Edited by anyclassything at 29-2-2016 08:49 AM
Sambung lagi..
Okaylah.. After proses berkias-kias selama beberapa hari, tibalah hari yg intention sebenar aku nampak. Aku yg nampak, tapi Dee tak nampak!! Satu hari, aku baru balik dari kelas.Then Dee ada dalam bilik. Dia pun ajak aku masuk bilik dia, dia tutup kunci pintu, then start cerita.
Dee : Axx, sepatutnya S nak operate harini..
Aku : Lepas tu? Dah ke?
Dee: Tetibe Doctor cakap kena tambah cost around 1.5k lagi.. Sebab tetibe ada komplikasi lain apa entah.. So Doctor cakap urgent sebab condition S makin teruk.
Aku : Oh (Sini dah dapat agak mesti ada scene duit2 ni)
Dee : Kau tahu kan, S gaduh dengan family dia.. So skrg operation ni semua dia tanggung sendiri, even family dia tak tahu pasal ni. Adik lelaki dia sorang je tahu pasal ni. Masalah sekarang tak cukup duit RM500, aku pun takde duit nak tolong dia.. Erm.. Boleh pinjam duit kau dulu tak?
Ha!! Dah boleh agak kan plot nya!! Bodoh piang pompuan ni, apasal la dia ni cousin aku ya ampun.. Tapi aku rileks jelagi.. Play it cool
“Sorrylah Dee, kau pun tau aku kan. Aku bukan dapat scholarship JPA almost 5K setiap sem macam kau, aku every month baru dapat duit buat part time.. And macam biasa mmg takkan ada la RM500 as astudent ni..” – Eh hello, even aku ada pun aku takkan ambik risiko bagi kat Shitty.Dah la mmg aku dapat agak drama jantan ni.
Pastu Dee dah macam cacing kepanasan.Resah tak dapat nak tolong Shitty, takut Shitty mati hari tu jugak kot. Shitty pulak makin hari makin mendesak, sakit dia makin hari makin kronik seolah2 nak mati malam tu jugak. Paling bangang hantar text tengah malam pukul 3 pagi kat Dee, “ Awak... Sakit dada.” “Awak saya pengsan tadi” “sorry tadi saya tetibe terpengsan kat dapur then bangun sendiri.” 
Aku rasa nak muntah kalau ingat balik cite ni. Aku tanya banyak kali, betul ke dia sakit ni? Kau percaya ke?
Macam biasa jawapan Dee : Tak tahu.. Aku takut dia mati.. Aku sedih sangat2.. Sesak nafas aku fikir S sakit macam ni.. Akutak lalu makan pikir pasal S.. Dah 7 tahun kitorang kawan..
Susah hati habislah sepupu aku ni dek kerana jantan yang nazak tempoh hayat tak lama dah ni. Kubur memanggil dah ni.
|