CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 5-9-2006 11:04 AM | Show all posts
6 askar ditahan kes pecah masuk kedai

ALOR STAR: Polis menahan enam anggota tentera dari Batalion Risik Tentera Darat (TD) Kem Sungai Layar, Sungai Petani, termasuk dua yang cedera ditembak kerana dipercayai memecah masuk sebuah kedai telefon bimbit, awal pagi semalam.

Tiga daripada mereka, termasuk yang cedera di kaki, ditahan di tempat kejadian, iaitu di Tikam Batu dekat Sungai Petani, pada kira-kira jam 4 pagi, manakala tiga lagi ditangkap di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, enam jam kemudian.

Enam anggota tentera terbabit yang berusia antara 24 hingga 25 tahun adalah prebet di Batalion Risik Tentera Darat yang berpangkalan di kem itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zuber Shariff, berkata dua anggota tentera terbabit masing-masing cedera di kaki terkena tembakan dua polis yang melakukan rondaan mencegah jenayah yang tiba di situ selepas menerima maklumat mengenai rompakan.

?pabila dua polis peronda itu tiba, seorang suspek yang memakai topeng ski keluar dari kedai dan menyerang mereka dengan batang besi menyebabkan satu das tembakan dilepaskan dan mengenai kaki kirinya,? katanya pada sidang media di sini, semalam.

Difahamkan, selepas menggeledah premis terbabit, perompak terbabit hanya menemui beberapa unit telefon bimbit terpakai, perumah telefon bimbit serta sarungnya dan sejumlah aksesori.

Melihat kejadian itu, katanya, seorang lagi rakan suspek yang juga bertopeng ski meluru keluar dari kedai dan menyerang anggota polis dengan besi jeriji yang dipotong menyebabkan tiga das tembakan dilepaskan seorang lagi polis dan mengenai kaki kanannya.

Seorang lagi rakan suspek yang ketika itu berada dalam kedai dan turut bertopeng ski kemudian menyerah diri.

Beliau berkata, keempat-empat das tembakan itu dilepaskan polis untuk mempertahankan diri apabila dua suspek terbabit menyerang mereka dengan senjata berbahaya.

Hasil soal siasat, polis kemudian menahan tiga lagi anggota tentera di Kem Lapangan Terbang kira-kira enam jam selepas itu.

Katanya siasatan awal mendapati anggota tentera berkenaan berkhidmat dalam pasukan itu antara tiga hingga empat tahun lalu.

Selain dua batang besi, polis turut merampas sebilah pedang samurai dari suspek di kedai itu dan sebuah kereta Perodua Kancil di kem berkenaan yang disewa dan dipercayai digunakan dalam rompakan.

?iasatan juga mendapati tiga suspek yang ditahan di kem berkenaan kemudian, berada di sekitar tempat kejadian tetapi melarikan diri apabila melihat dua rakan mereka ditembak,? katanya.

Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan membabitkan cubaan membunuh dan seksyen 457 kanun sama berkaitan kegiatan pecah kedai pada waktu malam.

Hukuman bagi cubaan membunuh ialah penjara maksimum tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya manakala Seksyen 457 memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun atau denda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 11:37 AM | Show all posts
sekarang ni bahaya terutama pada perempuan...
bayan sendiri pernah kene ragut.. 2 orang budak india datang n tetiba tolak bayan n sambar beg..
mujur la handphone je yang hilang..
purse + ic + lesen dalam bag 1 lagi...
tapi 1 keje jugak la nak ke maxis beli nombor yang sama & beli hp baru..
sampai skang geram bile teringat muka budak2 tu.. rasenye umur diorang 10 & 12 tahun kot.. berani betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 09:19 AM | Show all posts
Polis buru perogol bersiri


KOTA BHARU: Polis Kelantan memburu seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan tiga kes rogol dan cubaan membunuh tiga mangsa, termasuk pelajar sejak Ogos tahun lalu.

Lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai seorang perogol bersiri yang dikehendaki polis kerana disyaki merogol seorang penuntut sebuah universiti swasta di bandar ini, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan Shafie Ismail, berkata polis menubuhkan pasukan khas mengesan lelaki terbabit yang disyaki bergerak mencari mangsa di sekitar bandar ini.

Beliau berkata, mengikut gambaran yang diberikan saksi, lelaki terbabit berbadan besar, berkulit hitam dan berpakaian kemas serta berkaca mata hitam.

Katanya, lelaki terbabit dikatakan menggunakan modus operandi sama setiap kali merogol mangsa iaitu menutup mulut mangsa dengan pelekat sebelum merogol.

"Dia juga seorang lelaki yang gila seks dan bertindak ganas ketika merogol mangsa. Saya difahamkan, seorang pekerja sebuah hotel di bandar ini turut menjadi mangsa pada Ogos tahun lalu," katanya di sini, semalam.

Selasa lalu, seorang pelajar sebuah universiti swasta cedera parah selepas terjun dari tingkat dua asramanya kerana menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh lelaki terbabit selepas merogolnya.

Pelajar terbabit yang berusia lingkungan 20an kini masih menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana dan keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan tulang belakangnya yang hancur.

Shafie berkata, pekerja hotel terbabit yang berusia dalam lingkungan 20an itu dirogol sebanyak dua kali di sebuah bilik tempatnya bekerja.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu dan dua kes terbaru berlaku dipercayai dilakukan lelaki sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by kebayan at 5-9-2006 11:37 AM
sekarang ni bahaya terutama pada perempuan...
bayan sendiri pernah kene ragut.. 2 orang budak india datang n tetiba tolak bayan n sambar beg..
mujur la handphone je yang hilang..
purse + ic + l ...



mmg bahye pun skang nih bayan.... kalo pompuan nih dah diragut kang niat lain lak dtgnya...nauzubillah....
kena hati2 selalu.... yg penting nyawa harus diselamatkan.. yg lain tu amikla apa2 pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 09:22 AM | Show all posts
Pekerja kilang rompak jururawat dipenjara setahun

KUALA LUMPUR 5 Sept. ? Seorang pekerja kilang batik yang memecah masuk ke dalam rumah dua orang jururawat ketika mangsa sedang tidur, dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjatakan pisau.

Mohd. Fekri Othman, 21, mengaku merompak sebuah dompet jenama Polo termasuk kad ATM, kad pengenalan dan wang tunai RM100, milik Siti Sahira Ismail, 24, pada pukul 2.15 pagi, 10 Disember 2005 di rumahnya di blok B2, Enggang Apartment, Jalan Bukit Idaman 6, Selayang dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda serta sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi kesalahan tersebut.

Mohd. Fekri juga mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata terhadap Junaidah Mohd., 28, ketika memecah masuk ke dalam rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumah Siti Sahira pada masa dan hari yang sama.

Dalam kejadian itu, Mohd.Fekri mengaku telah menyamun seutas rantai leher milik Junaidah dan wang tunai RM200 serta sebuah telefon bimbit Sony Ericson.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2006 09:04 AM | Show all posts
copy n paste dari Berita Harian arinih...

Lelaki rogol anak dipenjara 18 tahun
Oleh Munaarfah Abu Bakar


ALOR STAR: Seorang pencari rebung yang mengaku salah merogol anak kandungnya berusia enam tahun sembilan bulan, selepas memaksa mangsa minum dua gelas arak, dua minggu lalu, dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan, semalam.

Tertuduh, berusia 34 tahun didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 2 petang dan 10 malam, 28 Ogos lalu di rumah mereka di Kodiang, dekat sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Chan Jit Li menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 29 Ogos lalu.

"Kesalahan kamu adalah serius dan dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan," kata hakim ketika menjatuhkan hukuman itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Ketika fakta kes dibacakan, tertuduh mendakwa ada fakta tidak betul dan tidak mengaku memaksa mangsa meminum arak sehingga anaknya pening.

Tindakan tertuduh itu menyebabkan hakim memerintahkan mahkamah menangguhkan sebentar prosiding walaupun dakwaan tertuduh itu dianggap tidak penting dalam kes pendakwa.

Bagaimanapun, selepas tertuduh disoal sekali lagi mengenai kesahihan fakta kes yang dibacakan itu, dia mengaku semua fakta kes yang disebut adalah benar.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh menjemput mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik dari sekolah dan kemudian membawanya ke kedai untuk membeli arak.

Dia kemudian membawa mangsa pulang ke rumah dan memaksa anaknya minum dua gelas arak sehingga menyebabkan mangsa pening. Selepas itu, tertuduh mengangkat mangsa ke bilik sebelum merogolnya.

Tertuduh kemudian keluar menjemput isterinya pulang dari kedai dan sebaik tiba di rumah, mangsa mengadu kepada ibunya.

Mangsa mengadu sakit pada kemaluan ketika membuang air kecil dan keesokannya, isteri tertuduh membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Kodiang.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suraya Haranay.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2006 09:06 AM | Show all posts
Tertuduh tak kenal Bakaruddin: Saksi
Oleh Rafidah Mat Ruzki


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu Muhammad Zakwan Ahmad Zaki, tertuduh keempat kes bunuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakaruddin Busu, 12 Februari 2002, tidak mengenali mangsanya.

Saksi ke-29 pendakwaan, Pegawai Penyiasat Kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Asisten Superintendan Zaihairul Idrus, berkata Muhammad Zakwan juga tidak mengenali Siti Rahmah Azman Subramaniam, bekas teman wanita tertuduh pertama, Sulkarnain Alias, 30.

Zaiharul memberitahu mahkamah, beliau mengetahui keterangan pendakwaan terhadap tertuduh keempat hanya berdasarkan kepada keterangan lisan Siti Rahmah dan juruteknik, Mohd Haikal Abdul Manap, 22.

Zaihairul memberi keterangan terhadap Sulkarnain; pekerja sambilan, Noorman Ab Wahab, 28; pelajar Institut Kemahiran Belia Negara, Azizul Azual Mohamad Jailani, 23 dan Muhammad Zakwan yang menghadapi tuduhan membunuh Bakaruddin.

Mereka dituduh berbuat demikian di Jalan SS19/6, Subang Jaya dekat sini, jam 9.30 malam, 12 Februari 2002. Mayat rentung Bakaruddin ditemui dalam longkang besar di kawasan itu pada keesokan hari.

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh keempat, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Zaihairul berkata, tidak ada kesan darah ditemui pada pakaian Muhammad Zakwan yang dirampas polis.

Beliau memberitahu mahkamah, walaupun pasti tanda percikan di tempat kejadian adalah percikan darah, beliau tidak mengambil ukurannya kerana sudah menyerahkan siasatan di tempat kejadian kepada Unit Forensik.

Katanya, siasatan mendapati pada awalnya semua tertuduh mengelilingi Bakaruddin.

"Bagaimanapun, hanya tertuduh pertama yang berada berdekatan mangsa manakala tertuduh lain berundur ketika tertuduh pertama menyerang mangsa dengan objek tajam.

"Ketiadaan kesan darah pada pakaian yang dipakai tertuduh keempat konsisten dengan keterangan dia berada jauh dari mangsa," katanya.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin, Zaihairul berkata, kejadian di pusat karaoke Kelab Taipan tidak relevan dengan penemuan mayat Bakaruddin pada 13 Februari 2002.

Selain Zaihairul, turut memberi keterangan semalam ialah Penolong Pendaftar Penjenayah di Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia/Singapura, Cif Inspektor Mohd Roslan Omar dan Jurufoto Polis Daerah Subang Jaya, Lans Koperal Rahman Mugiman, sebelum pendakwaan mengakhiri hujah mereka.

Hakim Datuk Muhammad Ideres Muhammad Rapee menetapkan 5 April 2007 untuk penghakiman.

Beliau juga menetapkan sehingga 30 November ini untuk pembelaan mengemukakan hujahan bertulis dan sehingga 31 Disember depan bagi pendakwaan menjawab hujahan itu.

Beliau juga membenarkan sehingga 20 Januari 2007 untuk pembelaan menjawab hujahan pendakwaan, jika perlu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2006 09:07 AM | Show all posts
copy n paste dari Utusan Malaysia arinih..

Dua beranak ditikam penyamun
Oleh Aizawati Ahmad

KUANTAN 13 Sept. ? Dua beranak cedera akibat ditikam sewaktu bergelut dengan empat penyamun yang memecah masuk rumah mereka di Aspa Cottage, Balok dekat sini, pukul 1 pagi ini.

Kedua-dua mangsa, Salleh Setapa, 56, dan anaknya, Mohd. Hisham Salleh, 30, ditikam dengan sebilah pisau di dada dan diikat menggunakan seutas wayar oleh suspek.

Menurut isteri Mohd. Hisham, Zahidah Rahim, 23, keempat-empat suspek telah memecah masuk pintu depan kediaman yang baru diduduki mereka sekeluarga tidak sampai sebulan dengan menggunakan tong gas.

?ewaktu kejadian, kami sekeluarga sudah pun tidur dan suami saya terjaga apabila terdengar bunyi bising,? katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik memecah masuk rumah mereka, penyamun tersebut yang dipercayai warga Indonesia kemudiannya menyerang suaminya dan berlaku pergelutan.

Jelasnya, sewaktu bergelut, Mohd. Hisham telah ditikam di bahagian dada dan rusuknya serta ditumbuk di bahagian mata kiri.

?apa mertua saya yang baru terjaga daripada tidur cuba membantu suami saya dan dia yang turut bergelut dengan lelaki berkenaan juga ditikam di dada serta ditumbuk mukanya,? ujarnya.

Zahidah memberitahu, ibu mertuanya, Wan Khatijah, 51, kemudiannya telah menjerit dan merayu kepada penyamun itu agar jangan mencederakan mereka sekeluarga.

Katanya, ekoran kejadian itu, barang kemas milik mereka sekeluarga yang dianggarkan bernilai RM15,000 dan sejumlah wang tunai berjaya dilarikan oleh para penyamun tersebut.

?ewaktu mereka menggeledah, kami lima beranak telah diikat termasuk adik ipar saya, Shahriza yang berusia 10 tahun, manakala anak saya yang baru berumur 3 bulan pula sedang tidur,? tambahnya.

Menurutnya, suami dan bapa mertua kemudiannya di bawa ke HTAA untuk rawatan lanjut dan dia sendiri menghubungi polis pukul 2 pagi.

Ditanya sama ada dia dapat mengecam kesemua wajah suspek, Zahidah menjelaskan, hanya seorang daripada empat penyamun itu tidak menutup wajah, manakala tiga yang lain menutup muka mereka dengan sehelai tuala kecil.

Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2006 10:12 AM | Show all posts
6 Perompak Mati Ditembak
Konstabel turut terkorban dalam operasi

TEMERLOH: Enam penjenayah mati ditembak polis dalam satu operasi di Taman Perindustrian Mentakab di sini awal pagi semalam, yang turut mengakibatkan seorang konstabel terbunuh dipercayai terkena tembakan rakan sepasukannya.

Konstabel berkenaan, Mahathir Tawile, 24, yang berpakaian preman dikatakan terkena tembakan di dada dan kepala ketika mengejar dua daripada enam penjenayah terbabit yang cuba melarikan diri.

Seorang penjenayah terbabit, Sabarudin Bakar, 50, dipercayai anggota Rela dari Lanchang, manakala lima lagi warga Indonesia dikenali Imron, 32; Muhammad Saad, 37; Memet Nawawi,34, Abdul Manaf, 31 dan Basar Raja Guntur, 34.

Imron dan Memet berasal dari Belakang Padang, manakala Muhammad, Abdul Manaf dan Basar dari Batam. Seorang daripada mereka dikatakan memiliki tangkal azimat kononnya untuk mempertahankan diri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Bokhari, berkata kumpulan penjenayah terbabit yang menaiki dua Perodua Kancil, dipercayai merancang melakukan samun di Mentakab.

Bagaimanapun, katanya, polis yang menerima maklumat orang awam, melancarkan Ops Rantau yang disertai 18 anggota dan terserempak dengan Perodua Kancil itu dalam keadaan mencurigakan berdekatan bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tepi laluan taman perindustrian berkenaan pada jam 3.45 pagi.

?elepas mengekori kereta itu hingga memasuki kawasan perindustrian, pasukan berkenaan memintas dan mengepungnya menggunakan Pajero polis.

?nam lelaki itu keluar dari kereta berkenaan selepas diarahkan polis, tetapi semua penjenayah terbabit secara tiba-tiba menyerang pasukan berkenaan menggunakan parang.

?olis terpaksa melepaskan tembakan menyebabkan empat terbunuh dan dua lagi melarikan diri," katanya dalam sidang media di IPD Temerloh, semalam.

Abdul Razak berkata, dua penjenayah bersenjatakan parang itu melarikan diri ke arah kedai kira-kira 75 meter dari tempat kejadian sebelum mati ditembak.

?embakan itu turut mengenai anggota kita yang dipercayai cuba menangkap dua penjenayah terbabit. Kita akan menyiasat bagaimana anggota kita boleh terkena tembakan itu.

?ungkin dia sedang bergelut dengan penjenayah itu dan pada masa sama, tembakan dilepaskan ke arah mereka," katanya sambil menambah keadaan ketika itu hanya diterangi lampu jalan.

Beliau berkata, polis menemui lima parang, satu pemotong besi serta kuku kambing, topeng ski, pemutar skru, playar, sepasang sarung tangan, enam beg duit, lima telefon bimbit, dua jam tangan dan lima pasport Indonesia.

Sambil menyifatkan kejayaan itu yang terbesar tahun ini, beliau berkata, polis berjaya dapat menyelesaikan 69 kes samun dan pecah rumah di Pahang membabitkan kumpulan itu sepanjang sembilan bulan tahun ini, termasuk kes terbaru di Aspa Cottage, Kuantan, tiga hari lalu.

Abdul Razak berkata, anggota Rela itu yang terbabit dalam dua kes samun serta pecah rumah, dipercayai bertindak sebagai penunjuk rumah yang akan disamun.

"Kita masih menyiasat kemungkinan ada kumpulan lain terbabit dalam kes sama tetapi setakat ini kita percaya semua 69 kes yang dilaporkan, dilakukan kumpulan terbabit.

"Kita juga akan menyiasat sama ada dua kereta Kancil yang menggunakan nombor pendaftaran Pahang itu, dicuri atau sebaliknya,? katanya.

Mengenai kematian Mahathir, Abdul Razak berkata, Allahyarham Mahathir yang berkhidmat selama tiga tahun di Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh, mejelaskan semua anggota yang terbabit dalam operasi itu tidak memakai baju kalis peluru kerana maklumat diterima memaklumkan penjenayah terbabit tidak menggunakan senjata api.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Tawau, Sabah secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 07:58 AM | Show all posts
copy n paste dari BH...

Pelajar disamun sempat telefon bapa

KUALA LUMPUR: ?yah, saya kena samun di LRT Masjid Jamek,? kata Lim Sze Jian, 18, ketika menghubungi bapanya melalui telefon, malam Ahad lalu, sebelum ditemui pengsan berhampiran sebuah pondok telefon di Masjid Jamek, enam jam kemudian.

Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang disyaki disamun kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, sempat menghubungi bapanya di Cheras, untuk meminta bantuan sebelum talian terputus.

Mendengar suara Lim teresak-esak, bapanya bergegas ke Stesen LRT terbabit mencari anak bongsunya itu, tetapi gagal.

Selepas aduan kehilangan mangsa dibuat kira-kira empat jam kemudian, gerakan mencari Lim diteruskan dengan bantuan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, polis kemudian menerima maklumat mengatakan mangsa sudah dihantar Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas ditemui pengsan berhampiran sebuah pondok telefon berdekatan Masjid Jamek, kira-kira jam 5 pagi.

Ibu mangsa hanya ingin dikenali sebagai Lim, berkata anaknya terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disahkan koma.

Katanya, Lim bekerja sambilan di sebuah pasar raya di ibu kota dan sering berulang alik menggunakan LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata polis masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk mengetahui punca yang menyebabkan Lim koma.

?iasatan awal tidak menjumpai kesan kecederaan pada badan mangsa dan setakat ini polis tidak mengaitkannya dengan kes samun kerana tiada bukti atau saksi melihat kejadian itu,? katanya selepas melawat mangsa di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 07:59 AM | Show all posts
copy n paste dari BH...

Polis rampas dadah bernilai RM630,000
Oleh Mohd Azis Ngah

KUALA LUMPUR: Jabatan Narkotik Bukit Aman melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah apabila menahan tujuh orang termasuk seorang wanita dan merampas 16 kilogram heroin bernilai RM630,000 di ibu negara, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Aziz Bulat berkata, heroin gred tiga itu dirampas dalam satu operasi di pusat beli belah Midvalley Megamall di sini.

Beliau berkata, semua yang ditahan pula berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an termasuk dalang sindiket itu berusia 43 tahun dan seorang wanita berusia 50 tahun.

?umpulan pengedar dadah itu dipercayai antara pembekal utama di Lembah Klang dan semua ditahan mempunyai rekod jenayah termasuk kes dadah,? katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Aziz berkatam mereka ditahan dalam serbuan berasingan antara jam 6.30 petang sehingga jam 11 malam pada hari sama dan polis turut merampas tiga kenderaan dipercayai milik anggota sindiket berkenaan.

Katanya, dalam serbuan pertama kira-kira jam 6.30 petang, sepasukan polis menunggu di pusat beli belah terbabit kira-kira tiga jam sebelum sebuah Proton Wira dinaiki seorang lelaki masuk kawasan tempat letak kereta.

?idak lama selepas selepas itu, seorang lagi lelaki menaiki kereta berasingan tiba di situ, dipercayai untuk urusan serahan bekalan.

?ami menahan dua lelaki itu dan pemeriksaan mendapati sebuah daripada kereta itu membawa dua kotak sabun serta beg galas yang diletakkan di dalam but mengandungi bungkusan dadah heroin.

?asil tindakan susulan, polis menyerbu dua kawasan di sekitar ibu kota dan Seri Kembangan kira-kira jam 11 malam dan menahan empat lagi lelaki dipercayai anggota sindiket yang sama,? katanya

Dadah seberat 16 kilogram itu ditemui siap dibungkus dalam 35 paket yang diasingkan mengikut warna berasingan dan semuanya sudah siap diproses untuk dijual di pasaran tempatan.

Aziz berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menukar kenderaan berisi dadah antara pembeli dan penjual tanpa memerlukan mereka mengeluarkan bekalan.

?erdasarkan rekod dan maklumat orang ramai, kumpulan itu memang sudah lama aktif kerana mereka mempunyai pengalaman. Polis sudah intip pergerakan mereka sejak Ogos lalu,? katanya.

Semua yang ditahan dikenakan perintah reman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.451230 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list