CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smilesenyum

[MERGED]ALL ABOUT UFO

[Copy link]
Post time 18-7-2010 08:10 PM | Show all posts
aku penah tengok UFO..
pertengahan tahun 90an kat kajang selangor..

banyak n colorful.. dalam bentuk lingkaran tak tetap..
berpasang2 UFO ni.. n static, tak bergerak..
n the best part is, aku nampak time kampung aku blackout takde elektrik..
sama macam movie close encounters of the third kind..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 08:19 PM | Show all posts
maafla kurg percaya kewujudan menda2 nh~
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:20 PM | Show all posts
aku pernah nampak UFO pd waktu mlm. berpasangan. saling kejar- mengejar.  cuma bukan dlm bentuk objek piring terbang, tapi cahaya bulat kt dada langit mcm korang suluh dinding dgn lampu suluh. kalau nak dikata cahaya dari bawah yg menyuluh ke langit, mustahillah. sbb langit tu infiniti, maka cahaya yg disuluh dari bumi takkan blh terbentuk di dada langit. aku pun tak tau UFO yg aku nampak tu sebenarnya apa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:21 PM | Show all posts
besh nya kalo dpt tgk ufo..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:31 PM | Show all posts
Reply 13# capiloton


    seriuss beb? cerite detail sket..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:56 PM | Show all posts
sape tahu tu mungkin projek military rahsia kerajaan china..
aku pun same ngan laksamanamelaka...
percaya itu object yang tak dikenalpasti tapi bukan makhluk asing..
pawangBuaya Post at 18-7-2010 17:07


yang ini aku setuju bangat dongg.... heheh... 'alien' or makhluk asing tuhh hanya direka oleh pihak tertentu untuk menutup perkara lain mungkin yang lebih besar lagi dari isu yang mungkin disembunyikan.....

mungkin juga suatu projek rahsia.... rahsia macamana.... mana laa kita tahu sebab tuhh namanye rahsia.... rahsia laa katakann.... dan rahsia nihh bertahan hingga ke hari ini dari puluhan tahun kisah UFO sampai laa ke hari nihh masih tak dapat rungkai lagi apakah UFO tuhh sebenarnya....

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2010 11:41 PM | Show all posts
yang ini aku setuju bangat dongg.... heheh... 'alien' or makhluk asing tuhh hanya direka oleh pi ...
edy137 Post at 18-7-2010 21:56



i liiiike....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 01:47 AM | Show all posts
so kesimpulannye sape yg duk kat dlm UFO tu......?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2010 08:21 AM | Show all posts
aku rasa manusia biasa yang menggunakan teknologi lebih canggih drpd yang kita tau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 09:32 AM | Show all posts
Firasat aku lah kan, semua UFO ni berfungsi dengan cara MAGNETIC LEVITATION... 'Diorang' gunakan pengetahuan mereka dalam ilmu magnetik... Kalau ikut daripada penyaksian dan kajian pun biasanya UFO2 ini hanya akan mendarat dikawasan yang mempunyai daya magnet yang agak kuat...

UFO = yes , Alien = No...

So sape? Maybe jin, tapi jin perlu ke kepada kenderaan untuk bergerak? Tak rasanya.,..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 10:02 AM | Show all posts
aku pon pnah gaks.. time skola dlu.. waktu mlm.. tp aku cam consider lampu walaupon xtau dr mane terpancarnye lampu tersebut.. tau2 ade 2 bijik chy kt langit.. mmbe aku kal suh tgk.. lame giler..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 11:06 AM | Show all posts

Gempar lihat UFO terapung




KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.  “Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

  Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

  Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

  Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.

  Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan  semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.


   Jemas berkata,  dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu.

   Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.


  “Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

  “Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,”  katanya.

   Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

  “Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

  “Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan  gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya.

  Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini.

  Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 01:02 PM | Show all posts
Pelik??????....kata HP tak boleh amik gambar dia...tu siapa yang amik gambar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 02:11 PM | Show all posts
Firasat aku lah kan, semua UFO ni berfungsi dengan cara MAGNETIC LEVITATION... 'Diorang' gunakan pengetahuan mereka dalam ilmu magnetik... Kalau ikut daripada penyaksian dan kajian pun biasanya UFO2 ini hanya akan mendarat dikawasan yang mempunyai daya magnet yang agak kuat...

UFO = yes , Alien = No...

So sape? Maybe jin, tapi jin perlu ke kepada kenderaan untuk bergerak? Tak rasanya.,..
matdue77 Post at 19-7-2010 09:32


mungkin teknologi manusia digabungkan dgn teknlogi JIN... wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 02:50 PM | Show all posts
ntahla.. kata ada sorg leh amek gamba tuh... itu yg plik tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 03:21 PM | Show all posts
Reply 392# putput


ada plak kunang2 duk tinggi atas awan tu. bukan lampu yg berkelip2, tp hanya cahaya. dey, tada paham ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply 390# putput


    UFO - Unidentified Flying Object. Siapa yg pandu x siapa pun tahu. Alien dan UFO adalah dua prkara brbeza. Selalu dikaitkan kedua-duanya oleh pengkaji UFO. Tp setelah terbaca artikel dan menonton dokumentari mengenai 'UFO' yg dihasilkan oleh saintis Nazi, maka sy telah menolak kaitan UFO dan alien.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 09:10 PM | Show all posts

UFO terapung di sabah

http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

   Gempar lihat UFO terapung     Oleh Junaidi Ladjana

2010/07/19
                                      

   
              
KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.  “Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

  Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

  Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

  Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.

  Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan  semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 09:21 PM | Show all posts
nak gambo!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 09:25 PM | Show all posts
sapa dah kena sedut masuk kapal dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054157 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list