|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 33
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 10-3-2021 04:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 10-3-2021 03:14 PM
Aaaa...Won Bin...Hyun Bin...Kim Soo Hyun....
sy minat namjoon...aura very the sexy hehehehe...ada jumpa satu celebs indo aura sejibik dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2021 04:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 10-3-2021 03:11 PM
Dah bolat mata ni makan laksa...
Pi tdur...mlm ni dinner pe? Sy masak kari ayam harini... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2021 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
makadek replied at 10-3-2021 03:30 PM
Homemade tomyam paste... Creamy and thick soup.. My tetamu agung doesnt like it .. So masak mmg kena ...
knp tetamu agung tak suka? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok gak...to each its own
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha..jenuh...sabo je le...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2021 04:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 10-3-2021 04:06 PM
Ok gak...to each its own
kak sb apa citer yg postage from usa tu? Dah ada reply belum? Ke manda yg tak noticed huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak menyelerakan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 10-3-2021 03:15 PM
Kerang rebus...paprik pes tomyam
Dinner apa tu nanti? Oh kari ayam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Busy kot nephew...dia tak baca lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 10-3-2021 03:10 PM
Aumssss perap ayam bakar madu ... 1kg 12rm dpt 10ketui..aish rakyat suko sgt ni..
Sedap
Ni tempoyak patin...runner anto... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 10-3-2021 03:16 PM
Kuah bole telan..patin kenot gooo hihi
Mesti x pandai masak patin tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 10-3-2021 04:45 PM
Kenyataan Akhbar KPK 10 Mac 2021 – Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
BY DG OF HEALTH ON MARCH 10, 2021
1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
2. Notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3. Produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
4. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
5. Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
6. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
7. Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
8. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
10 Mac 2021 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 10-3-2021 04:55 PM
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 10 Mac 2021
Kes sembuh=2,147
Jumlah kes sembuh=298,516 kes
Kes baharu positif=1,448 kes (1,438 tempatan, 10 import)
Jumlah positif=317,717
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=1,191 kes
Kes dirawat di ICU=151 kes
Bantuan Alat Pernafasan=72 kes |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 10 Mac 2021:
Jumlah kluster : 1,217 kluster;
Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 768 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Batu, Kluster Intan Mas, Kluster Kupang, Kluster Tapak Bina Jalan Nipah, Kluster Sri Gading, Kluster Jalan Ithnin, Kluster Padas Damit, Kluster Kampung Samin, Kluster Seri Bayu, Kluster Industri Grisek, Kluster Jalan Suasa, Kluster Kampung Lukut, dan Kluster Jalan Satu KKIP);
Jumlah kluster aktif : 449 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 59 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (151 Kes), Kluster Parit Penyengat Darat (123 kes), dan Kluster Jalan Changkat Jong (49 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan dua (2) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster berkaitan komuniti, dan satu (1) kluster import.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Parit Penyengat Darat Johor Tempat Kerja
2 Dagang Permai Selangor Tempat Kerja
3 Sungai Puteh Selangor Komuniti
4 Melor Sarawak Komuniti
5 Pona Johor Import
HARI PEMBANTU PERUBATAN 2021: BERSAMA PEMBANTU PERUBATAN MEMERANGI COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di pelbagai sektor kesihatan di Malaysia. Tarikh 10 Mac telah diistiharkan sebagai Hari Pembantu Perubatan dan tahun ini merupakan tahun ke-10 sambutan ini diraikan di seluruh negara dengan tema “Bersama Pembantu Perubatan Memerangi COVID-19”.
Sebagai salah satu profesion di barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan negara ini, peranan Penolong Pegawai Perubatan adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga dan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada mereka.
Semoga, kumpulan profesion ini dapat terus memainkan peranan yang penting serta bekerjasama sebagai sebuah pasukan bersama dengan profesion perubatan yang lain khususnya dalam membendung wabak COVID-19 di negara.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Mac 2021 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 10 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 561 (2) 106,405
SABAH 54 53,675
JOHOR 273 (8) 38,559
WP KUALA LUMPUR 103 36,012
NEGERI SEMBILAN 10 16,564
PULAU PINANG 99 12,799
PERAK 83 12,056
SARAWAK 199 11,710
KEDAH 20 7,779
MELAKA 11 6,071
KELANTAN 19 5,208
PAHANG 1 3,921
TERENGGANU 8 3,338
WP LABUAN 0 2,264
WP PUTRAJAYA 0 1,092
PERLIS 7 264
JUMLAH KESELURUHAN 1,448 (10) 317,717
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,448 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Mac 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 561 kes
286 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Puteh dan Kluster Dagang Permai;
198 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 273 kes
176 kes daripada kluster-kluster, termasuk 131 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Parit Penyengat Darat dan Kluster Pona [Kluster ini melibatkan lapan (8) kes import dari luar negara];
46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 199 kes
60 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Melor;
96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 103 kes
37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 99 kes
41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 54 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 83 kes
71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 20 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 19 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 11 kes
Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 10 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Lapan (8) kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perlis: Tujuh (7) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan lima (5) kes kematian pada 10 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1187 222406 Melaka Lelaki (WN) 43 Hospital Melaka Penyakit paru-paru obstruktif kronik
1188 278706 Selangor Lelaki (WN) 71 Pusat Perubatan Universiti Malaya Penyakit kencing manis dan kanser usus
1189 303269 Sabah Lelaki (WN) 65 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1190 315126 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Penyakit buah pinggang kronik dan strok
1191 315682 Johor Lelaki (WN) 48 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan peripheral vascular disease
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER SUNGAI PUTEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312147) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Puteh, Sungai Puteh, Lembah Jaya Utara, Hulu Langat. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER DAGANG PERMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Dagang Permai, Ampang, Hulu Langat. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PARIT PENYENGAT DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Parit Penyengat Darat, Muar. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 317 individu telah disaring, di mana 124 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PONA
Kluster import ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan sebelum ke luar negara. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru pada 6 Mac 2021. Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER MELOR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pusa di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-298181) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Melor, Kampung Tengah Beladin, Pusa. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa desak tutup SK Subang Jaya selepas 4 kes Covid-19
sj.png
SUBANG JAYA: Hanya seminggu selepas sekolah dibuka semula, empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Jaya didapati positif Covid-19 dan satu petisyen dilancarkan untuk menutup sesi petang untuk murid Tahun 1 hingga 3.
Petisyen yang didaftarkan di change.org oleh Raja Nurul Huda Raja Halimul Rashid itu menggesa pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana mengambil tindakan segera, walaupun empat murid itu bukannya dijangkiti di sekolah.
Walaupun terdapat kes aktif dilaporkan, sekolah berkenaan hanya menutup tiga kelas dan mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin rumah. Kelas sesi petang bermula 1 Mac lalu, manakala sesi pagi untuk murid Tahun 4 hingga 6 bermula Isnin.
Kunjungan FMT ke SK Subang Jaya hari ini mendapati sekolah beroperasi seperti biasa dengan murid mematuhi SOP ketat, termasuk memakai pelitup muka.
Bercakap kepada FMT, ibu bapa menyokong petisyen itu dengan ada yang menggesa keseluruhan sekolah itu ditutup segera, termasuk sesi pagi.
Ayu Hayati berkata, beliau sudah menandatangani petisyen itu, yang diketahuinya melalui seorang ibu bapa murid.
Katanya, risiko penularan virus lebih tinggi di sekolah kerana terdapat sesi pagi dan petang.
“Kanak-kanak berkongsi bilik darjah. Ia bukan keputusan bijak untuk tidak menutup sekolah.”
Seorang lagi ibu, Nurul Fazurina berkata, ramai ibu bapa membuat keputusan tidak menghantar anak mereka ke sekolah buat masa ini dan akan bergantung kepada pembelajaran dalam talian.
Sementara itu, Mohd Hasbullah yang tidak menyedari petisyen, berkata beliau akan menyokongnya.
Beliau turut mempersoalkan alasan pihak sekolah tidak menutup keseluruhan sekolah buat sementara.
FMT sudah menghubungi pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana untuk mendapatkan komen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2021 06:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
makadek replied at 10-3-2021 04:08 PM
Mgkn rasa creamy...diorg suka yg plain.. . Jd tetamu agung akn hijek dpur diorg akn masak apa dior ...
Nasib sejenis hijek yg basuh jugak hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2021 06:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 10-3-2021 04:09 PM
Kerang rebus...paprik pes tomyam
Dinner apa tu nanti? Oh kari ayam...
dah lama x mkn kari teringin lak...wow tomyam merah ke putih? |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 10-3-2021 05:15 PM
dah lama x mkn kari teringin lak...wow tomyam merah ke putih?
Merah...tapi kenyang ratah kerang lak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|