|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 9
[Copy link]
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 14-8-2020 08:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Akak share dari makcik akak pagi tadi.
KEDUDUKAN kita di sisi Allah ditentukan oleh tentang apa kita disibukkan dan apa yang kita mohon dan pinta dalam doa seharian.
Siapa yang sibuk mengejar dunia, Allah boleh segerakan dunia buatnya. Tapi itulah sahaja bahagiannya.
Siapa yang mengejar akhirat, dan bermujahadah untuknya, itulah sebaik-baik pilihan.
Semoga Allah menyibukkan harian kita mengejar ganjaran Allah di akhirat tanpa meninggalkan dunia. Sesungguhnya di sini hanya satu jalan lurus yang menjanjikan kebaikan dunia akhirat. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan.
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
-Sura Al-Isra’, Ayah 18-19 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 14-8-2020 06:38 PM
Hihihi.. Akak kalau balik rumah Mak, walau sampai tengah malam buta pun akak akan tetap lap, sapu ...
kita geng lagi la kak.. hi5! family mmg faham.. kalau dia dah akak jenis pembersih. So okayla cuma kadang org kata menyeksa diri.. but what to do kan.. dah tabiat begitu.. janji puas hati. Saya pun, toilet mesti bersih kalau ke rumah org.. kalau x rasa xbest. Apa lagi dapur.. hmm entahla our bad habit kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 14-8-2020 06:50 PM
Utk klinik ke? Meriah staff2!
yes.. banyak makan today lepas nasi dagang, ada tauhu daging tu, pastu cake. Ni malam tengok periuk.. alamakkk pari asam pedas... ada sayur kacang and sambal belacan... tapiii kuatkan semangat.. ratah ikan je.. pulak teman my son makan kfc. Pun tahan... jamah jamah je... hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 14-8-2020 07:47 PM
Akak pening bila tertengok 7HM2 kat rumah Ibu hari tu. Cannot stand them being rude and too noisy. ...
saya marah mak saya.. heheheh maaa cerita apa ni maaa... teruk tul... entah bukan xsuka tgk drama.. tapi potray melayu mcm jenis kememeh pulak.. kan... biasalah org tua dia layan je apa lagi nak buat. Ptg tgu dila balik.. boraklah.. so kdg serba salah.. dah balik nak terus naik atas... xleh kena borak dulu... minum ke apa ke... baru naik.. usually dah naik x turun dah... pun masalah.. serba salah...sian mak tgk tv sorang2.. haishhh susah jd anak tunggal tetiba ni.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Keep em coming ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adila39 at 14-8-2020 08:42 PM
Kak-Leen replied at 14-8-2020 07:52 PM
Boleh share adila , @ipes2 & pencinta kucing sekalian guna pasir jenis apa utk elakkan ada bau kuc ...
saya guna bentonite sand litter type tu kak.. tapi ada jugak ni soya clump litter... pada saya sama je... dah nama pun najis.. cuma apa yg kita bagi makan... so far la ni.. saya bagi Royal Canin je.. mahal sikit tapi poops dia x berbau.. and saya litter box tu mau 4x to 5x saya bersihkan... pee dia yg bau sikit... ada jual odour utk ni.. shoppee.. haaa kita boleh suh expert kita cik sarah rekomen.. heheheh
I think kucing @ipes2 x sama dgn kita sini. Climate beza.. sini kucing telinga je kotor.. sana stray cats pun bersih je tgk...
meaning relative kak leen tu dia jarang bersihkan.. so bau tu ada. Mybe dia hanya clearkan like a day after ke or weekly... so tgkla level kerajinan... so far mine dah mcm my baby siap dodoi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 14-8-2020 08:16 PM
Akak share dari makcik akak pagi tadi.
KEDUDUKAN kita di sisi Allah ditentukan oleh tentang apa ...
Tq kak leen for the reminder. Indeed. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersandarlah pada Allah, bukan pada manusia ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 14-8-2020 05:00 PM
Thx in advance
This is Moon.. i have no idea berapa bulan ni.. maybe two or 3months old. Bought the catnip sampai layu... hahahah depa tenung je. Today balik mak bagitau.. ada kucing luar nak masuk and attack.. depa kat porch belakang.. so its open air tho ada fences tu, still nampakla.. so now i kena make sure the kittens dont go out.. and yet again i must think how to make sure kittens dont disturb my dad... okeh this is gonna be tricky. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ARWAH adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arwah sedang tidur di tempat duduk belakang."
Itu kata seorang ahli keluarga, Allahyarham Aina Batrisha Aisyah Shaiful Azrul, 4, kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.
Dia yang enggan dikenali berkata, bapa arwah dilihat begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.
Katanya, difahamkan dalam kejadian itu, arwah sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas bapanya menghantar adik bongsu mangsa ke rumah sepupu bapanya di kawasan berdekatan.
"Pada pagi kejadian bapa arwah terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.
"Kemudiannya, bapa arwah menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu mangsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa mangsa tidur di tempat duduk belakang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dia berkata, ibu mangsa yang pulang dari tempat pada jam 3 petang juga tidak mengetahui mangsa tiada di rumahnya neneknya.
Katanya, nenek mangsa juga menyangka bapa mangsa tidak bekerja pada pagi kejadian menyebabkan dia tidak bertanyakan mengenai Aina Batrisha yang tidak datang ke rumahnya.
"Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dugaan buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kecaman terhadap keluarga kami terutama kepada bapa mangsa.
"Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesedihan hati kami sekeluarga," katanya.
Katanya, jenazah kanak-kanak itu dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tikam Batu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar.
Kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mngsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.
” Sebelum itu bapa mngsa berusia 30-an itu menghantar kakak mngsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.
” Bapa mngsa terlupa bahawa mngsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.
” Mngsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mngsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang.
Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mngsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.
” Ketika ingin pulang, bapa mngsa melihat mngsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.
” Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggI dunia,” katanya.
Beliau berkata, mayat mngsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bed4h siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kedai mkn mskalan klate.. ok kena la selera..
|
|
|
|
|
|
|
|
tula.. patut la diam bz bebenor.. hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
apa bahan mentah yg ada tu? meh bgtau sini kita brainstorm idea nk msk apa.. hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
1st time pi gula cakery kat eco ardence ni.. selalunya pi kat kota kemuning tu je.. keypo dgn opismate mkn kek ni.. maltesers nutella cheesecake rasanya nama dia td
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oh...patut le ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 14-8-2020 08:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pucuk-kelompang replied at 14-8-2020 12:34 PM
bee hoon singapore ori yg berkuah yg mana satu?
mee siam ke atau bee hoon hongkong
Dah lama akak x buat. Biasa makan bila balik rumah Ibu saja. Ni resepi yg biasa ibu akak buat. Belajar dari Nenek di Singapore.
Mee Siam Singapore.
Goreng bee hoon mcm biasa. Tp tambah taucu dlm tumisan. Masukkan juga daun kuchai dipotong seinci-seinci selain taugeh.
Then buat kuah tauchu dia.
Air udang , kepala udang direbus, diblend & ditos. Ambil air rebusan sahaja.
Badan udang dicelup sekejap dalam air rebusan tu. Ketepikan.
Bawang besar dihiris nipis dan digoreng kekuningan. Ketepikan.
Tumbuk & tumis:
Bawang putih
Bawang kecil
Udang kering
Sedikit belacan
Tauchu, ditumbuk manja2 saja.
Hiasan:
Daun kuchai potong seinci2
Tauhu, dipotong cube dan digoreng sekali lalu(light brown)
Cili hijau, dihiris
Dah wangi, masukkan air udang tadi. Jangan cair sangat. Agak2 elok kepekatannya. Biar mendidih dan matikan api.
Hidangkan dengan letak bee hoon goreng dahulu.
Kemudian letakkan udang celur tadi, tabur daun kuchai, tauhu goreng, cili hijau hiris & bawang besar goreng tadi. Curah kuah secukupnya. Gandingkan dgn sambal tumis yg sedikit manis.
Cubalah. Akak masak memang jarang masukkan bahan perasa mcm secukup rasa tu . Aji memang x pakai. Udang rebusan segar tu dah cukup penambah rasa. Tp kalau allergic kpd air udang, x perlu tambah air rebusan udang tu. Kang x memasal jadi hulk pulak mcm akak baru ni.. Mungkin sedap diganti dgn air stock ayam
Selamat mencuba! Taste to adjust to one’s taste ya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyeeee...td hbs dah kek aising sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedak lagi @Kak-Leen ![](static/image/smiley/onion/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau lelaki cucuk tu dah dikira sexual harrasment juga sebenarnya.. boleh report
|
|
|
|
|
|
|
|
bila otai berbicara...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|