|
Balas #380 ezos\ catat
xda la laju sangat just express ajer...
owh kat situ mmg biasa buat competition swim utk peringkat sekolah, kelab n lain2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #379 karambunai's post
two piece
kat condo one piece ler ... nanti jadi top celebrity plak
two piece kat beaches or kat pool hotel jer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #383 karambunai's post
tak leh sexy sangat ... nanti hubby marah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sxyizreen at 13-2-2009 11:09 AM
tak leh sexy sangat ... nanti hubby marah
suh hubby swim skali.. so nanti dia xmarah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni swim kat pool Kelana Jaya. Ramai gak yang pakai 2 piece. Tak tahulah mungkin sebab valentine day.
Kalau nak swim 2 piece, mungkin kat pool Kelana Jaya ok kot.
Ada tak forummer kat sini swim kat KJ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #386 kluangman's post
aku swim kat pusat akuatik shah alam ... wokey ajer tempat dia!! tak jauh pun dari rumah aku... tapi mmg ramai ler worang cisssssssssss... tapi sempat gak jamu mata tuh... tee hee |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jugak swim kat shah alam. Tapi outdoor pool dia cetek sangat. Indoor pulak sejuk sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Fraser dikenang sepanjang zaman
Susunan RADIAH SAORI
FRASER merupakan perenang wanita pertama dunia yang meraih
pingat emas acara 100 meter gaya bebas pada tiga temasya
Sukan Olimpik berturut-turut.
LEGENDA dunia, Dawn Fraser sudah berusia 72 tahun tetapi kehebatannya di kolam renang tidak pernah dilupakan.
Perenang kelahiran Australia itu merupakan perenang wanita pertama dunia yang meraih pingat emas acara 100 meter gaya bebas pada tiga temasya Sukan Olimpik berturut-turut.
Malah, dia juga merupakan pemenang pingat emas acara 4x100m gaya bebas pada Sukan Olimpik 1956 di Melbourne selain memenangi enam pingat emas pada Sukan Komanwel.
Paling tidak dilupakan, Fraser juga merupakan pemegang 39 rekod dunia selain mempertahankan rekod dunia acara 100m gaya bebas untuk tempoh 15 tahun bermula 1 Disember 1956 hingga 8 Januari 1972.
Pada Oktober 1962, Fraser muncul perenang wanita pertama yang berjaya mencatat masa kurang satu minit dalam acara kegemarannya itu apabila mencatat masa 58.9 saat.
Catatan tersebut hanya berjaya dipecahkan lapan tahun selepas Fraser bersara.
Menyingkap pembabitan awalnya dalam sukan renang, Fraser mengakui renang bukanlah pilihan utamanya kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor ataupun menyertai sukan equestrian.
Namun, menurut Fraser, keluarganya tidak mampu untuk menampung kos menyertai sukan equestrian selain dia sendiri kurang cemerlang dalam pelajaran.
"Renang bukanlah pilihan pertama saya kerana saya ingin menyertai sukan equestrian ataupun menjadi seorang doktor," kata Fraser dalam laman web rasminya.
"Namun, sukan berkuda memang mahal dan keluarga saya tidak mampu.
"Saya kemudian memilih renang kerana saya mempunyai asma dan renang memang baik untuk penghidap penyakit ini.
"Tambahan pula, sukan renang tidak memerlukan kos yang tinggi. Cukup hanya dengan pakaian renang dan sehelai tuala."
FRASER bergambar dengan buku autobiografinya
yang berjudul Dawn-One Hell of A Life.
Sememangnya Fraser memiliki bakat semula jadi dalam sukan renang.
Meskipun sekadar suka-suka, bakatnya dapat dikesan oleh jurulatih renang Sydney, Harry Gallagher ketika dia berusia 12 tahun dan sejak itu, bermulalah karier Fraser dalam sukan renang.
Begitupun, karier Fraser berakhir dalam keadaan yang kurang menyenangkan.
Pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Fraser menimbulkan kemarahan penaja pasukan renang Australia dan Gabungan Renang Australia (ASU) apabila tidak memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh penaja dan menggunakan pakaian renang lamanya dalam acara 100m dengan alasan ia lebih selesa.
Pada tahun yang sama juga, dia menimbulkan kekecohan apabila ditangkap kerana berenang di parit menghala ke istana Maharaja Jepun, Hirohito Showa untuk mencuri bendera.
Bagaimanapun, Fraser dibebaskan tanpa didakwa. Malah, dia telah dihadiahkan bendera tersebut sebagai tanda cenderamata.
Dua insiden tersebut menyebabkan ASU mengenakan hukuman gantung penyertaan selama 10 tahun ke atasnya sehingga menyebabkan Fraser mengumumkan persaraannya secara tiba-tiba.
Begitupun, pada tahun 1991, Fraser buat pertama kalinya tampil menafikan bahawa dia berniat mencuri bendera.
"Mustahil saya akan berenang di parit," kata Fraser kepada akhbar The Times.
"Saya memang takutkan air yang kotor dan parit tersebut sudah tercemar. Saya tidak akan mencelupkan kaki saya di situ apatah lagi untuk berenang."
Meskipun telah bersara, Fraser tetap berenang sebagai salah satu cara menjaga kesihatan. Malah, pada usia 72 tahun, dia masih tetap cergas dan sihat.
Dia juga menguruskan sebuah pub miliknya di Hotel Riverview, Balmain serta menjadi jurulatih renang.
Fraser turut terlibat dengan dunia politik pada tahun 1988 sebelum bersara pada 1991.
Ibu kepada seorang anak perempuan, Dawn-Lorraine itu tetap boleh berbangga dengan kariernya selepas dianugerahkan Atlet Terbaik Australia 1964.
Dia turut diundi sebagai Atlet Wanita Australia Terbaik Sepanjang Zaman pada tahun 1998 serta Juara Renang Wanita Terbaik Dunia oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada tahun 1999. - Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 8-2-2009 06:46 AM
bukan sampai sekarang pun - joey masih lagi ala ala betty ke ? -
Cerita itu zaman budak2 U dulu. Mana boleh samakan dengan sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 9-2-2009 09:23 AM
]
ah.. padanlah joey dan karam ber pm apa semua ni --
rupanya sebab joey betty version --
barulah kita faham dan 'understanding' --
Padan muka karam, hahaha... kawan ko sendiri yang cakap
Dexa semuanya understanding... Karam tu PM aku sekali je.. tu pun sebab ko tak layan dia dexa oii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #392 joey_mcintrye's post
bukan tak layan... tapi hati dia tetap pada 'joey' habis nak buat camana....
btw - jauh ke nak pergi uniten or UKM sana... kalau tak jauh sangat joey kena
join la.... karam tu coaching kat sana -- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kluangman at 14-2-2009 05:41 PM
Hari ni swim kat pool Kelana Jaya. Ramai gak yang pakai 2 piece. Tak tahulah mungkin sebab valentine day.
Kalau nak swim 2 piece, mungkin kat pool Kelana Jaya ok kot.
Ada tak forummer kat s ...
owh... disebabkan valentine kena pakai 2 piece ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kluangman at 15-2-2009 12:17 AM
Pernah jugak swim kat shah alam. Tapi outdoor pool dia cetek sangat. Indoor pulak sejuk sangat.
mmg sejuk2... hahaha.... ala ala swim kat antartika dah ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #388 kluangman's post
yep kat KJ ni boleh 2 piece ... pernah kat situ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|