CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nirman

[Jenayah] Kevin Morais body found. RIP.

[Copy link]
Post time 20-9-2015 12:00 PM | Show all posts
katanya...



KUALA LUMPUR: Suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbicaraan di Shah Alam, dua minggu lalu.  


Ia berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditanya wartawan mengenai motif pembunuhan itu, hari ini.  "Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah," katanya.


Semakan mendapati, ia berkemungkinan besar merujuk kepada perbicaraan seorang doktor berpangkat kolonel yang berkhidmat dengan angkatan tentera atas dua tuduhan rasuah.

Tertuduh yang berusia 50 tahun ketika itu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000.  Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. Morais mengendalikan pendakwaan kes bagi pihak SPRM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2015 11:29 PM | Show all posts
taktik nak elak kene bicara
- bunuh pendakwaraya
- bunuh hakim
- join umngok
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 11:35 PM | Show all posts
.....rip.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 11:40 PM | Show all posts

heshe ini orang kedah ke?
ada dua orang suspek macha yg di kehendaki kedua2 nya dari kedah jua.

gangster macha memang suka berkuntum area USJ iya?

kereta sosilawati dolu2 pun di tinggal kan di area USJ kan sis??
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 09:56 AM | Show all posts
Changa replied at 20-9-2015 11:40 PM
heshe ini orang kedah ke?
ada dua orang suspek macha yg di kehendaki kedua2 nya dari kedah jua.
...

USJ tu apa saje yang tak wujud.
semua benda alah ada kat sana.



KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari dua lagi individu berhubung kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua individu berkenaan ialah Dinishwaran a/l Raman, 23, and Vishwanath a/l Murugaya, 25, bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Morais di mana mayatnya ditemui dalam tom dram yang disimen di Subang Jaya pada 16 September lalu.

Alamat terakhir Dinishwaran ialah Estet Batu Pekaka di Kedah, manakala Vishwanath di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan di Kedah.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai di mana kedua-dua individu ini diminta untuk menghubungi ibu pejabat polis Sentul di talian 03-40482222 atau pegawai penyiasat, ASP Wan Abdullah at 012-3482737.

Setakat ini, tujuh individu direman, termasuk seorang pegawai perubatan tentera yang didakwa terlibat dalam perniagaan yang menyalahi undang-undang semasa masih bertugas sebagai penjawat awam.
Pakar pantologi berusia 52 tahun itu terlibat dengan beberapa kes rasuah yang masih dalam perbicaraan.

Tiga Timbalan Pendakwa Raya termasuk Kevin, terlibat dalam pendakwaan terhadap pakar pantologi itu sejak 2013.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lalu selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 09:58 AM | Show all posts
keling kalo
membunuh mesti cara ganas dan sadis

sama macam kes dato sosilawati dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2015 10:16 AM | Show all posts
famri7 replied at 16-9-2015 10:29 AM
Inalillah sis..semoga roh dicucuri rahmat allah subhanahuwataalla..insyallah sis.

Morais tu Kristian la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 03:39 PM | Show all posts
tak aman dua ekor tu. seluruh rakyat jelata mengharapkan korang berundur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 04:32 PM | Show all posts
matchstick replied at 17-9-2015 02:27 AM
Kalu polis amarika mesti belom tau sape yg bunuh ni..
Teringat lawak psl polis m'sia vs polis china ...

bestnye cter ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 04:58 PM | Show all posts
kesian kat mendiang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:14 PM | Show all posts
Rakaman CCTV tidak diubah atau disunting

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang membicarakan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, diberitahu bahawa tarikh dan masa pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakamkan di sebuah restoran, tidak pernah diubah atau disunting oleh restoran itu.

Pengurus Restoran Syed Bistro Petaling Jaya Muhammad Nizam Hajanajimudeen, 29, berkata CCTV di restoran itu juga berada dalam keadaan baik kerana ia
baru dipasang selepas restoran itu diubah suai.

"Saya boleh sahkan CCTV dalam keadaan baik. Tarikh dan masa pada CCTV pula mengikut waktu Malaysia yang ditetapkan oleh operator pemasangan ketika memasang CCTV itu," katanya ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud pada sesi perbicaraan kes itu yang masuk hari ke-20, hari ini.

Muhammad Nizam, yang merupakan saksi pendakwaan ke-30, berkata beliau bekerja di restoran itu sejak 10 tahun lepas.

Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh Masri, Muhammad Nizam memberitahu bahawa pada 20 Sept 2015, empat hari selepas Kevin Morais ditemukan mati, beliau dipanggil untuk membantu seorang anggota polis mendapatkan rakaman CCTV di restoran itu.

Menurutnya hanya beliau mempunyai akses dan kata laluan untuk membuka CCTV di restoran itu.

"Seorang kakitangan telefon saya memberitahu ada polis nak tengok CCTV, saya datang untuk 'footage', dia tidak beritahu kes apa. Masa itu saya berada di Shah Alam," katanya.

Saksi itu berkata beliau kemudian memuat turun rakaman yang dikehendaki ke dalam pemacu pena dan menyerahkannya kepada Juruanalisis Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Cheras Inspektor Mior Samsul Abdul Rahman untuk dipindahkan ke video cakera padat digital.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 20 September depan. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/se ... -disunting-1.554061
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:15 PM | Show all posts
kes kevin morais pon takde kena mengena dengan Najib

abis la sape2 yang fitnah najib
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:16 PM | Show all posts
Lelaki dalam CCTV menyerupai tertuduh kedua- Saksi

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa imej seorang daripada dua lelaki yang dirakam di sebuah hotel, 13 hari sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais ditemukan mati, menyerupai tertuduh kedua dalam kes pembunuhan itu.

Penjaga kaunter pendaftaran Hotel New Town, Petaling Jaya, Md Saddam Hossain, 25, berkata, ia berdasarkan ciri-ciri fizikal lelaki itu yang kelihatan sama seperti tertuduh kedua iaitu G. Gunasekaran.

"Rupanya sama, pada masa itu dia menyimpan janggut, kali ini tidak, tetapi orangnya kelihatan sama (Gunasekaran), warna (kulit) dan tubuh sepadan, sebab itulah saya katakan 'mungkin' ini orang yang sama," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam S.Ramesh yang mewakili Gunasekaran pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais.

Saksi pendakwaan ke-28 itu, yang merupakan warganegara Bangladesh, bekerja separuh masa di hotel itu selain belajar di sebuah kolej swasta di sini.

Md Saddam berkata, lelaki pertama yang menyerupai tertuduh kedua itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 8.15 pagi, 3 Sept 2015, sebelum seorang lagi lelaki tiba dan menyerahkan wang kepada lelaki pertama.

Saksi itu bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti lelaki kedua kerana hanya berkomunikasi dengan lelaki pertama.

Menjawab soalan Ramesh bagaimana Md Saddam dengan pasti mendakwa lelaki pertama menyerupai tertuduh kedua sedangkan CCTV menunjukkan beliau memandang lelaki itu sepintas lalu kerana sibuk mendaftar, saksi itu berkata, beliau tidak memandang tertuduh sepintas lalu kerana beliau banyak bercakap dan menerangkan mengenai harga bilik hotel itu.

Md Saddam juga menafikan beliau telah disuruh untuk mengenal pasti tertuduh kedua sebagai lelaki dalam CCTV sebelum prosiding bermula.

Ketika pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin bertanya mengapa saksi itu menggunakan perkataan 'mungkin' lelaki dalam CCTV adalah tertuduh kedua, beliau berkata ini kerana tertuduh kedua tidak memiliki janggut manakala lelaki dalam CCTV memiliki janggut.

"Jika dia menyimpan janggut, mungkin saya katakan ini adalah orangnya," katanya.

Pada 8 Jun lepas, CCTV yang ditayangkan di Mahkamah Tinggi itu menunjukkan imej enam lelaki berkumpul di Hotel New Town pada 3 September 2015.

Dua daripada mereka dirakam berada di kaunter pendaftaran hotel manakala empat lagi dirakam ketika keluar dari sebuah bilik di hotel itu.

Enam lelaki - Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung pada Jumaat. - Bernama


http://www.mstar.com.my/berita/b ... 08/18/kevin-morais/
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:17 PM | Show all posts
tengok la camne najib difitnah

pasal 1MDB pon dah kantoi

MO1 bukan najib
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 06:35 AM | Show all posts
bangcak replied at 20-9-2015 11:29 PM
taktik nak elak kene bicara
- bunuh pendakwaraya
- bunuh hakim

harap semua yg terlibat menulis fitnah atau sindir fitnah najib/rosmah menyimen kevin morais segeralah bertaubat dan memohon maaf. jangan benda ni jadi penyebab kita terhumban ke neraka. sbb fitnah itu terlalu besar dosanya. jika pernah terfitnah, mohonlah taubat & mintalah maaf kpd yg terlibat.





Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 06:39 AM | Show all posts
kemaruk replied at 19-8-2016 07:17 PM
tengok la camne najib difitnah

pasal 1MDB pon dah kantoi

besarnya dosa fitnah. kulit mereka kebal api neraka kot masih nak buat lawak fitnah pasal simen. satu persatu dosa fitnah mereka terbongkar dan kalau takut akan azab Allah mereka perlu mohon ampun & maaf kpd orang2 yg mereka fitnah.


segala fitnah simen Pakatan Harapan kantoi bila Ketua Pengarah SPRM yg baru bersuara..  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 06:45 AM | Show all posts
Percaya pulak kat Ketua Pengarah ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 07:27 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 23-5-2018 06:45 AM
Percaya pulak kat Ketua Pengarah ni..........

Hahaha. Aku baru nak cakap benda yang sama. Yang part Kevin Morais ni boleh pulak percaya. Punya banyak pendedahan pasal Jibby dan 1MDB oleh KP SPRM semalam yang ni je dia percaya. Padahal kes Kevin Morais bukan main issue pun dalam PC KP SPRM semalam sekadar menjawab soalan reporter kalau tak silap aku. Speechless.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar dosa buat fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 08:04 AM | Show all posts
forumner ni byk komen pakai emosi.

apa yg di highlight kan ialah tntg isu fitnah. tp kamu cuba nafikan perihal fitnah tu dgn bangkitkan hal lain.

denial mode ni mmg semua org ada lg2 yg jenis totok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.356102 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list