CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ResellerMaxis

[Tempatan] Utusan berpaling tadah

[Copy link]
Post time 11-8-2015 06:38 PM | Show all posts
Kawan lama aku ni ...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-8-2015 06:46 PM | Show all posts
RM2.6 billion masuk personal account Presiden & Timbalan Presiden UMNO & BN merangkap Pengarah Pilihanraya Parti tu tak tau hal pun pasal duit tu (yang komander2 bawah2 tu jgn cerita la)... pastu bagi reason duit untuk kegunaan Parti... besor sangat lobang tu.. spin ikut mana pun tak boleh lekat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 06:48 PM | Show all posts
rikiruj replied at 11-8-2015 06:46 PM
RM2.6 billion masuk personal account Presiden & Timbalan Presiden UMNO & BN merangkap Pengarah Pilih ...

Sbb tu najib tukar muhyidin.... tak pandai kautim
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 06:57 PM | Show all posts
ni mesti last artikel beliau. lepas ni terus kena transfer
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 07:29 PM | Show all posts
..agenda halus anasir luar umenom lahnat nak memesongkan acik2 Pelda pprt...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 11:19 PM | Show all posts
tidak mempunyai kecerdikan yg tinggi.. er maknanya bodoh la kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2015 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni transfer ke majalah mangga
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baki 2 billion patah balik masuk Singapore.

Sekarang itu akaun sudah kena block sama lee hsien loong.

Singapore boleh main ketuk ketuk kepala sama jibby mintak mcm mcm.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-8-2015 12:09 PM | Show all posts
bit replied at 15-8-2015 12:07 PM
Baki 2 billion patah balik masuk Singapore.

Sekarang itu akaun sudah kena block sama lee hsien lo ...

berita ni ghaib je dlm otosan dan tb3...ramai ahli2 ameno x tau perkara ni...
kata ni dana ameno...puih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:10 PM | Show all posts
kalo nak cari macai2... taip kat search CARI : 'puting saiful '  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:13 PM | Show all posts
otosan tgh cari jeti baru ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg benar?
Utusan??

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 03:53 PM | Show all posts
Kebangkitan wartawan tentang Najib dari dalam Utusan – Zainuddin Maidin

Walaupun dalam keadaan tertekan, tetapi wartawan-wartawan yang percaya kepada kebenaran, menilai harga diri dan prinsip, tetap bangun untuk bersuara berani tanpa mengambil kira bahaya kepada masa depannya.

Demikianlah sejarah berulang di Utusan Melayu yang menyimpan identiti kukuh sebagai akhbar perjuangan seperti yang disebutkan William R. Roff dalam bukunya (Nasionalisme Melayu terjemahan ke Bahasa Melayu Ahmad Boestamam).

Utusan sekarang sedang berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan perdana menteri, Datuk Seri Najib, tetapi dalam pada itu, ketua Pengarangnya yang bijaksana, tidak dapat menahan kebangkitan dari dalam akhbar itu yang mendedahkan perasaan sebenar di sebalik sokongan yang diperbesarkan.

Mereka mestilah bersedia untuk menanggung akibatnya.

Pekara yang sama berlaku dalam era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melihat kebangkitan wartawan-wartawan berani yang sanggup berkorban.

Di era Pak Lah, pemimpin-pemimpin Umno takut untuk dilihat bersama dengan Dr Mahathir yang tidak mahu Pak Lah, tetapi sekeping gambar yang tersiar di Utusan Malaysia yang menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama Dr Mahathir di rumah setiausaha Kerja Umno, Raof memecahkan ketakutan ini.

Ini adalah sejarah berulang Utusan Melayu yang hanya silih berganti, pelakunya dari sejak lebih 50 tahun lalu.

Terbaru Utusan menggunakan gambar pertemuan mesra bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin dengan timbalan perdana menteri baru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Johor yang menyebabkan beberapa bahagian Umno menarik balik rancangan mereka untuk membatalkan jemputan kepada Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing.

Di bidang kewartawanan, pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein menggemparkan kalangan penyokong Najib di ruangan tetapnya di Mingguan Malaysia dengan menolak wang RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun Najib sebagai wang Umno.

Beliau berpendapat wang itu merupakan simpanan peribadi dengan alasan, sekiranya kepunyaan Umno tentulah di ketahui lain-lain pemimpin penting Umno dan tidak hanya Najib seorang.

Kata Ku Seman "bila didedahkan sebagai wang Umno, maka orang Umno memikul biawak hidup."

Apakah akibat kepada Ku Seman dari tulisannya yang dibantah keras panglima-panglima barisan hadapan tentera penyerang Najib, di antaranya ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi dan menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Mereka dan laskar-laskar lain dari Jabatan Perdana Menteri tentulah menalefon ketua Pengarang Utusan Malaysia berkali-kali.

Setakat ini belum diketahui lagi nasib Ku Seman, namun heboh mengatakan beliau dipecat tetapi sumber saya mengatakan tidak.

Kebangkitan dari dalam ini juga disertai beberapa orang anggota kanan Jabatan Pengarang Utusan Melayu lainnya dan ramai lagi yang sedang memendam rasa pastinya akan turut bersuara sama ada dari dalam atau dari  luar.

Setakat ini yang bersuara secara sinis, ialah penulis Kolum Cuit Cuit yang terkenal, Datuk Zaini Hassan yang juga ketua kepada persatuan bekas-bekas pelajar UiTM yang mempunyai ribuan anggota. Seorang lagi pengarang Kanan yang juga kolumnis terkemuka Utusan Zulkfili Bakar.

Di bawah ini adalah petikan dari Blog Ku Seman Ku Hussein www.kayangdailypost.blogspot.com.

Tersiar di Utusan Malaysia, dua orang kuat perdana menteri Najib, ketua Pengarah Jasa, Puad dan menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh "menjawab" tulisan saya dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai derma RM2.6 bilion.

Bagaimanapun kedua-dua panglima ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion itu bukan milik Umno, hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin tidak tahu tentang kewujudan derma itu.

Jadi, secara logiknya apabila orang penting Umno tidak tahu  mereka tidak layak mengaku derma yang banyak itu milik mereka melainkan mereka bersedia memikul biawak hidup. Sekarang Umno memikul liabiliti Najib yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli Umno kepada Umno.

Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah. Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?

Kedua-dua panglima ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu. Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca pengampu-pengampu Umno sahaja. Cuba cari dalam tulisan saya  adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.

Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma.

Untuk pengetahuan Fuad, saya sangat faham, dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan. Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.

Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik Umno, sudah tentu Umno tahu sejak awal lagi. Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan Umno dilihat terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.

Mereka berdua juga tidak menjawab pertanyaan saya, kenapa sebaik sahaja selepas The Wall Street Journal mendedahkan ada transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, ada pemimpin Umno berkata itu dana politik? Kenapa masing-masing diam termasuk Puad dan Salleh yang sekarang beriya-iya spin rakyat itu dana politik? Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik.

Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak menteri besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.

Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Fuad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak Umno yang disihirkan supaya menjadi tukang angguk. Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul.

Saya mencabar sama ada Salleh (menteri RTM)  atau Puad supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan Umno ini. Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus  supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib. Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad. – zamkata.blogspot.com, 15 Ogos, 2015.

* Penulis merupakan bekas menteri Penerangan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:01 AM | Show all posts
Kebangkitan wartawan tentang Najib dari dalam Utusan – Zainuddin Maidin

Published: 15 August 2015 8:48 AM

Post time 16-8-2015 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Peminat akhbar utusan meloya di mana?

Mesti menghoyan sambil baca akhbar pojaan di ceruk kampung dan gerai2,..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Minggu ni xde pulak tulisan Ku seman tu
Kena gantung tugas ker?
Ke meols trlepas pandang???
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-8-2015 11:37 AM | Show all posts
Komen ku seman yang ni, memang bunyinya  tipikal MACAI macam
AN, d'zek, apom, dll. Like Panglima like macai...........kaki spin:

Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah. Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?

Kedua-dua panglima ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu. Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca pengampu-pengampu Umno sahaja.
***********
KIHKIHKIH: Apakah Puad or Saleh kruk ni Macai AN, d'zek, apom,
bangkem adalah foromer MACAI dalam CARI ni................????
Respon mereka kepada posting-posting kita kat CI ni sumenya, sama :

SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah.
Kenapa mereka menjawab suatu yang KITA tidak mempersoalkan?

Last edited by NAT_11 on 16-8-2015 12:05 PM

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.202138 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list