|
CERITA SERAM YANG PERNAH KORANG ALAMI ver 2.0
[Copy link]
|
|
Reply #400 Ratu_Lybeau's post
betul tu..kita yang young generation ni mana amik kisah - kecuali aku lah...aku bukan penakut sikit...tapi penakut banyakkkk ari tu kompiden abis nak tgk citer Jangan Pandang Belakang..tetau je bila hb kata dia kata dia nak kuar, aku pun batalkan niat nak tgk citer tu..
i remember my hb's grandma meninggal when wani was just 1 month old..and aku kira still dalam hari la kan...mak mentua aku memati tak kasi aku pi melawat...for some reasons that dorang masih berpegang teguh pada pantang ni...mungkin sebab wani pun still dalam hari, benda |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LoLiPoP at 10-1-2008 11:19 AM
betul tu..kita yang young generation ni mana amik kisah - kecuali aku lah...aku bukan penakut sikit...tapi penakut banyakkkk ari tu kompiden abis nak tgk citer Jangan Pandang Belakang..tetau j ...
loli |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Ratu_Lybeau at 10-1-2008 11:11 AM
At that time卪y mom no choice to bring along sebab takde orang kat rumah卋rothers all in school厖then tak tahu pulak history nenek tu..so she assumed its just another melawat orang meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #404 skgerl's post
eh takut aku baca citer kau...aku ada baca tau, saat seseorang tu tgh nazak, dia akan nampak malaikat maut in 2 versions, either dia nampak seseorang yang teramatlah hensem, bersih, wangi, atau teramatlah buruk, kotor, busuk. Bergantung pada iman dia ke apa tah, aku lupa..insaf aku dibuatnya
tapi aku pun tak paham la, kenapa orang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #401 Ratu_Lybeau's post
boleh ke tak badi? sampai sekarang aku tak berani masuk bilik tgk jenazah..pada otak aku anytime jenazah tu boleh bangun pastu senyum kat aku...that's how terrible badi aku kena...cuma last year aku beranikan diri tatap wajah arwah sepupu aku dekat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skgerl at 10-1-2008 12:05 PM
Kesian you all budak tecits masa tu... Yalah nowadays youngsters like us will laugh and brush off things like "alah kuno/kolot lah fikiran korang ni" and tend to not listen to cerita org tu ...
Tu la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LoLiPoP at 10-1-2008 12:14 PM
boleh ke tak badi? sampai sekarang aku tak berani masuk bilik tgk jenazah..pada otak aku anytime jenazah tu boleh bangun pastu senyum kat aku...that's how terrible badi aku kena...cuma last year ...
sib baik you managed to overcome it jugak.....good...positive..... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Minggu, 20 Januari 2008
Burung serindit, burung puaka
Beberapa orang dukun yang datang ke ruman Hajah Som tidak berhasil menyembuhkan penyakit anaknya itu. Setiap malam Azmi akan melolong kesakitan dan kepanasan. Dan keesokan pasti badan Azmi akan lebam-lebam di sekitar lengan, badan, leher dan kakinya. Anak-anak Azmi terpaksa ditumpangkan ke rumah mentuanya. Isterinya pula terpaksa menahan diri daripada menjaga Azmi yang sedang sakit demi anak-anak.
Sebulan sudah berlalu, Azmi seakan-akan tidak dapat menahan penyakitnya. Malam itu pekikannya cukup kuat sehingga mengejutkan jiran tetangga. Tercungap-cungap Azmi menahan sakit. Pak Leman, seorang dukun yang terkenal memegang ibu jari Azmi. Wajahnya berkerut-kerut seakan-akan curiga akan sesuatu.
"Tolong...tolong jangan dekati saya. Lepaskan saya, saya janji tak akan ganggu kamu lagi," jerit Azmi.
Lama kelamaan jeritannya kian perlahan dan tidak berdaya. Di ruang tamu, sekumpulan lelaki berkopiah putih tekun membaca suray Yasin. Harapan mereka agar anak Hajah Som sembuh semula. Sebaik selesai bacaan mereka, rontaan Azmi pun sudah tidak kelihatan. Masing--masing memandang sesama sendiri, masing-masing tidak dapat menyembunyikan perasaan bersyukursebaik sahaja tidak mendengar jeritan yang mengerikan seperti sebelumnya. Ketua kumpulan bangun mendapatkan Hajah Som.
Sayangnya bukan berita gembira yang mereka terima, sebaliknya Azmi telah kembali ke Rahmatullah pada malam itu juga. Isteri dan anak-anak hanya sempat bertemu jenazahnya. Ratapan isteri dan anak-anaknya begitu menyayat hati orang-orang yang hadir. Walaupun demikian, misteri pemergian Azmi masih belum ada jawapannya.
Bermula kisahnya begini: Seperti hujung-hujung minggu yang lain, Azmi rasa tidak sabar mahu memikat burung di Loyang. Kebetulan hujung minggu itu temanya Rashid mempunyai hal lain. Puas dipujuk, akhirnya Rashid mengalah juga dan menemani Azmi memikat burung.
Kebetulan cuaca elok saja pagi itu. Sesampai di Loyang, Azmi telah memasang jerat yang biasa digunakan di perdu pokok-pokok kegemarannya. Sebaik selesai memasang perangkap, hujan renyai-renyai membasahi pohon-pohon dan belukar di situ. Azmi dan Rashid berkejar cemas mencari tempat berteduh. Dari jauh, Azmi terpandang sebuah rumah kayu lama yang sudah lama ditinggalkan penghuninya dan mengambil keputusan berteduh di situ.
"Kau tahu ni rumah siapa Rashid?" tanya Azmi spontan.
"Entahlah. Tapi aku pernah dengar cerita orang-orang kampung yang dekat pinggir hutan ni ada sebuah keluarga kaya. Ceritanya anak-anaknya semua engan tinggal bersama emaknya yang dikatakan memelihara 'sesuatu'. Akhirnya emaknya sendirian tinggal di rumah pusaka yang besar itu," cerita Rashid seolah-olah tanpa sedar dirinya berada di kawasan yang 'keras'. Dan dia sepatutnya menjaga tingkah-laku dan bicaranya semasa dalam kawasan itu.
"Entah-entah inilah rumah perempuan itu, tak" jawab Azmi sambil tangannya ligat bermain dengan sanggul emas yang dijumpai di serambi rumah.
"Hieeesyyy...kau ni Azmi. Mulut tu janganlah celupar sangat. Kita ni tumpang berteduh saja kat sini. Yang kau ni dari tadi aku tengok asyik main sanggul tu buat apa? Janganlah berani-berani engkau sentuh apa-apa kat sini. Kita tak tau itu siapa yang empunya.. Baik engkau letak balik." tegur Rashid.
"Alah, aku bukannya nak ambil. Aku belek-belek saja. Aku bosanlah tak tahu nak buat apa ni," balasnya. Suasana sunyi beberapa minit menyelubungi kedua-duanya.
"Shid, cuba kau tengok belakang badan aku ni. Ada hantu bertenggek ke? Apasal berat semacam aje," kata Azmi memecah kesunyian. Terperanjat Rashid mendengar pertanyaan Azmi. Geram pun ada. Rasanya seperti mahu menampar sahaja mulut celupar Azmi itu. Tanpa berlengah, Rashid menukar tajuk perbualan. Tidak lama kemudia hujan kembali reda. Dan mereka berdua menuju ke setiap pokok yang telah dipasang perangkap tadi.
Walaupun Azmi tidak dapat meneruskan hajat memikat burung, tetap dia pelik kerana ada seekor burung serindit elok bertenggek di atas sangkar yang di bawanya. Tanpa berlengah, Azmi menangkap dan memasukkannya ke dalam sangkar.
Setibanya di rumah, Azmi menyimpan burung berkenaan. Tidak diberitahu pada sesiapa termasuklah isterinya tentang burung ajaib yang jinak itu. Seminggu selepas itu Azmi mengalami mimpi pelik apabila seorang wanita tua mengarahkannya memulangkan burung berkenaan di kawasan Loyang.
Oleh sebab hatinya terlalu ingin memiliki burung berkenaan, Azmi enggan melepaskannya. Perasaannya pun lain sekali sejak menyimpan burung serindit ajaib itu. Dan sejak itu, Azmi selalu sahaja mengalami lebam-lebam badan. Akhirnya dia dibawa pula ke hospital setelah tidak mampu untuk berdiri lagi.
Selepas hampir sebulan, para pakar di hospital tidak tahu apa penyakitnya, lalu disuruh pulang sahaja untuk mendapatkan rawatan alternatif.
pengajarannya: jgn sesekali biarkan aqidah tauhid / iman kita terjerumus dgn cerita2 sebegini...
yg menentukan hidup mati kita (dan segalanya) hanya Allah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 20-1-2008 02:09 PM
Berita Minggu, 20 Januari 2008
Burung serindit, burung puaka
Beberapa orang dukun yang datang ke ruman Hajah Som tidak berhasil menyembuhkan penyakit anaknya itu. Setiap malam Azmi akan mel ...
so fatz?? whats the conclusion of this story???
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ratu_Lybeau at 24-1-2008 06:56 AM
so fatz?? whats the conclusion of this story???
yea...plus, wat hapen to the burung? he lepaskan ke tidak..coz sewajarnya patot lepaskan rite.....
tu yg org2 slalu pesan, dun randomly amik benda luar and bawak balik..u never know what it reli is sey.. teringat aku kawan aku bilang, dia dgr cerita kat blok dia ada org ni jumpa pokok bawah blok..pokok jenis dlm pasu..pastu dia bawak balik, ingat nak buat perhiasan tapi bila malam je bley dengar bunyi org nangis from the pokok...apa lagi besok je terus buang bawah baliklah... apa mahluk itu pon, wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #413 skgerl's post
kemungkinan juga satu rekaan sk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skgerl at 24-1-2008 09:51 AM
yea...plus, wat hapen to the burung? he lepaskan ke tidak..coz sewajarnya patot lepaskan rite.....
tu yg org2 slalu pesan, dun randomly amik benda luar and bawak balik..u never know what ...
i ever heard the same kind of story.....tak tahu ler betul ke tidak....but nenek i pesan kalo pegi beach jangan suka kutip kutip barang then bawa balik....so....really not sure...kat sini musim panas gini suka pula gi beach...my son matin suka gak kutip kutip....but i letak je balik....hehhehehe....tapikan kat sini takde rasa seram pon tau....entah ler.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skgerl at 24-1-2008 09:51 AM
yea...plus, wat hapen to the burung? he lepaskan ke tidak..coz sewajarnya patot lepaskan rite.....
tu yg org2 slalu pesan, dun randomly amik benda luar and bawak balik..u never know what ...
Hahaha...that's why orang buang pokok dlm pasu tu kat bawah blok. Last time when I was young, my mum ada pelihara pokok bunga melur. Letak kat luar rumah near the staircase. Dari tangga kalau belok kanan is my hse and belok kiri lat satu pintu is my grandma's hse. That time my arwah nenek duduk lat satu pintu rumah kami. Nak jadikan cerita, one day my auntie balik kerja overtime around 11pm gitu. Walaupun dah 11pm tapi lampu kat tangga tu masih terang. But my auntie saw a lady standing beside that pokok melur and staring at my aunt. With the light, she knows it's cik pon cause nampak samar2 and can see tru. My auntie pulak bila nampak selamba aje buat bodoh terus belok kiri balik rumah. Dlm rumah dia tidur kat luar ngan my cousin cause my cousin kata panas. That time my cousin was 5yrs old. Around 1pm gitu bila my auntie tersadar dia tengok my cousin takde...sembunyi bawah kerusi. My cousin kata dia nampak ada orang mengendap kat tingkap atas & lambai2 dia. Besok my auntie ceritakan my mum. On the spot my mum buang pokok bunga melur tu. Dua pasu pulak tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Izzana at 24-1-2008 11:03 AM
Hahaha...that's why orang buang pokok dlm pasu tu kat bawah blok. Last time when I was young, my mum ada pelihara pokok bunga melur. Letak kat luar rumah near the staircase. Dari tangga kalau ...
Izzana, teringat time kita kecik2 lepas balik mengaji main kat ur house corridor yg ada pokok bunga melur tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|