Rasulullah melaksanakan Qisas pada para penjenayah- tiada masalah.
16:126. Dan jika kamu membalas, maka kamu balaslah dengan seumpama apa yang kamu ditimpa dengannya, dan jika kamu bersabar, nescaya ia itu lebih baik bagi orang-orang yang bersabar.
Ada ke hadis tu cakap pembunuh tu korek bijik mata pengembala kambing? kenapalah zalim sangat sampai nak korek bijik mata? ada Allah suruh nabi buat macam tu? kan akhlak nabi adalah akhlak yang agung kan...dalam peristiwa fatah mekah tuh...kan selamba jer nabi maafkan kaum dia...takde pulak nabi nak qisas bagai, nak korek bijik mata bagai, kan kan kan.....
16:126. Dan jika kamu membalas, maka kamu balaslah dengan seumpama apa yang kamu ditimpa dengannya, dan jika kamu bersabar, nescaya ia itu lebih baik bagi orang-orang yang bersabar.
Ada ke hadis tu cakap pembunuh tu korek bijik mata pengembala kambing? kenapalah zalim sangat sampai nak korek bijik mata? ada Allah suruh nabi buat macam tu?
Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 22:28
Ada... ko dah kaji semua hadith yg berkaitan perkara ini?
Dalam ayat 15:9, 'peringatan' merujuk kepada Al Qur'an ......... sila semak ayat 15:1
6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang akan menukar Perkataan Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
Takde satu orang pun yang mempu mengubah perkataan Tuhan termasuklah taurat, zabur, injil & Quran
Takde satu orang pun yang mempu mengubah perkataan Tuhan termasuklah taurat, zabur, injil
Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 22:46
Memang tidak mampu ubah tapiiii.....
Al Baqarah:79
Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
Dah di sahkan oleh keluarga dia yang memang dia yang di interview kat tv syria tu , so maknanya dia tak mati sebelum tu lah seperti yang didakwa mereka . Samada sekarang ni as in at this very moment dia masih hidup atau tidak bukan kita manusia yang tentukan kematiannya atau hidupnya tapi Allah so serah kat Allah lah samada sekarang dia hidup atau tidak !
blastoff Post at 17-5-2012 10:18
Kat mana keluarga dia sahkan yang zainab masih hidup? Cuba bawak mai sini sumber tu?
-TV Syria tunjuk video zainab
-youtube keluarga zainab kata video tu memang gambar zainab, tapi keluarga Zainab TAK mengesahkan pun yang Zainab masih hidup, selagi Zainab tidak dipulangkan.
Anyway semua sumber video kena sahkan dulu.
Yang diperbincangkan kat sini adalah dia pernah di katakan mati secara kerat 4 kerana dikatakan di bunuh askar syria dengan muka terbakar habis bla bla bla tapi dah terbukti itu tuduhan tak benar terhadapnya dan itu pun tuduhan tak benar terhadap askar syria gak sebab tak dak bukti kukuh langsung !
Pada kau tak kukuh sebab kau lebih percaya sumber TV Syria dan HRW. Saya lebih percaya sumber Ulama, dan bukti-bukti lain yang menyokong sumber Ulama tu dianalisa sebagai bukti sokongan.
Saya tak bermaksud pun nak kata siapa-siapa buat fitnah, saya cakap yang mana saya lebih percaya. Tapi kau tak puas hati sampai buat tuduhan Ulama buat fitnah, sedangkan bukti yang kau bawa TU BOLEH DIPERTIKAI!
Kalau kau nak pertikai sumber Ulama, silakan... siapa yang benar dan siapa yang salah belum boleh diputuskan secara mutlak!
Oh well , tanpa apa-apa bukti saintifik pun boleh pulak persidangan ulama pooojaaan hati kau tu buat kesimpulan bahwa askar syria yang bunuh dia setelah mereka hampir2 nak perkosa dia .... mana ada bukti saintifik pun yang boleh support tuduhan gini tapi kau terima bulat2 aje tuduhan gini plak tanpa banyak soal ! Kenapa ? Hanya kerana yang buat kesimpulan gitu adalah ulama maka mesti betul lah walau tanpa bukti saintifik sekalipun ?
blastoff Post at 17-5-2012 10:22
WAIT.... bukti saintifik tu maksud saya jika nak pastikan mayat yang dikebumikan tu mayat siapa. Tanpa bukti saintifik DNA, sumber yang dipercayai lah yang diterima pakai. Kalau kau lebih percaya TV Syria dan HRW (pujaan hati kau tu!), itu cara kau nak terima kesahihan berita, bukan cara saya, sebab ini BERSANGKUT SOAL AGAMA.
Penggunaan akal dengan cara yang betul datangnya dari siapa kalau bukan dari Allah petunjuknya ? Apa-apa saja yang benar yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang boleh di fikirkan oleh akal memana manusiapun samada kafir atau Islam bukankah dari Allah kerana segala kebenaran adalah dari Allah jua ?
Adakah apa saja yang di paparkan oleh orang2 kafir semuanya palsu belaka dan unreliable totally pada kau ? Adakah itu pandangan kau bahwa orang2 kafir tak mampu untuk bercakap benar langsung sehingga apa saja dari mereka totally kena di reject 100% ? Kenapa yang kau anti sangat dengan syria tv dan HRW ? Boleh perjelaskan kenapa ?
Soalan2 menjana minda.
Pada pandangan aku semua manusia mampu cakap benar dan mampu cakap bohong serta mampu sebar fitnah tak kiralah ulama ka, HRW ka, syria tv ka , jouneyman.tv ka , syriandream ka , keluarga zainab ka , zainab sendiri ka , aku ka , kau ka etc etc etc . melainkan nabi dan rasul aje .
Kita ada akal maka guna akal untuk verify maklumat mana pun lah . Bagaimana cara nak guna akal secara betul maka kena minta pertolongan Allah kerana Allah lah yang berkuasa menunjukkan pada manusia cara betul untuk guna akal .
blastoff Post at 17-5-2012 11:07
Kalau cara guna akal dan cara buat kesimpulan tu dah salah, macamana nak tahu kebenaran? Saya tak kata cara kau tu salah memanjang, tapi cara kau guna akal tu TAK SEMESTINYA betul memanjang.
Kalau kau boleh ikut akal kata fatwa Qardhawi diterima, lepas tu isu Syria kau kata Qardhawi tu macam Ulama Su' yang tabur fitnah, bermakna macam akal kau lah yang betul segala-galanya. Kalau semua orang buat macam ni, huru-hara dan sengketa lah jadinya, tak perlu ada Ulama sebab semua guna akai saja lah!
Setakat nih belum ada bukti kukuh yang basyar al-assad mengajak kepada maksiat & syirik, so dengar dan taat kepada basyar al-assad adalah pilihan yang terbaik buat sunni syria supaya terus kekal di dalam manhaj ahlussunnati wal jama'ati
Al Quran dan Sunnah Nabi di sahkan oleh Allah sendiri akan kesahihannya sebab tu ia boleh jadi sahih , Allah jamin maka sahihlah ia .
blastoff Post at 17-5-2012 11:39
Adakah hadith nabi dan Sunnah Nabi disahkan oleh Allah? Biar betul kau ni.... kalau kau faham ILMU PERIWAYATAN, maka akan timbul hadith sahih, dhaif, palsu...
Bukan Al-Quran yang sahkan hadith, ULAMA HADITH yang membuat penilaian.
Bagaimana mereka buat penilaian? Ni ada kaitan dengan SUMBER YANG DIPERCAYAI
Wakakak..ku ingatkan selama nih imam-imam hadis yang sahehkan..rupanya ALLAH yang sahehkan...menarik juga idea nih...so, kalau hadis da'if & palsu, siapa pulak yang klasifikasikan? Allah jugak ke? heheh...
Isyroqiyyin Post at 17-5-2012 13:35
Pemimpin itu melakukan dosa terhadap kita yakni dengan merampas harta kita atau memukul belakang kita , tapi pemimpin tu tak mengajak kita untuk ikut lakukan dosa dan maksiat bersama dengannya , so kita masih perlu taat dan patuh pada pemimpin yang buat dosa kat kita tapi kita tak boleh taat kat pemimpin yang mengajak kita untuk buat dosa bersama dengannya .
blastoff Post at 17-5-2012 13:49
TAPI saya setuju dengan blastoff tentang penerangan ni. TIADA KETAATAN kepada pemimpin yang zalim. Ini yang berlaku di Syria (sumber yang saya percaya)