|
jangan ada yang pegi tuba dah lah lepas ni....
Timur: 6,000 benih temoleh dilepas ke santuari
Oleh Roselan Ab Malek
JERANTUT: Jabatan Perikanan Pahang melepaskan 6,000 benih ikan temoleh di beberapa santuari di perairan Sungai Tembeling iaitu di Lubuk Lenting di Sungai Tembeling dan Sungai Pengau berdekatan Kampung Pagi, dekat Kuala Tahan, kelmarin.
Kegiatan melepaskan benih ikan temoleh itu dilakukan penduduk Kampung Kuala Tahan, Tempan dan Pengau dengan dipantau lima kakitangan jabatan diketuai Timbalan Pegawai Penguat Kuasa Perikanan Darat (Kawasan Timur), Abdul Ghaffar Abdul Manaf.
Pada masa sama, jabatan juga melantik 11 penduduk Kuala Tahan, Tempan dan Pengau untuk bertugas sebagai pemantau dan pemuliharaan akuakultur menerusi program `Rakan Temoleh' di Hulu Tembeling.
Abdul Ghaffar berkata, pelepasan benih ikan temoleh dilakukan bagi membanyakkan pembiakan ikan air tawar di Sungai Tembeling dan Sungai Pengau, sekali gus mengatasi masalah kepupusan spesies itu pada masa depan.
"Selain benih temoleh, jabatan juga melepaskan spesies lain termasuk ikan patin, kelah, jelawat, lampam dan kerai membabitkan hampir 100,000 benih ikan di perairan Sungai Tembeling sejak dua tahun lalu," katanya di sini, semalam.
Abdul Ghaffar berkata, usaha jabatan itu bertujuan melakukan pemuliharaan spesies ikan bermutu tinggi untuk jangka panjang yang dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Katanya, projek itu juga bagi mendidik penduduk mencintai spesies ikan air tawar dan proses penangkapan untuk keperluan harian dilakukan hanya menerusi permit bagi mengelakkan pemusnahan ikan kecil.
Pemuliharaan spesies itu untuk mengelakkan kepupusan akibat penangkapan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan tuba, kuasa elektrik dan bom ikan.
"Kami memandang serius hal ini dan mewujudkan santuari serta zon pemantauan bagi membolehkan spesies berkenaan membiak secara bebas di Sungai Tembeling dan sungai lain di negeri ini," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Ghaffar berkata, jabatan sudah melantik 11 penduduk di kawasan berkenaan untuk memantau kegiatan penangkapan ikan secara haram, sekali gus memulihara spesies berkenaan.
Beliau berkata, selain memantau, Rakan Temoleh perlu melaporkan kepada penguat kuasa jabatan jika ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh zon larangan penangkapan ikan di santuari Sungai Tembeling.
"JPP mewujudkan zon penangkapan ikan air tawar berasaskan tempoh masa tertentu dan zon larangan di Jeram Panjang, Lubuk Katak, Dedari dan Pagi, kini mempunyai spesies ikan bermutu tinggi iaitu kelah dan ikan patin.
"Usaha dilaksanakan JPP ini untuk mengekalkan pelbagai spesies ikan berkenaan, sekali gus membantu kerajaan memacu sektor pelancongan di Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu Tembeling berasaskan bidang agrotourism," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arjunadewa at 18-6-2008 04:32 PM
A'ah kat temin tu ada mandi wap herba...dah lama aku nak pegi try tapi takde masa la...
memang best wandi wap giler..ada bawak family sekali....berasap badan..he he |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tenggelam...kita bagi timbul le |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #385 pepalih2's post
nak kena cari pelampung ni pepalih/aki we |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah pakai pelampung...pakai gambar jer up kan topik ni...
Ni gambar2 makanan biasa kat Jerantut...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni ikan patin masak apa ntah...aku balun jer...he he...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kat tempat lain pun banyak...daging masak kicap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun tempat lain banyak...tapi saja nak tepek...ayam masak lemak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambal petai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni tak banyak tempat ada....sambal itam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Errrkkk....Alhamdulillah....licin...
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai ati ko.... meleleh air lior....
nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... kat sini .... kempunan lah jawabnya...
arju: tinggal skit untuk anok ulor.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kome paling terlior tengok air sirap merah tu..mau 10 gelas kena teguk.. |
|
|
|
|
|
|
|
apsal ikan patin tu x abis? tak best ker? meh sini sket rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
ari ni abg ipar aku dtg dari temin, bwk durian..rupanya dah berbuah ek.. tp xbnyk katanya... alahai durian...x bleh la nak buat tempoyak! |
|
|
|
|
|
|
|
musim derian taun ni nampak tak berapa menjadi.....mahallah durian ni..apa-apa pun Pasaraya Aktif Baru mula operasi hari ini.......Aktif melenyapkan B5 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #399 pepalih2's post
jgn jolok, bior koi yg jolokkan..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|