CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fynnkakiblock

Suhaimi Saad & Ina Naim Tolak Vaksin, Anak2 Tak Sekolah Kutip Derma? #zuhud

 Close [Copy link]
Post time 29-6-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tengok anak mintak sedekah dlm keadaan panas panas ni kat bazar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 29-6-2016 04:57 PM
bleh plak dalam kete tak pakai niqab. takyah la pos kat fb. mamat ni mcm tak tau ape yg dia nak pert ...

Kaca mata omputih. Boleh pakai ka? Tak terpesong
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paste dari FB. Sebab aku rasa bagus bahan bacaan ni.

SURAT TERBUKA KEPADA SUHAIMI SAAD DAN MENYANGGAH KEKELIRUAN BELIAU TENTANG VAKSIN

Saya sempat membaca beberapa posting saudara Suhaimi Saad tentang vaksin di facebook beliau. (Sila rujuk gambar printscreen).

Ini beberapa kekeliruan beliau dan penjelasan daripada kami.

1) Isu vaksin halal.

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah beberapa kali mengadakan muzakarah sejak tahun 1988 berkenaan hukum penggunaan vaksin. Setakat saat yang ditulis ini, semua vaksin adalah harus kecuali vaksin Biothrax, Rotateq dan Meningocoocal Meningitis Monumune.

Untuk pengetahuan, ketiga-tiga vaksin ini tidak termasuk dalam program imunisasi nasional yang diwajibkan kepada kanak-kanak Malaysia.
Jadi, tidak ada isu halal atau tidak bagi ibu bapa yang membiarkan anak mereka divaksin mengikut jadual program imunisasi nasional.

2) Pemahaman tentang sunnah nabi dalam konsep berubat.

Beliau mengaku tidak mengambil vaksin untuk anak-anak dan hanya mengamalkan penyusuan ibu, kurma, habbatus sauda', madu dan air yang dibacakan ayat A-Quran untuk perawatan keluarganya.

Saya ingin bertanya kembali kepada saudara Suhaimi, jika benar itulah konsep rawatan yang Islam mahukan daripada umatnya, kenapakah muncul ramai tokoh-tokoh perubatan Muslim di zaman kegemilangan tamadun Islam yang telah mencipta pelbagai kaedah rawatan dan inovasi perubatan yang seterusnya dimanfaatkan oleh seluruh dunia?

Tokoh-tokoh seperti Az-Zahrawi, Ibn Sina, Ibn Nafis, Ar-Razi tidakkah mereka mengambil semangat daripada roh Islam yang menyeru untuk kita mengembangkan tamadun dan bukan menguncupkannya kembali? Kenapa mereka tidak guna kurma, habbatussauda', madu dan air jampi sahaja untuk merawat?

Kita tidak menafikan kebaikan makanan sunnah, tapi menafikan manfaat perubatan moden yang Allah telah beri nikmat kepada kita hari ini, tidakkah itu kufur nikmat namanya?

Saya pasti saudara Suhaimi telah membaca kisah wabak taun di zaman Saidina Umar r.a. Bukankah peristiwa itu masyhur di mana Saidina Umar r.a. mahu berjumpa dengan Abu Ubaidah r.a. di Syam namun oleh kerana sedang menularnya wabak taun di Syam, Saidina Umar memutuskan untuk bertemu Abu Ubaidah di luar Syam. Lalu Abu Ubaidah bertanya, adakah beliau mahu lari dari takdir Allah? Lalu Saidina Umar menjawab, aku lari dari takdir Allah kepada takdir Allah yang lain.

Nah, sahabat Nabi pun mengamalkan kaedah pencegahan penyakit. Kenapa mereka tidak tawakkal saja masuk ke Syam dan makan habbatussauda', madu dan air jampi? Sebab Islam tak sempitkan konsep berubat. Siapa yang lebih faham tentang sunnah Nabi? Sahabat Nabi SAW atau anda wahai Suhaimi?

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi juga pernah menyebut rahsia umat Islam dulu berkembang adalah kerana konsep yang mereka amalkan iaitu "Mendirikan agama berdasarkan ikutan, mendirikan dunia berdasarkan ciptaan". Maksudnya, dalam bab aqidah dan ibadat, kita tak boleh mereka-reka, tetapi mestilah mengikut secara sepertimana ianya diperintahkan. Solat 5 waktu tak boleh direka menjadi 6 waktu atas alasan mahu lebih taat. Tetapi berbeza dengan hal urusan dunia, Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mencipta reka untuk kebaikan tamadun manusia. Tidak terikat kepada situasi pada zaman Nabi SAW sahaja.

Bukankah antara tugas kita sebagai khalifah adalah untuk memakmurkan dunia? Di manakah kemakmuran jika kanak-kanak mati dan sakit di sana-sini?

3) Islam memberikan hak kepada yang pakar.

Perlu diketahui tidaklah semua yang dikatakan oleh Nabi SAW itu wajib diikuti 100%. Islam memberikan hak kepada yang pakar untuk membuat keputusan dalam bidangnya. Ini seperti yang direkodkan dalam satu hadis riwayat Muslim di mana Nabi SAW mencadangkan kepada beberapa sahabat tentang tanaman kurma, dan akhirnya tanaman kurma itu tidak menjadi dan para sahabat mengadu kepada Nabi SAW, maka jawapan baginda ialah "Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu."

Dalam hal ini, urusan perubatan imunologi ada pakar dan autoritinya dan saranan mereka terbukti dengan kajian, maka kenapa kita masih berdegil walaupun bukti sudah ada di depan mata?

Kematian kanak-kanak di Malaysia sudah berkurang sebanyak 85% sejak 1970. Dunia pula telah berjaya menghapuskan penyakit smallpox dan hampir berjaya menghilangkan penyakit polio dari muka bumi, hasil dari vaksinisasi.

4) Kenapa kami marah kalau ada ibu bapa yang tak mahu vaksinkan anak-anak?

Kerana di kalangan anak-anak kecil, ada yang tidak boleh menerima vaksin atas sebab perubatan, contohnya kanak-kanak yang belum cukup usia matang untuk menerima vaksin dan juga kanak-kanak yang mengalami sistem pertahanan badan yag lemah, contohnya kanak-kanak yang menghidap kanser.

Jadi mereka ini dilindungi daripada penyakit berjangkit hanya bila orang sekeliling mereka tidak membawa penyakit tersebut. Jika mereka terdedah dengan kanak-kanak yang membawa penyakit tersebut, maka mereka berisiko mendapat penyakit tersebut. Inilah yang dipanggil herd immunity. Ini tanggungjawab kita bersama. Bukan anak aku sukahati aku, itu pentingkan diri namanya.

Semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 29-6-2016 11:44 AM
Dkt malaysia, homeschooling are based on igcse or dkt foreign countries they called it gcse exam.. ...

oh.x ambik spm ye
reti ke suhaimi n ina ni ajar solabus dlm english? or hantar sekolah pondok gaknya semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 07:56 PM | Show all posts
sofiazara replied at 29-6-2016 11:52 AM
oh.x ambik spm ye  
reti ke suhaimi n ina ni ajar solabus dlm english? or hantar sekolah pon ...

Kalau hantar sek pondok, ok lagi..

Ni x hantar pun, claimed homeschooling..

Org kata dia bekas guru..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:19 PM | Show all posts
Aku rasa Ibnu Sina pun nangis tgk golongan antivax ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 29-6-2016 07:56 PM
Kalau hantar sek pondok, ok lagi..

Ni x hantar pun, claimed homeschooling..

Mungkin die dpt ilham dari cik puan khaleeda..belajar melalui universiti kehidupan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh 4org anaknye ye..i igtkan dlm sorang dua je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 08:34 PM | Show all posts
Nham22 replied at 29-6-2016 12:24 PM
Mungkin die dpt ilham dari cik puan khaleeda..belajar melalui universiti kehidupan....

Cpk tu completed juga kan alam persekolahan dia..

Ni 4 anak x pergi sek, tp duk ke hulu ke hilir duk minta derma..

Kesian budak2 tu..

Nasib la dpt bapak ego x bertempat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 29-6-2016 08:34 PM
Cpk tu completed juga kan alam persekolahan dia..

Ni 4 anak x pergi sek, tp duk ke hulu ke hili ...

Bapak fefeeling retis menang award 5x anugerah industri muzik...bintang paling popular 4x and muzik2 9x menang thats why xnak hadap parent lain kat sekolah..xnak hadap parent lain kat klinik2 gomen...takut kene serbu dek orang..takut anak kene cium dengan orang... takut itu ini..low self confident sgtt suhaimi ni.. nak kate gigi jongang xjugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 29-6-2016 08:34 PM
Cpk tu completed juga kan alam persekolahan dia..

Ni 4 anak x pergi sek, tp duk ke hulu ke hili ...

wait anak diorg mintak derma?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:55 PM | Show all posts
Nham22 replied at 29-6-2016 12:52 PM
Bapak fefeeling retis menang award 5x anugerah industri muzik...bintang paling popular 4x and muzi ...

Is he that famous?

Alahai..

Klu dia x kawen dgn si ina, i rasa org pon blur..walaupon dia juga dlm entertainment industry, tp x sehebat rabbani..

Ina tu pon org kenal sbb mawi je, kisah cinta dicanang wartawan smpi kan ada siaran interview mawi ina masa putus tunang dulu..


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
makin menjadi mamat ni...kenapa bulan puasa semua muncul perangai mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:57 PM | Show all posts
dinopower replied at 29-6-2016 12:53 PM
wait anak diorg mintak derma?

Kt dlm fb dia kan ada gmbr anak pegang mic, tepi tu tabung derma..

Tu usaha meminta derma la kan..


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dia lupa Allah suruh berusaha...baru bertawakal... ni berusaha x nak trus nk tawakal
Kot yea pun nk banggang abadi.. jgn digelapkan masa depan anak2..bukan bdk2 kay mesia wajib bersekolah..kalo homeschool pun perlu ikut silibus ..bukan ikut silibus bapak...


Eeee geram lak si suhaimi ni...:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 29-6-2016 08:57 PM
Kt dlm fb dia kan ada gmbr anak pegang mic, tepi tu tabung derma..

Tu usaha meminta derma la ka ...

maybe derma utk rumah anak yatim... bersangka baik  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya manusia takbur bongkak sombong bodoh...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 29-6-2016 08:53 PM
Baru baca status psl vaksin tu kt fb suhaimi.. Yg ni mmg lawak

mmg puak anti vaksin ni yahudi ke hulu ke hilir....
tp gigih guna fb yahudi.... tu la bljr tak hbis  
pastu klaim hak die nak ckp apa  
tak thn dikritik sbut 'ngok' trus.... spesis berangan suci.... ni org kritik ala2 teleport pahala free kat die  
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 29-6-2016 07:44 PM
Dkt malaysia, homeschooling are based on igcse or dkt foreign countries they called it gcse exam.. ...

Ada tgk tv. Omputih ni anak homeschooling tp tak tahu baca dan kira, masih merangkak, belajar lalui kehidupan.

Jiran sm homeschooling je, singaporean. Test dan exam, assignment hantar online.. Mak bapak jenis bijak.. Anak tahu english , mandarin, malay,german, japan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
SitiRopeah replied at 29-6-2016 02:40 PM
aku tengok silibus darjah 6 KSSR ke apa tu pun rasa nak tercirit...
inikan pula nak homeschool..
...

Huihh..... Bukan cirit je mau sawan babi ms tgh ambik upsr tu...bengong betui silibus skrg ni...bebudak sek rend ni perjlnandiorg pjg lg...suruh bljr yg susah2, besar  nnt jd cashier kat supermkt je or jadi mekanik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50627 Replies : 185
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 72049 Replies : 64
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 24639 Replies : 52
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 33750 Replies : 652
Kedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, makamah di sana tiada motif politik
maklukpenggodaKedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, maka
Views : 6752 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 128089 Replies : 3337
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 285354 Replies : 8436
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 30431 Replies : 66

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 3.539370 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list