Fizo Omar Akui Ada Pelanggan Yang Dibayar Namun Bukan Oleh Mereka
Oleh RTKY Staff pada 17 April 2016, 10:04AM
Demi membersihkan nama dan juga reputasi perniagaan tudung Fareeda, Fizo Omar dalam masa yang sama menjelaskan bahawa sebenarnya memang terdapat pelanggan yang dibayar sehingga menyebabkan ramai di antara mereka beratur di depan butik. Bagaimanapun mereka bukanlah dibayar oleh pihak Fareeda namun dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung tersebut. Fizo menjelaskan perkara tersebut kepada Kosmo! Onlinedengan niat untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan bahawa mereka mengupah orang ramai untuk beratur. “Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai” “Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran. Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran,” katanya. Tidak menyangka bahawa video yang dikongsikannya mendapat reaksi tidak puas hati ramai pihak, Fizo turut menafikan perkongsian tersebut adalah di atas dasar riak kerana produk tudung tersebut laku keras. (rtky/s) -----
cuba baca kat ataih.....
die just mengaku bkn die upah..... so why org2 kat luar sana still anggap fareda ni produk standard tinggi.....
bingai sgt kan memasing |