Tp tak boleh biar tt.. tt jgn give up dulu. Sy rasa tt ni kurang communicate dgn dia. Sy faham dia x nak dengar tt ckp..tp itu tak bermakna u kena tutup mulut. Hehe.
U perlu bebel. Tak pun u text panjang2. Biar la dia bluetick and x reply pun. At least apa2 yg u nak luah, u x simpan. Komplen je. Lelaki ni perlu ingatkan jugak. Nak2 kita wife. Ada peranan kita utk ingatkan dia kalau dia lost track.
Tt pandang la mcm ni. Ketua keluarga / kapten kapal tt tengah buat dosa/silap. Tt sebagai assistant perlu tegur. U are a team. Dia dengar atau x, berubah atau x, sedar atau x - itu tolak tepi. Yg penting u dah buat peranan /bahagian u.
U kena ingat jugak. Kapten kapal/ ketua keluarga tu adalah kapten kapal anak2 u jugak. Sampai ke hati u bahayakan anak2 kapal lain sebab u tak tegur kapten?
Post time 8-11-2018 08:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I advice u utk tegur n nasihat sbb u tau banyak. U follow dia dgn that girl.. info ada pada u..kalau i jd u, i lempar je bukti2 maksiat kat muka dia. Biar dia tau i tau apa dia buat. Lepas tu tanya dia tak malu ke? U tu seorang ayah pd anak2 i..prangai tu elok2 skit. I frust anak2 i dpt ayah mcm u.
At least dia malu nak buat maksiat. Sbb tt kena ingat dia n that girl belum Allah takdirkan untuk halal lg.
Sebab tt tau banyak. Sbb tu i rasa u perlu tegur.
My mom masa arwah abah masih hidup, dia memang takkan pernah tanya abah pegi mana n balik pkl brapa, kalau abah x nak/terlupa bgtau.
My mom ckp dia jaga husband dia dalam rumah. Luar rumah bukan tanggungjawab dia lg. Dia just tawakkal je.
sabar banyak2 ye sis... semoga sis sentiasa dilindungi dan dirahmati... lepaskanlah jika ia membuatkanmu bertambah sakit dan pedih... saya doakan yang terbaik buat sis....
bertabah la sis...banyak sgt i dengar kes mcm ni skrg..dlm family in laws i pun ada..kesian tgk ipar i....
suami ipar i kawin lain, senyap2..tau2 dah keluar sorg anak..baru nk minta izin ipar i...tp ipar i ni bagus..buat mcm biasa je..tp dalam hati dia ofkos la sedih sgt2 kan..anak dah 4..smua perempuan..
ngan isteri baru ni pun pompuan jugak..alasan kawin lain sbb nak anak lelaki..xkoser i alasan mcm tu.....cakap je la gatai....
alkisahnya perempuan tu sblm sapu suami ipar i ni,mmg dia dok p rmh ipar i ni..ipar i anggap macam adik2 je...bg masuk rumah, masuk bilik...sbb bersangka baik, mmg dia xde curiga apa2 la..skali di sapunya suami ipar i ni...
skrg ni nafkah anak2 ke mana...keta pun ada yg bank nak tarikh balik..kata mampu kan..mampu apa kalau jd mcm ni...anak2 pun dah renggang ngan suami dia..kalau ayah dok kat meja makan, anak2 lari smua masuk bilik...
sabar la sis...ipar i mmg xpilih nk bercerai sbb dia pikirkan anak2...so, diorg teruskan hidup mcm biasa je....
Post time 13-11-2018 12:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
murninurani replied at 12-11-2018 11:58 AM
bertabah la sis...banyak sgt i dengar kes mcm ni skrg..dlm family in laws i pun ada..kesian tgk ipar ...
Errr apa hubungan madu dia sebelum kawin tu sampai bg duduk serumah? Kwn? Bff bini? You should never trust outsiders. Kalau lepak dgn gf2 i pun i xbawak laki i. Bahaya wehh
alkisahnya mula2 hubungan tu atas dasar kwn sekerja..madu ipar i ni share partner syarikat suami ipar i ni...in case kalau ada apa2 keje xsiap d opis atau kenduri kendara di rumah ipar i,mmg madu dia akan dtg rumah la....
ipar i ber "husnuzon"...bg i ada batas la nak bersangka baik pun..
antara rakan sekerja lelaki dan perempuan xkan ada istilah best friend...
mula2 pasal kerja, pastu mula la nak sayang2 pulak...
ingatkan hubby taknak pandang sbb rasa guilty ke apa... boleh eh sayang pada isteri hilang begitu sahaja..huhu...
kita datang dari keluarga di mana hal2 poligami ni benda biasa...atuk, ayah, abang, bapa saudara belah ayah..mereka semuanya berpoligami...okay je..tapi mereka lelaki yg mmg mampu tanggung banyak famili la....huhu.....so tu yg pelik kenapa suami tt walaupun dah timbul rasa kasih dan sayang pada wanita lain kenapa tak ambil that lady jadi isteri kedua je..kenapa mesti kena ceraikan isteri pertama...tak baik kan... lain la kalau hubby nak berpoligami tapi isteri taknak dan minta utk berpisah...itu lain la..kena hormat pilihan isteri pertama juga...
Meriah nya keluarga elle ramai poligami. Kalau aman harmoni ikut pilihan m ...
kita belum kahwin lagi..hehe...
a'ah mmg meriah la...dulu2 masa kecik bila time Raya je mmg arwah abah bawa kita adik beradik pi beraya rumah famili yg kedua dan ketiga......
nak poligami yg aman pihak lelaki kena dominant la,jenis lelaki yg tak senang dipengaruhi baik pihak isteri pertama atau isteri2 yg lain... mmg akan ada isu ..standard la..kita org perempuan jealous tu tak boleh lari kan tapi kalau suami tu manly and gentleman apa2 isu pun akan dpt diselesaikan dgn baik...
itulah, mmg ambil pengajaran la kisah tt ni...yg dah kahwin pun rupanya bukan jaminan kasih tu akan ada selamanya...huhu
aku dah lalui situasi ni..dan telah sgt TERKESAN pada kualiti idop, kerja, juga anak2..sbg OKU fizikal wheelchair aku redha dan serahkan semuanya pada DIA..
Tak ada satu ayat pun MERAYU pd ex aku utk sebuah kehidupan dan masa depan anak2...
Anak2 aku ambik semuanya..2 org 8 dan 4thn
Kerja aku sebgai penjawat gomen hampir melayang bila tak dpt reach KPI dan SKT..dlm senarai exit policy..
Emosi tak keruan..mana nak handle emosi anak2 lagi...
Diceraikan tanpa pengetahuan..alih2 cakap aku TELAH diceraikan...lagi sadis tau..
Ex lepas tangan urusan cerai..lansung tak ambik tahu..
aku yg OKU ni dgn wheelchair segala pi la sorang2 lapor perceraian kt mahkamah..
kena tggu 2 tahun baru dpt surat cerai..
dpt surat cerai baru boleh proceed tuntutan nafkah anak2..
aku tuntut..nafkah anak..hutang dlm perkahwinan..mutaah..bayaran edah..total 200K+++..
now ni tuntutan tak setel lg..masih turun naik mahkamah...penat jgn cerita la..
Balasan Allah pd ex laki..
kena tipu merata2...duit tak lekat di tangan..
naik pangkat terjejas koz aku repot pd ketua jabatan..
beli rumah (lepas cerai dgn aku)..kena tipu..D/P 60K hangus..beli sub-sale..dlm proses owner mati..anak2 tak bagi kerjasama utk proceed aggrement koz anak2 nak rumah tu..
(ni semua aku tau dlm perbicaraan di mahkamah..kedudukan kewangan dia now ni..)
TUp..TUp..TUP...dia dtg berlutut minta maaf kat aku dan mohon rujuk balik...
anak2 aku mmg nak ayah dia balik...tapi aku...tiada kata....tiada rasa...time will tell..
hanya Allah penentu segala...
Ex laki aku cerai aku depan 1st wife dia..
lepas sebulan mai opis pada 7 ramadhan 2016 bagitau saya dah cerai awak..
betapa susah aku nak uruskan proses cerai sbb cerai luar mahkamah dan saksi cerai (madu aku) tak bagi kerjasama..
PUNCA aku kena cerai sbb aku MAKI kaw..kaw..kaw..kaw..kaw.. madu aku hutang duit aku tak bayar
sbb dia masuk saham scam cikgu cikgi HIGHWAY apatah..
balasan allah..
segala rumah dan harta benda dia kena jual hangus just utk cover duit org yg join saham highway tu..
sbb kena ugut bunuh dari pendeposit yg join under dia..
ayat sinis ex laki..duit aku berkepok 500k++ pun maseh nak berkira..
duit tak boleh bawak mati katanya..
ex madu habis reta duniawi hangus..
ex laki pun habis reta duniawi kena tarah..
sis boleh tuntut psl rumah tu..kwn sy ada sorang mmg dia tuntut hak dia..sbb rumah selama dia n husband kawen mmg rumah dia..so sepatutnya rumah t.jwb suami..so dia kira sebulan sewa selama husband dia stay situ...klo 10 tahun sis darab la sewa tu....bia dia pening pulak nak pk bayar kt sis semula