CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kuchenta_81

~ jom kito masak2..makan2.. ~

[Copy link]
Post time 18-9-2007 11:16 AM | Show all posts
NASI AMBANG


Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng (sayur campur orang jawa)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)
Ulam timun
Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok
Tempe goreng - Optional

Cara Hidang
1.        Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.
2.        Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya.  Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian.  Kalau diletak satu bahagian setiap satu pun tidak mengapa.
3.        Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata.  
4.        Kalau diikut cara yang betul, hidangan tidak dimakan dirumah kenduri hanya dijamah sesuap dua.  Ianya akan dibawa balik untuk dimakan bersama keluarga.
5.        Kertas atau plastik pembungkus disediakan oleh tuan rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 11:19 AM | Show all posts
SAMBAL GORENG JAWA


1 kati Ubi kentang dipotong jejari dan digoreng
6 keping tempe dihiris nipis juga digoreng
1 kati paru direbus dan dipotong nipis (boleh dipelbagai dgn udang, kerang, mempedal ayam etc)
10 biji cabai masak dihiris nipis
10 tangkai cabai kering dipotong nipis
RM1.00 suhun direndam lembut
5 keping tauhu dipotong dadu & digoreng
2 papan petai dikupas kulit dan belah dua
5 biji bawang kecil dimayang halus
5 biji bawang putih dimayang
2 inci halia dimayang
secubit belacan
ayer asam jawa secukup rasa
1 senduk kicap
1 senduk gula
1 sudu kecil garam
secubit Ajinamoto

Cara-cara masaknya.
1.        Bawang kecil, putih, halia ditumis hingga kekuningan lepas tu masukkan belacan secubit (tekan-tekan dgn senduk bagi hancur sikit).
2.        Dah tu masukkan cabai masak, cabai kering, suhun, petai, kicap, gula, garam, ajinamoto dan ayer asam jawa. (rasa sikit kalau ada yang kurang tu tambah apa-apa yang patut, masakan rasanye pedas-pedas manis sikit)
3.        Lepas tu agak-agak dah 3-4 minit campur paru, ubi kentang, tempe, tauhu dikacau rata dan boleh lah dihidangkan.

Sedap dimakan dengan nasi himpit, ketupat dan nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 10:07 PM | Show all posts
terrer memasak ni....... blh datang utk makan tak???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 08:30 AM | Show all posts

Reply #383 cintan66's post

ha.....ha.....ha suke kumpul resepi jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2007 08:40 AM | Show all posts
lagi lagi kak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 09:47 AM | Show all posts
AYAM SATAY GORENG

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 8
3 cawan air
garam dan gula merah secukupnya
5 biji limau nipis

Tumbuk
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 1/2 sudu makan cili kisar
1 susu makan ketumbar
2 batang serai
4sm lengkuas

Perasa
20g asam campur dengan 1/2 cawan air
100g kacang digoreng dan ditumbuk halus

Cara-cara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2007 09:48 AM | Show all posts
DAGING DENDENG

Bahan-bahan
500 gm daging lembu
1 biji kelapa parut
2 biji telur ayam
5 sudu makan tepung kanji
3 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
2 sm lengkuas dititik

Tumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan
2 sudu kecil ketumbar
4 biji cili merah

Cara-cara
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 09:50 AM | Show all posts
LALA GORENG PATTAYA

Bahan-bahan
300 gm lala dicuci bersih
4 ulas bawang putih
2 sm halia dihiris
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 biji bawang besar - dihiris bulat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 09:51 AM | Show all posts
ASPARAGUS BERSAMA DAGING BERLADA HITAM

Bahan-bahan
300gm sayur Asparagus
400gm daging dihiris nipis
minyak untuk mengoreng
1 camca besar bijan yang digoreng
1 biji cili merah dihiris nipis untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, bawang dan lobak untuk hiasan

Bahan-bahan untuk di Perap (A):
2 camca besar kicap manis
1 camca besar air halia muda
2 camca besar sos tiram
1 camca besar tepung jagung
2 camca kecil gula halus
3 ulas bawang putih dicingcang halus
1 camca besar serbuk lada hitam

Cara-cara
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 11:41 AM | Show all posts
tak kan bagi resepi je........ bagi makan lah sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 02:07 PM | Show all posts
nnt alya cuba buat resepi ni dulu, baru boleh panggil cintan dtg mkn
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:29 AM | Show all posts

Reply #391 alya-hafidz's post

jangan bagi makan angin je..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:02 AM | Show all posts

Reply #392 cintan66's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2007 09:37 AM | Show all posts
kak alya, hani nak request resipi ikan patin masak tempoyak

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 08:42 AM | Show all posts
GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG/PATIN DLL IKAN

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)  
1 cawan tempoyak  
1 batang serai 10 biji cili padi  
Serbuk kunyit  
Garam  

Cara memasak:
Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah
dikisar dan serai yang telah dititik.

Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.

Letak garam secukup rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 12:35 PM | Show all posts
org pahang tak letak serai tapi letak daun kunyit dan daun kesom.  Letak kunyit hidup lagi sedap.  Di tumbuk cili padi, kunyit.  Tempoyak tu pun nak tumbuk skali pun tak per biar dia hancur tak payah nak kacau dgn air lagi. Bawang merah bubuh juga sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2007 10:50 AM | Show all posts
alya pun guna daun kunyit, ni petang ni buka nak masak gulai tempoyak ikan
tenggiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2007 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by alya-hafidz at 22-9-2007 08:42 AM
GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG/PATIN DLL IKAN

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)  
1 cawan tempoyak  
1 batang serai 10 biji cili padi  
Serbuk kunyit  
Garam  

Cara memasak: ...



thanks kak.

cuma, sebab CARI ni mengong lambat kuar page ni so tak sempatlah hani tengok resipi akak.

hani masak ari Jumaat petang tu, puas tanya ngan kawan kawan.

sib baik jadik, kira okaylah sebab first time masak. hubby pun kata ok
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 02:07 PM | Show all posts
lamo tak menjongah sini... sibuk bebona la

wah, skang main tuko2 resepi la.. best lak aii.

nanti nk buek yg ikan kurau tu.... (tp tak makan ikan masin pun sebenarnya.. hihi_)
takpo la.. buek utk jamu org makan yo

tepek la lagi... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 02:09 PM | Show all posts
oh lupo... klu nak menu menarik... ado kek satu fotopages peberet dia..

add betul dia tak hengat..
tp klu search kat google, type 'hanieliza'... siap gambar pulak tu
akak tu memang otai bab masak2 ni

byk menu den amek kek situ... memang best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 1.233621 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list