|
/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
hi tj.......x bz ke arini....bos xde ke....
mama_sophia Post at 21-1-2011 11:35
hi mama....hehehehe bos takde...kuar ada hal....menyetan jap....
ada gak kengkwn opis ingat hari ni hari senin...hahaha...hari pon bole luper.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 381# TieJay
dah semlm cuti TJ...!!!
tadi pun terkejut tngok sorang staff kat sini pakai baju kurung
then bru teringat hari ni Jumaat... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TieJay at 21-1-2011 15:42
SEMBAHYANG ATAU SOLAT
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah"
dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai
"menyembah berhala yang bernama Hyang."
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SHARING IS CARING.... |
|
|
|
|
|
|
|
another great info... thanx.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TieJay at 21-1-2011 15:47
KHASIAT BUAH PISANG....
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi ?sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital ?makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi ?garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda..
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik..
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku 慣he New England Journal of Medicine? mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, 揝ebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!?
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan! |
|
|
|
|
|
|
|
another great info... thanx..
PurpleAxe Post at 21-1-2011 15:41
u r welcome PP...actually byk lagi info menarik yg ai dpt emel dr kengkawan...ada masa ai kopipes lagi ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TieJay at 21-1-2011 16:11
Oleh Ustaz Zahazan
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam . Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya . Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam . Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita . Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan . Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam , alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Subhanallah. .
lagi kelebihan solat melalui kajian saintifik Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) - link |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & Slmt Pagi!!!
apesal la umah cik amat da jatuh ke 4th storey??
sabtu ahad cuti umah ni pun cuti berforum rupenye...
byknye info2 berguna...terima kasih buat PP n Tiejay sbb sudi berkongsi yer..
tdi ada nmpk thread AF9 fanclub ...bile AF9 start??skjpnye mse berlalu..rse mcm bru
sebln dua jer cik amat kluar dri Akademi...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & selamat pagi Shahirianz.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & selamat pagi Shahirianz..........
mama_sophia Post at 24-1-2011 09:57
Waalaikum mus salam & Slmt Pg mama_sophia...
sihat pg ni??hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Guru buas dijel 12 tahun ---->mengucap pnjg baca berita ni dlm BH on9...apa nk jdi dlm dunia
skrg?septtnya guru pengganti ibu dan bapa apabila ank2 di sekolah...tp harapkn pagar pagar mkn
pdi ...hurmmm....
semuga ank2 kita dan ank2 saudara kita dilindungi dri guru2 yg berpeel binatang mcm ni!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by airoda at 24-1-2011 11:02
alhamdullilah......sihat......kamu apa kabo......
dah akhir zaman.......mama ada baca ...
mama_sophia Post at 24-1-2011 10:30
sihat alhamdulillah...cuma penat skit sbb semlm sye jdi newspaper hunter skjp...
cri BM da ptg2 kat bandar jb punyer ssh nk dpt...last2 kat larkin juga yg ada...
tp tak dpt byk...5 naskah jer yg ade...frust btol ler...nmpknye this week kena turun lg ni...
yer ke???sye blum bce lg psl berita tersebut...tp sye ade jugak dgr2 criter...
org kate tak lama lg pulau tmpt sye tggl pun nk tenggelam...menakutkan jer... |
|
|
|
|
|
|
|
sbb bg sye bunga...ni utk mama_sophia plk ...hehehe
ala...kitakn united...sama2 nk tgk cik ama ...
airoda Post at 24-1-2011 12:11
airoda.....ya la nak sgt tgk che amad naik pentas genggam hadiah lepas af8 aritu.....
ohhhhhhhhhh...uol selalu ke beli brg2 on9......harga & kualiti ok ke kalau beli on9..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by airoda at 24-1-2011 12:52
airoda.....ya la nak sgt tgk che amad naik pentas genggam hadiah lepas af8 aritu.....{:1_1 ...
mama_sophia Post at 24-1-2011 12:22
sye hanye beli pde org2 yg blh dipercayai...bce testi orgrmi yg bli...
bce comment tntg quality brg dri pembeli...bru sye berani place order...
skrg sye mabuk bli shawl dgn inner cotton on9...
geram tgk kaler2 inner tu...bli borong dpt murah...hehehe
cuba ler...tp klu umah mama_sophia dkt dgn Jln Tar/masjid india...baik bli sne jer
terlbh2 sgt murahnye...sye jauh sgt kn...so option sye bli on9 saje ler...hehehe
so far brg2 yg sye bli semua alhamdulillah...memuaskn ati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|