CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: avrilizana

Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat

[Copy link]
Post time 26-1-2009 03:48 AM | Show all posts
Syamsul Gugur Diana, Scha Jadi Pengganti



KL, 25 JAN 2009:   Nampaknya marah dan merajuk betul Si Syamsul Yusof terhadap bekas kekasihnya yang cun, Diana Danielle. Masakan tidak, untuk sambungan filem Evolusi KL Drift iaitu Evolusi KL Drift 2, nama Diana tidak terlekat untuk berlakon lagi dalam filem itu.


Itulahantara tindakan yang telah diambil oleh Syamsul gara-gara 'kestumbuknya' dengan Diana sehingga memaksa Diana membuat laporan polis,tidak lama dulu.


Bagi Murai Batu, tindakan Syamsul itumemang telah dijangka walaupun cerita sebenar di sebalik kejadian gaduhcemburu mereka itu hanya mereka berdua saja yang tahu. Secara logikkita faham bagaimana Syamsul, seorang pengarah, sukar hendak bekerjadengan pelakonnya seperti Diana kalau mereka telah hilang persefahaman.


Yang jelas, kini tiada lagi Diana Danielle mahupun FashaSandha dalam filem itu. Ia tentu menimbulkan tandatanya kerana pelakonseperti Farid Kamil, Aaron Aziz dan Hetty Sarlene masih dikekalkandalam sekuel kedua selain Syamsul sendiri. Mungkin juga jalan ceritakali ini berbeza dan watak-watak mereka telah 'dimatikan' oleh Syamsul?


Yang jelas, Syamsul memilih Scha Al-Yahya yang semakin popular dengan siri Awan Dania dan filem seram Histeria untuk watak utama. Selain itu ada pelakon Comolot dan Anak Halal yang kacak, Remy Ishak.


Kita harap filem pasal lumba kereta dan gangsterism itu akan lebih berjaya daripada yang pertama dulu. Murai Batu ucapkan all the best kepada Syamsul untuk memulakan penggambaran Evolusi KL Drift 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 03:28 PM | Show all posts
sunyi betul rumah scha ni .... mana gi semua .....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 05:22 PM | Show all posts
sweet hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 05:24 PM | Show all posts

Reply #401 danny02's post

jgn nanti shca plak jd awek dia :re:
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 02:58 AM | Show all posts
mne smua........
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 03:00 AM | Show all posts

Balas #404 KartikaBudiasih\ catat

scha x sesuai dgn syamsul 2....
scha sesuai dgn fahrin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2009 12:07 PM | Show all posts
Scha menjadi-jadi
Rap
POPULARITI diraih ketika membintangi drama bersiri, Awan Dania arahan Azizi Chunck Adnan yang disiarkan di saluran Astro Ria melonjakkan nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha.




Gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini kian mendapat perhatian penerbit dan produksi tempatan dengan pelbagai drama dibintanginya termasuk Bella, Luna Fantasiku, Sadiq and Co dan Honeyz.

Scha melebarkan bakat di layar perak menerusi Antoo Fighter dan Histeria yang disiarkan di seluruh pawagam tanah air tahun lalu selain Papadom yang dijadual tayangannya pertengahan tahun ini.

Tahun 2009 cukup bermakna buat Scha apabila dilimpahi rezeki mencurah-curah.

Selain dilamar menjayakan program bual bicara, Sehati Sejiwa disiarkan setiap Rabu, jam 2 petang di TV1 dan Chopp! setiap hari, jam 8.30 malam di TV9, dia turut mendapat kepercayaan pengarah muda, Syamsul Yusof untuk membintangi filem Evolusi KL Drift II (EKLD II) selain Eddie Pak untuk filem Dimensi Cinta.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran EKLD II Scha berkata ternyata rezeki berpihak kepadanya walaupun timbul tanggapan segelintir pihak bahawa dia menggantikan tempat pelakon, Diana Danielle yang terdahulu membintangi filem itu.

揝udah rezeki saya ditawarkan kontrak membintangi EKLD II. Syamsul yang juga penulis skrip sendiri beranggapan karakter dalam filem ini cukup dengan jiwa saya. Walaupun filem ini mengisahkan perlumbaan kereta saya sendiri tidak pernah terbabit dalam aktiviti perlumbaan,
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 12:09 PM | Show all posts
Scha suka pandu laju

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]


Rap
SUDAH namanya jiwa muda, sekalipun tidak terjebak dalam aktiviti perlumbaan, pelakon meningkat naik, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha mengakui gemar memandu kenderaan dengan laju.
揗emandu laju memberi kepuasan pada saya, tetapi kelajuan saya tertakluk pada undang-undang.

揝aya tidak pernah cuba aksi drift kerana bagi saya cuma pemandu mahir saya boleh melakukannya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 04:34 PM | Show all posts
thanks for tepek in
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 02:18 AM | Show all posts
Originally posted by OhTidak! at 27-1-2009 03:28 PM
sunyi betul rumah scha ni .... mana gi semua .....



maaf ya kerna nggak ngeupdate.. gue baru pulang dari jakarta.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 06:12 PM | Show all posts

Balas #410 avrilizana\ catat

waduh brapa lma dok d jakarta...
best gak...
slamat pulanh yack...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 06:13 PM | Show all posts
PERTENGAHAN TAHUN NIE CRITA PAPADOM AKN DITYGKN....
SCHA POWN DE HEHEHE... X SBR
N JGN LUPE BELI BUKU YEZZ FEB NI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 06:29 PM | Show all posts

Reply #411 fabulous_gurlz0's post

10 hari doank.. pastinya gw pengen lagi ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:18 PM | Show all posts

Reply #410 avrilizana's post

wah tuan rumah gi jakarata ya ... patut lah rumah sunyi tak ade org ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2009 02:50 PM | Show all posts

Reply #414 OhTidak!'s post

tu la pasal
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 04:45 PM | Show all posts

Balas #415 avrilizana\ catat

emagnya buat pe yack kmu ke sna???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 05:00 PM | Show all posts
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]


Syamsul

Evolusi KL Drift 11 lebih utamakan aspek penceritaan, pembikinan

SELEPAS melakar kejayaan menerusi filem Evolusi KL Drift (EKLD) yang memungut RM4.5 juta pada tahun lalu, pengarah muda, Syamsul Yusof diberikan kepercayaan oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam, untuk tampil bersama sekuel Evolusi KL Drift II. Mengekalkan kebanyakan pelakon asal, filem berkenaan bakal menjalani penggambaran pada 1 Februari.

Diterbitkan secara bersama oleh Skop Productions Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd, filem aksi berkenaan menampilkan Syamsul sendiri sebagai pelakon utama, di samping Farid Kamil, Scha, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Shaifudin Hashim, Hetty Sarlene dan Rizal Ashraf.

Rizal juga bertindak sebagai penolong pengarah bagi filem ini, di samping membantu Syamsul memperkemaskan skrip.

Pada awalnya, filem berkenaan dikatakan bakal mengangkat Diana Danielle sebagai teraju wanita. Begitupun, pada majlis pelancarannya di Kompleks Finas, Hulu Klang, pelakon baru, Scha nampaknya diberikan tanggungjawab memegang watak wanita utama, Aleeya.

Insiden salah faham yang membabitkan Syamsul dan Diana pada Disember lalu nampaknya mengubah perancangan awal. Selain Scha (Antoo Fighter), turut membuat kemunculan pertama menerusi filem berlatarkan dunia perlumbaan kereta itu ialah Remy, yang sebelum ini dikenali menerusi filem Anak Halal.

Syamsul sendiri mengaku, watak Aleeya pada dasarnya adalah untuk Diana. Namun, kini ia digantikan dengan Scha setelah Syamsul mendapati aktres itu menepati karakter yang digambarkannya menerusi watak berkenaan.

"Saya pernah melihat lakonannya dalam Awan Dania dan Histeria. Gayanya yang kasar sesuai dengan watak Aleeya yang saya gambarkan sebagai wanita lasak dan ranggi," ujar Syamsul yang menegaskan, filem itu tidak mengutarakan tema percintaan semata-mata kerana ia lebih kepada persoalan gangsterisme dan persahabatan.

Mengenai pembaharuan yang bakal ditonjolkan, katanya, EKLD II akan lebih menekankan kepada aspek penceritaan dan pembikinannya.


REMY ISHAK dan Scha berlakon kali pertama di bawah arahan Syamsul.

"Skrip yang dihasilkan kali ini jauh lebih baik. Ia cukup sukar untuk ditulis, bagi menghasilkan cerita lebih baik daripada siri pertama. Saya juga ingin membuktikan, saya mampu membikin filem yang baik walaupun menggunakan pengarah fotografi berbeza. Sebelum ini saya terdengar beberapa pihak berkata, EKLD cemerlang kerana usaha juru kameranya, Raja Mukhriz," kata Syamsul yang kini menggunakan khidmat dua jurukamera, Omar Ismail dan Mie Congo untuk filem ketiganya.
AARON AZIZ kembali memegang watak Joe yang mendendami Zack.

Perbezaannya juga, kata Syamsul, apabila babak perlumbaan bukan lagi kini berlaku secara haram. Sebaliknya ia dilangsungkan secara profesional di litar lumba, kecuali babak kejar-mengejar kereta di dalam bandar.

Mengenai pemilihan tema gangsterisme, dia menegaskan, topik itu diangkat ke layar perak menerusi filem ke-23 terbitan Skop berikutan hubungannya yang dikatakan paling dekat dengan permasalahan golongan muda hari ini. Begitupun, bukan hanya gejala samseng yang dikupas Syamsul kerana ia turut menonjolkan tema persahabatan menerusi judul arahannya itu.


AARON AZIZ kembali memegang watak Joe yang mendendami Zack.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai situasi perhubungannya dengan Diana, Syamsul memberitahu mereka tidak lagi berhubungan sejak beberapa minggu lalu.

"Tidak, saya belum mempunyai pengganti. Saya juga tidak mencari-cari. Nampaknya, ketika ini tumpuan adalah lebih kepada kerja yang dipertanggungjawabkan ke bahu saya.

"Begitupun, jika saya dipertemukan dengannya semula, saya pastinya akan bersikap biasa saja. Saya juga boleh bekerja dengannya, sebagai seorang profesional," kata Syamsul yang teringin untuk berlakon di bawah pengarah lain juga.

Ketika diminta ulasannya mengenai filem Bohsia yang diberikan klasifikasi 18PL oleh pihak penapisan filem, Syamsul menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan klasifikasi itu kerana dia percayakan pada rezeki serta ketentuan Tuhan.

"Sejak awal lagi saya sedar, filem ini tidak akan muncul sebagai filem meyakinkan jika saya tidak menonjolkan elemen kebenaran di dalamnya. Saya mahu memaparkan apa sebenarnya berlaku dalam dunia itu. Begitupun, pastinya tidak 100 peratus mampu kami paparkan," katanya.

Bagi Syamsul, filem yang dianggapnya berani itu usah dilihat sebagai judul yang mengeksploitasi golongan bohsia. Lebih daripada itu, ia sebuah karya yang sarat dengan pesanan berguna. Lalu, dia tidak mahu orang ramai menghukum Bohsia hanya kerana judulnya. Dia mahu mereka menonton filem terbabit dan menghayati isi kandungannya.

Filem kedua Syamsul itu sekali lagi dilakonkan dirinya sendiri, Aaron dan Shaheizy Sam, di samping Nabila Huda serta Salina Saibi. Ia bakal menemui penonton di pawagam mulai 23 April nanti.

INFO:
EKLD II yang akan dirakam selama 38 hari di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pelabuhan Klang menelan belanja sekitar RM2.1 juta.

SYAMSUL juga ingin mencuba teknologi CGI dalam arahan terbarunya, bagi memantapkan lagi visual filem ini.

DIA turut berbangga apabila siri kedua filem perlumbaan kereta itu berjaya menarik lebih ramai penaja termasuk Toyo Tires, Toms Stickers, Sin Heng Autowork, AVS Power, Ace Suspension, Evercoast Paint, Torq, Active Motorwork dan banyak lagi.

DUA kereta utama yang digunakan ialah Toyota Supra dan Mazda RX7. Secara keseluruhan, kira-kira 10 kereta lumba akan digunakan dalam filem terbabit. Sebahagiannya diubah suai khas untuk EKLD II.

SERAMAI lima pelumba drift digunakan untuk menggantikan pelakon asal bagi babak lasak. Begitupun Syamsul berharap dapat menggunakan pelakon sebenar bagi adegan yang tidak membahayakan nyawa mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2009 07:51 PM | Show all posts

Reply #416 fabulous_gurlz0's post

liburan donk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2009 07:52 PM | Show all posts

Reply #417 fabulous_gurlz0's post

tak sabar nak tgk aleeya! go scha go! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 11:20 PM | Show all posts

Balas #419 avrilizana\ catat

x sbar jagak nk tgk scha blakon!!!
maklumlah awan dania dah abis ....
EKLD msti kne tgk....
Chayuk chayuk Scha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082102 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list