CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 18-3-2021 11:44 AM | Show all posts
best cite TT,kalau ade lagi tepek la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 04:14 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-3-2021 02:30 PM
Bapak Saudaraku Seorang Askar

Beberapa minggu yang lalu, di tahun 2020, waktu ni Covid19 tengah m ...

very rare story....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alih bahasa versi bahasa melayu sangat bagus..  Perasaan seram tetap ada.  Terima kasih di atas perkongsian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2021 02:40 PM | Show all posts
Kejadian pelik di Ground Zero, New York
Kisah yang terjadi pada aku ni sememangnya pelik. Aku tak pasti samada ianya ada kaitan dengan alam mistik atau ada penjelasan saintifik di sebaliknya, tapi ianya memang cukup pelik sebab ianya bukan berlaku pada aku je, tapi pada rakan-rakan yang kebetulan bersama aku juga masa tu.

Aku pernah pegi ke New York pada tahun 2006.  Aku pergi atas kapasiti rombongan rasmi syarikat tempat aku bekerja ketika itu.  Usai urusan rasmi pada ketika itu, kami berempat termasuk aku ambil keputusan nak melawat ke Ground Zero memandangkan ini kali pertama kami semua datang ke New York.   Ground Zero ni adalah tapak bangunan New York yang musnah dilanggar kapalterbang pada 11 September 2001 yang lalu. Kami ada masa 3 jam nak berjalan-jalan, sebab malam tu ada makan malam syarikat pulak.  Jadi kami pun naik keretapi untuk ke tempat tu.



Kami sampai ke Ground Zero dalam pukul 4 petang.  Sebenarnya Ground Zero ni macam biasa je, takde muzium pun. Ianya lebih macam pusat memperingati mangsa-mangsa yang terkorban semasa 9-11 tu.  Walaupun lokasi tempat ni tepi jalan dan dikelilingi bangunan-bangunan tinggi, tapi masa kami kat situ, keadaannya macam sunyi dan suram je. Aku dan kawan-kawan yang lain pun rasa macam tu jugak. Macam kami berada di kawasan yang beraura negatif.  Kemungkinan sebab ramai yang terkorban semasa peristiwa 9-11 tu.  Tak banyak pun aktiviti boleh buat kat situ, kecuali jalan-jalan tangkap gambar.  Aku rasa macam baru sekejap aku sampai situ, sampailah kawan aku sorang ni cakap yang kitorang ni dah lari dari jadual ni.  

Aku macam tak percaya, rasanya baru setengah jam kitorang kat situ, tapi bila kami bandingkan jam masing-masing, eh rupanya kami dah 2 jam kat situ.  Jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang. Macam terpinga-pinga jugaklah kami berempat. Kami dah mula panik sebab kami cuma ada masa tak sampai sejam, nak naik keretapi, balik hotel mandi-mandi dan bersiap nak ke majlis makan malam tu.  Majlis makan malam tu mula pukul 7 malam. Majlis tu pulak majlis formal, takkan kami nak bersiap ala kadar je.  

Kami pun berlarik ke stesen keretapi, nasib baiklah masa kami dah sampai ke stesen tu, keretapi ngam-ngam dah sampai. Tak fikir panjang kitorang pun masuk jelah dalam kabin keretapi tu dengan termengah-mengahnya.  Masing-masing dah mula bahagi-bahagi tugas, ha nanti kat hotel aku mandi dulu ko iron baju dulu.  Tiba-tiba aku tergerak nak check jam.  Eh, kenapa jam aku dah berundur balik sejam?  

Aku ingatkan jam aku yang rosak, tapi bila kawan-kawan aku pun check jam masing-masing, aah la.. memang jam kami semua dah berundur balik sejam. Bila check jam di handphone pun macam tu.  Tak puas hati, salah seorang kawan aku pun bertanyakan masa pada seorang penumpang ni, sah sekarang ni baru 5.15 petang.  Terkejutlah kami berempat. Tapi dalam pada masa yang sama, kami rasa lega sebab dah tak payah terburu-buru bersiap nak ke majlis makan malam tu.

Masa makan malam tu, kami duduk berempat semeja. Kami berbual pasal kejadian petang tadi. Kami yakin ini bukan prank, sebab masa kat Ground Zero tu memang masing-masing check jam yang dipakai.  Termasuk jugak jam di telefon bimbit. Lagipun takkan kitorang berempat sempat nak ubah waktu di jam masa tu dan untuk apa kan.  Misteri yang tak dapat dirungkai oleh sesiapa pun sampai sekarang....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 10:32 AM | Show all posts
Kenangan Semasa Kecil

Sebenarnya, ini pertama kali aku mendedahkan kisah yang terjadi pada aku semasa aku masih berumur 10 tahun.  Walaupun kisah ni aku pendam sorang-sorang, tapi ianya masih terakam dalam ingatan aku macam kamera video.  Segala-galanya masih jelas sampai sekarang.

Semasa aku berumur 10 tahun, aku dan ibubapaku pergi ke sebuah tapak perkhemahan untuk melawat kawan ibubapa aku di sana.  Kawan ibubapaku ini takde rumah, jadi mereka ni sering berpindah randah dari satu kem ke kem yang lain.  Waktu ni, mereka sedang tinggal di King Nummy Trail Campground, New Jersey.



Kawan ibubapaku ni ada seorang anak lelaki yang sebaya dengan aku.  Jadi bila orang dewasa sibuk membawang, kami yang budak-budak ni pun bermainlah bersama-sama.  Waktu tu, aku dan anak lelaki kawan ibubapaku  tu tengah memancing kat tasik.  Tengah memancing berdua tu, datanglah pulak budak-budak lain yang juga merupakan kawan kepada budak lelaki tu. Sudahnya aku pulak disisihkan dan geng tu pun taknak dah layan aku budak dari luar, jadi aku pun faham-faham sendiri dan aku pun blah la dari situ.

Aku cadang nak balik ke tapak perkhemahan kawan ibu bapa aku tu, tapi nanti ibubapa aku banyak tanya pulak, kenapa tinggalkan budak lelaki tu bla bla bla. Dalam perjalanan tu, ada satu simpang berbentuk U.  Kt sebelah kanan tu deretan van-van camping dan sebelah kiri jalan tu hutan.  Di bahagian tempat letak van camping tu ada macam taman permainan kecil, ada buaian yang betul-betul menghadap hutan tu. Jadi aku pun mainlah buaian sorang-sorang, saja nak buang masa.  

Atas buaian tu, aku terperasan dalam hutan yang menghadap aku  tu macam ada satu laluan trekking kecil.  Aku pun bangun dan aku cadang nak masuk hutan ikut laluan tu. Laluan tu walaupun takde batu takde tar, tapi nampak macam laluan hutan yang orang selalu masuk.  Kiri kanan laluan tu ada rumput tinggi-tinggi yang daunnya agak tajam tu, tapi laluan tu cukup luas dan selamat untuk budak kecil macam aku nak masuk.  

Aku berjalan selama 10 minit dan jalan itu membawa aku ke sebuah kolam yang sangat jernih airnya.  Air tu nampak segar dan bersih, sampai aku rasa tertarik nak minum air kolam tu.  Aku siap dah berlutut nak ceduk air kolam pakai tangan aku, apabila secara tiba-tiba bulu roma di leherku menegak.  Masa tu jugaklah aku macam tersedar dari lamunan.

Eh apa aku buat ni?  Kenapa aku nak minum air kolam ni?  Macam mana aku boleh terfikir nak jalan ikut laluan tadi?  Aku macam tersentak, sebab ibubapa aku selalu nasihatkan aku jangan berseorangan kalau masuk hutan, dan aku ni bolehlah dikategorikan sebagai anak yang mengikut arahan. Bagi aku memang pelik jugak macam mana aku boleh tak teringat nasihat ibubapa aku tu.

Aku dah mula rasa tak sedap hati, jadi aku pun berundur dan berjalan balik ikut laluan tadi.  Tapi disini aku nak terangkan sesuatu, cuma ada satu jalan je dan jalan tu memang lurus tanpa simpang.  Jalan tu terus membawa aku ke kolam ini, dan aku pun takde bersiar-siar mengelilingi kolam tu. Tapi bila aku toleh belakang je, aku terus dihurungi dengan pelbagai jenis serangga kecil.  Aku agak panik tapi aku tetap jugak meneruskan perjalanan balik.  Waktu tulah aku perasan yang laluan tadi makin lama jadi makin sempit.  

Jalan tu jadi terlalu sempit sampaikan aku dihimpit dengan rumput-rumput dan lalang-lalang yang tajam tadi dan aku terpaksa jalan mengiring. Bunyi serangga kecil membingitkan telinga aku. Dalam kepanikan itu aku menjerit mintak tolong, dan jeritanku itu disahut oleh seorang wanita.  Wanita itu menjerit semula kepada aku, bertanyakan adakah aku ok? Aku cakap aku dah sesat dan mula menangis.  "Takpe sayang, makcik nampak awak ni. Awak jalan terus je ke arah makcik", suara wanita itu sedikit sebanyak berjaya menenangkan aku.  Aku kuatkan diri untuk berjalan sambil wanita itu memberikan kata-kata sokongan.  Padahal masa tu aku dikelilingi rumput yang lebih tinggi daripada aku dan aku pun tak nampak muka wanita tu.

Dalam beberapa kaki tu akhirnya aku berjaya juga keluar dari hutan tu.  Baru aku sedar yang satu badan aku dah bercalar terkena rumput tadi.  Dan ada seorang wanita yang sedang menunggu aku di buaian tempat aku bermain tadi.  Wanita itu terus mendapatkan aku dan bertanyakan aku apa yang dah berlaku.  Dia mengeluarkan tisu dan mengelap darah dan peluh dari luka calar di badan aku.  Aku nak tunjuk laluan yang aku masuk tadi, tapi bila aku nak tunjuk kat wanita tu, laluan tu dah takde. Cuma ada rumput dan lalang yang tinggi-tinggi.  Aku terpinga seketika. "Takpelah dik, makcik faham.  Yang penting, adik dah selamat.  Cuma adik kena janji dengan makcik, adik jangan cerita pasal ni kat sapa-sapa pun. Jangan sesekali adik cerita kat orang ye? Kalau makbapak adik tanya kenapa, adik cakap je adik terjatuh".  Aku hanya mengangguk lemah.

Wanita tu memang tak putus-putus ingatkan aku untuk rahsiakan perkara ini.  Sebab tulah, setelah berpuluh tahun berlalu, baru hari ini aku berani nak cerita. Ibubapa aku pun tak tau. Tapi aku memang yakin sangat-sangat aku nampak laluan tu.  Mungkinkah aku paranoid sebab dihurung oleh serangga itu sampai aku termasuk jalan lain?  Atau ada sesuatu yang 'jahat' cuba nak sesatkan aku? Dan kenapa wanita itu beriya-iya suruh aku kunci mulut?  Semua itu misteri hingga kini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 10:45 AM | Show all posts
copy_paste replied at 18-3-2021 11:44 AM
best cite TT,kalau ade lagi tepek la

insya allah...kalau lambat update jgn marah ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt jangan lame2 sangat rindu nak bacaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis dh baca
Yeayyy


Happy dlm keseraman



Btw tt ni org lm dlm cari eh
Tau psl cik es...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2021 11:16 PM | Show all posts
Terima Kasih Doktor Dale

Semasa aku berumur 11 tahun, aku menghidap anoreksia.  Keadaan aku masa tu sangat teruk sehinggakan hospital tempat aku pun enggan nak menerima aku dan ibubapa aku terpaksa bawa aku ke hospital lain yang terletak di Chicago. Jarak dari hospital di Chicago tu ke rumah aku kira-kira 2 jam memandu la jugak.

Aku ditempatkan di hospital baru tu selama 3 minggu.  Tapi keadaan aku makin lama makin buruk, dalam beberapa hari sekiranya aku masih tak boleh nak makan, aku akan mengalami kegagalan organ dan mungkin akan mati.  Doktor-doktor yang merawat aku ketika itu pun hampir berputus asa, termasuklah ibubapa aku, semua orang ketika itu hanya bersedia untuk menerima hakikat yang aku tak boleh nak diselamatkan.  

Sehinggalah pada suatu hari, muncullah seorang doktor lelaki muda yang tak pernah aku nampak sebelum ni.  Aku sedang terbaring tidak bermaya di atas katil, apabila doktor muda itu datang ke bilik aku membawa sekotak alat mainan.  Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr Dale, kami berbual dan bermain bersama-sama sehingga aku tertidur kerana terlalu kepenatan.

Dua hari kemudiannya agak kabur dan aku tak mampu nak ingat secara terperinci, tapi aku masih ingat lagi, di wad kanak-kanak tempat aku dirawat tu ada bilik mainan.  Aku ditemani Dr Dale ke bilik itu dan Dr Dale sempat lagi bermain Nintendo bersama-sama aku.  Memandangkan aku pesakit kritikal, sepatutnya aku tak boleh tinggalkan katil aku, tapi aku ditemani Dr Dale jadi jururawat kat situ buat tak peduli pun kat aku.  

Pada hari ketiga, Dr Dale datang melawat aku, sambil kedua-dua tangannya berada di belakang dia. “Saya ada hadiah istimewa untuk adik”,  lalu Dr Dale mengeluarkan anak patung badak yang disorok di belakangnya tadi.  Aku sangat gembira dengan hadiah tu, sebab badak air merupakan haiwan kegemaran aku.  Aku tak sangka Dr Dale boleh ingat yang aku suka badak air.  Dr Dale cakap, dia beli anak patung tu dari kedai kat hospital tu jugak.  Tapi, rupa-rupanya itu hadiah pertama dan terakhir dari Dr Dale untuk aku, Dr Dale terpaksa memendekkan perjumpaan kami hari tu sebab dia cakap dia ada ‘kes kod biru’.  Mungkin lepas ni aku tak jumpa dah dia.

Dan lepas tu, memang aku tak jumpa dah Dr Dale. Tapi, hari tu aku dah mula boleh makan.  Walaupun hanya sebiji epal.  Sebelum ni, aku diberi makan melalui tiub saluran makanan yang dimasukkan melalui hidung aku.  Itulah titik permulaan di mana kesihatan aku semakin baik dan akhirnya minggu itu, aku dah berjaya makan makanan pepejal dengan seleranya.


Ibubapa aku sangat gembira dengan perkembangan positif aku. Yang lebih menggembirakan lagi, apabila akhirnya aku dibenarkan untuk discaj keluar.  Ibubapa aku tak selalu boleh berada di hospital melihat aku kerana jarak dari rumah ke hospital ini yang agak jauh, jadi agak lambat jugak ibubapa aku perasan aku ada patung badak tu. Jadi aku ceritalah pasal Dr Dale pada ibubapa aku.

Ibubapa aku rasa terhutang budi pada Dr Dale, jadi mereka pun bertanyakanlah pada staf hospital, bolehkah ibubapa aku nak jumpa Dr Dale untuk ucapkan terima kasih kerana menjaga aku.  Tapi staf itu hanya memandang ibubapa aku dengan pelik. “Maaf, kat hospital ni takde orang nama Dale”.  Staf hospital pun tak tau mana aku dapat anak patung badak tu dan diorang ingatkan memang aku bawak dari rumah.  Semasa kami meninggalkan hospital itu, aku sempat pergi ke kedai yang Dr Dale cakap tu, kot la ada lagi anak patung badak tu, tapi staf kedai tu pulak cakap yang diorang tak pernah jual anak patung badak tu.

20 tahun berlalu, aku dah sihat dan aku tak pernah lagi menderita sakit anoreksia, tapi aku masih lagi simpan anak patung badak pemberian Dr Dale.  Bila dan besar ni, aku terfikir jugak, mungkinkah Dr Dale ni cuma nama samaran je, tapi sape pulak nak menyamar dan apa tujuan dia menyamar jadi doktor? Selama 3 hari dia menemani aku, kenapa takde staf atau pesakit lain pun yang perasan dan kenapa dia tiba-tiba hilang begitu sahaja? Kenapa aku sorang je yang ‘nampak’ Dr Dale? Padahal wad yang aku duduk tu penuh dengan pesakit kanak-kanak dan 24 jam ada staf hospital yang menjaga kami. Mungkinkah aku cuma berhalusinasi sebab aku terlalu lapar? Tapi mana pulak datangnya anak patung badak ni?

Aku pernah juga buat siasatan sendiri di Internet, aku semak di laman web hospital tu memang takde Dr Dale. Aku email Bahagian Sumber Manusia bertanyakan Dr Dale, tapi jawapan yang aku dapat sama macam 20 tahun lalu. Tak pernah ada Dr Dale bekerja di hospital itu.  Aku masih takde idea apa sebenarnya yang dah terjadi.  Aku hanya mampu menerima kenyataan bahawa ada sesetengah perkara dalam dunia ni memang tak boleh nak dijelaskan dengan akal, tapi yang penting, walau siapa atau apapun Dr Dale, dia dah berjaya menyelamatkan aku.  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2021 12:01 AM | Show all posts
Kebetulan Atau Aku Yang Bertuah?

Kisah ini berlaku semasa aku berumur 19 tahun, semasa musim luruh tahun 1994 di Sweden.  Ketika itu, ayah aku, satu-satunya ahli keluarga aku yang masih hidup bekerja di luar daerah selama hampir 6 bulan.  Aku bercadang untuk membuat kejutan dengan melawat ayah aku. Aku memang rapat dengan ayah memandangkan aku anak tunggal, ibu aku pula meninggal kerana kanser semasa aku masih kecil. Jadi ayahlah yang menjaga aku.  Walaupun keluarga kami kecil, tapi kami bahagia dengan cara kami sendiri.  

Aku dah tempah tiket feri untuk ke tempat ayah aku bekerja tu.  Tapi aku tersampai awal, jadi aku ambil keputusan nak lepak di sebuah kafe kecil sementara menunggu feri tiba.  Kat kafe tu penuh dengan lelaki dan rupa-rupanya aku sorang je perempuan dalam kafe tu.  Semasa aku sedang menikmati kopi, aku perasan ada seorang lelaki dalam kafe tu sedang merenung aku.  Lelaki tu aku kelihatan seperti sudah berusia 40an, dengan mata biru yang menikam tajam dan badan penuh tatu. Dari cara pemakaiannya aku rasa dia seorang pemandu lori.  Dia merenung aku dengan mata tak berkelip dan aku dah mula rasa tak selesa diperhatikan macam tu.

Aku pun bangun dan nak keluar dari kafe tu, tapi yang memeranjatkan lelaki tu pun ikut aku sekali.  Alamak nak buat ape ni? Aku takde telefon bimbit nak buat panggilan kecemasan, zaman 1990-an telefon bimbit bukan keperluan macam zaman sekarang ni.  Aku cuba buat-buat sibuk manelah tau kan lelaki tu akan tinggalkan aku sendirian. Jadi aku pun keluarkan tiket aku dan cuba berlakon tengah baca tiket tu, apabila dengan tiba-tiba lelaki itu merampas tiket itu dari tangan aku.  “Eh kita satu bot lah.  Bolehlah nanti abang temankan awak atas feri nanti”.  Lelaki itu mengenyit matanya padaku sambil tersenyum gatal.

Dalam hati aku masa tu, bahaya kalau aku satu bot dengan lelaki tu. Dia dah tau nombor tempat duduk aku atas feri, manalah tau kan atas bot tu nanti dia ambil kesempatan kat aku ke. Aku pulak sorang diri tanpa ditemani sesiapa.  Aku tak reti nak jelaskan perasaan aku masa tu, tapi naluri kewanitaan aku mendesak aku untuk jangan naik feri tu.  Aku rampas balik tiket feri tu dan aku cepat-cepat berjalan meninggalkan lelaki tu. Aku masuk menyorok dalam tandas wanita sampailah feri yang sepatutnya aku naik tu meninggalkan jeti.  

Cerita ini sepatutnya berakhir di sini, di mana aku berjaya lari dari ancaman lelaki itu. Tapi, tidak. Nampaknya keputusan aku untuk tidak naik feri itu memberi tuah kepada aku. Pada tarikh itu, 28 September 1994, feri yang sepatutnya aku naik tu, M/S Estonia telah karam di Laut Baltic.  852 penumpang feri itu menjadi mangsa, dan tragedi tu merupakan tragedi kapal karam terburuk di Sweden sehingga ke hari ini.

Sehingga sekarang aku masih ingat lagi peristiwa itu. Aku tak pasti adakah lelaki itu juga salah seorang mangsa tragedi itu, tapi ianya membuatkan aku terfikir, setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya….
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih share cerita.. best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2021 12:30 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-3-2021 12:31 PM

Malam Yang Misteri

Masa aku muda-muda dulu, aku pernah bekerja sebagai mekanik kenderaan untuk Tentera Simpanan.  Pada suatu malam, kami diarahkan untuk memandu konvoi trak tentera dari Baltimore ke Fort A.P. Hill, Virginia. Kami memilih untuk menggunakan jalan lama yang tak ramai orang lalu.  Konvoi kami bergerak dengan lancar, sehinggalah aku perasan yang konvoi ni makin lama makin perlahan.

Akhirnya kami berhenti sekejap di tepi jalan sebab konvoi dah macam siput.  Rupa-rupanya trak yang bergerak paling hadapan tu ada kerosakan teknikal sikit.  Menurut pemandu trak 5 tan tu, trak dia tak boleh nak pecut langsung. Jadi aku selaku mekanik pun cuba pandu trak tu, dan memang ye, walaupun sekuat mana pun aku pijak pedal minyak, trak tu boleh jalan paling laju pun 5batu sejam je.  Nak tak nak, trak tu terpaksa dikeluarkan dari konvoi kami.  Trak-trak yang lain pun berlalu pegi, dan tinggallah aku memandu trak 5 tan tu perlahan-lahan, ditemani oleh Sarjan aku yang bawak kereta lain masa tu. Dalam setengah jam memandu tu, kami jumpa satu stesen minyak antik, dan kebetulan jugak kat situ ada tempat letak kereta khas untuk kenderaan panjang dan besar.  Aku dan Sarjan aku berbincang dan kami bersetuju untuk park je trak tu di tempat tu sementara Sarjan aku balik ke pangkalan dan datang balik bawak trak lain untuk pindahkan barang-barang dalam trak rosak tu. Tapi aku terpaksa tunggu trak kat situ sebab dalam trak tu banyak harta kerajaan.

Aku hanya mampu memerhatikan Sarjan aku memecut pergi, dan tinggallah aku sorang-sorang kat situ kat tengah-tengah Maryland tempat jin bertendang ni. Masa tu dah senja, dan aku dengan setianya tunggu jelah dalam trak tu menantikan Sarjan aku datang.  Lama-kelamaan, hari makin gelap.  Stesen minyak yang aku sangkakan takde orang tu mula memasang lampu-lampunya.  Rupa-rupanya, kat stesen minyak tu bersekali dengan kedai makan kecil.  Tu pun aku perasan bila papan tandanya memancarkan cahaya lampu neon di senja nan gelap tu.  


Perut aku dah mula berkeroncong, jadi aku pun apa lagi, aku kunci trak dan berjalan menuju ke stesen minyak tu.  Aku sengaja memilih meja makan yang paling dekat dengan tingkap supaya aku boleh perhatikan trak aku tadi. Walaupun aku tau jalan ni memang jarang sangat orang nak lalu, masa aku tunggu dalam trak tadi pun aku tak jumpa satu pun kenderaan lain yang lalu jalan ni, tapi aku tetap kena ambil langkah berjaga-jaga.  Seorang pelayan wanita datang, aku mintak menu, tapi pelayan wanita tu cakap kedai ni takde menu.  Tapi kat dapur ada ayam goreng dan kentang putar.  Aku pun dah takde pilihan lain jadi aku pun order jelah yang tu.  Mungkin sebab kedai ni tak ramai orang datang kot, jadi tuan kedai rasa tak berbaloi nak sediakan bahan basah macam-macam sebab tu takde menu. Takpelah aku pun dah lapar gila masa tu.

Itulah hidangan ayam goreng dan kentang putar paling sedap yang pernah aku rasa seumur hidup aku. Sampai licin pinggan tu. Tak taulah sebab memang aku kebuluran ke ape ke, tapi aku memang puas hati dan kekenyangan sungguhlah.  Aku tinggalkan USD20 sekeping atas meja, yang selebihnya tu sebagai tips kepada pelayan tu.  Aku pun keluar dari kedai makan tu dan terus balik ke trak.  Sebab dah kenyang sangat, naik trak je aku terus lena.

Tengah sedap tidur tu, tingkap trak aku diketuk seseorang.  Oh rupa-rupanya Sarjan aku dah sampai. Lambat jugak dia datang masa tu, dalam pukul 2-3 pagi lah jugak. Sarjan aku bawak sekumpulan krew dan trak 5 tan baru. Kami pindahkan harta-harta kerajaan dalam trak rosak tu ke trak baru. Aku pun turut membantu krew-krew tu pindahkan barang.

Salah seorang krew tu nampak aku macam bertenaga, dan dia pun tanya aku, “Eh ko ni larat ke angkat barang-barang ni? Ko mesti kelaparan kan tak makan malam”.  “Eh taklah, aku baru makan tadi kat kedai makan kat stesen minyak”, sambil jari telunjukku mengarah ke arah stesen minyak tadi.  Berkerut-kerut krew tu bila aku tunjuk ke arah stesen minyak tu, “Eh tapi stesen minyak tu nampak macam stesen minyak tinggal je”.  “Yelah, sekarang dah pukul brape ni, mestilah stesen minyak tu dah tutup”.  Krew tu berhenti bersembang dan teruskan dengan kerjanya memunggah barang.

Malam tu aku pun balik ke pangkalan bersama-sama krew tu. Esok paginya aku dan pasukan mekanik lain pun kembalilah ke stesen minyak tu bersama-sama peralatan kami untuk membaiki trak rosak semalam. Terkejut beruk aku bila aku nampak stesen minyak tu bukan setakat tak bukak, tapi dah rosak sana sini dengan tingkap-tingkapnya siap dipaku dengan kayu.  Papan tanda yang aku nampak semalam pun banyak lampu neonnya dah pecah-pecah. Catnya jugak makin pudar dan dipenuhi debu pasir. Tapi semalam aku tengok stesen minyak tu walaupun nampak antik, tapi takdelah nampak buruk macam ni.  Dari celah-celah kayu tu, aku mengintai kedai makan yang aku pegi malam tadi tu.  Tu dia, sekeping note USD20 yang aku tinggalkan malam tadi masih elok lagi terletak di atas meja makan aku semalam.  

Sejak tu kalau ada konvoi nak lalu jalan tu, memang aku taknak ikut dah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2021 10:00 AM | Show all posts
Kisah Penghantar Barang di LA

Kisah aku ni takdelah seram berhantu macam orang lain, tapi misteri jugaklah bagi aku.  Aku bekerja sebagai penghantar barang di Los Angeles, tapi aku naik motor. Kalau kat Malaysia, orang panggil keje rider la.  Pada suatu hari, aku ditugaskan untuk menghantar barang ke satu alamat di Bird Streets belakang Chateau Marmont on Sunset.  Aku memang kenal kawasan ni, kawasan ni dipenuhi dengan rumah orang kaya-kaya berpagar tinggi yang dibina pada 1980an.  Tak silap aku, rumah yang aku pegi ni terletak di Jalan Oriole.  



Akhirnya aku jumpa jugak rumah tu, tapi pagarnya dah terbukak.  Di garaj rumah banglo tu ada kereta jenama Jaguar yang buruk, keempat-empat tayarnya dah kempis pun. Agaknya sebab dah lama tak dipandu kot.  Lamannya masih terjaga dan tiada rumput-rumput yang meninggi.  Tapi keadaan rumah tu sendiri dah buruk, dengan tingkap yang dah pecah sana sini.  Pintu depannya pun ternganga luas begitu sahaja, tapi aku tetap jugak ketuk pintu nak pastikan betul ke ni rumah yang aku kena pergi tu.  "Hello, ada orang ke?", tapi tak berjawab.  Jadi aku pun masuk jelah tanpa dijemput.  Selalunya keje rider macam aku ni kitorang tunggu penerima kat luar je.

Kalau kat luar pun dah nampak buruk, kat dalam rumah tu lagilah teruk.  Dahla masa tu senja musim sejuk.  Bumbungnya pun dah bocor sampai boleh nampak kesan air hujan menitik masuk.  Lantainya pun dah rosak dan kayu parquet melenting sana sini.  Cat di dinding rumah tu dah terkopek-kopek kesan terkena air hujan.  Tapi rumah tu memang besar.  Di kawasan tempat sambut tetamu tu je, ada lampu chandelier mewah tapi lampu tu dah jatuh ke lantai.  Aku naik atas ikut tangga utama, tapi ada sebahagian kayu pemegang tangga tu pun dah jatuh sendiri.  Kat tingkat 1 tu je ada berdozen-dozen bilik.  Tapi aku perasan, yang walaupun rumah ni rumah tinggal, tapi tiada pokok-pokok menjalar atau burung-burung bersarang dalam rumah ni. Padahal bumbungnya aku tengok besar jugak bocornya.  

Aku kira-kira ada 12 bilik dan semua tu bilik tidur.  Aku memang bukak satu persatu pintu kat tingkat 1 tu.  Semua bilik-bilik tu takde perabot, kecuali katil yang kosong tanpa tilam, kecuali 1 bilik ni je.  Dalam bilik tu ada sekeping tilam spring bersaiz king, tapi takde katil. Katil tu diletakkan atas lantai macam tu je.  Tapi, keadaan bilik tu kemas pulak. Debu pun takde. Tilam dan bantal dalam bilik tu elok je bersarung.  Ada meja kecil di sebelah katil tu, atas meja katil tu ada lampu kuasa bateri kecil.  Aku ingatkan ni agaknya port penagih kot, tapi aku tengok bilik tu bersih je, bekas habuk rokok pun takde.  Yang ada, sebuah Bible versi Gideon yang diletak atas meja katil sebelah lampu tu.

Aku telefon balik pejabat aku, "Wei betul ke alamat yang kau kasi ni?".  Tapi staf pejabat cakap ye, memang betul. Aku belek lagi alamat di bungkusan tu untuk kepastian. Betullah alamat ni, tapi takde nama penerima.  No telefon penerima pun takde. Aku tak dapat nak ambil tandatangan penerima sebagai pengesahan sebab tempat ni takde orang. Staf kata dia akan cuba hubungi orang yang hantar barang tu.  Sementara menunggu pejabat telefon aku balik, aku lepaklah jap kat luar bilik tu.

Beberapa minit kemudian, staf pejabat pun telefon aku balik.  "Orang yang hantar tu cakap, letak je bungkusan tu atas katil".  Berderau jap darah aku.  Macam mana pulak dia boleh tau aku dah ada dalam rumah?  Aku pandang kiri kanan memang takde orang lain selain aku kat situ. Pandang atas pun tak nampak kamera sekuriti kat mana-mana.  Jadi aku pun campak jelah barang tu atas katil dan cepat-cepat keluar dari rumah tu.

Tu jelah kali terakhir aku hantar barang kat situ. Tapi sampai sekarang aku tertanya jugak amende yang aku hantar tu dan pada sape? Sape pulak yang sanggup duduk kat situ. Yang aku ingat, barangan yang aku hantar tu dibungkus dalam sampul manila dan berbentuk macam bekas pil.  Tapi isinya berat jugak.


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Misteri dan seram...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 12:48 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-3-2021 02:30 PM
Bapak Saudaraku Seorang Askar

Beberapa minggu yang lalu, di tahun 2020, waktu ni Covid19 tengah m ...

Perghhh..dah terasa macam movie arnold scharwanegger yg team special komando pegi serang kampung kecik tu. Menarik jugakla cerita2 dari sana. Sana pun ada jugak kes makan kat gerai bunian...he2...sama je macam kat Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik TT
Terima kasih update story
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-3-2021 12:30 PM
Malam Yang Misteri
Masa aku muda-muda dulu, aku pernah bekerja sebagai mekanik kenderaan untuk Tent ...

sebijik kisah misteri ummah nusantara kita
Kompem makan kedai jin
Cuma pelik xde menu spaghetti pula
Kalau tak, mesti ada scene muntah cacing
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Go tt go.. tiap2 hari ioollss nunggu tt update..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 02:05 PM | Show all posts
waiting... waiting
tQ TT translate cite best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2021 02:25 PM | Show all posts
Kerja Gila

Aku dan kawan aku dulu suka buat kerja gila,  kitorang suka menjelajahi hutan belantara yang orang tak pernah masuk lagi.  Kami berdua akan mintak sorang lagi kawan kami bawak kami masuk highway pastu turunkan kami kat mana-mana je, dan kami akan mulakan pengembaraan kami dari situ.  Kami akan bawak parang untuk bukak laluan dan buat tanda di pokok-pokok supaya kami boleh cari jalan pulang.  Selalunya kami akan masuk hutan seminggu.  Ni semua pengaruh Bear Grylls la ni tapi selama kami buat kerja gila ni tak pernah lagilah kami sesat atau ditimpa kemalangan yang teruk.

Sehinggalah, masa ekspedisi kami yang satu ni. Ekspedisi kali ni agak istimewa sikit sebab jauh jugak kami masuk hutan kali ni.  Waktu ni dah masuk hari kedua atau ketiga, macam tulah.  Kami sedang mencari buah beri dan tupai untuk dijadikan makanan masa tu, tapi yang kami jumpa adalah sebuah tasik.  Tiba-tiba je kat dalam hutan tu ada tasik.  Tasik tu agak besar la jugak, dalam 50ela jugak panjangnya.  Tapi tasik tu memang sedepuk kat tengah-tengah hutan tu, aku tak nampak pulak sungai ke atau mata air yang jadi punca tasik tu. Agaknya mungkin kami dah penat sebab dah hari ketiga kami dalam hutan tu dan setakat makan buah beri je, kami pun tak fikir panjang dan terus la buat batang pancing untuk tangkap ikan dan dirikan khemah untuk tidur kat situ malam tu.

Malam tu kami buat unggun api sikit, dan kami sengaja halakan khemah kami menghadap tasik. Ditambah pulak dengan kesejukan malam dan bulan pun mengambang cantik malam tu.  Tengah merenung bintang di langit sambil sembang-sembang tu, tanpa disedari kami tertidur la pulak.



Lenaku dikejutkan dengan bunyi air berkocak.  Aku terus terbangun, dalam kesamaran malam tu aku ternampak permukaan tasik beriak-riak seolah-olah macam ada seseorang terjun masuk tasik tu. Aku pandang ke sebelah, cuba nak kejutkan kawan aku, T, tapi kosong. T takde di tempatnya.  Aku jadi agak panik, aku jerit-jerit nama T. "T! T! Kau kat mane wei?"  "Wei, wei apsal ni apsal ni?", T berlari anak ke muka pintu khemah kami. Rupanya T pegi kencing sekejap kat luar.

Aku cerita kat dia pasal aku terdengar bunyi terjunan tadi, tapi T cuma gelakkan aku dan anggap itu cuma mainan tidur je.  T pun suruh aku tidur balik tapi aku tak boleh nak pejamkan mata.  Mata aku ni tertancap pada tasik tu je.  Aku dah mula mengantuk, tapi aku ternampak ada sesuatu sedang bergerak dalam tasik tu. Benda tu bergerak dari hujung tasik yang menghadap kami ni.  Aku cuba nak kejutkan T, tapi T dah lena tidur.  Kejut-kejut taknak bangun.  Aku dah tak berani nak tidur jadi aku pun cuma bangun dan renung je tasik tu cuba nak agak haiwan apa yang tengah berenang dalam tasik tu.

Aku sangkakan mungkin itu adalah penyu, sebab kura-kura tak besar macam tu. Tapi penyu kan cuma ada di laut je, macam mana penyu boleh ada di tengah hutan macam ni.  Hari dah nak masuk subuh, bulan pun makin menghilang di langit, suasana masa tu memang agak gelap je.  Tapi aku boleh nampak bayang-bayang haiwan tu, makin lama bayang-bayang haiwan tu makin hampir ke arah kami.  Bayang-bayang itu juga makin meninggi, jadi sahlah bukan penyu atau kura-kura. Aku mula rasa tak sedap hati.  Aku menggagau-gagau cuba nak cari lampu suluh dalam khemah tu, tapi bila aku halakan lampu tu ke arah haiwan tu, haiwan tu dah takde.  Bukan setakat takde, permukaan tasik tu pun tenang je macam tak disentuh apa-apa.

Aku dah rasa macam nak naik gila.  Tadi, bukan setakat nampak, tapi aku turut terdengar sekali bunyi kocakan air.  Tapi sekarang, suasana jadi senyap sunyi bila aku pasang lampu suluh.  Aku yakin aku tak mimpi sebab aku langsung tak tidur pun dari tadi.   Aku kejutkan T berkali-kali, T bangun dengan mamai-mamainya.  Aku paksa T untuk beredar dari tempat tu.  Lagipun, 2 jam lagi nak masuk subuh dah . T pun ikut jelah dan kami pun susun balik peralatan kami secepat yang mungkin.

Kami dah jalan agak jauh la jugak dari tasik tu, apabila tiba-tiba kami terdengar bunyi splash!!! Bunyi terjunan tu memang kuat sekali walaupun kami dah 20-30 meter dari tasik tu.  Kami tak nampak makhluk apa yang terjun tu, tapi dari bunyi percikan yang sangat kuat tu, aku tahu ianya bukan manusia. Mesti makhluk yang lagi besar dan berat.  Aku dan T saling berpandangan, tanpa berkata apa-apa kami mempercepatkan langkah untuk keluar dari tempat itu.

Aku dan T berlari bersungguh-sungguh dalam subuh remang tu cuba untuk lari dari sesuatu yang kami pun tak tahu apa dianya.  Tapi naluri hati kami sebagai pengembara berdenting-denting suruh kami pergi dari situ.  Tak pernah-pernah kami memecut dalam hutan berbekalkan lampu suluh cuba mencari laluan kami siang tadi.  Dalam 5 minit berlari tu, kami berhenti sekejap untuk ambil nafas.  Masa nilah kami terdengar bunyi lolongan haiwan, bunyinya seperti lolongan serigala, tapi lagi dalam dan menyeramkan.  Walaupun lolongan tu bunyinya agak jauh, tapi kami terus berdiri dan sambung lari.  Yang aku risaukan kalau-kalau 'haiwan' tu dapat kejar kami.

Hari dah makin siang, aku makin cam jalan yang kitorang tengah lalu ni.  Kalau ikutkan, perjalanan kami sepatutnya masih ada lagi 2 hari lagi kalau nak sampai ke jalan masuk.  Tapi aku dan T taknak dah duduk dalam hutan tu. Jadi memang seharian tu lah kami berjalan tanpa rehat dan akhirnya, senja tu kami sampai jugak ke tempat yang kami masuk tadi.  Penat jangan cakaplah, tapi aku sujud syukur sebab akhirnya kami dah keluar dari hutan tu. Aku terus telefon kawan kami  untuk ambil kami.  Setengah jam kemudian, kawan kami pun sampai, aku dan T barulah boleh tarik nafas lega bila dah masuk kereta. Kami pun meninggalkan hutan itu untuk kali terakhirnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 1.956385 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list