CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Kajang Banjir!!(Pic)

  [Copy link]
Post time 6-12-2011 02:20 PM | Show all posts
sib baik bedah tak stuck kat banjir. jumaat pg tu g site kat kajang bukit mewah kene lalu mall kajan ...
pobedah Post at 6-12-2011 14:18



   bukit mewah? uh uh....... mesti wat keje kat opis i ni. opsssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 02:21 PM | Show all posts
abang roy duk kajang gak ke? leh banjer saya makan satay kajang hj samuri petang ni {:smil ...
sitihawa Post at 6-12-2011 14:18


org kajang x makan satay hj samuri dik oiii...kat sini org makan sate willy ..ada juga order dari org tertentu...hantar secara delivery...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 02:24 PM | Show all posts
org kajang x makan satay hj samuri dik oiii...kat sini org makan sate willy ..ada juga order dar ...
abgboroi Post at 6-12-2011 14:21



    habis tu, yang penuh jer atas bawah tu, orang luar ar erk. saya suka gak satay UK , kat seksen 7 bangi ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 02:56 PM | Show all posts
aku budget petang tu kat kl mesti banjir sebab hujan lebat sangat. tak sangka lak lat kajang banjir, sib baik tak gi kajang ptg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply 381# sitihawa

bedah lawat tapak projek bangunan kat bukit mewah tu..hehe kije citu ker?? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 04:08 PM | Show all posts
Reply 382# abgboroi


    sate willy kat shell tu ker?  ada delivery ke? nak no contact dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2011 08:28 PM | Show all posts
Bomba tak terima panggilan Pik San


2011/12/06

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor (JBPNS) bersedia mengadakan pertemuan dengan seorang wanita, Pik San, 30, yang mendakwa anggota bomba dan penyelamat gagal menyelamatkan dirinya yang terperangkap di atas sebuah van ketika banjir kilat di Kajang dekat sini, Jumaat lalu.

Penolong Pengarah JBPNS, Mohd Sani Harun, berkata pihaknya sudah melakukan semakan rekod panggilan kecemasan pada hari terbabit, tetapi tiada bukti menerima panggilan daripada mangsa kecuali panggilan seorang wanita yang terperangkap di dalam keretanya berhampiran Hong Leong Bank, yang kemudian berjaya diselamatkan. “Kita hanya menerima 25 panggilan kecemasan pada hari kejadian di lokasi sama. Tiada bukti Pik San membuat panggilan. Bagaimanapun, JBPNS masih menunggu bantahan rasmi daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Beliau berkata, pada hari kejadian, seramai 20 anggota bomba dan penyelamat termasuk dari Balai Bomba Cheras dan Serdang dikerah ke sekitar Plaza Metro Kajang untuk menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, ketika diminta mengulas permintaan JBPNS itu, Pik San, berkata dia enggan mengadakan pertemuan kerana terlalu marah dengan tindakan anggota jabatan berkenaan yang membiarkannya menunggu lebih 20 minit di atas van tanpa memberi bantuan kecemasan.

“Walaupun pihak JBPNS mengatakan tidak menerima panggilan daripada saya, itu bukan persoalan utama sebaliknya kenapa tiada anggota bomba yang singgah memberikan bantuan,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 09:08 PM | Show all posts
Projek tebatan banjir tertangguh sebabkan banjir di Kajang

06/12/2011
7:25pm


GEORGETOWN 6 Dis. – Penangguhan kerja-kerja projek fasa pertama tebatan banjir di Sungai Jelok, Kajang didapati antara punca berlakunya banjir kilat di bandar itu Jumaat lepas.

Pengarah Sumber Air dan Hidrologi Malaysia, Hanapi Mohamad Noor berkata, projek tebatan banjir itu tertangguh ekoran kegagalan Majlis Perbandaran Kajang (MPK) memindahkan 21 premis kedai yang beroperasi di tebing sungai itu.

"Setahun yang lepas, kita memulakan kerja-kerja membina tebatan banjir di Sungai Jelok, Kajang, namun projek itu terpaksa dihentikan separuh jalan kerana terdapat 21 kedai sementara beroperasi di kawasan kira-kira 200 meter dari tapak projek di tebing sungai itu.

"Pihak Majlis Perbandaran telah dimaklumkan untuk memindahkan kedai-kedai yang terlibat. Namun sehingga kini tiada tindakan diambil untuk memindahkan kedai yang berstatus sementara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran persidangan antarabangsa mengenai pengurusan sungai.

Hanapi berkata, projek tebatan banjir setinggi 100 meter itu dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata selain itu, perbuatan membuang sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai berkenaan turut menyumbang kepada bencana banjir kilat itu. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 12:15 AM | Show all posts
wuiyo....kesian kan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 07:35 AM | Show all posts
jom makan sate kajang sambil maen banjir =p
em,bencana berpunca dr tgn manusia2 yg rakus..waduh2..fikir2kan!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 08:57 AM | Show all posts
Projek tebatan banjir tertangguh sebabkan banjir di Kajang

06/12/2011
7:25pm


GEORGETOWN  ...
along3746 Post at 6-12-2011 21:08



    laaa..projek ni punya pasal ka banjir??..aku igt psl aktiviti korek pasir
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 10:24 AM | Show all posts
Jambatan rendah sekat air punca banjir kilat


GEORGETOWN: Banjir kilat yang melanda Kajang, Selangor, Jumaat lalu berpunca daripada dua jambatan merintangi Sungai Jelok yang tiada paras selesa bawah jambatan serta rizab sungai yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir masih didiami 21 gerai sementara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Pengarah Sumber Air dan Hidrologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Hanapi Mohammad Noor, berkata hujan lebat selama dua jam menjadikan jumlahnya meningkat dua kali ganda kepada 80 milimeter (mm) sehingga mengakibatkan paras sungai naik mendadak sehingga berlaku limpahan.
Katanya, hujan lebat luar biasa itu menyebabkan jambatan yang rendah memerangkap sampah sarap seperti kayu dan plastik di bawah jambatan hingga mengganggu kelancaran aliran.

“Ditambah pula dengan rizab sungai yang sepatutnya dibangunkan sejak setahun lalu tidak dapat diteruskan kerana MPKj masih belum dapat memindahkan 21 peniaga berikutan perjanjian di antara mereka.

“Kami sudah melaksanakan projek banjir dengan mendirikan dinding banjir sepanjang satu kilometer (km) dengan ketinggian dua meter dari tebing Sungai Jelok tetapi disebabkan wujudnya gerai itu sebahagian projek sepanjang 200 meter tertangguh sejak setahun lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Pengurusan Sungai Abad Ke-21 Antarabangsa Ke-3 oleh Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman di Batu Feringgi di sini, semalam.

Persidangan empat hari yang bermula semalam itu dihadiri 200 peserta dari 17 negara seperti Arab Saudi, Bangladesh, India, Jordan, Taiwan, England, Amerika, Australia, Iran, Togo dan Cyprus.
Hadir sama, Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Prof Dr Nor Azazi Zakaria.

Jumaat lalu, puluhan kenderaan, kedai, bank dan kawasan kediaman di pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat hingga mencecah paras dada selepas hujan lebat hampir dua jam bermula jam 2.30 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 12:02 PM | Show all posts
tempat makan satay tak terganggu dek banjir...sihat walafiat ajer...anda boleh terus makan ...
abgboroi Post at 6-12-2011 14:16



  thanks abgroi..kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply 392# R2D2


nak wat macam mana.. pindahkan jer lah segera gerai2 tu dan teruskan projek banjir tu....kang tak pasal2 terjadi lagi sekali banjir.. kesian orang2 kajang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 02:22 PM | Show all posts
makan satay banjir la
ingat roti canai saja ka roti banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.223119 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list