cmf_Kezman posted on 29-1-2013 05:31 PM
ntah2 saje create story khen. si fiella ni minat aidil tp aidil x kenal dia, so dia ckp la kat nazmi ...
KUALA LUMPUR 28 Jan. - “Saya bukan perampas kekasih orang, malah saya langsung tidak kenal siapa bekas kekasih Mohd. Nazmi," tegas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Aidil Zafuan menafikan kenyataan bintang bola sepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor, 19, yang mendakwa dia ‘merampas’ teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.
Menurutnya, dia langsung tidak mengenali Tengku Fiella dan namanya digunakan dengan sewenang-wenangnya dalam permasalahan cinta antara Mohd. Nazmi dan wanita itu.
“Saya sendiri sudah bercakap dengan Mohd. Nazmi dan menerangkan saya langsung tidak kenal bekas kekasihnya. “Mohd. Nazmi memberitahu saya, wanita itu (Tengku Fiella) sendiri bercerita kepada seorang kawan, kononnya saya ada hubungan dengannya. Ini adalah penipuan wanita itu untuk mengaitkan nama saya. ...
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130129/dn_09/Saya-tidak-kenal-bekas-kekasih-Nazmi---Aidil-Zafuan#ixzz2JM6r0m8u
© Utusan Melayu (M) Bhd
|