|
LEGEND OF FANG DE AND MIAO CUI HUA ~ Borak2
[Copy link]
|
|
Tengok iklan utk esok FTW masuk istana. Apalah agaknya si FTW nak buat ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk MCF kena habis2 ngan mak mertua dia .... tapi lepas tu kamceng balik, siap mak mertua dia boleh kata "Lepas kau pakai baju berjuang tu, kau langsung tak bermesra dgn anak aku!" :lol sayang lagi dia kat MCF, ingat dah berpatah arang dah .. ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Episode selasa 2-1-2007
Masih lagi dirumah tumpangan. FTW ckp yg Long Sei bersetuju akan membalas dendam sekiranya ada peluang. FTW juga cakap yg dia menjumpai nota rahsia yg ditinggalkan. Tulisan pada nota itu serupa dengan nota2 yg terdpt dlm buku yg dibaca oleh 7 ketua kumpulan yg dibunuh dulu tu. LTT sengaja tinggalkan nota itu untuk membongkarkan rahsia taukeh perempuan. FTW pun meneruskan teori dia bagaimana kes2 ini berkaitan. FTW kata Taukeh perempuan sengaja mengalihkan pandangan dia dgn menggunakan LSW agar dibawa ke tmpat lain.
[Flashback]
Pakcik2 seguru memujuk FTW agar jgn ikut LSW. Mereka kata MCF dirumah diam tak berkata apa2. Dorang tak moh FTW dirampas oleh LSW. FTW kata baiklah suruh MCF dtg selamatkan suami dia dari dirampas. Then dorang berpakat untuk next step. FTW suruh pakcik2 ckp dgn Long Sei yg LTT ada dirumah kediaman tersebut.Then masa dorang susun daun untuk bakar tempat kediaman, salah satu ketua dari 7 kumpulan dtg berjumpa dengan FTW secara senyap mengatakan LLF merupakan orang perantaraan Taukeh perempuan.
[End Flashback]
FTW tanya LLF, ko rasa adakah dia ni Taukeh perempuan. LLF kata tak tahu pasal aku cuma pernah dengar suara dia aje. Ko rasa camna? FTW kata ini bukan Taukeh Perempuan pasal dia nampak cemas dan tak berupaya nak menguruskan hal2 begini. LLF kata iyalah. FTW ckp lagi ntah2 dia ni wanita suci yg punyai suami dan anak. LLF tanya kat perempuan tu adakah ko ni Toh Lai Leong[nama taukeh perempuan]. FTW dan LLF tanya lagi apakah niat dorang sebenarnya nakkan duit dan peta istana. Perempuan yg menyamar sebagai taukeh perempuan tu ckp yg dia akan beritahu didpn kubur FTW dan LLF. Dia pun bangun dan bertarung dgn FTW dan LLF. Then perempuan tu berlari keluar untuk menyelamatkan diri tp berjaya dikejar oleh FTW dan LLF. Perempuan itu pun membunuh diri. Sebelum mati, perempuan itu yg bernama Yue Wah sempat berkata dia lebih rela bunuh diri dari dibunuh oleh lelaki.
FTW dan LLF pun berlari ke rumah tumpangan semula. Sampai jer dorang tgk duit dah hilang. LLF kata cepatnya duit hilang. Then terdengar suara HY. FTW tanya Atuk Miu mana. HY kata ada didlm bilik. Diluar dimana mayat Yue Wah, kelihatan mamat yg jadi pengintip utk LLF dlm kumpulan Long Sei datang untuk menyelamatkan Yue Wah. Tp dah terlambat.
Dlm bilik elihatan bapak MCF diikat pada tiang. Manakala baby Long Sei diatas meja. Bapak MCF tanya pasal duit2 tu. HY kata semua dah diamik.Bapak MCF menangis, FTW pun tunjuk seketul duit emas dah ramas dpn bapak MCF. Kata FTW, kelak mesti ajar dia beza duit palsu dan betul.Bapak MCF kata FTW dah pandai dan dia menangis lagi.Disuatu tempat yg sunyi dlm hutan, Nam Jing dan San Kok membuka kotak2 yg bawak duit yg dilarikan dari rumah tumpangan. Bila Nam jing pegang duit tu, ianya jadi hancur. Nam Jing tak puas hati dan jatuhkan kotak kebawah. Nampak duit2 tu semuanya hancur. Taukeh perempuan terkejut dan geram kerana dia ditipu. Dorang bertanyakan bagaimana si Yue Wah. San Kok volunteer nak gi tengok. Rupa2 pakwe Yue Wah dah bawak mayat dia kesitu. Pakwe dia minta Taukeh Perempuan agar membalas dendam untuk Yue Wah. Taukeh perempuan lagi geram dan suruh pakwe dia pergi jalankan tugas.San Kok tanya adakah nak batalkan rancangan since Yue wah terkorban. Nam Jing pula kata since dorang dah tau kita nak peta istana, tentu tindak tanduk selanjut mereka telah diketahui. Taukeh perempuan suruh San Kok dan Nam Jing pergi ke ibukota. Ting Wan dan dia akan menyusul kemudian.Dirumah LLF, kelihatan 7 org ketua kumpulan dan Long Sei menunggu kedatangan dan berita FTW dan LLF. MCF sampai. Dia ckp nak jumpa LSW. Long Sei kata yg LSW bersubahat dlm kes ini. MCF tak peduli dan nak jumpa ngan LSW juga. Long Sei tak boleh nak kata apa, dia kata LSW ada di bilik. MCF pun nak pergi tp cuba dihalang oleh 7 org ketua kumpulan. MCF kata cuba nak halang saya?? Long Sei beri isyarat agar lepaskan MCF pergi.
Dibilik dimana LSW berada, LSW nampak susah hati dan dijari dia asyik belek2 duit peninggalan bapa FTW. MCF masuk dan tanya khabar LSW. MCF kata FTW suruh dia jenguk LSW. LSW bengang giler. LSW marah kerana dia bodoh hingga boleh diperalatkan oleh Taukeh Perempuan dan FTW. Tp dia masih menyintai FTW. MCF kata ko bukan bodoh tp ikhlas terhadap percintaan. ko berani mengaku tetapi aku tidak. MCF mengaku pada LSW yg dia pun telah jatuh cinta dengan FTW. LSW dengar terkejut.LSW kata aku beritahu ko segala2nya tp ko...[LSW tak dpt habiskan ayat dia pasal geram] MCF kata klu dia berpisah dgn FTW, harap kita masih berkawan seperti dulu. LSW tak moh dengar semua itu dan minta MCF pergi dari situ. Then dengar sora orang menjerit memanggil MCF pasal FTW dah sampai situ.
Di ruang tamu LLF, dorang diskus bagaimana nak uruskan hal LSW. Long Sei kata nak bunuh LSW. MCF tak kasi. Kata Long Sei, LSW bersubahat dengan hal ini. MCF tetap kata tak boleh. Katanya LSW adik segurunya biar dia bertanggungjawab. Long Sei minta FTW bersuara memberi pandangan. MCF pandang FTW kata tak perlu bersuara. Manakala di bilik LSW, LSW terdengar orang berkata2 diluar yg dorang tgh berbincang pasal hal LSW. LSW pun bangun.Situasi di ruang tamu LLF makin tegang. MCF tetap kata tak boleh. LLF terus bersuara kata dia yg ajar LSW agar berbuat begitu. Dia juga yg melepaskan LTT dan menyebabkan FTW berhutang budi. Biar dia [LLF] yg dibunuh dengan syarat LSW tidak dibunuh. LSW dengar dari luar. FTW akhirnya bersuara dan minta agar hal LTT dan Toh Lai Leong diserahkan kepadanya. Long Sei kata dia mendengar kata2 FTW since FTW dah selamatkan anak dia. Yang lain2 pun setuju.
LLF berjalan di luar then terjumpa dengan LSW. LSW kata terima kasih kerana cuba menyelamatkan dia. LLF hantar LSW ke bilik dan minta LSW berehat. LSW tanya adakah LLF pengikut taukeh perempuan?? LLF kata mereka saling memperalatkan tp gagal.LLF pun keluar dari bilik LSW. Diluar pengintip taukeh perempuan yg juga orang gaji LLF dah menunggu LLF di situ. Dia melutut dan meminta maaf. LLF tanya kenapa?? Dia meminta maaf pasal LTT. Then LLF kuatir didengari oleh LSW, mengarah pergi ke tmpt lain untuk berbincang. LSW mmg dah terdengar sedikit dan agak musykil.
Disatu tempat sunyi still dlm kediaman LLF, LLF dan orang gaji dia tu berbincang. Dia minta maaf kerana menipu LLF. Sebenarnya LTT masih lagi dlm bilik rahsia. Dia beritahu LLF pasal terhutang budi.Pasal LLF tak bunuh dia walaupun tahu dia jadi pengintip taukeh perempuan. LLF fikirkan tujuan taukeh perempuan nak kenakan dia agar dia bertelagah dengan Long Sei. Dorang pun beredar ke bilik rahsia. LSW mengintip dorang dari belakang.
Di bilik rahsia, LTT diikat di tiang. LTT kata ko datang. Dorang ada ckp pasal FTW. Then FTW pula masuk dan kata dia tak percaya. Diluar kedengaran suara ramai kata bunuh LLF, bunuh LTT, bunuh LLF, bunuh LTT.LTT dibawak kehadapan 7 ketua dan Long sei. Diantara dorang tu terdpt pakwe Yue Wah yg dah mati disebabkan FTW dan LLF. Long Sei kata tak sangka LLF begitu licik. LLF bersalah pasal melepaskan LTT. Mamat yg jadi orang gaji LLF melutut depan Long Sei kata dia yg bersalah dan jadi pengikut taukeh perempuan. Pakwe Yue Wah tak tahan dan sepak mamat tu. Dia kata macamana dorang tau LTT ada disini. Sapa beritahu. Dlm kekalutan tu pakwe Yue Wah sempat campakkan kunci rantai secara sembunyi ke tangan LTT semasa nak belasah orang gaji LLF tu. Pastu dia ckp pasal FTW dan LLF bunuh Yue Wah. Long Sei kata camna ko tahu hal ni.. dia pun bunuh pakwe yue wah tu. LTT pun dpt lepaskan diri. Dia bertarung dgn semua orang kat situ. FTW cuba menangkapnya. Tp LTT dpt lepaskan diri dia. LSW plak cuba mengejar dan menahan LTT. LTT dpt tangkap LSW dan mengugut akan bunuh LSW. Long Sei kata bunuh keduanya sekali. MCF dan LLF kata tak boleh. Akhirnya FTW kata biar dia yg akan menangkap LTT. Long Sei kata takan FTW nak selamat pakcik seguru ke 4 nya.
[ Last edited by ckucin at 3-1-2007 11:23 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LSW mulakan muslihat dia mengumpan LTT. Dia kata dia kenal Taukeh perempuan dan bawak LTT berjumpa dengan dia. Sambil itu LSW bagi isyarat tangan kepada MCF akan muslihat dia tu. MCF kata diam!. MCF kata dia akan bertanggungjawab akan apa akan terjadi. FTw pun backup isteri dia. LOng Sei pun percaya dan berundur. LTT percaya kata2 LSW dan bawak LSW pergi ke tmpt dimana Taukeh perempuan tu ada.
LTT tanya mana taukeh perempuan tu..betulker dia ada kat sini. FTW pun sampai dan lemparkan sebiji batu kearah LTT. LTT dan LSW pun terpisah jauh. FTW, LLF, MCF dan LSW pun berdepan LTT untuk membunuh dia. MCF ceritakan pasal isyarat tangan LSW. LTT kata ada satu rahsia dia nak kasi tau yg LLF berniat nak bunuh FTW. LLF pun serang LTT. LLT kata dia takan mati ditangan orang yg pernah melutut padanya dan mengambil pedang LLF. LTT cucuk pedang tu kebatu dan terus bunuh diri dengan pedang LLF. Akhirnya LTT mati bunuh diri. FTW pun berdiri sebelah LFF tanya benarkah kata2 LTT tadi. LLF kata benar. FTW kata ko nak bunuh diri atau nak aku bunuh ko. LLF pun amik pedang tu nak bunuh diri. tp ditahan oleh LSW. Kata LSW klu nak bunuh LLF kena bunuh dia sekali pasal dia dah berjanji akan berkahwin dengan LLF. MCF pun pegang bahu FTW. FTW tak jadi nak bunuh tp pesan yg dia tak moh jumpa mereka lagi.
MCF dan FTW berjalan keluar dari kediaman LLF tu. Dlm perjalanan tu jumpa Long Sei dan kuncu2nya.Long Sei bertanyakan LTT. FTW kata LTT dah mati dan minta jangan diapa-apakan LLF dan LSW. mereka tak bersalah katanya lagi. Long Sei meminta maaf kerana bertengkar dengan FTW. Dia tak tahu yg LSW bagi isyarat pada MCF. FTW dan MCF kata tak apa2.. dorang pun teruskan perjalanan balik. FTW tanya kenapa senyum. MCF puji FTW. MCF kata dia tau FTW akan bantu dia juga. FTW kata macam ler ko pandai. MCF kata mmg aku pandai.. aya..cepat balik. Musti HY tunggu. Dia pun lari mengharungi hujan.
Di satu kawasan berbukit kelihatan LSW berlari sambil dikejar oleh LLF. LLF dpt pegang tangan LSW. LSW kata jgn berangan2 nak kahwin dengan dia. LLF kata berangan2? Kenapa ko tak boleh lupakan FTW tu. Kenapa mesti menyiksa diri. then LSW kata suka hati, suka hati, suka hati. then PANG kena pelempang LLF. LLF rasa bersalah kerana bertindak begitu. LSW menangis dan pergi dari situ.
Sementara di kediaman Long Sei si Ting wan menyerbu masuk. Dia kata berani menipu dia dengan hal duit tu. Ting Wan cuba nak bunuh Long Sei tp Long Sei lebih dahulu pasang perangkap. Ting Wan dipanah. Masa nak mati tu sempat Long Sei kata ko ingat aku takut. Ko pernah tgk aku baca buku. ingat mudah nak kuasai lelaki. Lain kali kena perancangan yg lebih terteliti. Ting Wan ckp jgn harap.
Dirumah keluarga Fong, HY sedang menunggu kepulangan MCF dan FTW. MCF dan HY berpelukan. HY ckp lamanya. MCF kata kenapa. HY kata ayah MCF dibelasah kat dlm. MCF tanya kenapa belasah ayah dia.HY kata disebabkan ayah MCF penyebabnya ayah FTW mati. Ayah MCF berkurung dlm bilik sambil menyapu ubat pada tangan dia.. diluar kedengaran suara2 pakcik2 seguru menyuruh Ayah MCF keluar. Ayah MCF kata mana adil 6 lawan 1. Manakala di bilik mak FTW, mak FTW geram bercampur sedey pasal akhirnya dia tahu bagaimana suami dia boleh mati. Dia pun keluar dan tendang pintu bilik dimana ayah MCF menyorok. Pecah pintu tu dan dia terus masuk dan belasah ayah MCF. Mak FTW kata aku akan bunuh ko. Ayah MCF kata cepat ler bunuh aku. Mak FTW pun pukul2 ayah MCF sehingga MCF dtg dan jerit berhenti. Kelihatan dibuku lima mak FTW ada darah dan begitu juga ayah MCF.
Didpn papan peringatan bapak FTW.. semua melutut dan menangis2. Mak FTW kata selama ini dia tak sebut nama bapak FTW. dia juga larang yg lain2 menyebutnya. Dia cuba menipu diri dengan tiada berlaku apa2 . Kenapa selepas 10 tahun mahu dia berjumpa dengan orang itu.[ayah MCF]. Mak FTW meluahkan perasaan kenapa tak biarkan dia[mak FTW] mati bersama2nya [ayah FTW].
Dalam bilik MCF merawat ayahnya. Ayahnya tanya ada darah ker.. MCF kata cuma bengkak jer. Ayah MCF berleter lagi.. aku dah kata jgn belasah kat muka.MCF tanya ayah dia kenapa sebelum ni ayah dia tak pernah cerita ttg hal ni. Ayah MCF puji akan keberanian ayah FTW. MCF kata jadi ayah tau ler FTW tu anak FSL. Ayah MCF kata ya..itu sebab dia nak sangat anak dia tu kahwin dengan FTW. MCF kata kenapa tak ckp dulu. Ayah MCF kata FTW lelaki yg baik, dan beruntung MCF kahwin dengan dia.
Next scene FTW berbual dengan ayah MCF, FTW bertanyakan bapanya. Ayah MCF kata at first dia tak moh jualkan peta itu walaupun FSL merayu. pasal FSL waktu itu ada anak dan isteri dan takut mungkin terbunuh. Then FTW tanya lagi kenapa pula akhirnya jual. Kata ayah MCH, ayah FTW tu lelaki yg berani dan sanggup mati demi keadilan dan negara. FTW pun bangun dan kata bapa dia pernah pesan begitu. Ayah MCF ckp mmg ko serupa dengan bapa ko. tak sia2 ko berkahwin dengan MCF dan jadi menantu aku. Dorang pun berpelukan.
Dibilik mak FTW, MCF bawakan sup. MCF pujuk mak dia makan sup tu. Mak FTW kata ko bubuh racun ker?? MCF kata ayah dia tak marah apatah lagi dia. Mak FTW bangun sambil kata aku tgk marah, aku akan bunuh ayah ko. then dia tgk sup tu. Mak FTW kata aku tak suka ko jadi menantu. pergi!! MCF kata jgn ler garang. mak FTW jerit lagi pergi. Tunggu kata mak FTW. Mana baju pertarungan aku. MCF kata nanti pulangkan. Mak FTW tanya berapa kali pakai. MCF kata 2 kali. Mak FTW kata lagi tentu dah kotor. MCF kata nanti dia akan basuh sebelum pulangkan. mak FTW tanya pernah bermesra dengan anak dia masa pakai baju tu. MCF kata tak ada. Mak FTW kata tak ada??!!. Dia dah bagi segala peralatan tp tak buat pun.Mak FTW pun tinggi sora dan kata selagi ko tak lahirkan anak untuk keluarga Fong jangan harap nak keluar dari situ atau dia akan patahkan kaki MCF. mak FTW pun minum sup tu. MCF minta mak FTW tolong dia.
[Scene lawak]
Didlm bilik tido FTW tengah betulkan selimut MCF. Then dia nampak kelibat. FTW tanya sapa tu?? Orang tu ckp saya. FTW kata Chinbui jgn pergi jejauh, sini ckp sudah ler. Baru mak FTW keluar dengan mask hitam tu. Mak FTW yg tgh menyamar tu tanya ada tak org mcm dia dtg jumpa dengan FTW. FTW ckp ada. anak perempuan awak. Nama Siu Ye . Mak FTW kata ngan nada musykil anak aku?? ahhh.. pura2 teringat. mak FTW tanya adakah FTW jatuh hati dengan anak dia tu? FTW kata ada tp Siu Ye tu dah berkahwin dengan orang yg separuh nak mati. Mak FTW tanya dah kahwin?? kenapa dia tak ckp kat aku pun [dgn nada musykil]. mak FTW ckp adakah ko cuba nak menipu dia. FTW pun cepat2 rentap topeng yg menutup muka mak FTW. akhirnya terbongkar rahsia..
Di ruang tamu, dia buat begitu pasal nak berbual2 dengan anak dia. FTW ckp tak payah ler nak bertopeng2. mak FTW naik darah ckp dia pun nak tahu pemikiran anak dia tu. FTW kata camna nak berbual asyik selamatkan mak dia dari kena tangkap. mak FTW ckp klu camtu baik dia kluar agar kena tangkap. FTW kata kenapa le nak cari masalah. Then dia minta maaf. Mak FTW kata dia buat begini demi MCF. FTW kata MCF kelam kabut. Mak FTW nak FTW pura2 tak tahu hal nie.
Dibilik mak FTW, MCF tak sabar nak tau berita dari mak FTW. Mak FTW kata MCF kena tenang.
Dlm bilik tido.. FTW dah ready nak tido. MCF masuk. FTW suruh cepat tido. MCF kata betul ker FTW tak ada perempuan lain. FTW tanya MCF puan fong yg keberapa? FTW pun suruh dia tido aje. MCF baring sambil memerhatikan suami dia tido.
Di rumah LLF plaks. LSW dlm bilik sedang berfikir ttg dirinya. LLF diluar memujuk LSW. Dia rasa gembira walaupun LSW tipu dia dengan kata nak kahwin dgn dia. walaupun dia tau tujuan untuk selamatkannya.LSW dengar aje apa yg diperkatakan oleh LLF.
[tamat]
[ Last edited by ckucin at 3-1-2007 07:10 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ckucin at 2-1-2007 11:47 PM
LSW mulakan muslihat dia mengumpan LTT. Dia kata dia kenal Taukeh perempuan dan bawak LTT berjumpa dengan dia. Sambil itu LSW bagi isyarat tangan kepada MCF akan muslihat dia tu. MCF kata diam!. MC ...
:tq: :clap: :bodek:
seb baik ko wat kn sinopsis ni....aisey manyak tul part best yg termiss...huhuh..kalo ler ader cd yg sub punyer...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah balik, ni boleh serahkan tugas wat sinopsis balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehhe....bg aku wat sinopsis...ayat mmg ikut suker hati arr....adesss best per ko wat sinopsis ni...tersusun cantik jer ayat...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
nak ketawa tul kalau teringat balik tang scene lawak kat bilik tidur tuh ....ahahahhhha:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by moondance at 3-1-2007 11:19 AM
hehehhe....bg aku wat sinopsis...ayat mmg ikut suker hati arr....adesss best per ko wat sinopsis ni...tersusun cantik jer ayat...:bgrin:
statement ni lain macam jer bunyi ni... :hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
kak ckucin dan moon membahagikan tugas buat sinopsis nampaknyer .. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ckucin at 3-1-2007 12:34 PM
statement ni lain macam jer bunyi ni... :hmm::hmm:
muahahaha....cam tak paham2 laks...:bodek:
maner ler tau....in case miss lagi..heheh..
arap2 xler miss agik....dh masuk part romantik FTW ngan MCF lak tu..:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #391 moondance's post
ok.. ckucin jadi back up moondance ... kita buat selang seli. hari ni moondance buat esok ckucin laks.
[ Last edited by ckucin at 3-1-2007 01:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by im_comey at 3-1-2007 12:34 PM
kak ckucin dan moon membahagikan tugas buat sinopsis nampaknyer .. :lol
:setuju: :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #392 ckucin's post
hehehe...ok no hal...jadik part time sinopsis...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun missed byk episod gak..thanks arr ckucin...best arr |
|
|
|
|
|
|
|
bel pun missed episode ari Isnin gan Selasa...
time cuti tu bel kena lak demam gan flu jangkit dari anak saudara hubby so 1st time New Year..bel celebrate dlm tido...:kant:
thanks ler ckucin sbb buat sinopsis...:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Aduss gelak guling2..FTW pas dia kena pukul 30 sebatan ckp bukan ker pegawai2 kenal bapak dia.. pakcik2 tu ckp bapak FTW pun kena pukul juga. FTW kata habis tu kenapa saya kena gi merayu pada pejabat hakim. Pakcik2 tu jawab bukan ker ko nak ikut jejak ayah ko.. ekekekkekekekekekeke.. sakit perut aku gelakkan..
Lagi statement MCF kata kat LSW yg FTW tak tahu dia kat situ.. ekekekekekkeekek... lawak tul MCF ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak tanya ckucin or emiko...
FTW tau x CF menyamar....:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #398 isabel's post
FTW dah tau Siu Ye itu adalah MCF yg menyamar...
[ Last edited by ckucin at 4-1-2007 09:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #399 ckucin's post
heheheh..ye ke...
and then CF tau ke TW tau rahsia dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|