CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik_nazgul

♥♥ CONTEST CERPEN TTM♥♥ [TUTUP DAH ! THANKS GUYS!]

 Close [Copy link]
Post time 7-12-2006 01:11 PM | Show all posts
Aku bila dengo marsha sambut besday dia kat gerai prap terus buntu otak aku.Tak pa mawi ramai lagi yg cun na.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 01:55 PM | Show all posts
HARAPAN....

Kesepian malam ini tidak dapat menenangkan hatiku. Apakah kesilapan yang telah aku lakukan?  Berulang kali hanya itu pertanyaan yang timbul dibenaknya.  Suasana tenang  di rumah kampungnya tidak bisa membuatkan dia melupakan persoalan apakah yang telah berlaku di dalam hubungannya dengan Marsha.  Rasa rindu dan gembira untuk bertemu Marsha sesudah lebih dua minggu tidak ketemu hilang begitu sahaja bila semua panggilan dan pesanan telefonnya dibiarkan sepi tanpa jawapan.  Akhirnya Mawi mengambil keputusan balik ke kampung setelah gagal menghubungi teman baik yang juga dianggapnya sebagai kekasih itu.

Rasa penat memandu dari Kuala Lumpur tadi masih lagi terasa kerana temannya Nasir tidak dapat ikut sama pulang ke kampung kerana ada janji dengan tunangnya. Perasaan nya yang masih keliru dan badan yang penat menambahkan lagi beban di fikirannya.  Sejak kebelakangan ini, jadual hariannya terlalu padat menyebabkan dia tidak punya banyak masa untuk menemani teman rapatnya Marsha dan mungkin ini penyebab kenapa Marsha mula menjauhkan diri.

Tanpa putus asa, Mawi masih lagi cuba menghubungi Marsha namun gagal.  Perasaan rindu, geram, marah, kecil hati, kecewa silih berganti di dalam hati kecil Mawi membuatkan dia sukar untuk melelapkan mata walaupun hari sudah jauh malam.  Dia pasti matanya tidak akan terlelap selagi  persoalan ini tidak terjawab.  ?arsha, please jawablah telefon ni atau at least hantarlah sms?, rungut Mawi perlahan seolah-olah berbisik.  Akhirnya setelah beberapa jam, Mawi tertidur jua tanpa sebarang panggilan telefon atau jawapan kepada persoalan.

Setelah berehat selama dua hari di kampung, Mawi pulang semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan semula program yang telah disediakan oleh Nasir, pembantu peribadi merangkap teman setianya. Apabila sibuk dengan kegiatan hariannya yang sememangnya padat membuatkan Mawi dapat melupakan sebentar masalah peribadi.  Namun begitu masalah tersebut tetap berlegar di fikirannya tapi Mawi menguatkan hatinya agar tahu membezakan waktu bekerja dan peribadi. Akhirnya persoalan terjawab sedikit demi sedikit kenapa Marsha menjauhkan diri apabila terdengar bisikan di antara teman-teman sekeliling yang mengatakan bahawa kini Marsha sedang dilamun cinta dengan Ijoi yang juga merupakan teman Mawi . Ijoi merupakan teman yang selalu dijadikan pengganti  untuk menemankan Marsha sekiranya Mawi tidak punya kesempatan berbuat demikian dan Felix juga sibuk dengan urusan hariannya.

Alangkah kecewanya Mawi apabila bukti terpampang di depan mata apabila suatu hari dia sendiri terserempak pasangan kekasih itu makan di restoran yang sama dikunjungi nya.  Pada mulanya Mawi ingin terus berlalu tapi mujurlah Felix menenangkannya agar meneruskan makan malam mereka bersama.  Marsha yang agak terkejut pada mulanya tapi cepat-cepat tersenyum apabila melihat reaksi bersahaja Mawi dan Felix.  Dengan hanya menganggukkan kepalanya tanda mengetahui kehadiran pasangan tersebut, Mawi meneruskan makan dan Felix hanya dapat memandang  dengan perasaan bingung.

Kejadian malam itu merupakan bermulanya perhubungan yang semakin dingin antara Mawi dan Marsha dan akhirnya terputus tanpa kata ucapan selamat tinggal.  Mawi tetap bertegur sapa apabila sesekali bertemu Marsha mahupun Ijoi apabila bertemu di majlis-majlis yang diaturkan majikan mereka. Sesungguhnya Mawi tidak menyangka hubungan  mesra antara mereka hanyalah setakat teman tapi mesra tanpa melibatkan sebarang perasaan  di pihak Marsha.  Dia hanya bertepuk sebelah tangan rupa-rupanya kerana menyangkakan layanan mesra manja dari Marsha adalah sama seperti perasaannya tapi Marsha hanya menganggapnya sebagai teman baik sahaja.  

Mawi akur dengan ketentuan takdir Ilahi dan berharap agar Marsha bahagia dengan pilihannya.  Namun begitu jauh  di sudut hati, beliau masih mengharapkan agar suatu hari nanti dia berpeluang mencurah kan perasaan sebenarnya terhadap gadis manis yang telah dikenali hampir dua tahun itu.  Andai takdir menentukan begini, Mawi tetap bersyukur kerana menganggap Marsha adalah satu-satunya wanita yang paling baik pernah dikenali dan akan terus menjadi sahabatnya dunia akhirat.

Alangkah peritnya menghadapi kenyataan tidak semudah seperti yang cuba digambarkan nya kerana setiap kali dia bertembung dengan Marsha, hatinya bagai terhiris sembilu.  Amat sukar sekali bagi Mawi melupakan saat-saat gembiranya bersama Marsha kerana sebelum ini, Marsha banyak menyimpan segala rahsia hati dan cita-cita Mawi dalam mengejar cita-citanya dalam kerjaya. Marshalah satu-satunya orang yang memberinya semangat baru sewaktu putus kasih pertama kali dahulu, orang yang sama-sama menangis dengannya sewaktu kehilangan bapa tercinta dan dia juga merupakan teman yang sama-sama tertawa gembira sewaktu berjaya mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia hiburan tanah air.

Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan terindah di dalam hidupnya.  Hidup yang sentiasa diburu waktu sehinggakan dia kehilangan seorang wanita yang amat diperlukan dalam saat-saat dia meniti gemilang di dalam kerjayanya.  Mujurlah emak dan keluarga masih ada teguh berdiri disisi menyokong padu usaha kerasnya selama ini.  Mawi bertekad tidak akan mudah lagi jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Biarlah dia menimba sebanyak-banyak pengalaman hidup terlebih dahulu, mengumpul harta untuk hari tuanya dan membahagiakan hati ibu tuanya sebelum dia mengambil keputusan untuk berkongsi hidup dengan seorang yang bernama wanita??


******************************* T A M A T ******************************

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:02 PM | Show all posts
" SETIA KU MASIH DI SINI " . ...


Suasana santai di restoran kampung itu membuatkan Mawi selesa untuk makan di situ seandainya ada waktu terluang.  Sejak dari tadi, dia masih lagi tersenyum-senyum melihat Marsha apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku di pejabat sebelum dia keluar makan beramai-ramai bersama Felix dan Akma kerana menyambut hari ulangtahun Marsha yang sudah dua minggu berlalu.

Selepas membaca secara rambang koleksi cerpen yang diberi sebagai hadiah harijadi oleh peminat dia dan Marsha yang menggelar kan mereka sebagai Teman Tapi Mesra dalam laman web Forum. Cari. Com, Mawi rasa kagum dengan semangat mereka yang terlalu banyak menyokong kerjayanya dan Marsha.  Bahkan sebelum ini sudah banyak rakaman video yang dibuat oleh satu lagi kelab peminat iaitu M2M Frenz yang turut meraikan persahabatan antara dia dan Marsha yang diberi kan sebagai cenderahati.    Mereka sentiasa ada di setiap pertunjukan yang melibatkan kehadirannya dan juga Marsha tidak kira  di mana sahaja di seluruh negara.  Sesungguhnya Mawi bersyukur kerana mendapat peminat-peminat yang menyokongnya secara ikhlas.

Apa yang lebih menggelikan hatinya ialah keghairahan peminat-peminatnya yang ingin menyatukan dia dan Marsha sehingga ke gerbang perkahwinan.  Memang tidak dapat dinafikan kemungkinan ini disebabkan keakrabannya dengan Marsha terserlah sejak dari dalam Akademi AF lagi.  Hanya Marsha satu-satunya wanita yang dilayan mesra sehinggalah kini masing-masing sibuk dalam mengejar cita-cita bergelar anak seni.

Hai, dari tadi tak abis-abis lagi ke Wie? Aku tengok ko ni kan kalau cuba diganding2kan ngan Marsha, mesti sengih memanjang.  Korang ni mulut kata lain tapi dalam hati kata lain kut? tegur Felix yang pelik melihat Mawi asyik tersenyum sahaja.  

Takde la aku pun pelik camne la dorang leh kata aku ngan budak manja ni bercinta.  minah ni dengan sesape pun dia mesra dan manja kan?. Mawi terus ketawa besar tapi terdiam bila terasa perit lengannya dicubit Marsha.

Banyak la cantik muka awak kata kita ni mesra alam gitu, rajuk Marsha sambil memuncungkan bibirnya yang cantik dan seksi itu.  

Spontan Mawi dan Felix ketawa apabila teringat bagaimana reaksi mereka bila melihat muncung Marsha  sewaktu merajuk di dalam Akademi.  Akma juga turut ketawa melihat gelagat lucu teman baiknya itu.

Ha ah la Sha, aku ingat Jiwang United aje yang asyik dok kenen aku ngan Felix tapi rupa2nya korang berdua lagi teruk ya sampai dua kelab peminat mendoakan.  Susah2  sangat korang declare aje memang betul apa yang diharap2kan itu.  Taklah asyik nak cover line aje memanjang, saran Akma tersenyum-senyum.

Ko nak mampus..silap haribulan ada orang kena bom macam Altantuya? jawab Mawi sambil tersengih memandang Marsha.  

Ya la Ma, u bukan tak kenal Mawi, penyanyi no. 1 Malaysia kan menjadi sebutan dan perhatian di mana sahaja terutamanya sutun-sutun media tu,  cebik Marsha sambil menjelir geram ke arah Mawi.

Tau takpe jawab Mawi spontan.  Sebab tu aku buat derk aje apa yang dorang gosipkan tu walaupun hakikatnya korang pun tau siapa wanita yang berjaya curi hati aku ni?.  

Ah! apa aku tak tau lak Wie sape pompuan bertuah tu, Felix mencelah.

Ko tanya Marsha la Lix kan dia tau semua hal aku Betul tak Sha? tanya Mawi sambil mengenyitkan matanya.
  
Aku rasa aku tau sape sebab ada orang tu siap tukar lirik Gadis Melayu jadi Gadis Tamparuli dengar citer, usik Akma yang dari tadi hanya ketawa.

Takde maknanya Ma..pilihan cik abang botak ni ramai tau sekarang ...u sebut aje semua gadis ada dari Utara sampailah   ke Selatan.  Betul tak sayang? cabar Marsha sambil tersenyum geram.  

Tapi Gadis Tamparuli juga pilihan di hati.? Mawi terus-terusan menyakat Marsha.

Tapi apa jadi dengan gosip panas ko ngan Praap lak?  Takkan pokok klapak bergoyang kalau takde angin yang bertiup kan.? tanya Akma serius. Korang berdua memang patut le dapat gelaran Raja & Ratu Gosip oleh Azwan Ali tu, memang sesuwei..la,

Boring tul la nak jawab soklan ni? abang tolong jawabkan untuk Sha, boleh, rayu Marsha sambil tersenyum manja kepada kekasih hati.

Eh manalah kita tau nak jawab, kut memang betul awak ada perasaan dengan Lee pulak kan,? Mawi sengaja membiarkan Marsha menjawab kerana dia sendiri keliru pendirian sebenar buah hatinya itu.

Hmmmm, mula-mula tu memang la ada sikit-sikit rasa tertarik sebab dia pandai ambik hati I, selalu bersedia menolong bila I perlukan kawan waktu u all semua sibuk tapi lama-lama I rasa dah terlebih perasan lak sidia tu bila I pun yang memang agak mesra dengan famili dia dan dia lak putus hubungan dengan Farah.  

Tujuan asal hanya kerana I perlukan kawan tapi dia boleh lak mengaku dengan orang dan kata kita orang couple? Marsha mula memperlahankan suaranya kerana rasa sebak menyusuk dada.

Melihatkankan keadaan Marsha yang mula sedih, Mawi menarik perlahan tangan kekasihnya sambil memberikan senyuman yang paling manis.  

Dah la Sha, takyah citer lagi. Semua tu jadikan panduan agar masa depan lebih berhati-hati dengan kebaikan orang.  Aku tahu ko tak berniat apa-apa tapi telah disalahertikan.  Kebetulan wartawan memang cari ruang untuk kenakan aku so dia cuba putar belitkan kenyataan sebenar janji dorang dapat kacau hidup aku. Dorang memang dari dulu tau selain keluarga aku hanya berita sensasi Marsha aje yang boleh bantu dorang usik ketenangan aku! bisik Mawi perlahan.

Ok ok jangan sedih-sedih lagi tadi kata nak celebrate birthday girl ni so apa lagi jom le cepat!  saran Akma

Hai, Wie takkan takde hadiah dari jauh. Aku tengok ko semakin hitam bila balik ni, ko kutip banyak sangat kulit kerang ke kat tepi pantai Maldives  tu? sakat Felix meredakan suasana yang menjurus ke arah kesedihan.  

X da la takkan aku nak kasitau ko, biar Sha sorang aje yang tau tapi kalau takde hadiah pun aku rasa mesti awek aku ni tak marah sebab dah lama aku hadiahkan hati aku ni kat dia!. Mawi mula bercanda.

Poyo lah ko ni Wie jiwang karat tul.  Apa ko dah buat kat kembar aku ni Sha! usik Felix.

Tak wat apa2 tapi sejak aku serahkan jiwa raga aku kat dia, semakin jiwang lak aku tengok, Marsha tergelak besar.

Elok sangat la sorang poyo dan sorang lagi skema...? sambung Akma.

Akhirnya mereka berempat meneruskan makan malam itu sambil bergurau senda.  Teruk Mawi dan Marsha dikenakan oleh Felix dan Akma.  Masing-masing gembira kerana bukan mudah untuk mereka duduk bersama-sama bercerita tentang hal-hal seharian.  Mawi hanya memandang dengan rasa kasih yang tepu kepada Marsha kerana  akhirnya terjawab juga segala persoalan dihatinya tentang kesetiaan Marsha dalam perhubungan mereka.  Dalam hatinya dia berjanji untuk tidak mensia-siakan harapan gadis  ayu manja ini kerana Marsha adalah penawar dan juga racun dalam hidupnya.



######### T            A             M             A            T #########

[ Last edited by  adik_nazgul at 7-12-2006 08:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:03 PM | Show all posts
Lupa lak tajuk cerpen aku....SETIAKU MASIH DI SINI
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:04 PM | Show all posts
Sedih pulak aku membaca cerpen ni,tak pe bunga bukan sekuntum ,banyak lagi yg kembang.Mawi duk tido lena aku yg sedih giler.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:09 PM | Show all posts

Reply #382 zubaidahmior's post

:clap::clap:

best
sedap dibaca

tapi wa sedih
cinta tak kesampaian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2006 02:16 PM | Show all posts

Reply #382 zubaidahmior's post

mcm relevan dgn keadaan semasa aje ni.
sob..sob..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:17 PM | Show all posts

Reply #383 cheduk's post

hepi ending

tersonyum den baco :clap::clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2006 02:20 PM | Show all posts
fuiyooo . ..
makin bertambah cerpennn .. :clap:

ada 3 cerpen terbaru belum baca.. .
sabar ye sayang semua.. . :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:21 PM | Show all posts

Reply #383 cheduk's post

tahniah ceduk... bravo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 02:28 PM | Show all posts

Reply #367 chekshu's post


tak dapat nak ungkap dgn kata2,
mmg best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ... :solute:

<nak lagi, nak lagi :nyorok:>
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:29 PM | Show all posts
kreatif2 korang nih....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:37 PM | Show all posts

Reply #391 adik_nazgul's post

tQ adik :tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:38 PM | Show all posts
err..Mod,
mana aci chekshu antor byk cerpen..!
karang dia menang semua kang...
kempunan le kami2 ni ha...
(sambil jeling chekshu ngan lirikan mata yg tajam..:kerek :bgrin:

kita ni antor 1 jek tau... idea tak muncul2 lagik ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 02:42 PM | Show all posts

Reply #394 putubambu's post

jangan risau,
tak akan ada pemenang bolot semua hadiah ...
sorang pemenang dapat SATU ANGPAW ! ... .
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:49 PM | Show all posts
Sebenarnya aku buat cerpen tu memang ikut mood terkini..sedih, sayu dan muram aje aku tengok kengkawan semua.  Nak buat yang ceria pun tak tercapai dek akalku hehehe (kengkononnya tak kisah la kalau dorang takde apa2 sebenornya tapi masih mengharap tu kuikuikui)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 02:51 PM | Show all posts

Reply #394 putubambu's post

adeh bam!

gitu plak pikio mike
keme antor bebanyak tu
nak memeriahkan majlis aje.....

tak kisah pun tak menang
kome nak ambik jer la angpow tu

adehhhhh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 02:53 PM | Show all posts
selain dapat angpaw
penyertaan,
setiap peserta pasti akan bawak angpaw
sekurang kurangnya 50  ... :ah: ... 50 rupiah .. .. .
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 02:54 PM | Show all posts

Reply #388 chekshu's post

bila tengok seminggu dua nie langit mendung awan kelabu je, cuba lah ceriakan hati kengkawan semua kan (wlaupun aku pun sedey gak dengor berita nie semua) hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 02:55 PM | Show all posts

Reply #382 zubaidahmior's post

thanks syg ... :solute:
mmg bagus .. . menepati tajuk. ..

bukan senang nak pilih tajuk menepati kehendak
cerite. ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.587131 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list