iols pun ada baca & simpan artikel tu.. tp tu dulu.
ARKIB : 14/06/2006 Zamani diminta tidak gunakan nama Slam lagi Oleh Nor Fadzilah Baharudin | Anggota kumpulan Slam. Dari kiri Lily, Ronnie, Eddie dan Yuri bakal meneruskan perjuangan Slam selepas terkeluarnya Zamani. |
SEKITAR tahun 1990-an, kumpulan Slam pernah muncul sebagai sebuah kumpulan yangcukup popular. Sehingga ke hari ini pastinya khalayak masih lagi mengingatilagu-lagu dendangan kumpulan tersebut, antaranya Kembali Terjalin, Tak MungkinBerpaling, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya dan beberapa lagu lagi.
Sudah pasti ramai yang mengetahui tentang Slam yangdianggotai oleh Zamani, Ajak, Man, Shah, Eddie dan Lily. Jika disebut sahajaSlam pastinya nama Zamani diingati. Tetapi sekitar tahun 2000, Zamani munculdengan album solo membuatkan peminat tertanya-tanya ke mana perginya Slam. Tidak berapa lama selepas itu, Slam pula munculdengan sebuah album berjudul Slam Selamanya tanpa kehadiran Zamani selakuvokalis. Album tersebut dihasilkan tanpa vokalis dan menemuipeminat pada tahun 2003. Teka-teki masih bersarang dalam minda adakah ‘jodoh’ Zamani danSlam telah berkubur? Malam Sabtu lalu, segalanya terjawab ketika Slammuncul membuat persembahan pada Kempen Sosial Remaja di Pasar Seni, KualaLumpur bersama vokalis baru mereka. “Zamani tidak lagibersama Slam. Kami tak buang dia, tapi dia tak boleh bagi komitmen. Dia sibukdengan album solonya, tetapi Slam juga perlu bergerak. “Kami telah memilihRonnie, bekas penyanyi kumpulan Sunday, sebagai penggantinya,” kata Lily mewakili rakan-rakannya yang lain. Menceritakan kemasukan Ronnie sejak awal tahun ini,Lily berkata: “Kami mula ‘risik’Ronnie sekitar tahun 2000 bila Zamani muncul dengan album solo. KebetulanRonnie pula merupakan peminat kumpulan Slam. “Bagi kami, lagi senang apabila pengganti Zamani itumeminati kumpulan ini dan dia juga ada latar belakang sebagai penyanyi.” Sementara itu, seorang lagi anggota Slam, Eddieberkata: “Kami dan Zamani tak pernah bergaduh. Cuma bila Zamani buat album solo,kami pun kena teruskan perjuangan sebab nakcari makan. Takkan nak duduk diam sahaja.” Bersama Ronnie, Slam akan muncul dengan album baruyang akan berada di pasaran sekitar Julai ini. Diterbitkan oleh Slam dan JohanMusic Sdn. Bhd., Slam yakin dengan potensi album itu. Jangan guna nama Slam “Kalau boleh Zamanijangan lagi gunakan nama Slam. Sebab band ini masih wujud dan kami sendiritelah ada penggantinya. Takkan Ronnie nak guna nama lain pula, mesti lepas niRonnie dikenali sebagai Ronnie Slam. “Dia (Zamani) tidak ada hak untuk menggunakan nama Slam itu lagi,” kata Lily. Malah, kata Lily, Slam tak mungkin bersatu semuladengan Zamani kerana mereka telah pun ada Ronnie. Menyentuh mengenai sambutan peminat kelak, kataLily, “Setiap anggota Slam baik yang lama mahupun yang baru, masing-masing adapeminat sendiri. Saya yakin kemunculan album baru Slam ini dapat diterimapeminat seni tempatan.” Kongsi Konten di :
|