|
[Jenayah]
Nenek Maut Disembelih Cucu Di Kuala Terengganu.#40 Abam Rosdi Buat Comeback!
[Copy link]
|
|
Makin mental dan teruk jenayah orang ganu.....balik kg mertua....mertua duk citer anak jiran sebelah duk kena kejar dgn poils sbb masalah dadah dan merampok.....elokla satu perangai dgn warga asing yg buat jenayah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat felda banyak taik dadah... |
|
|
|
|
|
|
|
dok minum air ketum
tu yg kepala hotak mantul |
|
|
|
|
|
|
|
....................dont tell me .... ganu kiter lagi .... |
|
|
|
|
|
|
|
ada suara2 halus membisik ke telinga lah tuh....ishhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
bahayanya bila dah jadi taik dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pasal dadah kat mana2 tempat xlari dari kes mangih dadah..tapi selalu yg jadi kes kes berat mcm ni mesti di sebelah pantai timur..Persoalannya apa tindakan kerajaan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
gitu..dari 1 tered ke tered lain menjaja kisah ganu..anti betul sis dgn ganu
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 8-9-2015 10:49 AM
gitu..dari 1 tered ke tered lain menjaja kisah ganu..anti betul sis dgn ganu
Hihi...miss u dik kentel....
Bukan semua orang ganu buat jenayah...yg kita sebut orang2 yang terlibat dengan jenayah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
bela lagi manusia berhatikan setan |
|
|
|
|
|
|
|
tp memang nowadays berita jenayah mostly banyak dari pantai timur...hard to acccept, tp tu facts la sis...
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam paper BH kata dia mengaku hisap dadah tapi bila buat ujian katanya negatif..
entahlah mana yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
haish la.. sanggup tu bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Endon menunjukkan lokasi kejadian Halimah mati ditetak di Kampung Surau Haji Daud, Chendering, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak tahan mendengar leteran nenek yang memintanya mengutip buah duku, seorang cucu bertindak menetak sampai mati warga emas itu dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud, Chendering di sini semalam.
Mayat Halimah Taib (gambar kecil), 78, ditemui pada pukul 9.30 pagi dalam keadaan terbaring berlumuran darah akibat tiga kesan tetakan di laman rumahnya.
Sebelum kejadian, jiran mangsa, Endon Awang, 51, berkata, mangsa dikatakan berada di laman rumahnya dan sempat memanggil penjual sayur yang menaiki kereta untuk membeli sotong.
“Selepas penjual sayur itu memberitahu sotong tidak ada, mangsa hanya diam sebelum saya yang sedang memilih ikan terkejut mendengar jeritan mangsa,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Endon memberitahu, dia yang menoleh ke arah mangsa terkejut melihat warga emas berkenaan sudah terbaring manakala seorang lelaki iaitu cucu mangsa berada di belakangnya.
Menurut wanita itu, dia yang takut melihat keadaan mangsa dan cucunya terus lari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.
“Saya, suami dan jiran kemudian pergi semula ke rumah mangsa dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.
“Cucu mangsa ketika itu masih berada di situ dan berkata: ‘Ambo minta maaf. Ambo yang bunuh’, sebelum dia melarikan diri dengan menaiki motosikal,” kata Endon sambil memberitahu dia tidak begitu mengenali cucu mangsa.
Sementara itu , menantu mangsa, Raziah Sulong, 48, berkata, ibu mertuanya tinggal di rumah itu bersama suspek sejak seminggu lalu.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3l7gdyYcT
|
|
|
|
|
|
|
|
diharapkan famili ni tebang pokok duku tu supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh nenek tidak tahan dengar leteran berpanjangan
08 September 2015 1:12 AM
KUALA TERENGGANU 7 Sept. – Atas alasan tidak tahan mendengar leteran berpanjangan, seorang pemuda menetak neneknya dengan parang sehingga maut dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud dekat Cendering di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Halimah Taib, 78, sedang berehat di atas wakaf di halaman rumah sambil menunggu ketibaan peraih untuk membeli barangan basah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian leher setelah terkena tiga tetakan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis bersama unit forensik dikejarkan kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
“Suspek berusia 33 tahun itu diberkas kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan kebingungan.
“Dengan bantuan suspek, kita berjaya mengesan parang yang digunakan untuk menetak neneknya yang dilemparkan ke dalam semak kira-kira 30 meter dari lokasi dia ditangkap.
“Difahamkan, suspek sempat membasuh tangan dan parang di masjid berhampiran, sebelum membuang senjata itu ke dalam semak,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Wan Abdul Aziz berkata, suspek akan direman bermula esok dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau memberitahu, suspek berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman baru seminggu bersama neneknya yang tinggal bersendirian untuk mengutip buah duku sebelum dijual.
“Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah. Bagaimanapun, ketika kejadian, suspek didapati berada dalam keadaan normal (sedar),” ujar beliau.
Tambah Wan Abdul Aziz, setakat ini, suspek juga dikesan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.51VgmZNd.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by GhostWalking at 8-9-2015 06:27 AM
Suspek bunuh nenek direman 21
2 0 Google +1
Oleh Helmy Abd Rahman
Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek kes bunuh nenek berusia 78 tahun di Kampung Surau Haji Daud, Cendering, Kuala Terengganu, semalam.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salim pada 10 pagi tadi.
Dalam kejadian semalam, Halimah Taib, 78, maut selepas ditetak cucunya yang berusia 33 tahun dan ditemui dalam keadaan terbaring oleh jirannya kira-kira 9.30 pagi.
Suspek dikatakan beredar meninggalkan tempat kejadian sambil membawa parang yang dipercayai digunakan untuk menetak warga emas itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan mendapat perintah reman terhadap suspek yang kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu sehingga 14 September ini.
Berita berkaitan:
Maut ditetak cucu: http://hmtro.com/1g4Ikin
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 1:24 PM
« »
SUSPEK (baju oren) dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman. FOTO Syahirah Abdullah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76089#sthash.a23mSM7N.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
| |
|