak rezeki. Tapi, tak perlulah bersusah payah sampai begitu. Bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65742?m=1#sthash.LRcnhkxU.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
16jam naik moto....aku drive kl perlis 12 jam tu dah serik dah..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terjadi apa2 kat dia orang mesti bapanya kena maki hamun.
Tapi apasal polis tak saman dia?
Itu namanya tak fikir keselamatan anak. Aku tak simpati dengan perangai bapanya memberbahayakan anak buat macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak dia selfish. Orang berhenti nak beri tumpang, terima ajelah. Tak kesian ke kat anak2 dia and lagi tentang keselamatan anak2 dia sebab tak pakai topi keledar.
Disepanjang jalan takkanlah tak jumpa polis. Polis patut nya boleh sman dia ni sebab bawa lebih penumpang dan juga pembonceng tak pakai topi keledar.
Kalau dah takda duit, dia beraya ajelah di Sepang. Mak pak dia takkan tak larang dia naik motor berempat tu. Memanglah semuanya berserah kepada Allah tapi Allah beri akal untuk fikir mana yang baik and buruk. Itu nasib baik tak jadi apa2, if kemalangan - sure menyesal seumur hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayu tak terkata
Kuala Lumpur: "Sayu hati saya melihat keadaan mereka. Apatah lagi, melihat tiga anaknya yang terpaksa berhimpit menaiki motosikal.
"Saya nekad menahannya tidak jauh dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam untuk menghulur sedikit bantuan dan menumpangkan anaknya menaiki kereta saya," kata Hazumi Kamaruddin, 32.
Hazumi adalah antara beberapa individu yang kebetulan bertembung dengan Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya bermotosikal bersama tiga anak lelakinya berusia antara lima dan tiga tahun menjadi viral di media sosial, sejak kira-kira dua minggu lalu.
Hazumi berkata, ketika ditemui empat sekeluarga itu dalam perjalanan menghala ke ibu negara dan kesempatan itu diambil untuk memberi bantuan bagi meringankan bebannya.
"Kebetulan pada 22 Julai lalu, saya juga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang dari Perlis dan tidak menyangka terserempak dengan mereka.
"Tapi, sejak gambar keluarga itu viral, saya juga berjanji sekiranya terserempak dengan mereka, saya akan membantu sedaya upaya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Allah," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, Ahmad Reza enggan menerima sebarang bantuan kewangan yang mahu diberikan dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain.
"Saya memberitahunya wang itu sebagai duit raya dan saya ikhlas untuk membantu. Tapi, dia tetap juga menolak. Begitu juga pelawaan saya untuk menumpangkan anaknya.
"Kami sempat bertukar nombor telefon. Selepas pertemuan itu, saya juga ada menghubunginya untuk bertanya khabar. Saya tetap bercadang memberikannya bantuan dalam masa terdekat," katanya.
Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang menaiki Honda EX5 menjadi viral, awal Ramadan lalu, ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 10:35 PM
« »
HAZUMI (kanan) sempat bertembung Ahmad Reza dalam perjalanan menghala ke ibu kota. FOTO ihsan Hazumi Kamaruddin
AHMAD Reza bersama anak-anaknya dalam perjalanan ke Sepang. FOTO Facebook/Abdullah Firdaus Baharuddin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65742#sthash.TkJxcyRY.dpuf
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65762#sthash.LVRR7ieM.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuat betul badan ayah dan anak2nya.. Akak pernah naik motor kena hujan dari Alor Gajah - sg way.. Lepas tu demam seminggu x boleh bangun.
Zaman sekarang ni payah dah jumpa ramai2 naik motor dalam jarak jauh. Kebanyakan orang dah berkereta.
Syukur tak jadi apa2 perkara buruk pd keluarga ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|