CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 1-12-2016 10:14 PM | Show all posts
WawaRaRa replied at 25-11-2016 11:09 AM
lagu ni aku x tau asalnya lg org puteh... yg aku igt lagu ni klu versi melayu geng2 aku nyanyi dul ...

macam sama je dgn lirik yang ni

air terjun tinggi awan
tempat khemah pengakap
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya aminah

tido malam
mimpi mimpi
aminah datang kerumah
tapi sayang
tapi sayang
aminah pergi dahulu (mati)


p/s:elok nak SR terus tereply sini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2016 10:50 PM | Show all posts
Cuppy replied at 30-11-2016 10:25 AM
Pernah baca pasal ni. Mary dgn Barbara ni ade family r/ship ke? Kesian dorang...

tak pulak dinyatakan. ada sesetengah artikel kata kedua2nya kongsi tarikh bday sama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-12-2016 10:50 PM
tak pulak dinyatakan. ada sesetengah artikel kata kedua2nya kongsi tarikh bday sama.


Aah. Ada2. I pob ade bace gak, birthday dorang same.

Dlm byk2 misteri dlm thread ni, kisah mary dgn barbara ni yg i byk bace. Thanks tt sebab bring it up.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2016 11:37 PM | Show all posts
Cuppy replied at 1-12-2016 11:10 PM
Aah. Ada2. I pob ade bace gak, birthday dorang same.

Dlm byk2 misteri dlm thread ni, kisah m ...

Terima kasih utk cuppy gak sbb sudi join thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
leenaz replied at 1-12-2016 10:14 PM
macam sama je dgn lirik yang ni

air terjun tinggi awan

Ni pulak version yg i tau...

Air terjun tepi kolam
Tempat budak bermain
Tempat tinggal tukang kebun dan anaknya rohani...

Sungguh cantik rupa ani
Hidung mancung seludang
Betis bagai bunting padi
Sungguh cantik dipandang...

Tidur malam mimpi-mimpi
Ani datang ke rumah
Tapi sayang sudah pergi
Hati ani berubah....


Tak tau lak lagu ni ada bnyk version.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 08:35 AM | Show all posts
leenaz replied at 1-12-2016 10:14 PM
macam sama je dgn lirik yang ni

air terjun tinggi awan

a'ah lebih kurang... tp mmg ada lagu pengangkap cam ni... biasa budak2 terlebih creative... diubah sana sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2016 09:03 AM | Show all posts
copy cat murderer nih.. iols speku pembunuh ni sgt berminat dgn local history tmpt ni.. living double life dan merasakan dirinya lebih bijak drpd org lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2016 02:19 AM | Show all posts
KISAH DORIS BITHER DAN TIGA ENTITI JAHAT


Melalui pertemuan yg berlaku secara kebetulan di sebuah kedai buku di California pd thn 1974, salah satu kes paranormal paling menakutkan dlm sejarah Amerika Syarikat bakal didedahkan. Kes tersebut juga adalah inspirasi utk filem ‘The Entity’ – berkisarkan seorg wanita bernama Doris Bither dan 4 org anaknya. Bither-lah wanita yg berada di kedai buku itu dan dia terdengar perbualan antara dua org lelaki membincangkan sebuah rumah berhantu. Bither lantas mendekati mereka dan memberitahu rumahnya juga mengalami benda yg sama. Tanpa pengetahuan Doris Bither waktu itu, salah seorg lelaki tersebut adalah Kerry Gaynor, seorg pengkaji paranormal dan rakan sekerja Dr. Barry Taff di UCLA.

Doris Bither berpindah ke California bersama keluarga ketika berusia 10 thn. Sedikit saja maklumat yg diketahui mengenai zaman kanak2nya, namun pd masa dia berjumpa dgn para penyiasat pd thn 1974, kehidupannya sgt susah. Bither merupakan ibu tunggal berumur 30an, mempunyai 4 org anak – seorg perempuan dan 3 anak lelaki – hasil hubungan dgn empat org lelaki berbeza. Wanita itu juga seorg kaki botol dan mengalami masalah emosi yg serius. Bither dikatakan telah beberapa kali menjalin hubungan dan setiap kali itulah dia didera secara fizikal oleh pasangan2nya. Kini Doris dan anak2 dilaporkan sering diserang oleh tiga entiti ganas pula. Pada mulanya Dr. Taff dan rakan2nya agak berhati2 dan skeptikal dgn pernyataan yg diberikan oleh Doris memandangkan dia seorg yg ketagih alkohol dan dikhabarkan pernah mendera anak2nya. Walau bagaimanapun, setelah mempertimbangkan semua faktor, Dr Taff akhirnya bersetuju utk melawat rumah keluarga Bither utk memeriksa situasi tersebut dgn lebih lanjut.



Dr Taff dan Gaynor tiba di rumah Bither di alamat 11547 Braddock Drive pd 22 Ogos, 1974. Dari luar, rumah itu kelihatan normal tetapi dalamannya mempamerkan perkara yg berbeza. Sebaik saja Dr Taff masuk, dia disambut dgn keadaan rumah yg huru hara dan tidak teratur. Rumah Bither dipenuhi dgn bau busuk, pinggan mangkuk kotor bersusun tinggi di dlm sinki – pendek kata, di mana2 ada saja kekotoran dan benda bersepah. Ternyata Doris tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya sbg ibu dan membiarkan anak2nya begitu saja. Oleh kerana Doris sendiri yg meminta pertolongan, Dr Taff berasa pelik apabila wanita itu tiba2 enggan memberikan kerjasama. Tanpa bantuannya, penyiasatan itu tidak dpt dijalankan. Setelah beberapa lama Bither mengubah perangainya dan dia menelefon pejabat Dr Taff memberitahu situasi di rumahnya semakin buruk serta mereka memerlukan bantuan pengkaji itu secepat yg boleh.

Dalam masa beberapa bulan, para penyiasat cuba mengkaji dan mencari bukti cerita Doris dan keluarganya. Mereka percaya terdapat empat penampakan di rumah itu yg bertanggungjawab atas beberapa kejadian paranormal. Salah satu drpd ‘mereka’ adalah yg dilihat hampir setiap hari oleh keluarga tersebut, ia kelihatan spt org tua dan tidak berbahaya. Hantu org tua itu sudah biasa dilihat, maka anak2 Doris memanggilnya sbg ‘Mr Who’s It’. Menurut Doris, ‘Mr Who’s It’ adalah roh datuk anak2nya yg baru meninggal dunia. Malangnya ia satu2nya hantu yg mesra dan baik hati di rumah itu, manakala selebihnya lg amat menggerunkan keluarga Bither.

Kebanyakan kejadian2 paranormal dilaporkan sbg tidak merbahaya dan menggugat hingga menimbulkan kacau bilau, rumah Bither pula jauh berbeza. Periuk dan pan terapung2 dgn sendiri, bunyi dan bauan aneh serta objek dilemparkan oleh sesuatu yg tidak dpt dilihat. Aspek yg paling membingungkan dlm kes Doris Bither adalah itu semua bukan aktiviti poltergeist yg biasa – semakin lama semua org sedar bahawa ada sesuatu yg sgt jahat sedang berlegar2 di rumah itu, dan jelas sekali ia gemar menyerang keluarga tersebut secara fizikal.

Dikatakan terdapat tiga entiti jahat di dlm rumah Bither, yg bertindak agresif ke atas semua ahli keluarga itu. Namun, Doris adalah sasaran utama – wanita tersebut menerima serangan2 paling dahsyat. Anak2 Bither selalunya ditolak, digigit, dicakar oleh sesuatu  dan kadang2 dihumban, manakala Doris mendakwa entiti yg paling besar akan memperkosanya sementara dua lagi entiti menahan pergerakannya. Para penyiasat agak sukar mempercayai kisahnya itu kerana tiada saksi. Walaupun tiada siapa yg pernah menyaksikan rupa entiti2 itu, beberapa org saksi pula mengesahkan yg mereka pernah melihat Doris diserang oleh satu kuasa ghaib – Wanita itu ditumbuk dan ditampar, ditolak ke dinding, dan pelakunya tidak kelihatan. Doris juga mempunyai kecederaan sama dgn apa yg dialami oleh mangsa rogol.

Masih lg dlm penyiasatan, Dr Taff menjemput satu kumpulan penyiasat paranormal termasuk jurugambar professional dan operator kamera utk datang ke rumah Bither dan merakamkan bukti utk kes itu. Kumpulan khas itu berkumpul di bilik tidur Doris dan menunggu apa saja kejadian aneh yg akan terjadi. Setelah beberapa jam dan tiada satu pun perkara menarik yg berlaku, Dr Taff mencadangkan agar Doris memaki entiti2 ghaib itu agar ‘mereka’ tercabar dan seterusnya bertindak balas. Kemudian semua tetamu yg ada di situ tertumpu pd kabus kehijau2an yg mula membentuk sesuatu – tidak lama selepas itu, satu susuk lembaga kelihatan drpd kabus misteri tersebut, semakin lama semakin ketara rupa bentuknya. Ia digambarkan menyerupai torso yakni bahagian atas tubuh manusia tp bersaiz besar dan berotot. Namun torso itu tidak mempunyai tangan dan kaki. Salah seorg penyiasat jatuh pengsan sebaik saja melihat entiti tersebut.

Seperti biasa, apabila hasil gambar diperiksa semula kesemuanya gagal merakam aktiviti paranormal itu. Hanya satu saja gambar yg menarik perhatian – Doris sedang duduk di katilnya dan terdapat satu lengkungan cahaya pelik di atas kepalanya. Setelah diperiksa dgn teliti cahaya itu tidak berpunca drpd mana2 lampu bilik wanita itu, dan jelas sekali ia betul2 berada di atas Doris, bukannya dipantul pd dinding kerana lengkungan itu tidak selari dgn sudut bilik.





Di sebalik masalah yg datang bertimpa2, Doris Bither terus berjuang melawan demon-nya, dari segi mental dan paranormal. Tiada maklumat yg diketahui sama ada dia pernah menerima rawatan utk masalah alkohol atau masalah tekanan perasaannya, Selepas siasatan paranormal, Doris berpindah bersama anak2 ke Texas sebelum kembali semula ke California. Dia juga masih mengalami serangan seksual ghaib tidak kira di mana saja wanita itu pergi, dan pernah sekali Doris mendakwa yg dia hamil akibat perbuatan entiti itu, namun ia dibuktikan sbg palsu. Menurut Brian Harris, anak Doris yg berusia 13 thn  pd 1974, ibunya meninggal dunia pd thn 1995 akibat sakit jantung.
WIKIPEDIA

Sumber 1/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 10:06 AM | Show all posts
mungkin rumah yang dihuni Doris itu ada sejarah entiti
dan entiti tu dah sebati dengan aktiviti ganas macam tu
then, mana pun Doris pergi, entiti tu tetap ikut
sebab Doris tak ada usaha nak buang melainkan panggil pengkaji paranormal

menakutkan bila entiti tu 'merogol'..
mungkinkah ex boyfriends Doris mempunyai ilmu sihir??



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 01:44 PM | Show all posts
Jin-jin jahat semua tu

kerja nk merogol org jer, alam jin dh kurnag ke jin pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 02:37 PM | Show all posts
hurmmm...menarik...mcm citer poltergeist
bab di rogol tu creepy sih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 11:22 AM | Show all posts
no wonder eak.. cerita hantu mat saleh semuanya jenis macam tu. rupanya memang hantu kat sana menjelma2 dgn buat keganasan fzikal.. berbanding kat sini lebih pada dalaman/rohani
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganas poltergeist yg ganggu Doris tu..ksian yer
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 28-11-2016 12:31 AM
Cool. Thank you Belligerent.

ai jumpa bideo nih, tak tahulah kalo ia makhluk yg sama.
...

Ada lagi obvious nampak budak baju merah tengah berjalan belakang hikers. I tak pandai copy the picture..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Belligerent replied at 27-11-2016 01:02 PM
Kisah tu berkenaan dengan hantu "Mosien" / "Mo-xin" / "Mo-xin-a". Sebab ada filem pasal hantu ni - ...

Yes yes!! Dia lah ni  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2016 01:08 AM | Show all posts
Kisah Pembunuhan Dalam Bilik Berkunci




Pembunuhan tukang dobi dari New York, Isidor Fink adalah salah satu kes terkenal yg tidak dpt diselesaikan sepanjang zaman.

Bagi peminat2 kisah jenayah, penyiasat sambilan dan penulis fiksyen, ia adalah sebuah cerita misteri ‘bilik berkunci’ yg klasik, di mana agak mustahil utk menentukan bagaimana dan kenapa jenayah itu dilakukan.

Sedikit latar belakang mengenai mangsa dlm jenayah yg membingungkan ini; Isidor Fink adalah seorg pendatang dari Poland berusia 30 thn. Setibanya di New York, dgn wang simpanannya dia mengusahakan perniagaan dobi di Fifth Avenue pd awal abad ke-20.



Kejiranan Fifth Avenue, New York pd awal abad ke-20

Pd pkl 10.15 mlm, 9hb Mac 1929, Fink baru saja balik ke kuarters yg bersebelahan kedainya setelah bekerja hingga lewat waktu. Dlm masa 15 minit kemudian, seorg jiran bernama Pn. Locklin Smith terdengar satu pergelutan dari kediaman lelaki itu. Bimbang dgn apa yg berlaku, wanita tersebut dgn segera mendapatkan pegawai polis yg sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran. Apabila sampai di kuarters Fink, pegawai polis tersebut mendapati semua pintu dikunci dari dalam, dan tingkap ditutup rapat dgn paku, juga dr dalam. Sekiranya tingkap2 itu dipecah sekalipun, masih terlalu kecil dan sempit utk seorg dewasa membolosinya.

Namun, satu tingkap kecil di atas pintu sedikit terbuka – maka si pegawai polis mengarahkan seorg budak lelaki yg bertubuh kurus dan sgt kecil memanjat masuk melalui tingkap itu, dan seterusnya membuka pintu tersebut dr dalam.

Sebaik saja pintu dibuka, mereka menemui mayat Isidor Fink, ditembak sekali pd pergelangan tangan kiri dan dua kali pd dadanya.

Ada yg berpendapat, kesan tembakan pd pergelangan tangan menunjukkan lelaki itu telah membunuh diri. Namun yg menjadi persoalan; Di mana pistol itu?

Ketika hayatnya, Fink adalah seorg lelaki yg sentiasa bimbang akan keselamatannya – lebih2 lagi dia tinggal dan bekerja di salah sebuah kawasan kejiranan paling merbahaya di New York. Dia sangat takut seandainya perompak menyasarkan diri atau kuarters tempat tinggalnya. Pintu dan tingkap2nya sentiasa berkunci, dan Fink tidak pernah membenarkan org2 yg tidak dikenali masuk ke rumah atau kedai. Menurut pemilik premis Max Schwartz, Isidor Fink merupakan seorg penyewa yg boleh dipercayai, tidak pernah menimbulkan masalah, tiada musuh dan tidak pernah berpoya2 dgn wanita. Ini menyebabkan para detektif kebingungan.

Tambah misteri lg apabila tiada tanda2 rompakan. Dikatakan ketika mayatnya ditemui, Fink masih mempunyai wang di dalam poketnya, dan wang hasil perniagaan yg disimpan di dlm laci juga tidak terusik. Selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan, pihak polis gagal menemui sebarang senjata atau kelonsong peluru. Kuarters itu seolah2 dlm keadaan normal, seandainya si pembunuh mencari sesuatu yg penting ia pasti dlm keadaan berselerak dan tunggang langgang. Lagi mengelirukan, kesemua kesan cap jari adalah milik Isidor Fink.
Adalah satu kebiasaan di New York waktu itu, gangster dan mafia mengutip wang perlindungan drpd perniagaan kecil2an. Namun polis tidak dpt menemui sebarang bukti yg menunjukkan Fink pernah diperas ugut. Tiada juga saksi yg tampil utk memberitahu mereka pernah melihat Fink didekati oleh mana2 gangster.

Apa yg pasti pihak detektif sedang menyiasat satu kes jenayah tanpa motif. Dan yg paling dahsyat; ia dilakukan dlm keadaan yg sgt mustahil.

Tiada senjata; maka teori bunuh diri diketepikan. Sisa serbuk senjata api pd kecederaan tangan Fink menunjukkan dia telah ditembak dlm jarak dekat, tetapi pintu dan tingkap tertutup rapat dan terkunci. Malah selepas polis memeriksa semula kuarters itu, mereka gagal menemui sebarang laluan yg tersembunyi pd dinding, ataupun pintu rahsia.

Kes tersebut telah mengecewakan ramai penyiasat dan pegawai polis – bukan saja sukar mendapatkan motif, malah mustahil utk menangkap suspek yg bertanggungjawab. Pendek kata ia adalah satu jenayah yg sempurna.



Komisioner Polis New York pada masa itu, Edward Mulrooney mengakui kes pembunuhan Fink tidak akan dpt diselesaikan. Setakat ini pernyataannya itu masih lg terbukti benar.


Antara teori2 penyiasat;

  • Fink ditembak oleh seseorg yg bertubuh kecil dan mampu melenturkan badannya. Pembunuh itu mungkin keluar masuk melalui tingkap kecil di atas pintu itu.
  • Dia ditembak ketika di luar, melarikan diri masuk ke rumahnya, sempat kuncikan pintu dan akhirnya mati.
  • Pembunuh itu adalah seseorg yg dikenali oleh Fink. Tetapi yg tidak dpt dijelaskan adalah bagaimana dia berjaya melarikan diri dlm tempoh yg singkat, tanpa bertembung dgn Pn Locklin Smith dan pegawai polis rondaan itu?



Wikipedia

Sumber 1/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2016 01:22 AM | Show all posts
fairy_fairy replied at 9-12-2016 08:25 AM
Ada lagi obvious nampak budak baju merah tengah berjalan belakang hikers. I tak pandai copy the pi ...

yg nih ke?



ambik dr website yg review filem the tag-along
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 06:57 AM | Show all posts

Tak. This one dari movie. The original picture budak tu rambut pendek and pakai track bottom.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuh keluar ikut siling ke? Atau menyorok memana dulu dlm rumah...bila pintu dah buia oeh polis..baru dia selinap keluar.

Teori dia ditembak di luar..kemudin maaui dlm rumah dan kunci tu..boleh terima...tapi xkan xtahu kene tembak mcm tu baik g minta tlg nk ke hospital je....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 09:56 AM | Show all posts
kes yang ni rasanya, pembunuh tu (kalau bukan mangsa sendiri yang bunuh diri seperti salah satu andaian polis) mungkin dah tahu selok belok rumah tu. Mungkin juga pembunuh ada jalan rahsia yang boleh keluar masuk rumah tu tanpa mangsa sendiri tahu, macam basement yang boleh tembus keluar.Haha..imaginasi aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.320280 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list