CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: PEACEFUL GREEN

 Close [Copy link]
Post time 19-11-2024 02:24 PM | Show all posts
Nu page
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 02:24 PM | Show all posts
Page 20
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:30 PM | Show all posts
Malaysia kerjasama negara sepemikiran bantu aspek pemulihan Gaza




[size=14.399999618530273px]Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. - BERNAMA

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang merangka kerjasama dengan beberapa negara dan pihak berkepentingan dalam aspek pemulihan di Gaza, Palestin.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia tidak akan berputus asa untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Dalam konteks bantuan pasca konflik, Malaysia kini sedang merangka kerjasama dengan negara-negara sepemikiran dan pihak berkepentingan lain terutama dalam bidang perubatan, pendidikan serta pemulihan dan pembangunan semula infrastruktur asas di Gaza.
"Pelaksanaan projek pembangunan semula ini akan dijalankan secara kolektif melalui usaha sama kerajaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, organisasi antarabangsa serta rakan penaja antarabangsa selepas keadaan di Palestin stabil," katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.
Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN- Sik) mengenai perancangan kerajaan dalam membantu membina kembali keperluan asas penduduk Gaza termasuk rumah, sekolah dan hospital yang dimusnahkan rejim Zionis Israel.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata Malaysia memberi tumpuan utama bagi memastikan pemulihan kesihatan, memperkukuhkan pendidikan dan membina semula perkhidmatan asas di Gaza.
"Dengan harapan memberi rakyat Palestin peluang untuk bangkit semula, dengan kekuatan dan daya tahan jangka panjang.
"Pelan pembangunan semula Gaza ini bukan hanya bertujuan membina kembali infrastruktur musnah, tetapi membawa harapan baharu.
"Pelaksanaan pelan ini akan dimulakan sebaik sahaja gencatan senjata kekal tercapai," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325899/malaysia-kerjasama-negara-sepemikiran-bantu-aspek-pemulihan-gaza





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:32 PM | Show all posts
Restoran beroperasi setengah abad dikompaun kerana guna logo halal palsu


[size=14.399999618530273px]Penguat kuasa KPDN dan JAHEAIK menurunkan papan tanda dan kain rentang restoran yang menggunakan logo halal tak sah dalam serbuan tengah hari semalam. - Foto KPDN

[size=14.399999618530273px]


KOTA BHARU: Sebuah restoran yang sudah beroperasi lebih separuh abad di sini, dikenakan kompaun kerana menggunakan logo halal tak sah.
Serbuan dibuat jam 12.30 tengah hari semalam oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata semakan mendapati premis terbabit pernah memohon sijil halal pada 2021 tapi tidak lulus.
"Pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempamerkan logo halal tanpa sijil sah dan kesalahan itu melanggar Perintah 8 (a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Turut dirampas salinan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) serta dua unit banting pelekat tertera logo halal dan dua unit papan tanda kedai menjadikan nilai rampasan RM150," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata, jika sabit kesalahan, pertubuhan atau perbadanan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM10 juta.
Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan pula, tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1325908/restoran-beroperasi-setengah-abad-dikompaun-kerana-guna-logo-halal-palsu


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2024 02:34 PM | Show all posts

hai nona

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:43 PM | Show all posts
Haramkan penggunaan vape secara total - Sultan Pahang




[size=14.399999618530273px]Foto hiasan. - Bernama

[size=14.399999618530273px]

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.
Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).
Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.
"Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total.
"Tidak perlu diberi pertimbangan sewajarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di sebuah hotel di Kuantan, semalam.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan berhubung masalah penyalahgunaan dadah di Pahang.
Baginda bertitah, ini kerana Pahang kini menduduki kedudukan kelima teratas di seluruh negara dengan 11,750 penagih berdasarkan statistik AADK.
Titah baginda, sebanyak 57 peratus daripada jumlah penagih terbabit berumur antara 15 dan 30 tahun.
"Saya baru dapat taklimat daripada AADK yang mana di Pahang ini, kita nombor lima teratas yang mempunyai penagih dadah. Kebimbangan saya terhadap masalah dadah, khususnya di sekolah-sekolah di Pahang.
"Saya bimbang kalau ini tidak diambil perhatian, mungkin angka ini akan bertambah.
"Sudah sampai masanya ibu bapa di Pahang tidak kira kalau ada anak yang terlibat atau tidak terlibat, bangkit untuk membantu dan memberi nasihat sewajarnya," titah baginda.









https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325914/haramkan-penggunaan-vape-secara-total-sultan-pahang



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2024 02:44 PM | Show all posts

hi tashu

selamat petang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:44 PM | Show all posts
sejuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 02:44 PM | Show all posts
dekat sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:52 PM | Show all posts
Pengasas Cahaya ajar pengikut lain jantina berpelukan dijel 6 bulan


IDRIS Ami dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban atas pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah berkaitan Kumpulan Cahaya. FOTO NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!




SEREMBAN – Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah membenarkan pengikut berlainan jantina sejak September 2023.
Tertuduh, Idris Ami, 60, yang merupakan pengasas Kumpulan Cahaya dan bekerja sebagai pemandu forklift di Singapura membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa.
Mahkamah menetapkan hukuman penjara terhadap tertuduh berjalan serentak dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama dua bulan bagi setiap pertuduhan.
Mengikut pertuduhan baharu, tertuduh didapati telah menyebarkan sesuatu perbuatan yang berlawanan dengan hukum syarak kepada sekumpulan orang dikenali sebagai Kumpulan Cahaya dengan membenarkan berpelukan walaupun berbeza jantina dan bukan mahram.
Terdahulu, Idris menukar pengakuan bersalah bagi dua lagi pertuduhan yang telah dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 4 Oktober lalu ketika pertama kali didakwa.
Bagi pertuduhan itu, Idris didakwa mengajar ajaran salah kepada dua lelaki berusia 42 dan 46 tahun dengan mendakwa dirinya utusan iaitu Rasul bagi zaman ini serta mendakwa di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh rasul-rasul terdahulu iaitu Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad.
Idris yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah telah insaf dan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana mahu pulang ke negara asalnya kerana masih menanggung anak dan isteri. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/19/pengasas-cahaya-ajar-pengikut-lain-jantina-berpelukan-dijel-6-bulan/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2024 02:52 PM | Show all posts

petang nona.

hujan x sana?


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:52 PM | Show all posts
Idris yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah telah insaf dan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana mahu pulang ke negara asalnya kerana masih menanggung anak dan isteri. – KOSMO! ONLINE



tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:54 PM | Show all posts
Malaysia berisiko hilang RM100 bilion eksport sawit




Johari (kiri) melawat bilik kawalan kilang memproses sawit di Minsawi Industries (Kuala Kangsar) Sdn. Bhd. di Kuala Kangsar hari ini. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!



KUALA KANGSAR – Negara berisiko kehilangan RM100 bilion nilai eskport sawit jika soal mewajibkan geran tanah dan lesen tidak ditekankan dalam kaedah penanaman serta penjualan buah kelapa sawit ke kilang pemprosesan.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana setiap kilang pemprosesan itu mematuhi syarat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang merupakan kehendak oleh pengimport terutamanya Kesatuan Eropah (EU).
Jelasnya, soal pemilikan tanah yang dibuktikan dengan geran tanah dan lesen merupakan syarat sebagai bukti dalam menguruskan penerokaan hutan tanpa kawalan yang menjejaskan alam sekitar.

“Selepas tahun 2020, kalau membuka hutan dan menanam sawit, tidak boleh dapat MSPO. Kalau tak dapat pensijilan MSPO, bagaimana hendak menjual buah. Kilang-kilang memproses ini ada sijil MSPO, dan mereka tidak boleh mengambil buah yang dikutip daripada hutan yang dinyahkan.

“Kalau tanaman lain saya tidak masuk campur, tetapi untuk sawit ini kita kena jaga. Kalau kita tidak berjaga-jaga, kita akan hilang RM100 bilion ini,” katanya semasa melawat kilang sawit di sini hari ini yang merupakan pusat pemprosesan sawit pertama yang menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melonggarkan syarat penjualan buah kelapa sawit tanpa perlu mewajibkan geran tanah dan lesen kerana ia membebankan pekebun kecil khususnya masyarakat Orang Asli. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/19/malaysia-berisiko-hilang-rm100-bilion-eksport-sawit/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:57 PM | Show all posts
Tashu replied at 19-11-2024 02:52 PM
petang nona.

hujan x sana?

iolss kat belah pata timo ni

hujan non stop kejap lebat kejap rintik2


mendung je dari pagi

iolss terlibat dgn program csr bantuan banjir
sampai weekend kat sini




Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:57 PM | Show all posts
nak grab pun susah sbb hujan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:57 PM | Show all posts
banyak juga kedai tak buka harini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 02:58 PM | Show all posts
Tashu replied at 19-11-2024 02:52 PM
petang nona.

hujan x sana?

tempat tashu hujan tak?


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:58 PM | Show all posts
tgk met tadi kata sampai 23 nov
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:58 PM | Show all posts
harap tak teruk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 03:00 PM | Show all posts
Pelajar maut jatuh bangunan sekolah alami tekanan emosi



Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ketika di lokasi pelajar perempuan maut terhatuh bangunan sekolah di Jelutong, malam tadi.



GEORGE TOWN – Pelajar perempuan tingkatan dua yang ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong di sini semalam dipercayai mengalami tekanan emosi serta kemurungan sebelum kejadian berlaku.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, selain itu tiada unsur buli dalam kejadian berkenaan dan perkara itu adalah maklumat yang diperoleh pihaknya daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.
”Pelajar berkenaan dipercayai mengalami tekanan emosi, dia dalam keadaan begitu.

”Maksudnya memang telah ada unsur tekanan emosi sebelum kejadian ini berlaku, dan tiada unsur buli dalam kes ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Semalam, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Jelutong di sini, maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan sekolah.

Menurut Mohamad, selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu, pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terus berada di lokasi kejadian untuk menenangkan warga sekolah.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah menghantar pakar psikologi ke sekolah berkenaan pagi ini. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/19/pelajar-maut-jatuh-bangunan-sekolah-alami-tekanan-emosi/





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.231845 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list