CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: SOCIAL CHANGE IS A TEAM EFFORT

 Close [Copy link]
Post time 24-11-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Page 20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya off sat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:25 PM | Show all posts
yangsemb replied at 24-11-2024 04:54 PM
Btw, Aku mintak2 didapati bersalah
Pastu kena tarik lesen praktis Dr
Org macam ni..camana laa nak  ...

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... video-tidak-senonoh

sorrry yang, doktor perubatan

metro pun tak bagitau nama
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:28 PM | Show all posts
Sonny Bill Williams dilantik Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary



Poster ucapan tahniah atas pelantikan Sonny Bill Williams yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook AIU, hari ini.



ALOR STAR: Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) hari ini mengumumkan pelantikan bekas juara dua kali Ragbi Piala Dunia dari New Zealand, Sonny Bill Williams, sebagai Pro-Canselor.
Pelantikan atlet berusia 39 tahun berasal dari Auckland itu diumumkan di laman Facebook universiti berkenaan, hari ini.
"Kami teruja untuk mengumumkan pelantikan Sonny Bill Williams sebagai Pro-Canselor pertama Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), berkuat kuasa 1 November 2024 untuk tempoh dua tahun.
"Upacara rasmi dijadualkan berlangsung di AIU pada 10 Disember depan.

"Kami yakin Sonny Bill Williams memenuhi pengisian Lima Nilai Teras dan Peraturan Lapan Jam universiti yang membimbing amalan di AIU - memupuk tujuan, belas kasihan, ketekunan, dan usaha ke arah kecemerlangan.
"Kami yakin pelantikan beliau akan mempertingkat sumbangan AIU terhadap projek yang memberi impak sosial dan mendorong universiti ke tahap lebih tinggi.
"Sertai kami dalam mengucapkan tahniah kepada Sonny Bill Williams pada ketika beliau memulakan pimpinan yang mengujakan ini di AIU," kata kenyataan itu.
Williams melakar kerjaya cemerlang dalam ragbi, pernah beraksi dalam liga ragbi profesional dan Kesatuan Ragbi.

Beliau memeluk Islam pada 2008 dan adalah seorang daripada 43 pemain yang dua kali memenangi Piala Dunia Ragbi.
Setelah bersara dari ragbi, beliau beralih kepada tinju heavyweight.
Februari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa makan tengah hari bersama Williams yang turut menghadiahkan buku biografinya bertajuk 'You Can't Stop the Sun from Shining' kepada Perdana Menteri.
Williams memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Gunaan (Pengurusan Sukan) dengan Kepujian Cemerlang dari Otago Polytechnic, New Zealand.
Beliau dikenali bukan sahaja kerana kejayaan dalam bidang sukan tetapi juga atas dedikasi terhadap usaha kemanusiaan, integrasi budaya dan pemerkasaan belia.

"Sebagai Pro-Canselor, beliau akan berperanan penting dalam menyokong misi AIU untuk melahirkan graduan yang seimbang, berdaya saing di peringkat global, dan bertanggungjawab secara sosial.
"Penyertaan beliau juga akan memperkukuh visi universiti ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih gemilang, yang mana kepemimpinan berasaskan nilai bertemu kecemerlangan akademik," kata kenyataan itu.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1328238/sonny-bill-williams-dilantik-pro-canselor-universiti-antarabangsa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:30 PM | Show all posts
Pang Ron-Su Yin akur kekuatan gandingan nombor dua dunia





Pasangan negara, Hoo Pang Ron (kanan) dan Cheng Su Yin. - AFP





KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin membuatkan gandingan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping bermandi peluh sebelum mereka terpaksa akur tewas dalam aksi final Masters China, sebentar tadi.
Pang Ron-Su Yin yang menghuni ranking ke-23 dunia memberi tentangan sengit kepada wakil tuan rumah itu sebelum tewas dalam pertarungan tiga set 23-21, 23-25, 16-21 pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Shenzen.
Pasangan negara itu hampir merangkul gelaran juara apabila mereka memegang mata akhir ketika mendahului 22-21 di set kedua selepas menang set pertama tetapi gagal untuk menyudahkannya.
Meskipun tidak berjaya menjadi juara tetapi pencapaian naib juara dalam kejohanan bertaraf Super 750 kali ini adalah yang terbesar dilakar Pang Ron-Su Yin sejak mula digandingkan pada November tahun lalu.

Mereka beraksi cemerlang sepanjang kejohanan minggu ini apabila turut menyingkirkan pasangan nombor tiga dunia dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dan nombor tujuh dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam laluan ke pentas final.
Selaku naib juara, Pang Ron-Su Yin membawa pulang hadiah wang tunai AS$40,250 (RM179,834) manakala Yan Zhe-Dong Ping meraih AS$85,100 (RM380,221) sebagai juara.



https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/11/1328177/pang-ron-su-yin-akur-kekuatan-gandingan-nombor-dua-dunia


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:31 PM | Show all posts
PM akan bertemu 'chaebol', tarik lebih banyak FDI dari Korea Selatan




Mohd Zamruni pada sidang media lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan pada 24 hingga 26 Nov 2024 di sini, hari ini. - Foto BERNAMA




SEOUL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan siri mesyuarat dengan 'chaebol' bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.
Istilah 'chaebol' merujuk kepada tokoh korporat atau ahli perniagaan yang mewakili konglomerat atau syarikat gergasi di Korea Selatan.
Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Zamruni Khalid, berkata pertemuan Perdana Menteri dengan 'chaebol' adalah untuk memastikan lebih banyak pelaburan asing dapat dibawa masuk ke Malaysia.
"Siri pertemuan ini adalah usaha untuk menarik lebih banyak FDI.

Selain itu, ia juga adalah langkah untuk kukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan," katanya pada pertemuan dengan wakil media Malaysia di sini, hari ini, sempena lawatan kali pertama Perdana Menteri ke Korea Selatan, atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Perdana Menteri dijangka tiba sekitar jam 10 malam nanti (waktu tempatan) dan akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Yoon di Pejabat Presiden di Yongsan pada 25 November.
Menurut Mohd Zamruni, konglomerat yang terbabit dalam pertemuan itu nanti bukan jenama asing bagi pasaran Malaysia kerana sudah bertapak melalui pelbagai operasi perniagaan.
"Kebanyakan syarikat gergasi ini sudah bertapak di Malaysia dan mereka mempunyai banyak cawangan (di Malaysia).
"Katakanlah mereka melabur di Malaysia melalui cawangan (operasi) barangan elektronik, maka kita akan cuba tarik mereka melabur dalam bidang lain seperti kenderaan elektrik," katanya.

Bagi perdagangan tahun ini, sehingga Oktober lalu, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM91.1 bilion dengan jumlah eksport Malaysia ke Korea Selatan sebanyak RM43.95 bilion, manakala import Malaysia dari republik berkenaan mencapai RM47.1 bilion.
Katanya, Korea Selatan adalah rakan dagang ketujuh terbesar bagi Malaysia manakala Malaysia adalah rakan dagang ke-11 terbesar bagi republik ini dengan jumlah pelaburan RM61 bilion melalui 616 projek.

Beliau berkata, selain pertemuan dengan 'chaebol', Perdana Menteri juga akan memberikan ucapan dalam Forum Perniagaan yang dijangka dihadiri lebih 180 syarikat di Korea Selatan.
Dalam pada itu, Mohd Zamruni berkata, satu sesi turut diatur untuk Perdana Menteri bertemu Kesatuan Masyarakat Islam Korea (KMF), sebuah badan rasmi yang diiktiraf sebagai badan induk untuk mewakili masyarakat Islam di Korea Selatan.
Katanya, selain menyantuni KMF, peluang itu juga turut digunakan untuk menyumbang naskhah Al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris dan bahasa Korea untuk kegunaan KMF.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1328169/pm-akan-bertemu-chaebol-tarik-lebih-banyak-fdi-dari-korea-selatan







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 24-11-2024 05:25 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1157869/doktor-didakwa-rakam-video-tidak-senonoh

sorrr ...

Thankssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 24-11-2024 05:28 PM
Sonny Bill Williams dilantik Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary



Wahhh giteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 24-11-2024 05:21 PM
mcm ni

sorry bukan curse words

Ooooo…
Tqtq share
Pastu yg Nuki ada prob masuk porum eh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 24-11-2024 05:21 PM
malam ni tgk gegar vaganza

Owhhh
Start tonight ehh
Update laa kat benang ni nanti
Kasi info
Rumah saya dh xde Astro
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 24-11-2024 05:22 PM
igt nak mengomen benang gv kat gossip

Oooo
Ada bukak benang GV di Bodgos ya
Baik2 ..esok saya baca sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 24-11-2024 05:25 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1157869/doktor-didakwa-rakam-video-tidak-senonoh

sorrr ...

Ada nama situ
Amirul Haqim Ayub, 31yo
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 24-11-2024 06:00 PM
Ada nama situ
Amirul Haqim Ayub, 31yo

Jap haku skodeng web search dr MMC
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 24-11-2024 06:00 PM
Ada nama situ
Amirul Haqim Ayub, 31yo

Belajar kat Mahsa Univeraity
Either FaMa Scholarship (Read : Kaya Raya)
Or mmg ditaja (klu taja biasiswa budak pandai laa)
Last 3 years kerja di Hosp Teluk Intan, Perak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alrho bayar sendiri pun nak jadi duktur,bukan senang eh nak pass exam swmua tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
What a waste
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu bayar sendiri, tersangatttt la mahal. Tuition fees di Mahsa ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap aku pi google
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 24-11-2024 04:54 PM
Selamat Petang Tinot
Pree ke ni
Jum kita borak2 bebel2

Voley jahh borak2.. iols reply sket2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts


Haaa gitew aku kepo2 pigi chek harga tuition nak jadik duktur

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.295500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list